October 1, 2020

I finally get a MacBook Air 2020!!!









Hai guys...

dah lama I tak update blog Kan ? actually macam macam Benda jadi and I supposed to write it here.

tapi takpe save it for later.  now I nak update my latest completed Wishlist 

this Wishlist supposed to be the last one tapi I decide nak completekan yang ini dulu.



so I finally own a MacBook guys!!! hehehe I've been eyeing for this for far too long

asal masuk machine ke, switch ke, Mac city ke basically mana mana apple store I mesti singgah main pegang2.


to be completely honest I nak MacBook Pro tapi memandangkan MacBook  pro a bit pricey  I decided  to purchase MacBook Air 2020 . I nak gold colour tapi dah habis . so I bought this one.



just like dream that comes true..
oh no no.... bukan dreams but hardworking that paid off.
I bought this using my hard earned money okay. 
not sponsored by anyone sebab I bukan anak orang senang. 
husband and I pun kerja biasa biasa je . boleh la setakat nak makan kenyang ada tempat berteduh.
ada kereta comel untuk ke sana sini.

I am so thankful for whatever achievement that I managed to unlocked.
early this year I started with buying a fridge for my almost empty home and now here I am .
nothing comes easy Kan?

the price is rm4399 je. kalau you guys berduit belilah MacBook Pro sebab MacBook Air ni untuk light use je . kalau korang nak tengok video unboxing boleh pergi instagram I (unamn)


so now I kena strive for the last Wishlist and finalized  Wishlist untuk next year.
this is crazy time to be alive , with covid nothing seems clear anymore but you still can have a little rainbow. create your own happiness okay guys?


I am sorry if you find me annoying or exaggerate a lil bit too much.
getting a MacBook a pretty big deal to me.
reader blog ni yang dah lama baca blog I sure tahu yang I sangat sangat suka edit gambar and video.
tapi for personal use la not a professional one.



you can expect more picture or entry related to MacBook or apple product in future

so please bare with me.



till then

GOOD LUCK

una mn



















August 9, 2020

My First Car and next target?

 Hai korang.. 

sepertimana di entry lepas sis ada share tentang sis beli kereta kan?

alhamdulillah sis dah pun dapat kereta tu pada 21 hb . cuma lambat update sebab busy.

sis ambik kereta tu sendiri dekat cyberjaya .

ni hari my baby keluar showroom . actually banyak benda jadi haritu. dari aku excited jadi tak excited.HAHAHA
hari dapat kereta supposed to be orang happy tapi aku penat. aku lupa check tangki mnyak and diorang lupa isi minyak .
then pada hari pertama aku telah mencipta rekod ye! rekod tersadai di highway before exit putra hight!!!
mula mula minyak habis lepastu diorang dekat showroom datang hantar minyak! eh lepastu battery mati kena jumpstart!!

padahal new car. tapi nasib diorang baik sis tak suka viral2. sis call suruh datang tengok
berkali kali diorang mintak maaf. bawak kereta ke showroom terus tukar battery baru.  ALLAH uji sikit la haritu dah bagi kebahagiaan mesti ada ujian kan. esoknnya owner proton cyberjaya terus call mintak maaf .
aku syak mesti staff dia kena marah teruk. hopefully diorang check betul2 sebelum serah kunci lepas ni.

sebab dapat kereta 21hb so tak dapat buat apa sangat sebab kerja kan.. and dah nak raya haji. 
waktu raya haji ke 2 baru sis dapat tinted kereta. and tadaaaa ni sis belanja gambar kereta dari belakang

so ni gambar dia dari belakang. banyak jugaklah duit habis bulan ni beli barang kereta.  2 hari lepas sis siap pergi carwash mandikan dia. hopefully kereta ni boleh serve well. inshallah i akan jaga dengan baik. first car atas nama sendiri kan mestilah sayang.


ni dihari yang sama kami pergi hunt benda ni. aiskrim sarang madu syuib. sis beli dekat the strand je sebab baru buka. 

proses beli kereta susah ke?
tbh tak susah kalau you punya gaji okay and bayar hutang cantik dekat bank.
before i beli kereta i pergi settle personal loan cepat walaupun sebenarnya lambat lagi habis. sis bayar lump sump.
3k sis bayar. then sis bayar ptptn. so sekarang hutang loan ptptn dah tak sebanyak dulu. bayar je jangan tak bayar
lepastu sediakan jela apa yang bank nak.


boleh check ctos samaada skor cantik ke tak. korang google je nanti keluar skor cantik sekejap je lulus.

sis submit 1hb loan. 2 minggu lepastu loan lulus. seminggu selepas loan lulus sis dapat kereta.
so 3 minggu je la proses dia. 


next target nak beli rumah. ada juga dapat tawaran beli rumawip and ada agen hartanah call for viewing.
sis niat kumpul duit dulu. nak beli rumah pun tak boleh rushing. dalam keadaan pandemik ni kena berjaga jaga sikit and tak boleh berharap dekat single income je bila nak beli rumah.
bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. sediakan boat sebelum banjir. sediakan kapal selam sebelum tenggelam. sis tahu sis paranoid tapi tu la better be safe than sorry kan?



akhir kata semoga kita semua murah rezeki. 

jangan lupa sedekah, jangan lupa ALLAH :)





























July 19, 2020

pelangi selepas hujan




hi guys..
apa khabar semua!!! (apa tak dengar?)

krik krik...   i anggap semua sihat ..

