June 30, 2022

Black Canyon With Cousin




hi guys... harini kan actually i tak ada plan pun mula mula nak keluar.tapi entah macam
mana bosan pulak. kebetulan husband pun kerja. i cepat cepat contact ika
my cousin. dia kata dia kerja habis 2.30 ptg. ika ni seorang guru ya.
so i pun  siap siap and berjanji akan ambik ika dekat rumah dia.
btw jarak rumah kami tak dekat tak jugak begitu jauh.
i duduk di damansara ika pulak sekarang dah berpindah di klang. 
tapi bukan belah bandar la dia sebelah je dengan setia alam .
so i ambik dia and mula mula kami pergi makan dessert 
dekat my fav place. kekartel.
bagi ika ni first time la dia pergi sini. 
kebetulan i dah gaji. so why not i treat her kan?




lepas makan dessert kami berdua menyembang dekat sejam la.
pasal life. pasal career kami. perut pun dah lapar balik
so kami decide lepak central i city. tak jauh pun dari situ. 
so lepas fikir punya fikir
kami decide untuk makan di black canyon




banyak gila kami order sebab tbh ni first time kami makan dekat black canyon.
sebab menu dia lebih kurang je macam absolute thai i fikir 
portion dia kecik jugak. tapi salah ye portion dia boleh buat kita tersandar kekenyangan.
i jarang makan nasi kalau hang out. tapi sebab dari pagi tak makan.
my first meal pulak dessert tadi tu.
kenapa tak makan?

i memang camtu dah tahu nak keluar tak koser nak masak.
eh terkeluar loghat perak sis.

lepas makan kami menyembang lagi and pergi shopping sikit sikit.

i just beli product rambut je. sebab i dah colour rambut kan. so i need something untuk keep my hair shiny and wangi.


lepas jalan jalan i bungkus starbucks for both of us and send her home.

actually kami nak plan keluar berempat tapi tu la jadual kerja masing masing tak sama kan.

till then


ttyl

una mn






 

June 18, 2022

5th Wishlist 2022 Completed

 






hi guys...

so today i finally managed to complete my 5th wishlist 2022.  i got myself airpod pro for rm899 at machines

tbh i pernah dapat hadiah airpod pro my husband gave me tapi since i wfh i dont really use airpod pro. sudahnya dia yang pakai. Now that my company already announce return to office so i think i might need one. so i beli la sendiri. mesti korang fikir why tak guna je airpod pro sebelum ni?


tbh i suka music but tak adalah hari hari kena bukak apple music tu. selalunya i bukak youtube je.

sebenarnya i maybe masuk office 2 days/week je lagi 3 hari i still wfh. tapi yelah buat teman dalam mrt & waktu break boleh la jugak hilangkan bosan dengar lagu ke kan.


tbh i tak ready lagi nak return to office.


one of my colleague kata untuk team malaysia belum ada arrangement lagi.

i hope so. tapi setidaknya if betul masuk office next month at least i made myself ready.


alhamdulillah untuk rezeki tahun ni. this year macam i cakap tak banyak sangat i nak kejar.wishlist i tak begitu banyak. tapi i rasa kalau i nak tambah pun ape salahnya kan?


i know some of my friends yang pernah tengok zaman i susah or my family members might think i brag too much when i buy something new. The reason behind it because i dari kecik nak apa apa bukan petik jari dapat tau. being the eldest daughter from 5 siblings kebanyakan benda i nak kena usaha sendiri.

it's not that my parents ignore me, it just that they have 4 others mouth to feed .sebagai anak sulung i dont really have much in my teen years. So with adult money.. i just beli la whatever i want.

i think everyone did the same thing kan?


i just hope that if anyone that read my post that financially struggle di permudahkan segala urusan. 

i sekarang pun tak adalah senang jugak. Most Wishlist yang i completekan using my hard earned money jugak. dengan banyak jugak kos hidup kita meningkat . Groceries and tak tahu apa lagi in future yang akan naik i nak perbanyakkan income streams .



lastly hopefully kita sama sama kaya dan berjaya..




tilll then



ttyl



una mn




June 16, 2022

Offday Well Spent . trying out rare beauty from selena gomez




Hey guysss..

so today  we went out to pavillion bukit bintang.  My husband nak  makan kunafa so actuallly kitorang nak try satu kedai kunafa dekat dekat dengan bukit bintang tapi sebab keadaan tak mengizinkan and perut pun lapar kami decide makan dekat foodcourt pavillion je. Kami beli dekat abang arab viral dulu tu. 

kami makan mandi chicken with rice , and we took one each dessert yang diorang jual. basically kunafa included la ye.



kunafa dia biasa je. bagi i tak berapa sedap. i ambik kunafa cheese. kalau i boleh cakaplah the best kunafa i makan dekat restaurant arab cyberjaya. restaurant saba nama dia.
tapi mandi chicken dia sedaplah and portion dia kenyang. 


