February 26, 2023

My Level A Mandarin (kunkwan) result is out!!!

 






Hai guys...

 so harini i dah dapat result for my mandarin level A class. I dapat A !!!!

 Alhamdulillah. eventhough i tak dapat A+ but i still happy sebab at least bukan bawah dari A.

i rasa logik je untuk i tak dapat A+ because i beginner kan?





syukur alhamdulillah. my next level class iaitu level b will only start lebih kurang sebulan lagi
so i ada masa untuk transition kerja i. 


sebab changes team ni also affect me sebab sop kerja berbeza. Allah memang tahu apa i perlukan
jadi dia mudahkan jalan i .


Alhamdulillah



korang doakan urusan i di permudahkan tau


till then


ttyl

 una mn







Last Hangout with bella before she fly

 




hi guys..


so semalam i , bella and fadhilah keluar bertiga  pergi makan dekat tempat fav kitorang bbap nu sentral.

plan asal nak keluar hari ahad tapi kebetulan semalam fadhilah cuti so yeah kita keluar semalam jela.



ika tak dapat ikut sebab dia tak berapa sihat.  semalam kami keluar lepas zohor makan lunch and sembang sembang agak lama. yelah lepas ni bella akan kerja dekat mekah. maybe yang dah baca blog i lama tahu la cousin i yang sorang ni kerja as a nurse. dialysis nurse. sebelum ni dia pernah kerja dekat riyadh. she back to malaysia on 2019 . and then pandemic happened . dia kerja sini and now she want to kerja luar negara balik but this time around dekat mekah.


actually dia dapat offer since last year lagi tapi korang tahu la kan sekarang proses visa la apa jadah semua ambik masa . tapi bestnya location dia kerja this time memang dekat tanah suci.  so boleh la dia pergi buat umrah selalu. 


i dah kirim doa dekat dia siap siap mintak supaya dia doakan i depan kaabah supaya i pun dapat pergi umrah. kadang kadang kan  bukan duit penyebab seseorang tu tak dapat pergi umrah lagi.


kadang kadang sebab belum rezeki. maybe kerja tak dapat nak cuti lama ke . or ada apa apa halangan lain.

 

semalam lepas makan kami terus pergi   machine dekat nu sentral sebab bella nak beli iphone 14 jugak macam i. dia ambik colour starlight.  her old iphone still working well je cuma dia beli lagi satu untuk letak simcard saudi nanti.





lepas tu kami singgah kopi kenangan. i beli cumanya i tak boleh minum . sebab caffein dia kuat sangat.




i took one sip then terpaksa buang. kalau i minum jugak rasanya tak boleh drive balik semalam.


lepas tu kami gerak ke the curve sebab i nak cari headphone untuk kerja.  and bella pulak nak cari casing phone baru. sampai je sana kami solat asar dulu and then cari la kedai kedai dalam tu mana ada jual headphone 




sudahnya i masuk machines the curve untuk beli headphone dekat situ.   bella pun beli casing dekat situ.

i beli sebab sekarang dah masuk video team i memang kena banyak play video. my old headphones yang company bagi semua dah worn out gila gila. yelah masa i buat comment dulu mana ada tengok video sangat



company bagi masa sampai 28 february untuk beli and claim balik. so i pun apa lagi i beli la. 

sayangnya i tak utilize semua. rasa rugi tapi malas la pulak nak cari .


since my mouse masih okay (sebab jarang pakai) , i pun okay takpe just beli headphone je la





i just have to pay around rm289. nasib bukan duit i 
hahahaha


tbh i am not a headphone girl anymore. earphones ke lama tak pakai.
dulu ye la i minat. tapi sejak i khawin ni i macam jadi jarang pakai. 
even my airpods pun duduk diam dalam beg kerja i. 
i cuma guna kalau nak tengok video time i rehat. itu pun kalau i tak sembang dengan kawan la.

i guess i am not introvert anymore?
 

i am ambivert now i think.


extrovert tu belum lagi . but ya i think i in the middle.


hahaha


lepas tu kami beli barang sikit and i hantar diorang berdua balik ke sunway. i lepak keja rumah diorang sebab i nak  solat maghrib.

after lepak sejam dua i pun bertolak balik ke rumah i.


 i sekarang tengah fasa berehat since kelas level b i lambat lagi start . i belum pick which laoshi i nak belajar sebab class paling awal on 19 march  tapi that one clash with my current schedule. 
i kena tunggu april work schedule i keluar baru boleh decide nak belajar dengan laoshi yang mana. 


korang doakan urusan i dipermudahkan. 

sekian tu saja update  i



ttyl

 una mn









February 24, 2023

5th wishlist 2023 ✅ ( sign up mandarin 16 months course Level B - HSK3 with Kunkwan)

 



Hai guys.... 

alhamdulillah  seperti mana title tadi i finally manage to complete my 5th wishlist for this year. 

last year on november i ambik cic class + level A for mandarin. i have to pay rm1047.28 for cic+ level A. click sini if nak baca last november punya entry

i saja je ambik basic and level A dulu sebab i nak tahu okay ke tak sebab yelah i kan kerja tak tentu masa.

