July 28, 2022

Ambik Document Rumah Dari Lawyer After 9 Months Sign Snp

 



hai guys...


so just quick update . actually i receive text from my lawyer haritu mengatakan my documents dah siap di stamp duty so ready for pick up. oleh kerana office bukak sampai 6pm i laju laju keluar pergi ambik document di office lawyer i. from damansara ke puchong.




so i dah sensor apa yang patut.
i saja share sini untuk kongsi perjalanan hidup i .
so in future kan kalau i nak baca balik i boleh  je bila bila
i just hope google maintain this blogspot la kan
hahahaha


sis malas nak beli domain.

ni la document i ambik tadi.

i dont know how i'm gonna survive puchong sebab traffic dia for me worse than damansara.
but nvm rumah dah beli 
masa cari duit banyak banyak dan semoga Allah swt mudahkan urusan i .

syukur alhamdulillah untuk harta yang i dapat pinjam ni.

i drive balik rumah and send my documents home

lepastu i dengan husband pergi dinner dekat luar.

kami makan dekat dubuyo je.



k tu jelah korang

i doakan kita semua murah rezeki

amin. 

ttyl

una mn




July 23, 2022

Manicure Pedicure & Callus Treatment at Cutiecle Nail Experts

 





Hi guys...

semalam kan my offday pertama of the week(harini offday kedua) i work 5 days a week jadi i memang ada habit setiap minggu keluar. tak kisahlah pergi mana pun tapi selalunya mall. dah penat bekerja mestilah kita nak ada masa untuk keluar releasekan tension apa semua kan. nak nak pulak current situation.

i wfh 4 hari seminggu, and cuma 1 hari pergi office untuk masa sekarang. jadinya i need more time outside. so yesterday i decide nak me time je since my husband kerja. siapa kenal i tahulah ye i jarang mani pedi. sebab sejujurnya i prefer my nails short & just buff je. i'm not into nail colour . i tak suka colour my kuku. nice to see dekat jari orang tapi bila i buat je tak sampai sehari i akan hilangkan balik. so membazir :'D.  dulu zaman zaman i free hair i adalah beli nail colour buat sendiri. nail colour tak habis. yang habis dia punya remover hahahaha. entah tak tahu maybe sebab dia buat kuku i rasa tacky and tebal.

so i decide mani pedi is not for me untillllll yesterday. i suka benda benda melibatkan self care and kebanyakan benda macam tu i tak reti buat sendiri. so semalam i cuma nak buat callus treatment pada mulanya. and then i end up buat callus treatment, manicure & express pedicure. untuk promo semalam. untuk callus treatment i bayar rm69 for 1 hour. 30 minute untuk smoothkan kaki i, ada massage & ada foot scrub. 1 hour dekat situ je. belum campur express pedi. sambil diorang buat kaki i , ada jugak yang buatkan my menicure. ada hand scrub, buff and when it's done kuku i cantik berkilat & without colour.

tbh i teringin je nak colour . but i nak solat kan rasa leceh la pulak .
maybe ada yang wuduk friendly tapi i memang tak reti pakai sendiri HAHAHA
maybe next time i pergi time early period. right now period i dah nak habis.
so rugi je kalau warna.


semua sekali i kena bayar rm199.
for my future reference and to anyone yang interested 
sini lah i breakdown harga dia
express pedicure = rm45
buffing manicure =rm85
luxy foot spa (callus) =rm69 

so total = rm199 .

worth it? okay i suka .

do i will make it my monthly visit?  no

maybe once a while boleh kot. and semalam lepas balik 
i jumpa tempat yang lebih murah. maybe lepas ni i akan pergi tempat tu pulak & compare.


lepas tu i terus pergi lepak dekat gigi coffee sekejap sementara tunggu habis solat jumaat
kenapa? i nak call my husband ajak lunch sekali. tapi dia dah kena kerja balik
so i proceed pergi lunch dekat sukiya. late lunch sebenarnya



i think yang baca blog ni tahu i am not a fan of sukiya. i pernah cuba last year
tapi my tekak tak suka kuah dia. tapi lately ada 2,3 video orang pergi sukiya
buat tutorial cara buat dipping sauce so i think why not kan cuba lagi?
so do exactly what they did. okaylah sauce dia not bad.
but still pakjohn & seoul garden di hatiku hahahaha.
& dookki too. 






