March 20, 2024

Early birthday celebration at menate steak hub

 



hi guys.. 

macam mana title harini i dengan husband pergi celebrate my birthday awal seminggu. tbh benda ni macam tiba tiba je tau. harini i memang cuti. around 1 macam tu husband call i 


husband : nak makan kat luar tak harini? kita celebrate birthday awal

me : hmm? okay gak.

husband : okay , jap nak book menate.


tbh la i rasa happy je celebrate awal. sebab dia 27 march tu i memang cuti and husband i tak tahu dia dapat ke tak cuti . sekarang dia tengah tak cukup staff.  sebab selalunya memang camtu pun kalau tak sambut awal kita sambut lambat. 


husband nak ajak i pergi buffet hotel sebenarnya  guys. dia nak pergi sunway resort hotel punya buffet sebab dalam banyak banyak buffet hotel kami pernah pergi yang paling puas hati makan semua sedap ialah sunway resort hotel.  cuma kan this year banyak nak pakai duit so i would rather the money to be spend on something else. HAHAHA


kita pulak tolong jimatkan duit dia. padahal makan menate ni tak la murah mana  but for me still reasonable la price dia. rm99.90 per pax


sunway resort hotel tu rm228 per pax guys. so for 2 orang dah rm448.  lagipun buka puasa bukan makan banyak sangat pun. nak kejar waktu solat lagi. leceh nyah. tapi intinya sis nak husband spend sikit je sebab balance duit tu baik dia belanja sis pergi spa session ke full body massage ke.


kalau korang nak makan dekat menate jugak boleh la book dulu. deposit dia mintak rm99.90 balance of the bill bayar lepas habis makan. oh lupa yang tu net price ya dah include sst apa semua so dont worry.





lupa nak cakap rm99.90 per pax tu apa korang dapat ialah satu botol air ni, nasi korang boleh pilih nak set apa and the ada access tu the buffet section untuk makanan lain. 
ada macam macam. ada kuah durian, ada salad, laksa,satay, cakes, sphagetti, pizza, pani puri,
mushroom soup, mantou, bubur pulut hitam. 

air yang free flow pulak ada honey dew dengan sour plum.

kitorang pergi cawangan the curve je sebab tak jauh dari rumah kan

kalau korang tanya i berbaloi ke tak i cakap sungguh sungguh

memang berbaloi. makanan dia semua sedap. 

sebab last year kitorang ada lah pergi this buffet hotel ni. 

rasa makanan dia macam hmmmm tapi tu la malas cakap lebih lebih.

salah satu sebab i setuju keluar celebrate harini ialah sebab harini i ABC (Allah Bagi cuti)
jadi senang tak payah buang make up nak solat. sebab sis period kan.

sementara husband solat maghrib sis pergi jalan jalan cuci mata sambil cuci dompet sekali.

anyway kalau korang tak tahu nak cari baju raya dekat mana pergi la the curve banyak jugak orang buka booth. i faham je banyak sangat baju raya cantik cantik tahun ni sampai rambang mata 

cuma harga dia macam terkejut sikit HAHAH

sis dah beli baju raya ke belum?


jawapan dia dah.

sis beli dekat madinah last year masa umrah

masa beli tu sis dah niat ni la baju raya aku


HAHAHA

i bought 2 pairs.

kenapa beli awal? and kenapa beli dekat madinah.

jawapan dia mudah. i nak jimat duit and secara jujur semangat nak beraya tu kurang. faham la bila kita kehilangan orang tersayang (arwah abah , opah , atuk)


tapi kalaulah kan tetiba nampak sis beli lagi jangan la kecam
itu tandanya sis support perkembangan ekonomi negara.


oh and jika ada yang berkemampuan dalam keadaan ekonomi lembap ni silalah belanja banyak sikit dalam negara.


kalau Allah bagi you kaya jalankan tanggungjawab anda dengan shopping banyak banyak selain bersedekah , zakat , tu la cara dia 



i know my silent reader mesti macam ala kau siapa je la baca blog kau ni una


i mean yeah ada. i know ada.

sebab lately sis tengok post sis lama lama semua dibaca. i dont mind at all bacalah

mana tahu dengan membaca blog i dapat memberi inspirasi bagi you?

kan kan?


sebenarnya banyak i patut update dekat sini sebagai kenangan masa depan.

i tengah tapis lagi benda i patut tulis dengan benda i tak patut tulis

maybe i will make a draft or two.

tak mintak banyak cuma doakan urusan i dengan husband berjalan lancar.



sis redha je kena layan perangai dia mintak ambik gambar. 