selepas makan kami tak terus gerak dari situ sebab we were planning on our next cuti . idk why my husband nak berjalan je kerja dia. maybe sebab next month i akan masuk office . so dia rasa nak cuti la nanti susah nak nampak muka i kat rumah Hahaha. taklah susah since i akan kena wfh jugak for 3 days macam tu and 2 days je masuk office. but still kan korang. i pun sedih sebenarnya.
tapi takpelah namanya jugak cari rezeki. 

okay lepas kami planning cuti or whatnot kami terus jalan jalan jap 
tengok tengok sale. dah penat kami lepak makan dessert pulak
dekat miru dessert cafe


lepas makan dessert kami decide nak tengok movie.
oleh sebab kami lebih suka tgv daripada dadi (cinema yang ada di pavi)
so kami terus gerak ke one utama.
kami tengok jurassic world dominion.

lepas movie habis i pergi sephora. niat mula mula nak cuci mata je
tapi tu la kita hanya mampu merancang HAHAHA

keluar sephora kami masuk muji pulak
kami pergi muji sebab korang tahu kan obsession i dengan paper dia? 
this time i beli cover untuk paper dia siap ada lubang tepi so nanti bila i file kan 
dia akan jadi macam notebook



i beli concealer from rare beauty. product dari selena gomez ramai cakap concealer dia bagus .
and then i repurchased my fav lip mate back in 2017 .
too faced melted mate in code cool girl.

dengan itu cukuplah setakat ini i shopping make up bulan ni

inshaallah. secara jujur i tak banyak make up.
i jenis tak reti nak kumpul banyak banyak even i teringin nak buat tapi
i jenis pakai mesti sampai habis then expired je buang.

sekarang dah sampai fasa i berjimat (inshaallah)

i got wishlist i kena completekan within this 2,3 days. apa tu?

tunggu lah

k tu je korang for now.


till then

ttyl

una mn




June 7, 2022

New Make Up & Perfume from Dior & Mac products

 



Hai korang. 

so harini i just nak share apa i beli for these few weeks.  okay semalam kan balik je dari my rumah parents i . i terus hantar luggage and barang makan masuk rumah lepastu terus keluar balik cari lunch. kami ke sunway pyramid. plan asal kami nak makan jolibee tapi penuh guys. even i nak dapat parking pun susah . parking full. kami terpaksa parking dekat luar.  kami parking valet kena bayar rm25. lapar punya pasal jadi nak taknak bayar jela. so kami makan dubuyo je la dah tu je kedai yang tak penuh. 

semalam memang betul betul ramai manusia. rupanya semalam public holiday. patutlah ramai!!!

lepas makan dubuyo i ajak husband teman i shopping sikit. mood sekarang memang nak shopping je.

i mula mula masuk ysl sebab i nak try shade nude dia. tapi nude dah habis. tinggal shade warna yang i dah ada. so i went to dior . plan asal nak cari lipstick. tapi sampai sana i tersuka primer dia and sebab sales assistant dia baik. i setuju la beli perfume dia. mula mula dia tunjuk i yang 50 ml rm410. lepastu dia tunjuk i yang 100 ml. 100 rm585 je. so oleh sebab beza dia cuma seratus lebih je i rasa 100 ml lebih jimat.

so i habis dekat dior rm750.



keluar dari dior i baru teringat i tak beli lipstick lagi so i went to sephora. again.... dekat display ada tapi stock nude habis. i memang susah nak cari lipstick nude yang tak buat muka i pale sangat.  so i went to  mac. sampai sana i tunjuk terus reference look yang i nak. sales assistant mac sangat baik. so i beli la lipstick dia satu. dekat sini i habis rm93 je .



reason i beli satu sebab a week ago i baru je beli setting spray and mac studio fix tu.

so oleh itu marilah i compile dalam satu entry..



so ini apa i beli 25 may lepas. untuk 2 barang ni i habis dalam  rm279 .i dah pakai dah pun i bawak masa
cuti dekat cameron haritu. i rasa mac fix studio powder foundation  ni okaylah kalau nak bawak masa cuti masa korang tak ada masa banyak nak make up. sebab kalau i bawak foundation i always end up messy sebab tak blend
lama lama. so i prefer this untuk travelling. 



so ni apa i beli semalam.  yang banyak banyak ni sample from dior
barang i beli ni 3 je. 3 barang pun dah rm843.

so total i habis untuk make up dalam masa seminggu lebih ni rm1122.
i dont regret my decision untuk beli because i beli i memang pakai. 
tapi tulah i semalam masa masuk sephora i macam terminat dekat product from rare beauty. ala yang selena gomez punya tu. harga dia macam okaylah untuk  high end make up harga dia tak mahal sangat. i minat dia punya concealer, blush and setting powder. yang lain i minat jugak but i might try 3 ni dulu. 