actually i haritu nak try makan dekat kedai zizan. tapi harga dia macam meninggal jap dengar.
boleh la kalau ada duit banyak nak pergi. i belum sampai tahap nak habi 7,8 hundred on
food for sekali makan untuk 2 orang. maybe orang lain banyak duit boleh la pergi try . diorang cakap sedap.
btw yang 7,8 hundred tu da wagyu yang melt dalam mulut.
maybe kalau i pergi i akan try menu lain dulu ke.
kedai dia nampak best.

lepas settle makan sukiya i pun balik. 
on the way balik i call my husband tanya nak apa apa tak
and dia nak starbucks drink & ragu pie.




this month i banyak habis duit untuk gembirakan diri sendiri. 
yelah penat kerja takkan nak gembirakan hati jiran pulak HAHAHA.

hopefully yang baca blog i jangan rasa apa apa yang aneh.
dengki ke or apa ke.
i tak kaya .. belum lagi semoga in future i kaya amin.
hidup ni janganlah fokus simpan duit je sampai lupa bahagiakan diri sendiri.

i rasa salah satu sebab i spend too much sebab i  burnt out .
stress kerja tu normal even to some kerja i nampak tak stress.

 trust me asalkan namanya kerja mestilah ada stress.
i just dont really like to share my problems to entire world.

i do have stress, challenges , insecurities and what not and everyday i learn  something new.

inshaallah for now everything is fine. i do enjoy working from office sebab banyak makanan free.

i think the burn out i feel not entirely from work but from my own expectation &  of course world news.

tengoklah betapa lousynya our own government.

i do hope kita dapat leader yang baik untuk tadbir negara kita.


May Allah  ease everything



till then 


ttyl

una mn




July 16, 2022

Carbon Peel Laser At Hannan Medispa

 





hi guys..  so seperti mana tajuk harini kan i buat carbon peel laser di hannan medispa. 
i buat dekat ikano power centre or i panggil ipc. 
mula mula i taknak keluar  sebab weekend.
semalam offday pertama i.. i berjaya habiskan masa di rumah.
harini pulak i macam nak keluar tapi 
memikirkan banyak orang dah kena demam i tak rela nak kena demam lagi.
so today i just scroll scroll instagram.
lepastu ternampak post hannan medispa. 
i terfikir why not harini pergi treatment.
so i laju laju dm diorang di instagram tanya ada slot ke tak
and kebetulan ada...


masa i buat appointment ni dah pukul 5 guys. 
so lepas set memang ada slot. i cepat cepat siap terus ke sana.
alhamdulillah jalan tak jem sekejap je sampai.
sampai sana i masuk je terus even belum pukul 6. 




sebelum ni i datang buat facial kan. so today i sajalah try laser. 





settle treatment masa untuk pergi bayar. i kena bayar rm129 je . murah kan?
untuk pengetahuan korang sebelum laser dia akan pakaikan macam numb cream and then laser. settle laser dia akan lap lap muka kita and pakaikan mask . mask ni macam nak bagi muka kita cool down la kot lepas laser sebab sejuk je. lepas 15 minit mask tu mengeras dia jadi macam jelly yang lembut tapi tak melekit.
so soft. lepas dia cabut mask tu. dia pakaikan muka i dengan moisturizer and then done!




lepas treatment i ingat nak buat mani pedi tapi penuh pulak my fav place .
so i terus bungkus gigi coffee and balik.


 k tu jelah korang for now.


ttyl

una mn












July 13, 2022

First day masuk office after 2 years ++ wfh

 



hi guys.. so seperti mana tajuk. harini ialah hari pertama i masuk office setelah
2 tahun lebih i work from home. seperti mana korang tahu i cuma pergi office untuk interview je pada awal 2020 around february. kemudian  i masuk kerja je dah dari rumah. they send me laptop and everything i need untuk buat kerja.  as for now we work on hybrid schedule which means i kena masuk office sekali je seminggu for now. for now la ye. for sure keadaan ni takkan kekal lama. 