Surprisingly i rasa enjoy every class. tak ada rasa terpaksa sebab i rasa excited nak learn benda baru every class. so after i finish my exam with kunkwan malam semalam i dah set dalam kepala i yang i akan proceed until hsk3.



ni masa meeting tadi dengan puan aisyah . 

so dia offer i antara  level b until hskk (with graduation)

and level b untik hsk3 (with graduation) professional level.


oleh sebab beza yuran dia 1k je so i decide ambik je la until hsk3

sebab hskk kena bayar Rm2k++

hsk3 pulak rm3k++ 






rm 3273.28 dah include sst 6% 
actually package ni rm 3088 je
i ambik professional level tu sebab dia ada ajar cara tulis hanzi

pendapat i bila belajar mandarin kena all out .

alang alang pandai cakap lagi best kalau pandai tulis kan?

tbh hsk ni ada sampai level 6 .

tapi tadi dia offer sampai level 3 je.
tak tahu la dekat kunkwan ada ke tak sampai level 6. 
kalau ada nanti inshaallah sis nak sambung jugak.

oh untuk kali ni tempoh belajar dia 16 bulan = 1 year  4 months

and kalau korang perasan dekat invoice ada tulis lifelong revision kan
maksud dia apa?

maksud dia i bayar one off sekali je and bila dah habis belajar nanti i boleh repeat balik join class dari basic ke tanpa apa apa charge lagi dah. 

i sangat encourage untuk parents hantar anak belajar mandarin or any other working adult yang nak tambah skills ke  marilah belajar  dengan kunkwan.

i should join student referral la promote free ni haha


and alhamdulillah sebab semalam i dah settle exam my february checklist also dah complete


i nak rehat la beberapa hari before join class level b.

and i rasa thankful dengan semua laoshi yang ajar i . 

kay laoshi (CIC class)

jia jia laoshi yang ajar i sampai end of december   Class A1- A6 .

and then Kong laoshi yang take over from january until yesterday  Class A7- Class A12

semalam for exam with kunkwan i got 175/200 . so my mark improve la sikit dari trial 80% 
semalam malam i dapat 87.5% 


i cant wait fo the full result to come out since ada marks lain dari my assignment 3 tu.


dalam masa yang sama i dah habis video training (work related).
i hope i can be top performer every month .
semoga Allah perkenankan doa doa i.



semoga urusan kita semua dipermudahkan dunia akhirat


till then


wish me luck korang


ttyl


una mn








February 18, 2023

life update 2023

 



Hi guys.....

tadi pagi pagi lagi i dan husband sempat pergi tengok movie. We watch Antman & the wasp quantumania.

bagi yang belum tengok jangan risau i takkan letak any spoilers. kami pergi showtime pagi 10.15 pagi. 




i happy finally dapat tengok movie terbaru marvel. cerita dia 2 jam je . lepas habis movie kami pergi makan dekat wondermama. habis makan husband i terus masuk kerja and i teruskan berjalan jalan. tapi tak lama pun sebab i rasa rimas pulak sebab ramai orang. lepas masuk kedai kedai fav i. i terus balik.





before balik i sempat singgah gong cha untuk beli taro milk. sebenarnya tujuan i update entry ni bukan nak update apa i buat hari ni semata mata. tapi i nak update progress i . i perasan sebenarnya banyak i tak tulis dekat blog ni. this blog tujuannya nak simpan seberapa banyak memori yang i ada. yang private  i simpan dalam hati jelah.;


this month of february i tersangat busy sebenarnya. i rasa tiap tiap bulan i cakap i busy tapi percayalah bulan ni busy dia lain macam sikit.



actually the list panjang lagi for normal task. mesti korang pelikkan 
i ni kerja ke study?

i kerja but i kena tukar team masuk dari team comment ke team video. 
so i kena masuk training balik  study banyak benda. 

