January 29, 2022

Stock up essentials and eat at bbap after so long

 



Hi guys...

so semalam kan i tiba tiba craving nak makan spicy mandu or nyangnyeom mandu di b.bap nu sentral. 

 kenapa bbap? sebab dalam banyak banyak korean restaurant i pernah pergi cuma bbap je yang ada jual mandu macam ni. tempat lain biasa jual yang normal mandu je. mandu tu dumpling ya. okay then after husband i balik kerja kami terus pergi ke nu sentral.


lepas makan kitorang just jalan jalan kejap dekat situ and stock up barang keperluan di guardian. lately i rasa macam kebanyakan barang naik harga and i kan dah beli rumah so beberapa tahun before rumah siap i kena simpan banyak duit yelah for emergency fund yada yada yada..  kebetulan guardian semalam ada sale so i beli product aiken . i pakai kayman okay je sebenarnya cuma entah i rasa nak jimat pulak i beli la aiken. so basically i bought, the facewash, moisturizer , essence and serum from aiken. i beli yang warna biru tu . tbh i pernah pakai aiken before kayman . i pakai essence and moisturizer dia . for me aiken agak okay dari segi harga dan kualiti walaupun murah.selain tu  beli our stock shampoo and sabun mandi.selalunya i memang suka simpan stock lebih sikit kat rumah. so tak adalah dah habis baru pergi beli


today pulak i pergi mana?

tiba tiba rasa nak keluar pulak harini. i mean  yelah kita kena ambik peluang untuk keluar before cny you know why? sekarang  ramai balik kampung so mall tak begitu crowded . motif utama keluar harini ialah nak pergi laundry , makan taco bell dekat tropicana garden mall anddddd tengok movie.


banyakkan kitorang order? masing masing lapar sebab dari pagi tak makan. 
hahaha


lepas makan i masih ada ruang untuk soft serve ahahahha.
my fav frozen yogurt.


kami tengok nasi lemak 1.0 lakonan namewe , ada saiful apek, yassin, 
ac mizal and ramai lagi pelakon lain. bagi i cerita ni okaylah best jugak cumanya
kalau boleh kemaskan lagi plot lagi cantik.

lepas tengok movie kami singgah eco shop sekejap untuk beli barang sikit and  starbucks drive thru on the way balik rumah sebabnya i nak beli stock beans. 





apa maknanya ni? maknanya next month i kena kerja night shift!! ahahaha


k tu jela how i spent my cuti.


esok nak kerja dah.


till then

ttyl

una mn










January 23, 2022

Absolute thai with husband and aktiviti hari cuti

 


Hi guys 

seperti mana title... i just nak cerita aktiviti waktu offday i dengan husband. as you guys know i kerja 5 hari 2 hari cuti cuma cuti i tak fix la bila. so this month i cuti jumaat and sabtu.  as you guys notice jugak bulan januari ni covid  semakin teruk . i pun tak sedap badan kadang kadang after booster shot. 

i serah dekat Allah je la kalau betul ada any harmful thing dalam that shot. tawakkal orang kata. 

soooo pagi jumaat tu plan i nak pergi cacing tayar kereta. sebab malam sebelumnya husband i cakap dia perasan tayar kereta bahagian belakang sebelah kiri pancit teruk. haritu masa kitorang keluar dah pam dan okay kalini pancit balik. sah mesti ada benda tercucuk dekat tayar tu.  after husband habis kerja kami keluar pergi bengkel dekat rumah. 


cost cacing alhamdulillah murah je cuma rm6. lepas cacing kereta kami decide pergi makan dekat ikano power centre  atau short form nya ipc . secara jujur i baru second time makan dekat absolute thai. first time makan dengan my cousins. so ni pulak first time husband i rasa.  

kitorang ni selalu kalau makan dekat luar makan fast food, korean food. kalau nasi nasi jarang dalam mall. kalau makan nasi nasi ada lauk macam ni selalu kami pergi kampung bharu je sebab lebih murah. 


tapi tekak haritu saja la nak try .sebab masa first time i makan haritu i try kra pow je. 

i tak ambik nasi dengan lauk. 

semalam kami order tomyam seafood yang for 2 people i ambik red base.  stir fried chicken with cashew nut and dried chillies  , stir fried bean curd with basil leaves. untuk air i order strawberry milkshake and my husband order dia punya thai green tea. dessert i ambik red ruby.




nak close up ke? jap



lepas makan. kami drive thru starbucks and balik.


 kami tak jalan jalan sangat sebab i nak take full rest dekat rumah hihi. 