till then


ttyl

una mn






March 15, 2024

berbuka puasa with team at havana dining

 



hi guys...

seperti mana title harini i berbuka puasa di luar. i harini masuk office and my work end at 4pm. 

habis kerja i tak terus balik sebab i akan berbuka dekat havana dining nu sentral. so office i kan dekat je dengan nu sentral. i spend my time dalam lounge room untuk tidur.  around 6 lebih macam tu i jalan pergi nu sentral and meet my colleague amin dekat situ. kitorang agak close la sebab sama sama pindah dari team features masuk video team last year.  edd pun dah tak ada dia dah resign sebab dapat offer jadi cikgu.kalau tak kalau team event memang kitorang akan duduk satu table.

i tengah cuba nak rapat dengan the rest of my team. i tak sombong tapi entahlah i introvert i selesa duduk sorang but apa pun if orang tegur i okay je tegur balik. i mean my social battery tu kurang

ni pun secara jujur i taknak pergi sebenarnya tapi i paksa diri jugak pergi.








lepas makan dalam 8 :10 camtu i mintak diri pergi surau. adalah one of my teammate panic ingat i nak balik.


d bukan nama sebenar: ehhh babe u nak pergi mana?

me : i nak cari surau. nak solat maghrib.

d: oh tadi diorang pergi lupa ajak u . i tak boleh solat. jap


datang satu lagi girl let name her F


f: u nak pergi surau eah? meh i hantar


me : okay.


she literally hantar i sampai depan surau.  i mean i rasa terharu and start blaming myself because i am not talking to them as much as i should. entahlah guys tapi i rasa taknak paksa diri to be you know talkative because i am not that kind of person. maybe i should listen to my team leader advice to give up my current seat and sit next to them 


idk la kalau ada yang stalk i ke apa  but any of u  read my blog please forgive me for being such a chronic introverted person . dulu i okay tau masa dengan team lama i. i perasan sejak i hilang abah i macam malas nak cakap sangat dengan orang.


maybe  that is part of grieving process? maybe la or maybe i taknak  attached dengan orang dah sebab i tak suka bila dah rapat nanti rasa attached lepastu bila kena pindah i will feel sad .


oh anyway i happy this year ada increment even tak banyak and i still get the bonus. pay out belum lagi.

i hope i can save more. and i rasa korang perasan sekarang dah bulan 3 i masih tak accomplish apa apa wishlist lagi. 



sebab guys macam i cakap wishlist i memang sikit this year so korang doakan jela segala urusan i berjalan lancar.


k guys i dah penat , 

esok kena masuk office lagi



wish me luck korang


till then


ttyl


una mn






March 14, 2024

Result Level D dah keluar !!!

 


hi guys...


so hari yang ditunggu dah pun tiba. hampir sebulan selepas my exam finally i get the result.

i sebenarnya tak expect banyak untul Level D ni selepas i jawab exam haritu.

macam i cakap dekat post sebelum ni. Level D punya exam sangat susah. i study semua audio dekat youtube. semua past years i dengar semua cara sebutan dia. 

initially i target nak A plus lepas exam i punya frust tolonglah jangan c . B+ ke okay dah



drumroll sikit....



Alhamdulillah i dapat A+++

masa i dapat result ni kan i dekat dalam kereta tunggu husband pergi bazar ramadhan.
i balik rumah my mom ya masa tu


syukur for this result


oh ya class hanzi i pun postponed tak jadi on 27 march sebab ni kan bulan puasa
dia bagi laluan dekat bulan puasa ni untuk beribadah

so if you guys nak study dengan kunkwan dipersilakan ya guys

very considerate

class i will start on 17 april


so boleh celebrate birthday i kat luar insyaAllah

k tu je korang

till then

ttyl


 una mn


March 8, 2024

me time at ruumah spa again before ramadhan

 

hi guys..


harini kan i decide untuk rest. so at first i pergi lunch dekat ikea sebab i rindu nak makan meatball.


after lunch  i pergi masuk ikea saja survey survey barang yang i maybe nak beli nanti. 





and then i bungkus karipap 2 pack sebab husband i tahu i dekat ikea and dia sangat sangat suka karipap ikea. so i pack and hantar pergi tempat kerja dia. lepas je i send the karipap i masuk sephora


i kan sebenarnya dulu dengan sephora macam tak boleh pisah. sebulan boleh kata ada je benda i beli.

tapi sejak beberapa tahun ni makin lama makin kurang i beli. kalau i beli pun skincare or mask dia ke macam tu. 


and biasanya i cuma beli benda benda yang dah habis je. dah few months i tak beli apa apa so i decided to buy my all time fav benefit product. yes selain tarte i suka benefit. i suka dia punya eyebrows products.