masa yang sama kebetulan bulan ni ialah bulan terakhir 
i untuk class mandarin level A.

so i ada exam, assignments . 


syukur alhamdulillah semua test yang i jawab work related or berkaitan dengan mandarin class i .
i lulus alhamdulillah.

 
sebabkan i tak boleh nak share banyak tentang kerja i sebab privacy concern i share pasal mandarin jelah

okay i kan level 1 so from kunkwan i kena ambik test. untuk hsk 1 i terlewat daftar tak dapat join for march .
i might join the next exam session la for hsk1 .

for kunkwan punya my final exam would be next week.

so korang wish me luck eah. before exam i kena "berlakon " dulu
with my partner shankre.


assignment mandarin ni ada 3 actually.

the first 1 is individual video self introduction i kena cakap mandarin.

i terfikir fikir nak share ke tak dekat tiktok or blog ni

hahaha .

the second one bargaining script . yang tu i dah siapkan dengan shankre scriptnya which is i kena berlakon next week.


third assignment ialah voicechat. yang tu i kena buat conversation guna voicechat kena speak mandarin 
macam bersembang la i did with shankre as well.


so all the assignment i dah siap dah tinggal nak berlakon je.

trial pun korang tengok gambar atas tu i dah buat khamis lepas.

i dapat 80/% okaylah kan.

i salah dekat part listening . sebab ujian dia kena dengar apa orang tu cakap 
lepastu dekat form tu dah ada answer i kena pick which one.

kalau cina malaysia yang cakap kan i yakin i boleh betul

tapi sebab dia punya accent tu pekat gila nak mampus  memang from china so i macam what?

what?????


i hope next week i  dapat markah lebih okay.
ikutkan marks 80% tu dah lulus dah .





mari kita berdoa i lulus okay?

i really cant wait untuk diorang open untuk hsk 1 exam.

untuk pengetahuan korang hsk exam ni certificate dia diterima seluruh dunia. 
dia macam ielts la but for mandarin

haritu i ada buat experiment tau korang.

i saja la letak i pandai mandarin dekat my linked in profile.

guess what?


ada beberapa recruiter approach me and offered me jobs. 

bukan sorang ya tapi ramai.


so siapa siapa nak belajar mandarin silakan .

i belajar dekat kunkwan ni sebab jadual dia i boleh pilih kalau i tak dapat attend any class i can just pergi replacement class . class dia guna zoom je. easy .




okay itu jela korang for now.



nanti i update lagi my life progress.


doakan segala urusan i dipermudahkan


till then


ttyl


una mn








February 12, 2023

girls day out bertiga & watch pathaan

 


Hai guys..

so tadi i spend time with my cousins bella and ika. we went to central i city mall sebab rumah ika dekat dengan area situ so senang i from damansara and i pick bella from her home at sunway and then we terus ke meru klang to pick ika. sampai je sana kami terus pergi makan dekat banana bro sebab diorang tak pernah try lagi 



alhamdulillah they love their meals. and lepastu kami jalan jalan cuci mata 
and i beli ticket pathaan . i belanja diorang movie sebab bila lagi kan?

sementara tunggu movie session kami pergi lepak dekat starbucks


i belanja diorang starbucks and i got myself new tumblr .
ni air bella we tertukar haha







lepas habis movie ika pergi beli makanan for her husband and 
kami balik sebab esok kami semua kerja.

fadhilah tak dapat join us this time so tukang bising tak ada haha

hope dapat keluar selalu

till then

ttyl

una mn





February 7, 2023

Makan steamboat at mai steamboat and grill denai alam

 


Hai guys... semalam kan i dengan husband dua dua cuti. so biasanya kami akan pergi tengok wayang.

tapi memandangkan tak ada cerita yang best sebab cerita yang best kitorang dah tengok so we decided 

untuk keluar cari makan je. pagi tu aktiviti kami pergi makan breakfast dekat abadi di taman tun dr ismail (ttdi) abadi memang port fav kami untuk makan roti canai sebab roti canai dia gebu and harga dia murah compare to mamak dekat dengan rumah kami.


lepas makan kami pergi st rosyam mart dekat sungai buloh untuk top up groceries. kami tak topup banyak pun. hanya topup buah and lauk untuk masak. habis around rm190++ je.


balik dari top up groceries kami tidur dulu rehat rehat. and thennnn  after zuhur kami mula la fikir nak buat apa. yelah susah tau nak cuti sama. nak nak sis dah transfer team dari team comment masuk team video. 

my cuti pulak will be on sabtu ahad bulan ni. my husband pulak susah nak cuti sabtu ahad.

so bila dua dua dapat cuti kena manfaatkan. so kami usha punya usha i jumpa dekat tiktok port makan steamboat yang tak begitu mahal.


