January 31, 2024

me time day at the ruumah spa emporis & facial at hannan medispa

 



hello guys....


diam tak diam harini dah hari terakhir bulan january. cepat sangat masa berlalu kan?

harini as usual i kerja tapi badan sis rasa lesu and macam need a massage . so tengahari macam tu i text the ruumah spa and book an appointment.


my appointment would be at 6 pm .  spa tutup pukul 7 jadinya i cuma sempat 1 hour massage dekat situ. kalau tak sis memang nak try package lain yang lain and facial dekat situ. i also booked for facial session dekat hannan at 8pm











i memang puas hati sangat dekat massage session dekat sini. tempat dia aesthetic and sini harga dia murah sikit compared to thai odyssey . dua dua urutan i suka. kalau nak compare macam ni ya..

thai odyssey dia urut agak sakit for me taklah sakit sangat tapi sakit  tu terasa la tapi lepas urut minum tea dia i akan rasa  lega selega leganya. well beauty is pain kan

dekat the ruumah spa ni dia urut tak sakit langsung. jadi bila lepas urut i rasa biasa je. cuma angin i keluar.

btw the ruumah spa tukang urut dia indonesian. dekat thai odyssey orang thai urut. the ruumah spa pun akan basuh kaki you before proceed to urut kita. 




lepas urut i terus pergi ke ipc for my facial session. i solat dulu and then proceed for facial  

lepas facial i rasa lega sangat and happy .  i rasa memang perempuan kena banyak duitlah. kena kerja so we can experience all these things. adalah orang cakap why tak mintak suami je? 


camnilah... i rasa dia dah tunaikan tanggungjawab dia as husband provide benda yang wajib. untuk benda benda macam ni sis okay je pakai duit sendiri. tapi ada je dia bagi jugak duit extra cuma biasanya duit dia bagi sis suka beli barang yang nampak . macam mana nak cakap ye ala barang . so adalah kenangan  hehe



okay la malam ni boleh tidur lena 


till then


ttyl


una mn





January 23, 2024

finally day out berlima after so long with my cousins!!!!

 



hi guys.. 

seperti mana tajuk i cuma nak abadikan memori yang agak langka ni.  wow sis berpuitis.

okay macam ni sebab kami masing masing busy dengan life masing masing nak kumpul macam ni memang susah. nak nak pulak my cousin bella sekarang kerja di mekah. so bila dia balik cuti ni la kami manfaatkan masa yang ada. 


so plan dia simple je kami nak pergi makan buffet dekat my fav place iaitu ktown. tapi bila i sampai je rumah bella i try contact the restaurant dekat g village tu rupanya harini diorang cuti. so nak taknak kami try contact other branch. tup tup dapat tahu branch dekat bukit jelutong bukak.


kami naik satu kereta je. kami naik kereta mak uda sebab kereta makuda besar. rasa macam feel zaman anak dara lagi. rindu jugak masa kami semua masih satu bumbung . ye guys dulu kami pernah tinggal sekali. 


bella belanja kami makan. sebab dia kata dia memang nak belanja semoga Allah mewahkan rezeki kau eah cousinku.













lepas makan kami pun balik sebab masing masing esok kerja kecuali bella. 
bella dia memang cuti 


tak sabar for our next hangout.


till
then


ttyl

una mn


January 19, 2024

Company Annual Dinner 2024 at Aloft KL sentral

 


hi guys  

semalam 18 january 2024 merupakan annual dinner for our company. to be specific for team  sea. actually this dinner untuk celebrate kejayaan di 2023.  selama hampir 4 tahun kerja dengan company ni . ni lah first dinner yang sea team buat (yang i tahu lah).  spunky angels team yang menjayakan majlis ni ada invite 1 indie band untuk memeriahkan majlis.

i just enjoying the show sambil duduk memerhati gelagat my co workers.  diorang memang sporting. i feel  like an old grandma watching her grandkids dekat majlis orang khawin


i took time to be comfortable around people. yelah weh i wfh 2 years+++ . lepastu dimulakan masuk office seminggu sekali. pastu 2 kali seminggu  lepastu jadi 3 hari seminggu. masa masuk 3 kali seminggu ni la i baru macam kenal kenal " other fellow lifeform" dekat office tu. HAHAHA


if you know where i quoted this from ... you know lah eah.


i enjoy to sit at the same place . i chose that table and everybody know that is my table. i guess that is why everytime i masuk office that table mesti kosong. like it was purposely dikosongkan for me HAHA.


oh lupa i nak cakap we dont have designated table. free seating. so first come first serve. but for some reason i memang akan duduk tempat sama.  


jap ni kenapa cerita pasal seating ni  :>

kan dah cakap dah sis terasa tua la plak .


