September 23, 2024

📍Singapore Short Trip ( full itinerary + budget breakdown)

 



hey guys.. 

harini i nak cerita about my short trips to singapore last week. trip ni actually kitorang plan last minute jugak.i sebenarnya tak berapa suggest korang buat last minute plan macam kitorang sebab nanti korang akan bazir tenaga yang banyak. why? kejap lagi i explain.


plan awal kami nak pergi singapore hujung bulan tapi sebab i tak dapat cuti sebab ramai my colleague ambik cuti jugak. so nak taknak taknak i try la cari celah celah hari yang orang taknak cuti. 

i selalunya akan avoid hari i ada class untuk pergi cuti. tapi kebetulan bulan ni offday i memang rabu and khamis. rabu tu as usual i akan ada class online. i tak boleh skip class because tak lama lagi i akan exam hanzi. 

i reveal sikit la my fav style untuk bercuti. i tak adalah demand sangat nak 5 star hotel je . cumanya i memang suka hotel yang ada sekali breakfast sebab i tak suka kelam kabut. i suka bercuti dalam keadaan tenang and kenyang. kalau lapar nanti kita grumpy. kita perlukan makanan. 

as you guys know dekat singapore nak cari makanan halal taklah senang sangat. keduanya  hotel yang ada breakfast sudah tentu 5 star. ya 5 star dia kalau nak duduk 3 hari 2 malam maybe 2k-3k?

jujur for hotel tu i tak kisah sangat sebab standart la 5 star harga macam tu. yang i kisah kalau tak halal je. kalau tak halal buffet dia i rasa rugi. sebab bila kita dah bayar kita mesti nak makan . 

untuk trip kali ni i tak guna a single cell of my brain untuk research apa apa sebab i busy dengan class. 

yang buat plan nak pergi mana semua husband i. i follow je. so he managed to get us 4 star hotel dekat jb 3 days 2 night dengan harga sangat murah sekali breakfast. we stay at berjaya waterfront hotel. dari our room boleh nampak dah singapore. literally sangat dekat korang. boleh nampak jambatan orang cross border tu.

18/9/2024 

kami bergerak dari KL- Jb naik flight. flight kami delayed 2 jam.










hotel ni besar and seram. :") 
sis 2 malam tidur tak lena. itu kita cerita entry lain eah.

malam ni kami just order grab makan dekat bilik sebab i ada class

literally murid cemerlang . lah tibe HAHAHA







19/9/2024

okay ada 1 kesilapan yang husband i buat yang menyebabkan the whole trip jadi macam kami pergi join marathon.  my husband lupa book ktm punya ticket sebab kitorang ni tak tahu yang ktm punya ticket kena book. kita fikir sentiasa ada je macam naik mrt . sampai je boleh naik.

so yeah ni untuk orang yang nak cuba masuk singapore tidur jb . tolong la avoid naik bas. beli ticket ktm awal. 

sebab husband i lupa beli so sampai je Ciq jb ni kami kena naik bas. korang bayangkan the crowd . tu pun kami keluar lewat dah around 9 lebih - 10 macam tu. kalau naik ktm tak penat sangat macam naik bas. 

untuk cara naik ktm korang cari je kat tiktok bersepah video. untuk naik bas dari malaysia akan naik bas di ciq tu sampai woodlands check point. lepas tu kena turun bas jalan kaki pergi imigrationn checkpoint. lepastu kena naik bas  tapi bukan bas korang naik tadi. bas dari syarikat sama tapi bas lain. 

kena beratur . korang faham tak belum sampai singapore dah berpeluh peluh dah. i memang bebel la cerita dia dekat husband . kesian dia. HAHAHA. 

dari woodland check point korang jangan lupa isi dekat apps myICA  (foreign visitor -SG arrival card)

tutorial korang cari je kat tiktok banyak je orang buat video.  satu lagi kalau korang nak naik mrt korang ada option untuk pakai tourist pass ( harga sg20 kena return balik card tu sebelum 9 malam) /ez link (sgd10 dalam tu ada sgd 5. valid card tu untuk 5 tahun) / any visa or mastercard yang korang ada.

lepas i teliti i rasa malas nak beli ezlink so i just use my credit card untuk naik mrt.

untuk plan activity korang nak tengok map mrt diorang and interchange dia kat mana boleh download apps : citymapper .


