October 27, 2022

YSL Libre perfume Honest Review

 



Hai guys.... so harini kan sebenarna i nak review sikit perfume yang i beli dah lebih 2 minggu
actually i sendiri tak tahu kenapa  i jadi malas nak menulis 2,3 menjak ni.
ada banyak benda jadi jugak lately and i tak sempat nak tulis but anyways...

seperti mana tajuk

ni review perfume kan.

basically i beli ni masa i makan yakiniku kuro haritu. 
i ada tulis kan i pergi makan. on 10 october i beli and after 17 days 
i baru sempat review ya.




basically this is the perfume. i beli 30 ml je sebab yang botol besar and medium dah habis
i ni tak pandai nak describe bau dia macam mana.
senang i cakap bau dia sexy.


entahlah i susah nak cari perfume yang tahan dengan i.

dengan ini secara rasminya....


libre jadi no 1 dalam my fav perfume

second would be chloe

third baru versace bright crystal.

dior?

i suka je cuma bagi bau dia tak kuat .

for me eah for me.

i beli dekat sephora murah je guys sebab 10hb haritu sephora ada buat sales for all item.


so dari 300 lebih i bayar rm256 je guys. 

nanti kalau dah habis i nak beli 100 ml terus from ysl outlet itself.


k tu je la korang my honest review.

HAHAHA


i nak sambung main game till then

ttyl

una mn






October 24, 2022

Ktown Bbq Grill Desa Pandan With Husband



Hi guys..so harini i dengan husband pergi makan di ktown bbq grill desa pandan.
this is my second time makan disini but for my husband ni first time lah.
haritu i pergi makan dengan cousin i dengan adik dia.
this time i pergi makan berdua je dengan husband.




i ambik set yang sama haemul set c yang ada seafood platter.
7 i ambik daging jugak. 

i add on nasi 2 and air.  so total bill was rm320++

for me harga dia reasonable la sebab seafood kan you pergi mana mana pun mahal jugak kena.
i rasa puas hati sangat sangat and i encourage korang datang sini jugak.
kalau korang rasa mahal boleh share share dengan kawan kawan.




 

tengoklah udang dia besar besar, semua sedap guys.



yang bestnya dekat sini. side dish (ban chan) free refill.
ban chan dia semua sedap sedap.

kualiti dia terjaga . 

lepas makan i ajak husband pergi sunway pyramid againnnn 

untuk tengok movie!!!.

kami tengok black adam !!




black adam was lit!!
dc finally understand movie yang orang suka tengok .


macam ni barulah seiring dengan marvel
eh?


HAHAHA

lepas tengok movie kitorang pun balik.

maklum la esok i kerja


k tu jelah korang


nanti i cerita lagi


ttyl

una mn

October 18, 2022

Sushi King Day & Watch Ticket To Paradise






Hai guys..

so harini i dengan husband pergi sunway pyramid untuk menonton ticket to paradise.
filem romantic yang berlokasikan bali.

sebelum tu kami pergi makan dulu di sushi king.

kebetulan ada sushi bonanza kan.




ni antara apa yang i makan. i tak sempat nak snap gambar banyak banyak.
lately i active dekat tiktok 
so if u  guys nak tengok pergi tiktok i k.







i paling suka dessert ni ice cream and fried durian mochi .

sedap nak mampos :'D



Sementara tunggu show time kami melepak di don coffee dulu.
yelah sebab tgv dekat atas dia je kan.





i malas nak spoilkan so korang kena la tengok
sebab dulu suka bagi teaser now tak lagi.

i rasa untuk orang truly enjoy the movie ialah tak tahu apa apa langsung pasal movie itu


so pergilah tengok ya!


k tu saja guys.

i lately suka buat entry pendek pendek

cukup sekadar merekodkan kenangan i 


till then


ttyl 


 una mn

 

October 17, 2022

Honest Review Samurai Yakiniku Setia Alam

 




Hai guys... harini i dengan husband saja nak cuba makan di samurai yakiniku setia alam.

as you guys know dash kan dah bukak so sajalah sekali jalan nak merasmikan highway dash tu .

memang sekejap je dah sampai sana tak sampai setengah jam sampai shah alam dah! jimat masa.

okay korang samurai yakiniku ni ada 3 branch satu di kota bharu kelantan, satu di bangi, satu di setia alam

(kalau tak silap). oleh sebab setia alam paling dekat, so i pergi ke sini.



fyi sepatutnya ada buffet tau guys. 
boleh makan sampai kenyang selama satu jam setengah . 
dengan harga rm28++ per pax . 
tapi di branch setia alam for a month berhenti sekejap buffet 
which i dont know why.