okay dah la malas cakap banyak. sis letak gambar je la eah.








bila edit pakai remini bagi sharp gambar ni dia jadi pelik plak.
lantak ko lah nyah. so this is me and belakang tu my friend nama dia nabila. she is pretty and quite girl like me. but we have some crazy  extroverted friend yang make our days at office brighter


jangan tanya i mana. i tak ada. masa ni i busy makan hahaha.
dari kiri liyana, edd, aisyah, baju biru gelap tu i tak kenal, lepastu ekin, zaza, nabila
lelaki atas dari kiri, syakir, mukhriz, nazrin (yen) and amirul









and this the whole team  sea team

features (ua&comment), saudi arabia, My video team and Nlmy team


actually company kami ramai sangat staff, it is impossible for us to know everyone. 

lagi pulak sis yang selectively social ni.

i just hope the best for all of us.

happy to crossed path with all of you.


till then 

ttyl


Una mn




January 15, 2024

Day out with my cousin bella & wawa!!!

 



hi guys .... 

so last saturday 13 january 2024 my cousin bella back from jeddah. dia balik for her cuti. plan asal kami nak keluar dengan dua lagi cousin ika and fadhilah tapi diorang busy kerja. 


so i pick her up from her house in sunway. kami keluar dah nak dekat pukul 1.  motif kami keluar haritu nak santai santai je pergi makan and mani pedi.

kami pergi nu sentral sebab mula mula i rasa macam better ajak dia lepak nu sentral makan dekat dodo. ala saja nak bagi dia try nasi campur korea tu. tapi yelah kami sampai waktu office hour break kan. punyala ramai beratur. so kami end up makan dekat banana leaf je. okay la macam banana bro je lebih kurang . cuma yang bestnya diorang ada jual sambal udang petai. sedap jugak.



lepas makan kami saja nak berjalan jalan. lahhh termasuk butik naelofar. i saja racun diorang sebab kan haritu i beli tudung dekat situ. lepastu sis terjumpa baju yang sis berkenan so sis pun sambar la satu baju. yelah kebetulan next thursday night (18 jan) sis ada dinner dekat aloft hotel. dinner company sis pun tak beli baju lagi. so i bough  baju macam abaya gitchew and another shawl untuk i pakai dengan my abaya. 

i love the abaya. made me looks like perempuan melayu terakhir HAHAHA.

siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri so yeah.










after our shopping session i ajak my cousin to go to time square for mani pedi ni i ambik masa my session dah settle bella punya belum and wawa tak buat  kami tak warna pun cuma the usual la i suka buff kuku i sampai berkilat. i suka kaki i di scrub especially bahagian tapak kaki . bila tengok my dead skin rasa macam wow buat tiap tiap bulan pun still ada eah . lepas mani pedi kami plan nak pergi  makan cendol rizky yang i pergi makan dengan husband haritu.


sampai sana kedai dia tutup rupanya guys. dah salah i la tak tanya . hahaha 

lepastu i ingat nak ajak bella and wawa pergi kedai mia and sally dekat emporis. sampai sana kedai diorang tutup jugak guys. 


sudahnya i  hantar diorang balik rumah diorang. memandangkan masa i sampai rumah diorang tengah peak hour jam i lepak la sana. main main kucing  and menyembang. cousin i fadhilah pun balik kerja. 

we did mini celebration for bella punya birthday. adik bella belanja  makan she order some food. le me order chagee sebab i nak cuba. i dah lama nak try tapi sebab sis jenis malas berebut ni kan. dia macam jenis level nak try tu dapat okay tak dapat pun tak apa. 


so i belanja diorang air jela nyah.  i minum camille oo long milk tea, mak uda minum white peach oolong milk tea,  wawa minum melon oolong mil tea and fadhilah minum fresh watermelon jasmine tea.


bella taknak air chagee sebab dia full kata dia. she looks super exhausted. i understand member penat naik flight tak habis lagi cousin dah ajak keluar HAHAHA.


i end up staying agak lama sebab seronok berborak. yela tu kan macam rumah i jugak. i live there for a few years kan. kinda miss the good old days when kami tak khawin lagi. now tinggal bella and wawa. semoga yang baik baik untuk korang berdua. my cousin bella ni dia focus on her work dekat jeddah. 

kalau ada, adalah kata dia. my cousin wawa pun busy with her job.


i balik rumah around 11 pm. k guys. i nak tidur dulu esok i dah masuk kerja 



till then



ttyl


una mn





January 10, 2024

My Level C Mandarin Result Is Out!