i ni pergi kerja naik mrt pun i malas. seboleh bolehnya i akan drive kecuali hari yang parking fee mahal terpaksa la naik mrt. inikan pulak berjalan negara orang naik mrt. since i  tak ada choice terpaksa la hahaha. tapi tu lah pengalaman.


again please learn from our mistake so it will be easier for you guys. salah satu sebab i tak suka mrt singapore sebab sangat pack dengan manusia. kitanya introvert .i dont like crowded places. tapi dari segi efficiency yes. mrt dia sangat efficient. orang singapore janganlah marah kalau baca blog i ni. ya i tahu pack pun sebab ramai orang malaysia datang kerja sana hihi.


dari woodlands naik bas sampai mrt kranji.  so dari mrt kranji kami nak ke changi airport. 

so untuk ke changi airport kena exchange beberapa line tau korang. 

untuk sekadar info  mrt line dia dibahagikan ikut warna.   nah la i bagi screenshot.

takpun korang download je la city mapper tu bagi senang faham.






naik mrt kranji towards jurong east ( north south line a.k.a red line)

sampai jurong east interchange to east west line ( green line)  towards pasir ris  tapi stop dekat tanah merah. (total 20 station ye sebab tu i dont recommend you guys untuk pergi singapore dari jb sebab nanti penat gila. jalan pun belum lagi tapi dah penat setengah mati. penat naik bas + naik mrt tukar tukar)

from mrt tanah merah interchange towards changi ( 2 station)  turun dekat mrt changi airport.

sekarang dah faham kan kenapa penat?  penat berpeluh rimas. so better korang naik je flight turun changi and tidur singapore. untuk option hotel yang murah korang boleh tidur dekat V hotel lavender  . mrt terdekat ialah mrt lavender.

itu kami baru sampai our first destination. sampai airport je sis dah lapar tapi husband sis nak naik sky train dulu. okay kat sini baca betul betul. nak naik sky train  untuk nampak vortex tu korang kena ambik t2-t3 punya sky train.   


kalau nak nampak view macam ni. ni disnap dari dalam train.


📍 first stop : changi airport (sky train)

after pergi sky train lepas turun barulah kami ke jewel . sebab nak ambik gambar dengan vortex tapi kali ni bukan dari dalam train la. kita nak gambar depan depan gitchew.

sebelum ambik gambar kami pergi lunch. i  makan dekat dapur penyet.


husband i tak makan sebab dia kenyang lagi. i tak makan banyak buffet breakfast so i lapar. 


cuba teka harga dia berapa? siapa teka betul i bagi choki2 HAHAHA


kalau dari bawah vortex dia macam ni









ni pulak dari atas. masa ni sis  dipaksa ambik gambar dia  banyak banyak .


lepas pergi jewel kami nak ke next place which is haji lane.

sebenarnya kami ada je nak pergi tempat lain tapi sebab masa tak cukup badan dah penat so kami tak pergilah. antara tempat kami tak pergi ialah chinatown (beli souvenier murah) little india (mustaffa centre untuk  beli perfume), orchard (ice cream  uncle and wingstop), fort canning(port ambik gambar), garden by the bay and marina bay sand ( nak tengok apple store )


banyak tempat tak cover sebab honestly memang tak sempat and penat nak mampus naik mrt. kena 2 days baru sempat cover semua. dah naik mrt kena jalan pulak. pada sesiapa yang kenal i tahulah i memang mintak maaf la cakap. 
 memang tak berapa minat nak jalan kaki jauh jauh. HAHAHA

rasanya kalau haritu sis bawak apple watch sis  and kalau dia bernyawa mesti dia tak percaya sis jalan kaki jauh jauh. mesti dia amazed dengan tuan dia. 

ralat ke tak? jawapannya tak sangat sebab biasalah our first time. sis fikir singapore tu kecik anak je. HAHAHA

-_____-

📍Second stop : Haji Lane (Mrt Bugis)

sis pergi haji lane semata mata nak try 

the french american bakery  sebab ada hot chochlate atas tu dia letak marshmallow lepastu diorang torched.   sampai je haji lane....
sekali kedai dia tutup.

gambar ihsan pinterest,  ni la rupanya benda sis nak try.tapi tutup la pulak.
hahaha



kecewa la jugak but it's okay nanti we will come back to try.