hari offday ke dua
pada mulanya rasa nak masak. tapi pagi pagi lagi i dah pening kepala rasa nak pecah. so  i rest. 
as breakfast my husband orderkan mcd. and petang sikit kami keluar pergi hartamas tapau 4 fingers
and to the curve untuk tapau jco dan balik.







husband beli sedoze even i suruh beli 6 je. entahlah siapa nak habiskan :')

basically ni je aktiviti kitorang masa hari cuti. 
nak jalan tengok movie tapi badan perlukan rehat. maybe sebab last month sampai la 10 hb haritu i hampir tiap tiap hari keluar. so badan rasa enough una duduk rumah pulakkkk ahahhaa



semalam mama call cakap my brother ammar nak tunang. 
semoga di permudahkan urusan kau ammar. 

sis tengah fikir nak beli baju je nanti sebab nak join rombongan kan?



k tu jela korang 


till then


ttyl 

una mn


Company Virtual Team Building

 


Hi guys...

harini i nak share sikit aktiviti team building yang dibuat oleh company i. basecara jujur i tak berapa comfortable nak share tempat kerja i memandangkan i baru gain satu pengalaman baru i rasa i nak share dengan blog ni. lagipun. blog i tak la famous pun. blog sendu je . 


company i ada buat team building session untuk semua pekerja. cuma berperingkat la . diorang buat by group yang di choose secara rawak. sebenarnya i kena join on 5 january. tapi kerana effect booster shot vaccine yang i ambik on 2nd january. tangan i swollen so i memang tak fit both physically and mentally for this game. as you guys know i dah hampir 2 tahun work from home. jadi game ni online saja. 

oleh sebab session 5 january i tak join i wajib join session 20 january and i did! session start 9 malam sampai 11 malam.


macam mana nak main game secara. virtual?  obviously memang ada frontman and ada orang monitor the webcam. everyone wajib buka camera at all time. we were given a video background untuk kitorang set as background. 



first game red light green light. untuk jalan perlu di lihat dari kepala sampai lutut. so kami kena tiru gaya yang diberi. so bila kena freeze kalau bergerak or gelak ke terus disqualified. how we know we dah disqualified? they will turn off our camera. contoh gambar kat bawah ni. nampak tak gambar i sebelah front man? ya i antara mati awal ya ahahha.


yang you guys nampak macam sikit je kan orang yang join.
actually dalam session tu ada lebih kurang 60 orang.
ramai tahu tak ahaha. ada 8 group. and i dalam team 3.

second game pulak honeycomb. how we play honeycomb?
senang je . tadi i cakap ada 8 group kan.

each group kena pilih 1 dari 4 kotak. setiap kotak contain satu design.

after semua group dah pilih baru diorang reveal.



first design : X
second design : bone 
third design : tiktok design 
 and last design : umbrella.





each team member untuk setiap group kena guna apa apa barang untuk bentukkan 
design yang dipilih  . design perlu besar supaya boleh letak no player kat dalam. 

boleh guna apa apa barang kecuali..

earphone, benang, tali .






group kami pilih no 3. 



how to identify group mana pemenang?
okay each team member kan kena buat. we were given 15 minute untuk buat lepastu submit gambar pada team leader. team leader kena submit pada organizer. diorang akan evaluate gambar gambar tu semua. 
mana yang lulus mana yang fail. so kalau ada sorang je dalam group gambar tak approved di kira group tu fail! ahahhaa..


basically design i approved butttt our group fail sebab ada 4 orang tak approved gambarnya .




after this game kami perlu main yang macam tarik tali tu.  tapi virtual .
how ? okay kalini group jadi 4 group je.
red, green, yellow and black . i dalam team green. 
so kami diberi gambar warna so kami kena tukar background ikut warna group kami.


basically organizer akan minta macam ni. okay show to camera 6 things in pink colour. so everyone yang ada barang warna pink kena show to camera. so mana mana group yang tunjuk enough
colour yang diminta di kira pemenang .
so we play beberapa kali. and green kalah. againnn ahahhaa. 


and game terakhir kami di berikan breakout room . so they already choose our partner. 
so me and my partner playing one two juice andddd teka marble odd or even sebab kebetulan i ada marble.
againnnn i kalah...




after all this game they will pick the top 11 winner and pilih from wheel of fortune kalau tak silap i dari top player which i tak termasuk sebab i asyik kalah. so all this winner akan dapat duit terkumpul.


ya guys... they got moneyyyyyyyyy

berapa? i pun tak ingat but thousands la share among them.


actually semua orang akan dapat sesuatu dari company. because my company rajin send parcel or giftbox ke rumah.


cuma that money is a bonus la to player. 

