October 19, 2021

Balik rumah parents and sakit gigi

 

gambar sebelum balik.

Hai korang

rabu last week 13 october 2021 klang valley tak ada air. nak tak nak i kena balik.

nak tidur hotel rasa membazir pulak since i kena kerja and tak ada berjalan pergi mana pun. since i masih wfh i decide untuk balik rumah parents i di sabak bernam. on the way balik i sesat  sampai ke port klang sebab highway latar tutup and i salah ambik simpang dekat klang tu. lepastu sampai sungai besar jalan tutup sebab ada construction i ikut jalan dalam yang i tak familiar. sudahnya i sesat dekat bno.mesti korang pelik macam mana boleh sesat sedangkan balik rumah parents sendiri. ya guys.. sebab i duduk situ dalam 3,4 tahun je.i banyak habiskan masa dekat tempat lain. 12 tahun rumah opah (sebab membesar sana), balance tahun lain i masuk asrama . jadi harap maaf la kalau korang tanya i apa best dekat situ i memang tak tahu.





ikutkan i boleh balik awal lagi tapi i lepak rumah cousin i dulu main dengan kucing 
dekat sunway . since my mom suruh i ambik barang before balik



i boleh kata jarang balik . lepas sesat tu i doa banyak banyak supaya jumpa jalan. sebab dekat situ line tak stabil. rumah i pulak bukan dekat kampung tapi taman perumahan dekat dengan pekan sabak bernam.alhamdulillah akhirnya i jumpa jalan balik. 13 and 14 tu i memang offday. i habiskan masa bersembang dengan mama abah. belanja diorang minum air bubble tea yang ada dekat pekan tu.my mom bekas nurse so dia jarang la beli air air manis macam tu. saja bagi diorang try .










hari jumaat i wfh from sabak bernam. alhamdulillah sana dah ada unifi before ni streamyx memang line lembap sikit. peliknya unifi rumah parents i line dia lagi laju dari unifi rumah i padahal i duduk damansara. and bill bayar sama je. heran kan?

jangan pelik kenapa i pakai dua laptop. dell tu laptop kerja i company bagi. macbook tu i punya yang i beli last year tu.  memang habit sambil buat kerja dengar lagu or cerita hantu dekat youtube.

sabtu pagi i balik sini sebab husband i cakap dah ada air. husband i tak ikut balik sebab dia kena kerja . and dia tak wfh. so air dia tadah untuk dia sorang je. balik sini i kerja macam biasa and gigi i start sakit. memang berdenyut denyut sakit. sebab i ada gigi berlubang guys. tu la makan. benda manis banyak2 lagi.



esok tu i pergi cari klinik gigi and dapatla satu klinik gigi di sri damansara appointment pukul 12 pm dekat lau dental.

sampai sana dr cakap gigi i tak boleh nak filing or cabut takut i lebih sakit. dia bagi i ubat and mc suruh 

rest and lepas 3 hari baru datang balik.  so ceritanya esok i akan datang sana untuk treatment root canal pukul 10 pagi. maybe 2 session or 3 session. 

ubat antibiotik haritu i kena bayar rm60 je. untuk root canal sebatang gigi rm700. tampal i lupa tanya dia berapa kos. so nasihat i kalau korang sayang duit tampal la gigi k.

sebelum infection macam i. tapi kalau korang banyak duit tak apa.



i sebenarnya macam dah sampai seru untuk kurangkan manis. insaf tengok bill dental i tu satu jugak.

mujurlah company i ada la cover sikit . so nanti lepas treatment  boleh claim dental dekat AIA.

korang doakan urusan i berjalan lancar tau. inshallah tak ada aral wishlist i yang ke 8 dan ke 9 akan settle waktu terdekat ni .



k tu je 

ttyl


una mn


October 8, 2021

Ptptn debt journey (milestones that i proud of) part 2

 


Hi guys..