HAHAHAHHA syok sendiri!!!




tahu tak tahun 2020 ni walaupun seluruh dunia dilanda bandai tapi  ada sesetengah orang mendapat pelangi selepas hujan. contohnya  saya! 2018 and 2019 not a good year from me.  i tak pernah share dekat blog ni tapi that's the fact. and dekat instagram or twitter pun orang tengok my life normal je. actually banyak thunderstorm, tsunami, 
banyak sangat yang kalau i tulis pun tak sanggup. i seems happy before sebab i taknak share to public.
ada la 2,3 orang yang tahu. it's great that i manage to lalui that phase. di fasa jatuh terduduk yang i dont know to describe what happened. too personal to share anyway. kepada yang tahu terima kasih kerana menyimpan rahsia.

tahun 2020, 
i ada kerja baru. tempat baru cuma saya dari awal memang work from home sebab pkp.  banyak sangat nikmat ALLAH bagi tahun ni. sometimes rasa unworthy because i am not  good servant to ALLAH. tapi syukurlah untuk hadiah ni.

tahun ni tahun i banyak habis duit untuk beli barang rumah . and baru je tambah satu komitmen baru iaitu kereta . my first car after 29 years hidup . kereta family adalah tapi bukan sendiri punya kan. so tak consider .
i beli kereta proton iriz 1.6 executive je . dah bayar downpayment tunggu keretanya keluar je. i dah usha kereta ni since last year. walaupun i minat honda tapi i tak suka saving setiap bulan terlalu sedikit. siapa suka saving macam saya angkat tangan! eh taknampak la angkat kaki pulak! yay hahaha . tapi one day kalau gaji okay sikit inshallah i beli. macam dekat entry lepas i cakap. my monthly saving adalah 2k. 
bagi orang lain saving kalau 2k gaji kau sebenarnya berapa una? rahsia!!! tapi i memang nak maintain saving banyak ni sebulan.
ada jugak kawan yang cakap iriz tak bagus la apa la. tapi sebenarnya iriz bagus tau guys. i selalu tengok review dekat youtube dari roda pusing and any other channel . safety wise i pilih ni. sebab body dia kukuh. lagipun dia comel.
i baru sign agreeement and bayar dp selasa lepas. so maybe 2 weeks kot baru dapat. nanti dah dapat i update entry baru untuk dia . haahaha

last year masa kerja as tsr gaji tak banyak seperti sekarang. boleh hidup, boleh tengok movie makan kat luar semua boleh. cuma beli kereta je tak boleh sebab jenis contract setahun renew. setahun renew. i pulak jenis kadang2 sale okay kadang tak okay. so commission tak sebanyak orang lain . sebab last year selalu sangat sakit. (itu salah satu ujian saya last year). 

then i decided tukar kerja masuk customer service cuma jodoh dengan cs tak lama. i kerja untuk support singapore side selalu kerja malam balik pagi. masa untuk diri sendiri pun kadang kadang tak ada , suami lagilah.

maybe sebab hari hari kena maki dengan singaporean HAHAHA, hati jadi tak happy. Allah aturkan jodoh i dengan company tu for 3 months je.1 month menganggur masuk company baru. semoga company ni bertahan lama.


so far this is the best job scope i kena buat sepanjang i hidup  semoga kekal la kerja sini. rezeki kerja sini
alhamdulillah wfh sampai sekarang. which means dah 4 bulan work from home. masa dengan husband banyak.
boleh masak kalau lapar. Allah mudahkan perjalanan mungkin sebab 2 tahun ujian kan. tahun ni i dapat pelangi.

syukur alhamdulillah segala puji bagi Allah :)


sekarang i fokus kumpul harta je dan secara ajaibnya i dah minat emas. sesiapa yang kenal i dah lama 
mesti tahu i jenis tak suka pakai apa apa kat tangan kecuali jam. kalau ada akesori pun pakai kejap lepastu simpan dalam bag. maybe sebab faktor umur i dah suka emas. so lepas ni boleh la kumpul emas untuk investment heheheheh..


hurmm pasal part 2 entry lepas minta maaf lambat sikit la update ye. masih ada belum complete.

ni i nak share i punya wishlist yang tinggal for this year



walaupun orang cakap eh dah nak keluar iphone 12 kan beli la iphone 12.
taknak !!! sebab tak ada lavender colour. i memang minat colour ni even my husband
cakap better tunggu iphone 12 :D.
kebetulan my current phone pun dah nak rosak so beli je la.
inshallah gaji nanti sis beli.





yang ni i memang minat sebab design dia warna dia tapi 
rasa nak beli macbook pro. kenapalah macbook pro tak ada warna ni kan? 




actually ni wishlist tahun depan . sebab wishlist i tahun ni tinggal macbook dengan iphone je.
sebab sekarang i pakai iphone 7 dah nak rosak . sebenarnya sempat je nak beli 
iwatch ni tahun ni. cuma sebab rasa nak beli untuk husband sekali 
so kalau sempat beli 2 beli tahun ni. tak sempat tahun depan saja. hahahaha

takkan nak guna saving pulak no no no.

sekian tu je kot entry kali ni.



ingat  korang .. nak beli apa apa beli je .
tapi saving jangan lupa wajib ada 



till then
ttyl

una mn