1 set 20 lebih jugak
tapi kalau tambah add on daging pun cuma rm9.90 je
masih murah.
so i dengan husband tambah jela daging.



yang ni sebenarnya ada lagi 2 plate tak sampai lagi HAHAHA.
i order juga lemak wagyu and skewer

murah guys and rasanya sedap!!!





ni lemak wagyu tu. memang melt dalam mulut




i order dumpling jugak!


this is the skewer





kalau ada i boleh comment for this branch, i hope ada kimchi 

baiknya staff sini i mintak kimchi tak dapat diorang bagi i radish! 

later hope dah ada buffet balik. i malas nak pergi bangi semata mata for buffet.


overall i suka tempat ni sebab murah. 

i will come again for sure.


k itu sajalah 


honest review dari i


korang nak tahu google la sendiri k


ttyl


una mn




October 10, 2022

Honest Review Yakini Kuro One utama




Hai guys so ni i nak cerita sikit aktiviti i harini.
tadi i dengan husband keluar pergi makan di one utama.
kami cuba makan yakiniku kuro.
semua sebab i nampak colleague i dee pergi makan.
when i check harga dia agak reasonable.

so why not kan?



yakiniku kuro one utama ni located at new wing tau guys. so dia memang hujung .
 i ambik set 200g husband pun sama set 200g . so each of us rm66++ . 
each set comes with miso soup, rice, dipping sauce, and kimchi.
sedap guys. but if you guys memang kuat makan macam i dengan husband i

200gram memang tak cukup HAHAHA.
kami ambik combo meat tau. 
husband i ambik harami&rosu set, i ambik karubi & harami set.


sebelum dilemparkan fitnah. harami tu nama dia. bukan haram tau. harami :'D





i rasa kalau ambik 400g sorang pun tak cukup ni HAHAHA.
daging dia sangat tender.

lepas makan i terus pergi sephora untuk usha usha discount.
yalah today kan ada promo.

then i ambik perfume la apa lagi.






lepastu kami pergi tengok movie!

movie amsterdam.

cerita dia menarik . heavy & quite slow at first.
yang menariknya movie ni ada tay tay (taylor swift)

habis movie i pun balik!!!



k tu jelah korang for now


ttyl


una mn


updated : i dah update perfume review . click sini





 

October 9, 2022

Fadhilah & Amirul Solemnization Day . Congrats cousin!!!






Hai guys seperti mana title pada hari ni 9/10/2022
jam 10:42 am pagi my cousin fadhilah selamat dijabkabulkan dengan sekali lafaz 
berwalikan abangnya amir
di masjid al khalidiah rasa .








ni masa sebelum akad nikah.



gambar moment moment akad nikah.



masa sesi bersalaman hahaha githcewww 

lepas majlis akad nikah kami pulang ke rumah untuk majlis tahlil
tapi masa proses tahlil rumah bawah agak pack so me, fadhilah and jannah duduk di bilik atas

oleh sebab mua dah balik i bertanggungjawab tolong retouch the make up.

bride agak active ya , cepat berpeluh & make up cepat luntur oleh kerana terlalu active.


sekejap pergi dukung anak buah kejap ke sana kejap ke mari  :"D





my brother fauzi & anak buah kami ardell (anak amir & kak lynn)


si comel aniq & his father hassan . 


sesi bergambar pengantin





kenduri khawin ada inside scoop ya .
hahaha lain macam






jannah & the bride


family kecil amir (abang sulung fadhilah )



pengantin & family kecil hassan (adik fadhilah ) anak pakngah yang ke 3




pengantin & adik bongsu fadhilah si luqman .


yana tak dapat hadir sebab anak keduanya kurang sihat.
alhamdulillah semuanya berjalan lancar



family makuda & makcik2 lain tak ada dalam gambar sebab masing masing busy di dapur untuk kenduri.
so gambarnya tak ada




terima kasih family yang menjayakan majlis ini bukan majlis iolss ni majlis dia 
tapi sebab kami rapat dari kecik so yeah ikut terharu.

tak sangka dia dah khawinnn

memang dari segi umur dia tua setahun dari i.
cuma fadhilah ni memang dari zaman remaja ditegah pakngah untuk bercinta
adik beradik dia yang lain semua  okay je bercinta 
dia sorang je pakngah macam tak berapa bagi :'D


i am so happy for her & i hope amirul dapat jaga dia sebaik mungkin



k tu jelah korang


till then


ttyl

una mn




 

Teman future bride pergi spa session di aurora muslimah spa & preparation goodies bag




Hi guys seperti mana tajuk harini i just nak cerita sikit agenda harini (technically semalam)sebagai kenangan di masa masa akan datang. As you guys noticed i memang sentimental sikit. some might think i overshared but for me i just suka tulis everything yang i rasa penting sebab 10 tahun lagi 20 tahun lagi i boleh baca lagi and relive that moment .


