April 6, 2012

bacaan yassin dan gotong royong macam kenduri yang sungguh ohsem :)

hai semua bertemu kembali di blog kudus yang tiada pengunjung ini. *ayat dah macam k____ *isi tempat kosong sendiri*
okay tadi  selepas mengepost blog post yang tadi tu la dalam pukul berapa entah tak reti. roommate dapat call dari coursemate ajak pergi bacaan yassin ramai2 kat rumah member kami so una pun  pecut laju2 siap2 pergi la ke majlis terbabit. una pergi naik kereta pipah hehe *first time naik dengan pipah *


kualiti tak bagus, harap maaf . blackberry memang macam tuh *sambil lari2 menangis tepi semak*

kiri awe, kanan abe . huhu :)
selesai bacaan yassin kami pun bergotong royong la, yang kupas bawang kupas bawangla, yang basuh ayam basuh ayam hehe . kami ade bbq esok kat teluk cempedak .

aktiviti beramas mesra ciklia dengan mimi, mimi disuap ciklia.. nak jugak.. nak jugak! T-T


ayu suap paan. ni lagi kurang asam aku ni roommate dia, dia tak pernah suap pun. T-T
 selaku pengupas bawang, ciklia, kak fiza,yana dan lain2. selaku pembasuh ayam, una sendiri, afiq,mimi,irfan  dengan cikwawa.agak seronok la aktiviti ramai2 ni. tak terasa penat pun :) sungguh. masa lepas baca yassin tadi diorang sempat goreng donut bagi budak2 lelaki course kami makan . hehe thanks kepada tuan rumah si kijah yang sudi bagi kami bergelimpangan buat kerja kat situ hikhik .


penuh kasih sayang kan? hahahahaha :P

haha sumpah lawak gambar ni, abe nak luku kepala irfan sekali keh3

kijah,inilah tuan rumah dia sebenarnya :P

que,ajiq ,onhcair*our daddy*
 
sejuk mata memandang :)



haa ni la aktiviti goreng donut :P
abe dengan daddy kami onchair :)

ni gila kamera , sempat lagi hehe




we're family. :)



you're the most beautiful flowers
in my gardens of friendship
remain the same forever <3



p/s: tak sabar tunggu esok .

April 4, 2012

bebel2 kosong, sambil seluk poket

hidup kebelakangan ni serabut.
serabut dengan kerja tertunggak akhirnya selesai.
akhirnyaaaaaaaaaaa! *sambil menjerit sekuat hati*
tak adapalah nak diperkatakan sangat cuma sekadar melepaskan tekanan berlambak tak hingat yang sejak  menjadi pelajar semester akhir ni.
ade sajalah kerja berbaris . *beselah tu adat belajar*
dan selesai sahaja kerja ni boleh la nak tergolek2 pun atas tilam.
tu pun bak 10 minit je la oleh kerana final exam semakin mendekat jadi tak payahlah nak mengada2 tergedik2 baring lelama atas tilam tu timah.
study pun tak sampai suku muka surat dah terlelap macam ni ke nak jadi dekan?
hampess T_T

macam macam kepala hotak ni dok celaru memikir.
balik rumah kang kompem tak ada income.
nak mintak mama segan *eleh , macamlah wujud istilah tu dalam kamu hidup kau una*

hey seganlah.. kata dah umur 21 tahun tak macho la tadah2 tangan lagi kat parents . lepas ni pepandai la kau menuai  padi ke,menyapu sampah ke,
ataupun jual cucur kat pasar malam demi duit .
nak harapkan duit turun dari langit harapanlah..

memang hajat dihati tu nak kerja dengan pakcik tapi nak buat lesen dulu plak tu.
rasa macam terhina je setiap kali jiran2 ,sahabat tolan suruh bawak kereta tak reti umur dah besar panjang, badan jugak dah besar gedabak.
mana nak letak muka? manaaaaaaaaaaaa???

hurmm una rasa macam nak berniaga balik la, demi duit bergunung2  una sanggup membuka kembali bisnes niaga.
akan tetapi tunggu habis final dululah ye.sekarang busy ni.:P

P/S: bebel apelah aku ni.