 


Hi guys...  seperti mana title after almost 3 months i tunggu finally i get my full result for level c. sebelum umrah haritu i dah jawab exam level c ni sorang sorang i buat awal dari orang lain . i dapat result exam hari yang sama sebenarnya cuma i tak dapat full result sebab i tak tahu markah assignment i lagi . 
alhamdulillah i got 99%  for level c.  i know i masih belum fluent tapi i peduli apa i nak happy jugak.
 HAHAHA. miss presha  said sorry to us dia lambat bagi markah sebab dia busy dengan kunkwan 10 years event. 


but however it is i am thankful for her. 
she is really kind and her patience is a top notch.

korang nak ke i belanja pingyin cina sikit.

okay i belanja la sikit eah.

mind you i am still learning so yeah .

jintian wo de kaoshi chengji chulaile.

wo hen gaoxing  wo juede wo de laoshi feichang hao

wo yijing zai kunkwan xuexi hanyu yi nian le 

wo xiwang wo keyi shuo de gen zhongguo ren yiyang hao.

xie xie nimen kan wo de boke

wo hui he zhangfu  yiqi chi bingqiling

xie xie  dajia

wan an!

ttyl

una mn


p/s: my level D exam pun dah tak lama lagi . korang doakan i ye.
semoga  i boleh dapat full marks amin amin.




my activities in early week of january 2024

 



hi guys

seperti mana title i rasa lebih mudah if i compilekan  je aktiviti sis sepanjang hari yang dah berjalan di bulan january ni.  i rasa lebih mudah dah effisyen gitchew



1 january 2024

harini i kena kerja and i masuk shift noon. oleh sebab i tak boleh solat so masa rehat i.. i habiskan dengan pergi berjalan ke nu sentral.  i beli salad atalier for dinner and chatime too . lepastu on the way balik ke office i singgah mbg beli buah and juice. oh ya today i beli planner tau. i saja beli planner sebab i nak biasakan diri i guna planner digital . i biasanya tulis dekat buku je tapi sometimes la buku i tertinggal la, pen hilang la. i rasa i nak beautifully recorded my daily activities so i bought one from thebullet jo. senang everything ada kat ipad i. notes mandarin dekat ipad. planner and games pun dekat ipad.







2 january 2024

harini ialah my first of day untuk minggu ini  another offday i minggu ni adalah pada hari sabtu 6 january. i paling benci la offday bulan ni sebab rta bagi i cuti longkang. i punya offday kan 2 hari seminggu. usually cuti longkang ni on transition week je. but this month i get two times cuti longkang. so untuk memudahkan i. i apply replacement leave on 9 january  sebab 8 january tu i off.  kalau korang faham  apa i cakap korang faham la eah. hahaha.  kebetulan husband i cuti so kami berdua keluar pergi jalan jalan dekat sunway pyramid saja nak release tension. kami mula mula pergi makan dekat banana bro, 




and then kami pergi jalan jalan kejap and kami makan dessert dekat dip n dip. lepas makan kami pergi cari hadiah birthday untuk my cousin bella. penat la pusing pusing lastly i  belikan dia kasut from christy ng. 



hope she like it. malam  ni jugak i ada class guys. my mandarin class. habis class i kena stay sebab laoshi nak betulkan my words she takmau i guna i terlalu bombastic she wants me to keep it simple sebab takut i blank masa jawab exam. 



3 january 2024

harini i work from home . i memang barai gila sebab last ni i habis class around 10 plus and then i pulak jenis susah nak tidur malam. i dah lama gila tak shift pagi pulak tu. today ialah first day i shift pagi after a few months i shift noon. habis kerja i tidur puas puas


4 january 2024

harini i wfh lagi guys. habis class i masak sambal hijau, ayam goreng, tempe goreng, kobis goreng. buat style ayam gepuk. i buat dinner macam ni sebab esoknya i masuk office and i nak bawak bekal pergi kerja.


5 january 2024

harini i rto. i masuk office naik mrt . i bawak bekal lauk i masak  untuk malam tadi.  

eventhough i dah bawak bekal tapi sebab rest i awal sangat around 10:30 i pun merayap ke nu sentral sebab i nak beli skincare i dah habis and nak masuk sephora nak check ada ke product yang i boleh beli.

end up dekat sephora i tak beli apa apa i beli skincare skintific i dari watson. i just beli serum, toner, sunscreen mist, cushion skintific i pakai code ivory. ni cushion i yang ke 3. cushion ni tahan 2 bulan jugak la guys. i rasa jimat jugak.i nak kurangkan pakai foundation. 






 lepastu i masuk uniqlo to buy my husband baju. saja nak treat him new clothes. he loves it. i beli dia shirt kuning belang belang. balik kerja i pergi emporis kota damansara pergi kedai sally and mia. ni my second visit . i memang tengah mood nak shopping so i beli la benda benda yang i perlu jenuh i control nafsu.  hahaha after consideration i beli benda i betul betul perlu sahaja. i bought  6 items. 1 okaya lip matte, 1 blusher sally, 1 eyelash serum, 1 alha alpha lip booster, nely eyeshadow pallete and satu perfume from yaya empire nama bau dia thousand whishes. murah ya rm10 je edp pulak tu. boleh buat perfume harian ke or perfume tidur i ke.