k tu jela i nak share

till then 

ttyl 

una mn








January 13, 2022

Staycation with my family on early january

 





Hi assalamualaikum guys..
hi to my silent readers hahaha.  8 january lepas (hari sabtu)  my parents, my brother ammar , me and my husband pergi staycation dekat shah alam guys. kenapa shah alam?
tak ada tempat lain ke? sebenarnya banyak sebab kenapa shah alam. 
mama pilih untuk staycation shah alam sebab my sister aqilah tak dapat cuti. tarikh asal staycation kitorang sebenarnya on christmas . tapi kita semua tahu shah alam klang  banjir waktu itu.
so untuk avoid benda benda tak diingini berlaku kami terpaksa postpone. 
so since my sister masih probation dia tak dapat cuti dan cuma free pada hari ahad.
my sister duduk dekat shah alam so that explains why kami staycation dekat sana. 
my brother fauzi pun duduk area shah alam juga. so dia tak dapat join kami staycation.
dia cuma datang sekejap untuk jumpa my parents and balik rumah dia sambung buat kerja.
my lil brother aiman pulak bercuti ke penang dengan kawan kawan. he cant cancel the plan sebab dah plan lama.

long story short...

hanya kami berlima sahaja la di situ.
our first night dekat situ plan asal nak pergi makan dekat kampung bharu kl.
tapi entah kenapa  terlalu ramai dekat sana.
i know kg bharu sentiasa ramai orang i selalu je lepak makan situ.
but this time around dia punya ramai tu mashallah sis tak sanggup.
jalan pun jem teruk haritu. end up kami makan di rsmy saja.
quality food? so so.
dah lapar kan. makan je lah. itu pun kami kena beratur setengah jam baru dapat masuk ye :'D
ikut hati nak makan dekat mall je tapi itulah dah pukul. 9.30 so mall pun dah nak tutup.


bukti kami meredah jem. haha kereta depan tu my brother ammar and my parents
i naik berdua je dengan my husband





9 january 2022. pagi pagi lagi abah dah ajak my brother pergi beli breakfast dekat lontong klang
tu memang kedai fav abah and mama.  yelah dari zaman diorang bercinta and awal khawin situ jelah
kedai diorang suka pergi. fyi mama abah dulu memang warga shah alam.
lepas sarapan  my husband and ammar pergi swimming.
i follow sekali even i tak boleh mandi. i duduk tepi je. you know Allah bagi cuti.


lepas swimming kami naik berehat di atas and untuk lunch i order grab je .
sebab my parents nak tunggu lepas zohor baru keluar.
i order a&w je . and that day i beli ticket movie pukul 3.30 petang.
i tanya abah nak tengok cerita apa. abah pilih cerita james bond yang kebetulan masih ada showtime.
kami bertolak pukul 2 and menaiki satu kereta je iaitu kereta i. i ask my brother to drive since mama takut kalau i yang bawak laju kata dia. i rasa tak laju pun ke memang laju?
hahahaha. on the way ke sunway pyramid my brother asyik sesat jalan sebab waze dia buat hal kami tiba di sunway pyramid pukul 3.00 pm .
kami fikir dah sampai ni okay lah. sekali parking full ya. sampai ke hotel kami cari parking tetap full.my brother drop us dekat luar  untuk pergi masuk ke movie hall dulu. dia akan masuk kemudian. luckily dia dapat parking dekat luar bangunan pyramid.

after movie kami decide untuk makan dekat jm bariani house

mama abah and me ambik nasi beriani ayam. my husband ambik nasi beriani daging.
my brother pulak order prata je. tak tahulah kenapa dia suka makan prata je 




and this is them. me? takyah la i am too cute HAHAHAHA
kami tak jalan jalan sangat pun lepas makan sebab sunway pyramid too crowded that day.
nak jalan lama lama pun seram.
my brother suruh kami tunggu depan entrance sementara dia pergi ambik my car daripada depan shoplot.
masa yang ada dimanfaatkan untuk ambik gambar my parents banyak-banyak.
kalau readers yang kenal i di dunia luar or baca blog i dah lama  korang tahu yang i tak membesar
dengan my parents. i fully stay dengan diorang dari form 1-form 3 je. 
dari kecik i dibesarkan oleh my  arwah atuk and opah
so i took time untuk rapat dengan diorang. antara anak anak yang lain i yang sangat jarang jumpa my parents. semakin jarang bila dah kerja and dah khawin.
i berazam nak kerap balik and kerap jumpa jika diizinkan Allah.
kita ni hidup tak tahu berapa lama kan. 
so hargai orang sekeliling kita.




