February 14, 2014

Mask terbaik dari ladang ;D

sejak dua menjak ni... naluari kewanitaan tu agak tinggi sikit. Mula beli mask berkepuk kepuk. Bawak "segerombolan" duit bersama ke mall carilah mask yang mana agak agak dapat memudarkan keliling hitam bawah mata, kulit kusam dan juga segala cela di wajah. Tapi tak pernah ada mask yang berjaya memuaskan hati sanubari aku yang berlagak "queen" ni ekekeke.

sehinggalah aku ternampak seorang seller kat Fb ni jual benda ini...





bila tengok testimmoni ramai sangat guna aku pun terdetik hati tu nak beli
best gila kau ...... lepas pakai muka rasa berangin je . Habis tanggal segala kekotorang dan minyak minyak muka. Muka aku ni jenis tak ada sebum banyak so dia tak ada banyak keluar yang putih putih tu. Tapi pori pori rasa lebih lega... tahu tak rasa dia macam mana? macam baru lepas pakai mask 24k . macam tu la rasa dia. Oh ya muka aku aku taknak letak sebab aku ni jenis tangan tak berbedung , so bila sapu asyik taklah rata rata.  so ni antara blogger dan selebriti yang guna floral mask ni.






mana nak beli ? pergi ke fb seller ni. service terbaik, cepat tangkas dan dijamin original! ;)




February 13, 2014

kisah manusia berat , sedih jugak kena kutuk ni...

Hai assalamualaikum....


sejak dua menjak ni aku terfikir nak kuruskan badan . Dan banyak kali dah pesan kat diri sendiri suruh control makan tak jugak dapat nak control. Lemak ni memang degil la , sedegil tuan punya badan. Sebenarnya sedih juga kena kutuk selalu.
Lama lama lali dah cuma, terasa hati tu tetap ada. dikatakan gajah la, badak air la,peti ais la, guna beras la mesin basuh la.


Apa hina sangat ke orang gemuk?



tapi bila aku fikir balik, takpelah aku malas nak layan orang macam ni.Biarlah dia nak kutuk aku pun.. Aku memang ada niat nak kurus tapi slow slow. Aku tak paksa la siapa siapa hulur duit bagi aku makan, dan setahu aku aku makan tak banyak pun. Cuma badan aku susah turun sebab aku kerja office, memang 24 jam depan pc. Balik kerja dah penat dah lapar.Lepas makan kadang kadang tu terus lelap tu yang gemuk tu.

aku selalu di pandang rendah.
takpe aku kena sabar ALLAH tu sentiasa ada, untuk orang orang macam aku.
kalau korang ada masalah sama macam aku, jangan mengalah, kalau nak turunkan berat badan biar untuk sihat bukan sebab penampilan semata mata.

bagi aku senang.. siapa yang ikhlas berkawan dengan aku, sampai bila bila aku takkan lupa.
bila kita dalam condition macam ni la kita dapat tengok siapa kawan siapa lawan  :)

oh ya.. aku ada try produk oppasnow tu , boleh tahan la panas dia .. tapi agak mahal la. kalau beli mustajab boleh dapat dua. Mustajab ni satu je aku tak suka .. dia punya panas unbearable. T-T terbakar woii... ! felinna pun sama. tapi dua dua produk ni memang berkesan cuma kulit korang tahan ke tak tahan la. kulit aku nipis, jadi kepanasan dia aku memang tak dapat nak tahan. Mungkin sebab lemak terlalu banyak tu jadi panas gila bapak tu ekekekeke..

aku agak la...



mulai harini aku janji ...... nak  sungguh sungguh...
yaaaa semoga cekal! ;')


February 9, 2014

setelah sekian lama mendiamkan diri.. mempersembahkan....... edisi make up and me!

hi lovelies.