6 january 2024

harini i offday . i harini sahaja try masak lauk yang i jarang masak or tak pernah masak dekat rumah ni. yang i jarang masak telur sambal, yang i tak pernah masak ialah tauhu tumis dengan sawi. lepastu i goreng tempe. sedap ya. ni i masak for dinner sebab esoknya i nak bawak bekal pergi kerja.




7 january 2024

harini i masuk office lagi. i bring my food to work. tapi sebab i mood i masih nak shopping during my break time i pergi jalan dekat nu sentral. i went to naelofar hijab . i beli 2 tudung baru. 1 hijab instant warna black satu shawl warna putih. i bought for event this month. 



husband i beli balik kerja kami makan and terus sleepy

our company dinner haha tengoklah kalau i rajin  i pakai tudung putih tu. lepastu i went to watson jugak sebab i finally realize benda yang buat skin i dry and ada dry patche adalah my own face wash. i pakai senka guys. sebelum ni i pakai okay. cuma dia menyebabkam kulit i dry. so yeah i have to change it. i beli la skintific face wash jugak. kenapa skintific? senang la semua skintific. so i senang nak tengok kesesuain kulit i .  kebetulan ada promotion body scrub so i beli jugak. HAHAHA. Oh ya i habis kerja je i balik rumah i tidur sebab jem and hujan. plan nya harini nak balik rumah my mom. tapi i dengan husband dua dua sleepy. we sleep first and kami gerak lepas maghrib. kami sampai rumah my mom pukul 10 lebih jugak sebab kami singgah family mart beli makanan. that night kebetulan adik i aqilah balik jugak and dia bawak her friend. kami kumpul living room layan cerita jawan. and then kami naik rehat. 


8 january 2024

harini i habiskan masa rehat pada pagi, layan movie main game. for lunch mama buatkan i kerabu pucuk paku. rindu masakan opah. sebenarnya i nak kerabu bunga betik tapi bunga betiknya tak ada. petang sikit i mama and my husband keluar ke spa fav kami. husband and mama berbekam and i buat eyelash lift and inai kening. i mula mula nak buat brow lamination. tapi kan i takut the result tak macam i nak. i dah la cerewet. kalau kening tak apa sekejap je hilang. lamination. will last around 3 months. so yeah  hari pertama kening i berinai muka i macam shin chan. :'D tapi tak apa hari kedua akan okay kata therapist tu.

i , mama and husband habis je dari spa kami ke pet shop sebab mama nak beli pasir kucing. and then kami singgah kedai cake sebab i memang suka makan kek dari 1 kedai ni. dia punya cake murah and tak manis and muak. so sedap.lepas tu  husband nak singgah watson and mama nak singgah speedmart. i jadi driver jela. habis semua urusan. i balik rumah and adik i aqilah and kawan dia nak bergerak balik ke shah alam.


9 january 2024

i bangun siap siap pagi kemas barang lepas sarapan nak bergerak balik ke damansara . i ada beli deodorant from my friend aini . okay ni product amway. and i know dia product unilever. i bukan taknak boikot ya guys. this is the only product i belum dapat suitable replacement lagi. demi menjaga hygiene i terpaksa pakai. i senang berpeluh and bau dia only g&h deodorant from amway je boleh control. i balik sampai damansara i letih i tidur dulu around 1:50 aini ajak i jumpa dekat amway hq.  so kami jumpa dekat sana and i bayar dekat dia. kenapa i tak beli sendiri? sebab i bukan member or agent. lepas jumpa aini borak borak kejap i ajak husband makan cendol dekat kota damansara.





 we went to rizki cendol. actually owner dia ny kawan husband i. diorang berborak lama jugak sampai cendol i dah habis cendol dia belum habis lagi. btw i sangat recommend korang pergi kedai dia sebab i ambik cendol d24 ada 2 ketul durian isi dia padat guys rm 15 je semangkuk. murah kan?



lepas makan cendol and borak borak kami ke the curve. sajalah nak cari tempat makan dinner. we went to sukiya. lepas makan  jalan sekejap kami balik sebab malamni i ada class mandarin level d7. 


10 january 2024

harini i kerja macam biasa. i wfh .  i finallly get my level c result . nak i cerita ke? okay next entry sebab i nak buat special post pasal dia . 




k korang till then



ttyl



una mn





 

💝 Anniversary Trip To Jakarta