kebetulan this month ada promo i tak ingat sampai bila but if we purchased over rm220 we will get something extra . so ni jela benda i beli guys





i tak beli banyak pun. tapi i tetap puas hati sebab dapat my shades 


lepas puas jalan dalam one utama tu i decided nak pergi spa. so i went to emporis kota damansara

dekat sana kan ada new fav spa i.

the ruumah spa!

hehehe

so i buat reflexology massage.

mula mula macam therapist tu basuh dulu kaki i 

lepas tu dia proceed untuk massage
dia pakai coconut oil kot


tapi i sumpah cakap guys rasa dia smooth je
tak melekit dia rasa best je




i sampai tertidur guys. 

lepas massage macam biasa dia bagi drink 

i  rasakan i memang kena kaya la

semoga Allah bagi i kaya.

i can feell like if i ada duit banyak i dont mind to get massage everyday 

best tau spa day ni.


korang sama sama aminkan eah



k tu je korang for now

ttyl

una mn


March 4, 2024

indecisive me and jadual class hanzi dah keluar!

 



hi guys ...

so lately i macam in dilemma. i nak cerita je sebenarnya dekat blog ni but entahlah selamat ke nak cerita?

hmmmm sebab progress dia masih berjalan i tak boleh la nak cerita sebab jinx . mat salleh kata jinx


melayu or islam kata penyakit ain. tbh i rindu jadi diri i yang dulu. yang tak kisah yang cerita banyak benda dekat blog ni even bukan semua benda i cerita but still...


biasanya benda berkaitan progress i suka cerita so i future ada kenangan i boleh baca. bertahun tahun dengan blog ni i rasa happy sangat. it is like i have somebody to talk to. cuma yelah bestfriend i ni bukan makhluk bernyawa kan. 


okay safe to say i im in the middle of something. for me it is huge la to others i dont know and i dont care what they think of me. *tiup kuku*

benda i nak buat ni memerlukan full commitment and i macam overwhelmed  . you faham kan apa i cuba cakap ni?

i pun ada contact dengan kawan kawan i ada experience melalui that phase so diorang pun bagi diorang punya pov.  kebanyakan diorang encourage me to go for it. 

so tengokla nanti macam mana. kalau Kalau diizinkan Allah.oh anyway guys...  i tengah nervous ni tau tapi i serah semua dekat Allah pasal result Level d i tu.

result belum keluar tapi schedule hanzi i dah keluar. 

my first class for hanzi will be  on 27 march which is on my birthday!!



dah la puasa nya. kau ni una suka tau time birthday je macam taknak sambut. entahlah bagi i birthday tu memang special cuma my priorities now is different . macam i cakap 2024 is all about self development


tapi nanti kalau nampak i beli apa apa jangan la kecam ya :")

sis hanyalah insan yang lemah . hahahaha.







oh pasal indecisive tu kan mesti korang pelik apa yang indecisive? ya memang sis dilemma tak dapat buat keputusan. macam nilahhhh.



benda sis rahsiakan tu benda yang baik. infact sangat baik for me jadi bila benda tu baik kita nak protect la  at all cost. macam sis cakap sebelum ni sis akan rahsiakan wishlist sis selagi dia belum jadi kenyataan.

kalau sis share 1,2 tu maybe tu long term  punya yang harmless. yang dapat okay tak dapat pun okay.


begitu. sebab sifat sesetengah orang suka menghancurkan benda yang indah. hati manusia kita tak pernah tahu kan?


dulu sis fikir blog sis yang sendu ni siapa jela nak baca kan. i mean orang tak blogging sekarang.

kalau ada pun tak ramai. walaupun begituuuuuu


sis banyak silent reader. how i know? blog ni ada stats kan. boleh je tengok  post apa orang baca.


kalau dulu masa sis masih letak iklan nuffnang lagi best. sis boleh tahu dia baca dari negara mana negeri mana. yaaa sedetail itu. sekarang tak la nyah. tapi jangan gusar jangan bimbang stalker ku.


i dont mind nak baca tu baca jelah.


i doakan u dapat manfaat dari setiap post yang i tulis. walaupun post tu masa i masih lagi keanak anakan.

tulisan kejap warna lain kejap warna lain. post zaman college i yang penuh drama. HAHAHA



sis kalau baca balik pun rasa cam apa benda ko ni. tapi tu la seronok tau kita boleh judge diri sendiri .


okay tiba tiba rasa macam nak tukar header la. tengoklah kalau rajin bertukar la header blog ni.


header for 2024


till then


ttyl


una mn




💝 Anniversary Trip To Jakarta