KL - SG only 1 hour flight .

 dari changi airport nak ke haji lane . kami naik mrt jugak 

mrt changi airport  naik green line (east west line) towards  tanah merah.
lepastu kena turun la sebab memang train dia berhenti dekat tanah merah so kena naik train lain. 

from tanah merah interchange pergi ( east west line) towards tuas  link tapi korang kena turun dekat mrt bugis.

sampai mrt bugis korang cari exit keluar menghala hospital raffles
korang boleh lalu depan bangunan biru ni (jalan terus) sepatutnya tapi sebab ada construction so tutup.
jadi kitorang haritu lalu depan hospital raffles .
nampak gambar husband i tu kan. 
jalan pastu belok ke kanan (lalu depan hospital raffles)
lepastu belok ke kiri  jalan terus nanti korang jumpa traffic light
situ ada simpang 4 . nak tahu korang pilih jalan tu betul ke tak bila korang nak seberang tu korang tengok nama jalan dia ialah bali lane.

haji ni lane ni lorong belakang bali lane. 






sebab penat kami rest sambil makan ice cream.


sis beli fridge magnet sis dekat sini.


lepas settle lepak lepak dekat haji lane. 
kami naik mrt bugis untuk ke merlion park.
mrt bugis (take green line) towards tuas link 
2 station nanti sampai dekat raffles place lepastu turun dekat situ

📍third stop : merlion park (mrt raffles place)

keluar dari station mrt raffles cari fullerton hotel.
sebab mrt dia ada link jalan ke hotel tu. 

keluar dari fullerton nanti  pergi ke arah kiri nanti korang jumpa 

singa tu !

seberang dia boleh nampak dah mbs, lv store and apple store. 
nampak dekat sebenarnya kalau jalan kaki boleh pengsan.
so better teruskan naik mrt turun dekat station marina bay .




sejenis art berat.  HAHAHA




ni  view waktu siang. yang sphere kecik dalam gambar tu lah apple store.
nak pergi tapi sis tak larat la  lain kali la eah.
sedangkan apple store trx tu pun sis tak pergi lagi hahaha.



hahaha semua gambar husband. gambar sis mana?

antara sis dengan dia. sis la yang ada bakat sikit ambik gambar even tak aesthetic. 
husband i ni kalau nak suruh dia ambik time lapse boleh la.
suruh ambik gambar kita.

hmmmm

baik kita selfie jela.



20/9/2024

patutnya plan harini kami nak swimming lepas breakfast and baru bergerak balik KL.
tapi sebab letih semalam tak habis lagi. lepas breakfast kami tidur HAHAHA.
kami checkout dalam pukul 11 lebih sebelum bertolak balik.

balik kami naik bas je sebab again.
excited beli tiket pergi. ticket balik lupa.

bila time nak beli harga dah naik.

sayang duit  punya pasal so tak apalah.

kami naik  bas suasana edaran turun dekat KL sentral.


berapa total duit habis untuk kalini?
tak banyak pun korang.

hotel : berjaya waterfront hotel ( RM 409.06) 
murah ke tidak? 3days 2 night sekali breakfast.


flight ticket  KL- JB : RM117.54 per pax ( ni dah include hot seat) so  2 orang = rm235.08
i duduk seat 5A . husband i duduk seat 4A. sebab dua dua taknak mengalah .dua dua nak duduk tepi tingkap. HAHAHA.



grab dari rumah ke klia2 = rm75.89 
grab dari airport jb ke hotel = rm26.72

grab dari hotel ke Ciq = rm8
grab dari ciq ke hotel = rm8 
grab dari hotel ke larkin sentral = rm8
grab dari kl sentral ke rumah = rm27.50


total kos grab = RM 154.11

mrt singapore = rm27.74 per pax so  x 2 = RM 55.48


ticket bas dari dari ciq ke woodlands : rm2.60 /pax  x2 = RM 6.76

ticket bas balik dari mrt kranji to ciq (causeway link)  : sgd2.60 x 3.3 = rm8.58 / pax . x2 = RM 17.16