April 1, 2012

seharian di grooming, i love u friends muak muak! =P

semalam ada grooming untuk melangkah ke alam kerjaya di kolej.
pada mulanya una malas nak pergi tapi nak tak nak kena pergi jua. benda free jadi pergi ajelah...so start benda tu patutnya pukul 8.30 tapi janji melayu konfirm start pukul 9.00 then una terlewat sebab una lewat 5 minit ke 10 minit.

perkara amat memalukan, una tak tahu apa yang lawak tapi.. masa una masuk una kena gelak mungkin sebab una gelabah. *face palm* una tengok muka tuan haji tu macam serious je tu una gelabah tu, dan hall tu macam dah penuh masa una datang, dalam cubaan mencari tempat duduk, una dapat tempat duduk depan sekali. 
dan paling menyakitkan hati dan perasaan kerusi tu pun bila ditarik susah betul nak keluar dari meja.
baru letak punggung manusia hantu si que tu pergi bbm dan ping ping.bunyi disetkan loud pulak..
mana nak letak muka? manaaa??? oleh kerana terlalu gelabah una telah menanggalkan bateri terus dari dari badannya.


 T_T
maluuuuuuuuuuuuuuuuuu
mujur kedudukan tu tak lama , kami perlu tarik2 meja bentuk 1 kumpulan 8 0rang.
tapi kumpulan una ade 7 je. lantaklah labu. orang tu suruh campur lelaki perempuan. tapi sebabkan kawan kelas una sikit je lelaki yang datang ciklya my hunny rabbit dah tarik dah bestfriend dia masuk group tu maka kami tiadalah jejaka dalam kumpulan. tak apalah yang penting ade kumpulan ye dak?lagi senang . huhuhu

sepanjang hari una ketawa, ketawa dan ketawa.
mintak ampun dan maaf pada mereka yang berdekatan dengan tempat duduk una. una tahu una gelak macam pontianak.
dan terima kasih kepada cik liling yang sudi pass mic kat group una. akhirnya dapat duduk HAHAHA! :D

okay una tahu korang tak faham apa kena mengena pass mic dan dapat duduk?


una tak perlu jelaskan panjang lebar sebab una rasa kalau cerita sampai subuh tahun depan pun tak habis. HEHEHE.

dan terima kasih kepada que,dan ciklya kerana tak habis2 membuatkan una ketawa sambil mengeluarkan maki makian.
una tahu tak baik dan tak manis. ampunkan saya .. T_T
azam tahun baru nak jadi sopan tak kesampaian selagi dua ekor makhluk ni masih berada dalam jarak dekat dengan una.

makhluk diperkatakan que dan ciklya. .

i digress

nak cerita  pasal event tercerita pasal makhluk 2 ekor ni pulak.
haha anyway , rasa terhibur jugak semalam. terhibur sebab kawan-kawan.
sebab ilmu.
sebab kenangan. =)
yeah kenanganlah.
btw semalam birthday irfan iman jupry
happy birthday brotha .
dan semalam banyak perkara berlaku.
dan semalam.. '
daaaaaaaaaaaann ahh malas cerita  lagi. k bai semua .
macam biasa . ada gambar
untuk kita  kawan2 =')
untuk kita .. T_T


kiri kijah, kanan echah.
kijah group lain echa group una.. hehe my dearly darling =)

cik wawa dgn mimi  . macam2 biasa tetap ayu.

kak fizah, yana, ciklya,cikwawa , mimi
masa ni dah habis program tunggu kat luar pagar.

dan ini ahli group una. hehehe campur una jadilah 7


dan masa ini waktu nak lunch di student centre. dan masa inilah una tak habis2 di sakt que. tak habis2 dia mengingatkan bahawa ayam ada lagi 6 ketul dalam  tray T_T beliau jahat.


walau bagaimanapun, semalam tetap best.
semalam banyak ilmu una dapat rupanya nak mohon kerja ni kemain susah dan rumit.
banyak benda kita kena tahu.
kena jaga.
hurmmm imej .
una tahu una selekeh.
lepas ni kena kemas2 dah

p/s: makin lama makin banyak entry pasal kawan2 aku, hehe jangan muak dahla ye? =P