8/10/2022 around 10:40 am fadhilah pick me from my house terus pergi shah alam
sebab kitorang ada appointment dekat aurora muslimah spa .
sebenarnya i nak buat facial sekali but masa i buat appointment tu  cuma ada satu slot je
so priority of course for the bride. 

rezeki fadhilah i got the combo for her 
rm100 jer guys kena bayar.

selalu i pergi facial je dah dekat rm200

fadhilah dapat rm100 untuk regular facial + foot bath + nail buffing

murah gila even jauhla jugak dari damansara ke shah alam tapi minyak berapa je kan still murah compared 
dekat area area sini.





kami sampai tu kami sempat breakfast dulu dekat kedai mamak untuk isi perut.



so dimulakan dengan foot bath, lepastu facial & lastly nail buffing


so this took around 2 hours++ macam tu. settle her session
i ingat nak pergi facial dekat spa lain yang dekat dekat situ
tapi memandangkan i teringat her goodies tak siap lagi i batalkan niat.
i ada je masa yang banyak nak pergi facial lain kali.





kami singgah satu kedai macam hair salon ni .
dia punya stylist indian and they offered wax services.
i did upper lip wax & fadhilah buat face wax. 
cepat je & for me tak sakit sangat or maybe sebab i buat upper lip je sebab tu tak sakit
HAHAHA.

settle face wax we went to sunway pyramid sebab fadhilah nak beli barang dekat kaison
sebab pelamin diorang diy je so she need bantal dekat pelamin.

so she send me home and terus gerak ke rasa untuk berinai.
yup majlis dia buat di rumah makuda yang satu lagi di rasa.
mak uda ni actually not her biological mom but our makcik la.
tapi sebelum pak ngah dan makngah meninggal dunia diorang ada datang
sampaikan amanat mintak fadhilah di jaga oleh makuda & pakuda.
sebabnya jelas fadhilah memang dari kecik selalu duduk dengan makuda 
asal cuti sekolah je kat situlah dia ada.

so i balik i terus ajak husband kemas barang untuk bergerak ke tg malim
ha kenapa ke sana?
i ambik jannah sebab  dia nk tolong fadhilah buat goodies sekali.

before ke rasa kami sempat singgah di pasar malam tg malim sebab kami masing masing lapar
& we need food. i tunggu dalam kereta sementara my husband  & jannah 
keluar ke pasar malam sebab susah nak cari parking guys kat sana. 

on the way ke sana 
baru teringat yang i pernah janji nak teman fadhilah cari contact lens
LUPAAAAAAA

so i pusing kkb & jumpa satu kedai spec!

luckily ada promo

3 lens for rm50 ya guys

so i ambik 1 warna grey, kak lynn ambik satu warna hazel, & fadhilah brown if i'm not
mistaken.

air solution dia rm20 macam tu.




sampai sana ada wawa (adik bella)  tengah buat goodies dengan kak lynn (wife amir)
hassan & amir busy keluar cari barang yang tak cukup
kami pulak settlekan goodies. tengah settlekan goodies 
anak arwah opah lang yang kami panggil

paklong fendy & his wife datang berkunjung.
dia tak dapat datang kenduri sebab clash dengan kenduri keluarga belah sana
kami bertanya khabar la sebab lama juga tak jumpa.

fyi masa arwah opah lang masih ada boleh kata 
kami tiap tiap tahun jumpa waktu raya.
paling kerap perg rumah opah lang i la!

sebab i kecik kecik membesar dengan opah
paling suka pergi sana sebab banyak gila komik & majalah i suka.
from doraemon, majalah ujang la, komik komik kartun lain yang i dah tak ingat namanya.
majalah mastika pun banyak.
trust me they can open library :'D

EH TERFLASHBACK PULAK

BACK TO THE STORY



 we try ajar fadhilah untuk pakai lens
tapi since tangan dia berinai & asyik2 turun warna je kami risau kena infection
so me & jannah amik initiative berjalan kaki dari rumah makuda ke rumah makandak
ya rumahnya dekat je

dari agenda nak pinjam lens applicator sampai agenda sembang menyembang.

lepas sejam lebih kami balik semula tanpa applicator! HAHAHA



sampai sana i saw my husband busy tengok orang pacak khemah


settle pacak khemah i dengan husband & jannah balik ke tg malim bermalam di sana.
sampai sana agak lewat & maklong hidangkan air & kami bersembang agak lama.

pukul 2 baru habis!!!


& now time for me to sleep guys.


tak sabar tunggu pagi nanti!!!


semoga semuanya berjalan lancar aminnn !!!!









 












💝 Anniversary Trip To Jakarta