i jujurnya mula mula berat hati sangat nak masuk office sebabnya 2 tahun weh tak payah fikir baju apa nak pakai. tak payah make up tetiba masuk office. i sejenis manusia kalau keluar rumah jarang bare face. jarang sangat . sebab entah terbiasa dengan make up. biar orang nampak muka i bersiap sikit.
kannn


i masuk je office kelam kabut cari table i. lepas letak bag dalam  loker and set up or what not. i start la kerja. luckily ada budak team i nama dia julia.  okaylah ada teman i haritu. 
i punya tak ready kan i lupa bawak bekal, botol air and i am not even makan breakfast . you know why?

i kan duduk damansara je . infact dekat dekat rumah i ada je mrt guys. tapi since office i dekat sebelah kl sentral building dia & from my house mrt dia macam pusing sikit ke situ ke sini then will take longer than it should. so i ambik initiative keluar rumah awal around 5.30 am park dekat mrt je. mrt mana?
biarlah rahsia. so from that mrt ke muzium negara tak banyak station sangat. sempat lah i nak bertenang2 bila sampai office. 



'for lunch kami lunch dekat starbucks because tu jela paling dekat dengan office i. 
mujur starbucks ada set nasi sekarang.

i dapat access card hari yang sama . alhamdulillah ye 



tak tahu la kenapa dalam banyak banyak gambar. 
gambar ni jugak i bagi. tu gambar lama ye. 2020 punya gambar
:")
i terpaksa hide la employee id . tak penting pun

balik jer kerja i terus pergi hero market untuk beli groceries. & tapau mcd for dinner .
tu jelah benda i buat sepanjang hari ni.
i paling suka function badge company i bagi ni sebab selain sebagai access card i boleh touch dekat
mana mana vending machine dalam office boleh ambik air or makanan percuma. macam biscuitt ke apa memang ada. & petang around 3 macam tu siap ada makanan minum petang macam mee & bihun. 
ada kuih kuih jugak.


macam mana la nak kurus eah macam ni hahaha.

k tu je la korang. 

till then

ttyl

una mn






July 11, 2022

Survey Best Route Ke office & eat Dookki at one utama

 




Hai Korang. 
seperti mana title. harini lepas settle kerja i dengan husband pergi usha jalan 
untuk ke office. sebab bulan ni i dah kena masuk office. even cuma seminggu sekali
memandangkan i kena shift pagi . which means  i kena masuk office before 7 and start work at 7 am
mrt start pukul 6 jadi i kena naik mrt yang dekat sini dengan office and park my car there. 
depan rumah i ada mrt tau guys cuma  dia akan berpusing jauh and ambik masa lama.
ikutkan i nak je drive tapi parking mahal pulak.

yelah my office sebelah kl sentral je.
takkan pulak i nak drive baik naik mrt kan?

so lepas jumpa route kami pun terus kami decide nak pergi dinner.
so we went to dookki at one utama.
i dah pernah makan ni and harga standart price je.
cuma before this i makan dekat putrayaja ioi city mall .







this time around kami tak ambik banyak risau terkenyang sebab ada second round
nak makan cheesy fried rice kimchi. this time sama jugak kami tak makan ramen sebab terlalu kenyang.


lepas jalan jalan kejap kami pun balik.

k tu jelah korang


till then


ttyl

una mn

July 10, 2022

Raya Haji with Parents & trying out facial at Elly's Spa

 


Hai guys...

so 8hb haritu lepas habis kerja i terus balik rumah my parents di sabak bernam. kitorang sampai agak lewat. around 8 macam tu. sampai rumah adik i fauzi dah belikan makanan di pasar malam.

so lepas dinner kami mandi and rest.


esoknya 9 july 2022

husband i nak jalan jalan keliling sabak bernam kata dia. 

so i bawaklah jalan. dia bukan orang sini kan. tbh i tak rasa ada benda menarik sepanjang duduk sini sebab honestly memang tak ada apa apa sangat. rumah i pun dekat taman perumahan yang tak sampai 5 minit sampai dah pekan sabak. so i bawak dia ke sungai besar. masa pusing pusing sana kebetulan i rasa macam why not cari tempat facial kat sini. mesti harga dia murah dari dekat kl.