inshallah tahun ni kita kerapkan staycation.
korang doakan i kaya so i can make myparents and  most importantly myself happier
gitchew. malam tu my parents tapaukan briyani untuk my brother and sister.
and mama pulak teringin nak bubble bee so kami singgah pergi beli and send briyani to my sister dekat rumah dia . my brother fauzi pulak just datang malam tu untuk dinner dekat our place.



esoknya which is 10 january 2022

kami check out agak awal since mama nak jumpa my aunt di bandar sunway.
me and my husband pulak pergi ke kekartel untuk makan pavlova sebab alang alang dekat shah alam kan


lepas makan pavlova kami terus balik rumah untuk pergi laundry.
i tak suka simpan baju kotor lama lama. 
so we take whatever we want to basuh and terus pergi cuci.
yer kat rumah sis masih belum ada washing machine and dryer. sis nak beli
tapi my husband said tak payah dulu sebab kitorang dah plan masuk rumah sendiri nanti nak barang serba baru. so kalau beli nanti nak jual balik sayang pulak. tengoklah nanti selama mana sis tahan rumah tak ada washing machine :'D

After settle our laundry kami terus pergi lunch at jibby by the park


i order air nutella  my husband order black forest.
for my meal i order taj pizza and dessert very berry waffle
sebab last time i makan sedap sangat i tak boleh move on.
my husband order jibby's moussaka lasagna.
He chose the beef one.
overall makan semua sedap sama macam first visit dulu.


and that's how our staycation ended.
rindu nak kumpul kumpul dengan family besar macam dulu. 
but things are different now. 
too personal to share here anyways

till then


ttyl


una mn 









January 5, 2022

First Wishlist 2022 completed

 



Hi assalamualaikum guys.

harini  5 january 2022 sis berjaya settlekan wishlist pertama untuk tahun 2022 .

wishlist pertama tahun ni sama macam tahun lepas iaitu beli emas.  cuma last year sis beli dekat kedai emas . kalini sis beli online jer. sis beli dengan dhia asnim. 



sis beli rantai tangan ni berat dia cuma 10.07 gram je. so tak adalah mahal cuma rm2.7k macam tu je.
murah sikit dari pulut dakap sis beli last year. 

kenapa sis beli online tak beli dekat kedai?
pertamanya saja nak cuba.keduanya dekat online banyak jual yang bajet macam ni. 
senang nak jumpa harga 4k dan ke bawah. kalau sis pergi kedai diorang asyik habis stock je yang jenis price range macam tu. tak tahulah strategi marketing ke memang habis betul.
asyik tunjuk harga rm8k keatas je. hahaha sis bukan mak datin kerja pun biasa biasa je.
sis suka jer tengok yang tebal tebal tu kalau ada rezeki inshallah akan beli tebal.
cuma kita kan adult with commitment so tak boleh simpan semua duit dalam bentuk emas. tunai juga harus ada gitu. and another sebab sis memang nak tambah collection rantai tangan.


basically sis sekarang mula minat mengumpul untuk aset kecemasan. sikit sikit lama jadi banyak
secara jujur even dah  3 tahun khawin cincin emas pun sis hanya pakai ketika keluar rumah.
dekat rumah tak pakai pun. inikan pulak gelang atau rantai tangan .
sis jenis cepat rasa rimas. takapalah niat kita kumpul harta sikit sikit tak salah kan?

so here you go my first wishlist for 2022!
macam i cakap haritu i only reveal setiap wishlist 2022 bila wishlist tu dah complete!
hahaha


korang doakan sis murah rezeki dunia akhirat.
i pray the same to all of you that read this post too.

k tu jelah korang

till then

ttyl 

una mn


January 1, 2022

How i spend my last day of 2021






Hi guys... semalam kan 31 december 2021 i dengan cousin i fadhilah and bella menghabiskan sehari suntuk bersama . kami pergi kekartel sebab diorang berdua belum pernah sampai lagi cafe tu and terpengaruh sebab i selalu update pergi situ.


so ni muka lepas diorang kenyang dan happy sebab sememangnya sedap. jaranglah sis 
menipu pasal makanan sedap tak sedap ni.
lepas makan dessert kitorang sebenarnya masih lapar sebab tak makan apa apa lagi.
so we decide untuk pergi lepak mall. kami pergi central i city je sebab alang alang dah dekat area shah alam kan. sampai sana kami pilih untuk lunch dekat absolute thai.