tiket bas larkin to kl sentral = rm87 +rm4 (charge print ticket) = RM 91


Kos transportation (flight+grab+ bas+mrt) =   RM 559.59


fridge magnet untuk kenangan = 4 for sgd10 
10 x 3.3 =  RM 33 


cash dekat tangan kami just tukar sgd 60  je  (kami guna sebahagian beli souvenier , makan ice cream dekat haji lane, and untuk bayar ticket bas balik dari sg ke jb)
before balik  kami habiskan baki duit kat tangan  
beli  jajan dekat mrt  kranji. 
sgd 18 = RM 60 +-


makan hari pertama (hari fly)

breakfast (klia)  lucky bros kopi
RM 53.70

zus zoffee (airport) : RM 32.80

lunch : marrybrown airport senai = RM 47.20

dinner 
ayam penyet express =  RM 38.99 
gigi coffee = RM 31


makan hari kedua 
breakfast : hotel
makan dekat dapur penyet untuk 1 meal + 2 air + 1 cendol = RM 105.53
ice cream haji lane + air = Sgd 24 = rm79.20

dinner = imani tomyam (kampung melayu majide) RM 35.65


hari ketiga (hari balik)

breakfast hotel
dah sampai KL 
Dinner dubuyo nu sentral =  RM 85.65


total makan for the whole trip termasuk jajan : RM 569.72


 

total kos cuti kalini for 2 pax = rm1571.37 


kenapa sis tulis detail sangat? sebab i  setiap kali tengok orang buat video dekat tiktok kan i rasa diorang menipu pasal budget. or diorang taklah menipu maybe diorang anggap kos tu cuma flight ticket.

bagi sis better kira sekali kos kos tersembunyi so we know how much we need.

i taknak la goreng . murah je korang. murah je. 
bagi harapan palsu . 

i pernah tengok satu video yang absurd gila.

kos pergi singapore cuma 31 dollar je? like how?

korang puasa ke?

if orang tu memang orang johor make sense la jugak. tapi orang tu dari kl la and negeri negeri lain.

lepastu jalan kaki keliling singapore?


i considered this trip kira budget dah ni.

next visit inshaAllah nak tidur sengapore je supaya lebih tenang dan tak penat.

okay sekian dari saya. 

entry panjang saya tahu.
kemain lama saya buat entry ni demi anda semua.

lah tibe sangat

 k lah korang .

i nak tidur dulu 

till then

ttyl

una mn







































September 17, 2024

jumpa my baby niece for the first time :)

 



hai korang..

semalam merupakan kali pertama i jumpa my baby niece aleesa. aleesa ni anak ammar (adik i) dan erin.

aleesa lahir pada bulan 5 haritu.  tapi atas kekangan waktu dan kesihatan i baru dapat jumpa dia awal bulan haritu. i jumpa dia on 3 september before balik rumah mama. salah satu sebab i taknak kacau waktu berpantang erin . even adik ipar i banyak kali tanya "kakak bila nak tengok baby?"



gambar dia yang ni memang copy paste daddy dia sangat. 




eee comelnyaa dia










aleesa and her nenda




ni la gambar masa i jumpa dia haritu.


uncle shyafiq dia bangga sebab aleesa lebih suka lelaki dari perempuan.
masa uncle dia acah dia senyum. masa dengan i dia blur hahaha.
ni adik i ammar cakap. dia suka lelaki, lampu, suka jalan jalan.



i kan tahun ni genap 6 tahun berkhahwin. jujur i sikit pun tak terasa bila i dapat tahu adik ipar i pregnant. 

mungkin la i dengan shyafiq tak ready lagi nak jadi parents. tapi kalau Allah bagi i terima. faham kan?

i suka baby tau. jangan korang ingat i tak suka baby.  bila aleesa lahir i sebenarnya teruja. ni la cucu mama abah yang pertama. sampai i rasa kalaulah abah ada lagi. mesti dia suka. mesti dia akan datang rumah ammar selalu demi cucu.

i dont know berapa lagi google akan simpan blogger.com ni. hopefully diorang takkan delete this platform. mana tahu bila aleesa dah besar dia baca balik coretan auntie dia ni.


" hi sayang auntie... i want you to know that you are special. you made your nenda happier. me and our entire family happier. if only your atuk still here he too will be so fond of you.you will be his fav forever"


i am so glad that aleesa still ada atuk dekat side mama dia.  membesar dengan sihat ya sayang.



okaylah korang . i nak rest dulu . esok i nak catch flight. kita dah mood holiday dah ni


ttyl


 una mn




💝 Anniversary Trip To Jakarta