so i jumpa satu spa. harga dia sangat murah. so i buat facial husband i buat bekam.

husband i buat bekam 10 cup. i buat facial dia ada pakai machine macam tu.

bekam kena rm50 facial rm70. My skin rasa fresh sangat lepas facial dekat situ.

tbh keadaan spa dia taklah gempak gempak macam tempat i biasa pergi tapi selesa and job well done.





selesai facial kami pergi eco bakery yang tak jauh dari spa tadi.
sajalah nak try. i tak pernah cuba lagi.




aiskrim dia sedap. ni mix flavour i tak ingat apa cuma satu tu chochlate la.
air chochlate dia pahit sikit.  boleh minum but i'm not a fan

roti dia fresh and sedap


lepas treatment husband i ajak pergi pantai.
bno or nama panjang dia bagan nakhoda omar.
pantai ni bukan macam teluk cempedak or pantai cenang. 
banyak orang cari soft shell crab dekat sini and pahat.
tbh even i pernah duduk sabak bernam i rasa ni baru kali ke 2 i datang sini. ya kali kedua.



lepas ambik ambik gambar

kami pun balik semula ke rumah.


10 july 2022

harini i kerja pagi. so i start work at 7 finish by 4pm.
harini ialah hari raya haji. my husband ikut fauzi and abah lapah lembu dekat surau.
lepas i habis kerja i terus pack pack barang untuk balik semula ke damansara.
yalah esoknya i plan nak usha jalan ke office. so suka tak suka i kena balik.

i sampai damansara je sebelum balik rumah kami singgah di
ss21 saja nak makan dessert dekat miru dessert  caffe




after kenyang makan dessert kami pergi bungkus taco bell for dinner


yelah spesis lapar tengah malam kan .
bungkus jela awal awal.


k tu jelah korang for now

till then

ttyl

una mn











July 7, 2022

Mat Kilau For Second Time With cousin

 



hi guys.. harini i decide untuk keluar with my cousin fadhilah. memandangkan kami jarang lepak dah kebelakangan ni so it's good to catching up kan. i pick her dekat rumah sebab kitorang nak pergi sunway pyramid je. kami sampai pyramid je kami terus pergi makan dekat jm bariani house.


kami makan dekat sini sebabnya dua dua lapar belum breakfast. kebetulan pulak i dah book movie ticket
mat kilau. i tengok kali kedua. fadhilah baru first time.
this time around i ambik beanie sebab saja la nak relax sikit baring baring.
lepas movie kami keluar hall hampir pukul 3. 
bella yang baru habis kerja joined us. 
bella my cousin jugak dia nurse dialysis dekat satu hospital i tak nak sebut la ya.
iykyk.

ahaha. 
kami pergi cuci mata dekat sephora kejap.
lepastu i ajak diorang lepak new caffe yang i nak cuba. nama dia don cafe
okay lah i suka cantik & air dia tak mahal sangat.

kami rancak berbual hal hidup, career masing masing.

lepas rancak bersembang. kitorang teman bella cari kasut selesa untuk dia kerja.
dia nak book tapak selesa dekat myfeet. 
lepastu  i ikut diorang pergi shopping groceries untuk makuda (bella's mom)
fadhilah and bella duduk serumah sebab fadhilah memang dah lama duduk dengan makuda.
macam i duduk dengan makuda dulu masa i single.


 
yang gemuk dari belakang ni mikael. 


yang ni meow. ye memang nama dia meow je.
atau nama panjang dia muhammad meow bin ab mustaffar HAHAHA

rumah makuda banyak kucing. wife meow nama dia mary.
anak anak dia max, noah, mikael . semua anak dia colour oren.
meow ni nak mintak manja suruh suap makan.


puas main main dengan kucing i pun balik rumah sendiri.

nak kena packing cepat cepat weh.

esok habis kerja i nak terus balik sabak bernam.

 k tu jelah korang.

till then

ttyl

una mn






💝 Anniversary Trip To Jakarta