okay tengok i dah melalut panjang. mari i tunjuk close up  
yang i beli semalam

this is how 100 ml looks like. i suggest korang kalau nak beli perfume 
original beli la dari kedai dia sendiri . so dapat banyak free sample and kumpul point.
sekarang perfume i banyak dah nak habis. entahlah i mandi ke apa tak tahu HAHAHA.
perfume mahal tinggal chloe, versace and black opium  so tu sebab i tambah satu baru
miss dior. maybe lepas ni i try la kumpul perfume. 


ni warna paling sesuai dengan i. i tak banyak sangat lip products
ada 2 ke 3 je from maybelline, 2 from dior and ni i tambah satu from mac.
kebanyakan make up i yang dah expired selamat ke tong sampah.



ni primer i beli semalam. jujurlah i nak beli foundation dia.
cuma bila i fikir fikir i ada banyak foundation lagi so i prefer habiskan dulu.
i masih ada separuh botol fd estee lauder, alha alpha and even my fav foundation from too faced yang born this way pun belum habis. terbaru i beli last week powder foundation mac tu.
ikutkan teringin jugak nak buat collection. maybe not now kot. selagi i masih wfh i rasa masih sayang nak beli . i pun just pakai waktu keluar je. :'D

so itu jela apa i beli 


k guys i nak ready mental fizikal nak masuk kerja pukul 2 jap lagi.
 
even masih wfh tapi namanya kerja mental tetap kena bagi ready.


k tu je dulu for now

till then 


ttyl

una mn















3 Days 2 Nights At Cameron Highlands With My Family. (Entry Panjang)

 



Hi guys...

Haritu kan i dengan family sempat pergi cuti cuti dekat cameron highlands.  I pick cameron highlands sebab i memang dah lama tak pergi sana eventhough tak lah jauh. last i pergi masa umur i 14 tahun. that was 17 years ago ye. kenapa lama sangat tak cuti ke sana?my parents dulu dua dua kerja government.

abah polis mama nurse. jadinya kerja diorang bukan office hour. nak bagi semua orang free bukan main susah. ada jugaklah memang cuti tapi dulu masa i student lagi kami prefer cuti dekat hotel duduk mandi pool je (sampai sekarang suka). and kadang kadang kami bercuti langkawi so lepas kedua dua parents i pencen barulah ada kesempatan.  trip kali ni i fully sponsored my parents, my adik and my husband. lagi 3 adik tak dapat join kami. i saja nak nampakkan bonus kalini dengan memorable trip ni. i cuti lama sebab i ambik al 4 hari campur 2 hari offday i so total cuti 6 days. 1-2 june (my offdays) 3-6 june my annual leave. 1 june i ambik masa berehat di rumah.



2 june 

dalam tengahari kami pergi cari makanan and stock up jajan nak dibawa ke cameron sebelum bertolak balik ke sabak bernam. kami balik sabak bernam dulu sebab mama abah ajak gerak sekali.



3 june 2022 
kami bertolak awal pagi sebab abah nak ajak breakfast di teluk intan. kami pergi naik 2 kereta.
ammar drive bawak mama dan abah. and me & my husband satu kereta.
lepas breakfast kami terus ke cameron melalui jalan tapah .
kami ikut jalan yang sempit sikit dan berpusing pusing. traffic moderate . 
sampai saja di sana kami terus ke the sheep sanctuary .
seronok jugak main main dengan kambing biri biri yang mesra and comel.
kami dapat 3 kotak makanan biri biri .


ni la first kambing yang datang pada kami. bulu paling cantik and ramah dia alahai
rasa nak culik bawak balik.





my father looks old. kenapa ye orang tua kita dah beli baju banyak banyak
untuk dia . dia nak pakai t shirt jugak. and t shirt kebun dia jugaklah dia pakai. :'D
takpela janji abah happy


lepas bermain main dengan kambing kami jalan dekat sekitar kea farm
i beli fridge magnet and keychain. lepastu kami terus cari lunch.
after lunch kami terus ke apartment yang kami sewa. 



apartment ni baru and ada parking sendiri.kalau korang bawak lebih satu kereta boleh tanya guard for additional parking. kami bayar rm20 for 1 extra parking. 

kami berehat di apartment and malam tu lepas maghrib kami pergi makan adik aisyah's steamboat & grill di shop lot depan. oleh sebab hujan i tetap naik kereta. 

rm190  for 5 person.  masa makan 1 jam 45 minute.
seafood dia semua fresh fresh.