Mai steamboat and grill dekat denai alam. bila i search la dekat je kalau tak campur jem 20 minit dah sampai. semalam kami pergi pun ambik masa setengah jam je. i sebenarnya tak familliar sangat denai alam ni. yelah dia ceruk sikit kan . kawasan dia macam baru nak bangun  restaurant banyak so tak adalah congested sangat.   


untuk yang nak pergi ni ha alamat dia..


 40/1, Jln Elektron U16/E, Denai Alam, 40160 Shah Alam, Selangor.  

i pergi semalam tak ikut dash pun i ikut jalan belakang dekat kota damansara je. so dekat

kedai dia medium size tak besar tak kecik. nasib i baik i pergi semalam tak ramai orang. 

untuk peminat kambing wajib datang. husband i memang puas hati sangat semalam makan.

yelah selalunya kami makan dekat pak john steamboat je sebab dekat . tapi since inflasi pak john harga dah naik. sorang cecah rm70 kalau public holiday. kambing dia pulak jenis shabu shabu je 


so kaki steamboat macam i dengan husband pergi la kedai ni okay.








kedai ni bukak pukul  5 pm. so jangan datang tengahari 
petang baru datang okay.


k tu jela korang honest review dari sis.




k tu jela for now byeeee




February 5, 2023

4th wishlist 2023 (iphone 14 purple ) ✅

 


Hai korang so harini i berjaya settlekan wishlist i yang ke 4 untuk tahun ni.

ya maybe korang nampak macam eh baru bulan 2 tapi dah settle 4 wishlist?

alhamdulillah ni semua rezeki . tbh wishlist kalini adalah wishlist yang i forwardkan dari next year .

kalau korang baca blog i .. korang mesti ingat yang last year on november i belikan my parents iphone 14 

abah ambik warna biru mama warna merah. i memang suka gilaaa warna phone abah . biru dia sangat cantik. And another fav colour i ialah purple. kalau korang ingat jugak before i beli my iphone 12 pro in 2020 i sebenarnya nak beli iphone 11 je yang warna purple . tapi i cari merata semua tempat habis stock.

so dengan hati kecewa masa tu i order jela phone mana yang ada. secara jujur i tak suka habiskan duit beli phone mahal mahal. kalau i cakap dengan kawan ke cousin ke diorang tak percaya but honestly i rindu harga phone murah murah.  since i memang dah pakai ios. i have to take apple phone jugak untuk memudahkan i buat kerja. sebab i pakai macbook, ipad, iwatch. so everything memang connected dengan cloud. 

okay kenapa i cerita panjang panjang ni? i saja bagi disclaimer sebab i tahu i banyak stalker

terutamanya from my own family members. before i dicop membazir lebih baik i explain dekat sini.


sejujurnya macam i pernah cakap i bukan manusia yang akan tukar phone selalu. and selalunya i akan pakai my phone sampai dia rosak.. i tak pernah jual semua iphone yang i pernah pakai selalunya dah rosak baru beli baru.


tapi this few days husband i nak beli phone i. i thought dia main main.but no he's not .

sebab dia dah ada dah iphone 13 pro max. dia nak downgrade to iphone 12 pro which is my phone la.

i sebenarnya mula mula tak nak. lepas mengalami proses fikir 2,3 hari i finally said okaylah i setuju . you know why?


this iphone 12 pro i dah pakai masuk tahun ke 3. biasa jangka hayat phone normally orang akan tukar pada tahun ke 4. or ke 5.


korang tahu la kan harga iphone berapa now even for regular one?


almost 4k kan? lepastu my iphone 12 pro ni kalau jual pun around 2k now. my husband willing to buy at 3.5k. gila i tak ambik offer dia?

so untuk beli iphone 14 ni i just kena tambah rm500 je.


deals macam ni memang kedai takkan bagi. kenapa i tak swap je  dengan husband i?

i tak suka phone besar besar.i suka phone yang i boleh grip muat tapak tangan i but not too small.


so iphone 14 perfect size for me








i tak kisah orang fikir kalau macam tu ni bukan wishlist la una?

ini wishlist la sebab i have to sell my phone and top up money
hahaha.

cuma wishlist kali ni duit i jimat la sikit.