sejak dua menjak ni, aku agak aktif membeli make up make up setelah hampir beberapa tahun tak berapa nak aktif. Minat pun dah berubah kalau sebelum ini aku asyik pakai make up heavy tak kira siang dan malam tapi sekarang tidak lagi. Ohh ya dalam 2 tahun kebelakangan ini adalah tempoh rehat dimana aku jarang bermake up dan boleh kata tak ada make up heavy. Segala pallete pallete lama aku dah tinggalkan di kuantan . Habis je study, aku punya malas nak packing aku tinggalkan mereka begitu sahaja.



hehehe.

jujurnya pallete pallete tu dah nak habis sebab tu aku buang and dulu aku pakai maybelinne.
Maybelline ni kualiti shimmering eyeshadow dia agak bagus walaupun murah tau! :)

okay let's talk about the present


sekarang ni aku mempunyai minat mendalam pada make up line seperti mac , sephora,etude house(ni pengaruh ailyl rozanna),benefit dan juga nyx.


Ini antara yang aku beli baru baru maaflah tak boleh nak upload semua .

2 ni dah lama aku usha baru ada duit nak beli yerlah , masa jadi student dulu harap duit parents je takkan nak beli kan?
ni dah ada duit sendiri baru lah beli. Oh ya aku beli Mineral powder dengan fixing make up spray.
Sebenarnya aku datang Mac tadi  tu nak beli concealer dia tapi code yang aku nak dah habis, so daripada aku bazir masa aku baik aku beli je dua ni, produk pun bagus tak salah beli :)

sorry la  gambar ni berselerak sangat memang aku ni jenis tak berseni .. 
tapi kita ketepikan pasal seni tu  Pallete ni aku baru beli 2 hari lepas dari itu house,
Etude house sekarang tengah buat promotion beli 3 barang dapat 30% discount . Tapi pallete yang korang nampak tu tak termasuk 30% discount tau. sebabnya dia dah discounted item. harga asal rm80 lebih macam tu tapi sekarang jadi rm30 something . Bagus kan strategi marketing diorang?

tu yang berlubang poket aku bila masuk situ .Ah lantaklah janji puas hati.. oh ya etude house yang ohsem ni siap bagi banyak free sample tau, antaranya cc cream,cleanser,bb cream dan wiping tissue (kat gambar tertulis baking powder tu ha) hehe bukan baking powder nak masak yer jemah, ni wiping tissue untuk bersihkan make up.

Apa yang aku beli dari etude? 
antaranya ialah
1)make up pallete
2)Mascara
3)lash curler

dan satu lipliner jenama biasa je warna fushcia but the quality is very nice rm5 je doh ! and brown eyeliner dari elianto.


Setakat ni make up line yang aku paling suka ialah mac sebabnya dia punya kualiti. Bagi aku soal mahal jenama tu untuk menunjuk nunjuk tak penting. Yang penting ialah kualiti. Kalau mahal macam mana sekali pun kalau kualiti tak ada aku takkan beli  . Aku pernah je  jumpa make up mahal gila bapak sampai nak nangislah aku rasa tapi kualiti kureng lebih baik aku beli make up pasar malam daripada aku beli jenama tu. Jenama apa? Aku tak boleh bagitahu kat sini, kalau korang nak tahu email je la aku  karang tak pasal pasal kena saman pulak dah satu hal hikhik.


Opss cerita pasal make up ni aku nak selit selit sikit lah make up wishlist aku. Sekarang aku dah macam make up hunter dah, tapi insyaallah aku cuba control supaya tak berlebihan. Kang tak pasal pasal macam tepung gomak pulak ;p





ni ha antaranya.. sebenarnya banyak lagi .. tapi aku malas nak nak pergi google. 
aku suka make up yang buat aku nampak muda. orang suka cakap aku nampak tua mungkin sebab aku gemuk kot.


Weh tuaaaa ke weh ? tua ke macam ni?? T-T





ahhh sudahlahhhh aku tahu aku nampak pucat dalam gambar ni.
tapi takpe lepas pakai mask elianto ni aku harap aku tak pucat lagi jyeahhh yakin boleh! ;p






p/s: kualiti gambar berbeza beza sebab lighting tak cantik dan kamera juga beza beza :)