4 June 2022

Kami bangun awal pagi. lepas subuh dalam 7.15  pagi kami terus bergerak ke tempat breakfast.
kami nak try 200 seeds cafe tapi oleh sebab lambat bukak kami end up makan dekat aidilbakri cafe . cafe betul betul berdepan dengan 200 seeds cafe. 


semua sedap . i paling suka serunding strawberry dia yang ada dekat nasi lemak tu. 

lepas makan kami bergerak ke ladang teh boh di sungai palas.
benda i paling menyesal ialah tak pergi waktu weekdays.
orang ramai and nasib baik kami dah makan.
kalau tak kami nak cuba breakfast di cafe boh tu. tapi yelah weekend ramai orang.

kami berdua je naik sampai sini. my parents tak sanggup panjat tangga.
sis yang muda pun mengah. mengah sebab berat badan satu. mengah sebab tinggi pun satu hal.



tengoklah betapa happynya husband i. hahaha


lepas ke ladang teh. kami ke flora park. niat di hati nak masuk taman bunga.
rm50 per person. cantik guys. bunga pun banyak cantik cantik.
dinasihatkan jangan pergi ke sini lepas makan sebab takut tak larat naik. 
lokasi dia dekat je dengan the sheep sanctuary. cuma kena naik atas sikit. parking dekat atas nanti kita akan di bawa naik truck ke atas .
luas flora park tu lebih kurang 7 ekar.









ughhh tembam betul sis. kena diet dah ni hahaha


lepastu puas berada di sana kami terus decide nak beli barang barang nak dibawa balik esoknya terus memandangkan cameron highland dah mula jem teruk and takut esoknya tak sempat ke brinchang semula. yelah kami di tanah rata kan. kami ke kea farm semula . i beli macam macam jugaklah. and kami decide lunch bungkus je and bawak balik
makan di apartment. kami ke centro mall bungkus marry brown & starbucks.

malam lepas maghrib kami decide makan di shop lot depan jugak. 
satu lagi branch adik aisyah tapi kali ni kami makan shellout.

oleh sebab kami agak lapar. kami order 2 set order for 4 .
so macam 8 orang makan even kami berlima je. yelah sebab kitorang memang hantu seafood.
untuk air i order tower je. i pick lemonade.

haha abah dah ready nak makan . mama dah terpejam mata. 

lepas makan kami balik apartment. malam tu kami just spend time tengok movie sembang
sembang sikit dan tidur.

5 june 2022
kami finally dapat makan di 200 seeds cafe. oleh sebab ni last day dekat cameron so kami tak kisah nak tunggu lama lama.







dari segi cafe surrounding 200 seeds cafe ni win dari segi interrior & nak order just scan barcode.
mudah je. dari segi food presentation. 200 seeds practicle la mudah untuk staff .
i prefer aidilbakri punya food presentation lagi.tapi dua dua okay la .





scone dekat sini yang win. scone ni bagi i menang la dari cafe i pergi sebelum tu.
rasa dia macam biskut raya.

lepas makan kami balik apartement kemas kemas. dalam 10 lebih kami check out.
tapi tu la mana mana pun mesti ada ujian kan. kami stuck di cameron highland. dari parking quintet tu nak keluar Ke simpang depan tu je. jarak dalam 300 meter  macam tu je. tahu berapa lama? 5 jam.
5 jam ye guys. 300 meter 5 jam. sebab ada manusia kurang bijak double park tempat laluan keluar and manusia selfish yang tak reti nak que. kereta tak boleh masuk dan tak boleh keluar. 
atas inisiatif beberapa orang yang keluar kereta redakan traffic alhamdulillah kami berjaya keluar.
lepas berjaya keluar. 2 jam kemudian i berjaya sampai teluk intan . my mom ajak singgah makan di ghulam rasul sebab memang kami dah lapar gila. 

lepas makan kami bertolak balik ke sabak bernam.

my husband and i decide rehat je di sabak bernam sebelum balik esoknya.



lesson i belajar dari percutian singkat kali ni. JANGAN BERCUTI ON WEEKEND AND PUBLIC HOLIDAY. JANGANNNN


azabnya menghadap jem tuhan je tahu. i balik raya haritu pun tak jem tau HAHAHA

okay ni je barang i beli dekat cameron highlands.

keychain, strawberry i beli 3 box. satu i hantar dekat adik i aqilah dah semalam. serunding strawberry i beli 3 1 i kasi my mom. 1 box strawberry chochlate, 1 box teh tarik strawberry, 1 kordial strawberry,
i beli 3 sambal ikan talang strawberry satu i bagi my mom, 1 jar jem strawberry , 2 box teh strawberry and 3 box chochlate dip
untuk strawberry 1 i bagi adik i aqilah.

i tak beli banyak sebab saja nak rasa dulu. nanti kalau sedap i order dekat shoppe je lah. 

k tu jelah korang i nak cerita. 

till then 

ttyl

una mn












💝 Anniversary Trip To Jakarta