ini apa yang i order. bella makan pad thai. fadhilah makan minced beef.
gambar makanan diorang i tak sempat ambik pun sebab memang lapar gila haha
lepas makan i teman my cousins pergi shopping. macam biasalah girls ada je benda nak beli.
dari satu kedai ke satu kedai. banyak jugak sale dekat sogo.
i nak beli dah kasut tapi tunggu sale assistant lama sangat tak jadi beli.



before balik kami lepak starbucks dulu coffe coffe



fadhilah yang bahagia tengah makan churros. 
bulan 12 antara bulan paling banyak i jumpa my cousin 
sebabnya i habiskan cuti so tak ada masalah nak keluar dengan diorang.
selalunya memang susah nak keluar sekali. kadang kadang 6 bulan sekali.
our work schedule memang tak sama .

bella as dialysis nurse yang dah tentu busy. 
fadhilah sibuk dengan company xxxx 
i sengaja rahsiakan sebab  i think better that way.
and me?
 dah tahu kot kan.


since yesterday fadhilah pick me up from my house so balik dia hantar jugaklah.
so macam gilir gilir la . our first keluar bertiga i ambik diorang.
and thennnn bella ambik i and then fadhilah.


harapan tahun baru?
i cuma harap i rajin memasak, rajin cari duit, semoga duit juta juta datang dekat i.
wishlist 2022 sangat simple and macam  biasa i pilih rahsiakan dulu selagi belum settle.
dah settle barulah i buat appreciation post macam selalu.

alhamdulillah untuk 2021 yang memberi banyak peluang dan ruang.

semoga 2022 menjadi lebih baik amin.







 

kingsman and last family dinner for 2021

 


Hi guys sepertimana tajuk disini i nak ceritakan aktiviti i pada 30 december 2021. 

30 december 2021 pagi pagi lagi i dengan husband dah bersiap sebab kami nak tengok movie kingsman. 

oleh sebab masih awal kami sempatkan diri basuh kereta dulu. 

so tadaaa cantik kan? tibe.. hahaha



lepas tengok kingsman i bukak whatsapp group cousin .
kak lynn and amir (my cousin) datang kl dari ipoh untuk jalan jalan.
so dia nak ajak lepak makan. lepas satu demi satu cafe/restaurant kami call sebab yang lain fully reserved
kami jumpa juga tempat sesuai di giggles and geeks cyberjaya. 
ila merangkap cousin yang paling tua terus bayar deposit booking rm200.




lepas movie my husband and i lapar so kitorang makan dekat wondermama

cekodok with ice cream


french toast




lepas lunch dekat wondermama  kami berdua decide balik rumah untuk rehat dulu sebelum pergi dinner
dengan my cousins. i call fadhilah ajak pergi cyberjaya sama sama. so i pick her up dekat sunway so naik satu kereta je senang. my husband ikut jugak sekali tapi dia duduk belakang sebab i drive. 




tak banyak gambar sebab i banyak anak buah . and diorang sangat active so mak ayah masing masing
sibuk main kejar kejar anak.  yang baju putih tu la my cousin ila. 
sebelah tu anak dia amanda. 

yang ni ziyad abang sulung amanda. ziyad tahun ni dah 7 tahun.
ziyad adalah cicit first atuk i and cucu pertama kepada paklong and maklong.


baju biru tu abg mil husband ila . baju coklat tu anak diorang no 3 zaref
baju putih lengan biru tu zidan anak diorang no 2.  

yang ni cucu arwah pakngah . anak hassan yang pertama.
rayyan nama dia.



star of the show. paling lasak walaupun kecik.  kuat berlari and kuat menjerit.
aniq anak hassan yang ke dua. kalau pakngah ada lagi mesti dia geram dengan aniq ni.
alhamdulillah atuk sempat jumpa cicit cicit dia. arwah pakngah cuma sempat tengok 
anak amir yusuf.






and this is yusuf anak amir cucu sulung pakngah.  actually ni bukan gambar dia waktu 30 december
ni sis ambik dekat instagram bapak dia. sebab kitorang dekat situ singkat sangat masanya. and budak budak kan suka main kejar kejar tak sempat nak ambik gambar. tapi dalam video alhamdulillah ada.
mujur dapatlah sikit


anak kedua amir and kak lynn cucu pakngah. adell .
yang ni pun kuat berlari jugak sampai tak terambik gambar dia tapi dalam video tiktok sis dia ada jugak .. adell ni copy paste muka ayah dia. 

so basically ni jela cicit cicit razali yang ada pada malam 30 december.
yang lain susah nak join sebab kekangan masa and plan pun last minute kan.



hopefully apa yang kita plan untuk cuti sama sama berjaya la eah cousin cousin :'D




k tu je la dulu.. till then ttyl 

una mn

















💝 Anniversary Trip To Jakarta