tahun ni wishlist i memang tak banyak so

from wishlist ni ke next next next wishlist tu maybe ada gap sikit.

and lepasni inshaallah bukan barang.

bukan gadget bukan barang kemas.

something different.

macam biasa i takkan beritahu unless benda dah settle


doakan nur izzati husna kaya dan berjaya.
apa apa pun harapnya kalau ada yang baca my entry hope this will boost your semangat bukan menjatuhkan semangat you.

i am not perfect sebab  everything i have belong to ALLAH

i cuma pinjam sekejap harta dunia ni.
semoga yang baca blog murah rezeki jugak


k tu jelah korang


till then
ttyl

una mn



February 2, 2023

Spa day at Thai odyssey & dinner at yakiniku kuro





Hai guyss... harini aktiviti i agak pack tapi i nak cerita jugak hahaha. 
dua hari lepas hari i kena masuk office . so i ambik la gift box new year from company sekali
sebab on january i memang masuk office sekali je instead for 4 kali.
i masuk awal bulan january, minggu kedua i tak dapat masuk i wfh je sebab i sakit yang tak dapat datang kerja. i boleh je mc tapi i malas. 

minggu ke cny kan so i tak masuk jugak 
and minggu terakhir office i tutup due to cleaning process.


dalam giftbox i tu ada massager tau so memang function la,
dia boleh massage tengkuk peha semua.

bila i balik rumah guess what happened?


hahaha mestilah my husband teruja .
dia memang akan excited lebih dari i everytime i dapat apa apa gift from company.

i tak guna lagi massager tu as someone yang dapat gift tu of course i nak rasmi dulu.

tapi yelahhhhh husband sis suka berebut .

masa tengah berebut tu tiba tiba tangan sis terseliuh. HAHAHA

malam tu i asked him to sapu minyak and urut
esoknya bertambah teruk.

yelah dia tak pandai cari urat kan. since rabu tu i masih bekerja and i work on afternoon shift i tahan jela...

sampailah harini .. khamis...

i decided to go to thai odyssey the curve

ni memang my go to place untuk berurut. 
cuma tak adalah korang nak nampak video sis berurut kan aurat haha

mujur kebetulan i tak pergi lagi my monthly urut session sebab masa gaji masuk haritu i nak pergi tapi
full je.






i ambik aromatheraphy massage for 1 hour.
so include tax rm167 macam tu.

ni i saja je provide harga sebab i know some of my silent reader nak tahu harga berapa.
sebenarnya harga dia tak mahal pun .  kalau korang ambik yang traditional thai massage murah lagi.







 my fav part before urut.



i just realize setiap kali i berurut i lupa tulis apa apa entry .
ada ramai orang fikir i ni oversharing .
but only god know berapa banyak sebenarnya i tak tulis dekat entry ni.
i basically ikut mood i.

i nak cerita i cerita.
benda yang i selalu buat tapi i jarang cerita biasanya my food hunt , movie sessionn sebab i memang kaki movie. 

spa day ni tengoklah kalau tempat tu i selalu sangat pergi i tak tulis pun.
tempat yang i gatekeep due to privacy concern.

hahaha



habis je massage session i terus pergi one utama. mujur the curve dengan ou dekat je
sementara i tunggu husband i habis kerja. i pergi gong cha dulu try air viral dia

i try strawberry earl grey latte (50 percent less sugar) + milk foam

sedap rasa dia memang kurang manis but nice




selepas husband i habis kerja we went to yakiniku kuro for dinner

kami memang lapar sangat so i order  2 set harami+karubi  200 gram
so in total ada 400gram la. 200 gram husband i 200gram i.
kitorang paling suka karubi









bila dah makan makan masih rasa lapar we add on another 2 set .

but this time we order karubi je

100 gram karubi for husband

100 gram karubi for me.

cuba teka kena bayar berapa?


yaaaa... since my gaji keluar dulu kan so i la kena belanja
but i dont mind nanti dia gaji kita mintak dia belanja pulak


give and take gitttew


i kena bayar rm224 for a total 600 gram daging 
pastu ada la side dia kimchi and nasi . ada air green tea 1 jug.

tempat ni halal and sedap so korang kena cuba
once in awhile boleh la jangan selalu.



lepas makan kami balik terus sebab i ada kelas mandarin pukul 8 malam.
right now i dah habis kelas and i tulis entry ni.

korang wish me luck tau for exam this month and assignment mandarin i


k tu jelah korang entry i malam ni.


till then ttyl

una mn




.


 

💝 Anniversary Trip To Jakarta