today i nak share dekat korang my debt journey. macam i i tulis previous entry klik sini

daripada hutang i berpuluh ribu early last year  rm25.7k sampailah pada bulan ni

i berjaya bayar rm2000 lagi and reduce the amount to under 2k .  inshallah tak ada aral melintang

maybe tengah bulan ni i bayar rm500 lagi so the amount would become lesser than 1k. senang sikit i nak settlekan masa gaji october ni. ptptn debt ni satu satunya wishlist yang i gembar gemburkan sebelum completekan tahun ni. lain semua i senyap senyap je kan. 



so if i manage to bayar another rm500 so balance i untuk settle this end of the month only rm900 je.
finally i can taste the freedom . sikit jela.. sikit.

korang doakan i supaya murah rezeki selalu . mana tahu i boleh settlekan car loan i awal?
yelah sebab i dah ambik new commitment kan?
walaupun lambat lagi bayar.  kalau i settlekan hutang kereta i awal rasa aman sikit.
hutang banyak banyak ni sebenarnya tak best. 
what to do hidup di tengah bandar ni nak beli tanah buat rumah sendiri pun lebih mahal  kan?


apa  apa pun i bersyukur dengan apa yang i ada.


semoga nur izzati husna kaya dan berjaya.


k tu jelah korang


ttyl 

una mn



October 1, 2021

My coping mechanism and hello october!!!

 



hi guys..


diam tak diam dah masuk october. i sebenarnya  cuti 4 hari. 29 and 30 i punya annual leave today and tomorrow my actual offday. 3 harini i tak lekat dekat rumah. on 29 i keluar beli groceries and lepak makan ice inside scoop . since i lama dah tak makan. selalu i makan llao llao je.





on 30 october which is yesterday  adalah our day out. since yesterday i punya pay out. 
we went out for movie. i tengok shang chi guys!! anyone yang minat marvel wajib tengok okay.
i tengok dekat tgv one utama. then lepastu kitorang pergi ipc sebab i nak try makan sukiya. 
semua sebab tiktok ! hahaha


for me okay la. tapi tak boleh lawan pak john steambot or seoul garden.
hihi. minus point sebab tak ada sweet chilli sauce. 
after lunch kami pergi shopping sekejap and beli makanan hamster and balik


today....


basically i duduk rumah je mula mula and husband kerja.
entah macam mana pukul 2 macam tu i tiba tiba teringat yang i tak try lagi makan taco bell.
since baru je buka border boleh rentas daerah kan. sebelum gov tutup balik border i fikir why not?
so i call my husband suruh dia balik awal.
dia sampai rumah pukul 3 and kami terus keluar pergi cyberjaya. 



sampai sana seorang dari setiap family je dibenarkan beratur.



since i tak tau lagi nak makan apa i pilih i yang beratur.sampai dekat menu i jot down everything i nak makan and send my husband a text. after that i suruh dia beratur and i masuk duduk dalam kereta.
penat oi berdiri lama. 



siapa nak try jangan risau. harga dia mesra dompet je. 
dengar ura ura akan buka di tropiccana. i cant wait! dekat sikit!!!

HAHAHA.

i hope dekat puchong buka satu . yelah i kan dah beli rumah dekat puchong.
i memang suka makan taco and burrito. tapi takpe 
lambat lagi pun tunggu rumah siap.



we bought almost everything on the menu


rice bowl

loaded nachos


for me semua sedap. memang sure i akan beli lagi.
balik dari cyberjaya kami singgah pasar malam dulu before balik rumah.
actually i nak insaf tau nak kurangkan makan luar.
korang doakan impian i ni berjaya.
yelah makan ni adalah my coping mechanism kan? :')


HAHAHAHAHA!

cant wait for 6 october!

ada apa?

eh rahsia la.


takpe korang tunggu jelah 6 oct nanti tahu jugak.

 k tu jelah korang

ttyl

una mn