July 2, 2025

nak bagi ke tak?

 




hey guys...

i dalam dilemma . actually i haritu decide nak cari new opportunity. macam i cakap i dah kerja dalam bidang 5 tahun. i think it's time. so i sajalah scroll thread sebab kalau i tak bebel kat sini i pasti akan menulis di thread. mostly i cakap pasal diri sendiri je. 


i self centered  i know. for me lebih baik jadi self centered dari bergossip ulas isu yang tak bagi i apa apa manfaat. gittew


HAHAHA


okay sebelum i ceramah marilah i cerita apa i buat baru baru ni. so i actively apply jobs la. i apply a few but cuma 1 ni i apply benda yang i minat. memang passion i. macam mana i tahu tu passion i?

buktinya berkaitan dengan kewujudan blog ni. blog ni dah 15 tahun korang. ada yang boleh teka i apply sebagai apa?


i apply sebagai content writer . Ingat tak dulu i pernah cerita i nak sangat jadi journalist tapi i tak dapat restu dari my parents. Born millenial ... i spm 2008. Masa tu i tak berapa mahir computer. social media pun i betul2 active lepas habis spm. i truly pegang phone sendiri masa i habis spm sebab form 4 dan form 5 i kan dekat asrama.  as anak sulung i tak dapat exposure melainkan dari orang tua la.  So apa yang orang tua kata bagus kita ikut je. Waktu tu reference i ialah my parents . mama dan abah government servant. Diorang pulak hidup di zaman yang berbeza kan. they dont need diploma pun nak kerja. cukup pergi kursus apa semua boleh dah kerja. 

selain dari mama abah i merujuk pada arwah pakngah i. pakngah i seorang guru. Jadi bila i cakap i nak jadi journalist dia marah. mungkin ketika tu dia tak suka wartawan . i tak salahkan dia . maybe adalah benda buat dia tak suka kerja tu sendiri.


tbh i bukan nak jadi wartawan yang kejar berita tu. ketika tu i cuma nak jadi penulis. cut the story short , i end up ambik engineering satu bidang yang i tak pernah minat. 


sekarang bila i kerja bidang i berbeza.  i rasa bersyukur sangat dengan kerja yang sekarang . cuma sebab dah lima tahun i rasa i tak boleh duduk selesa because world is changing. Maybe my work relevant now tapi in future i tak tahu.  Bila i nampak orang share opportunity tu i tak fikir banyak i send je resume.



tak takut ke nak tukar bidang?

takut. tapi kan i baru je apply dapat ke tak belum tahu lagi. Lagipun the worst thing can happen is i kena reject tu je. so tadi i buka email i nampak recruiter tu dah mintak my portfolio.  Oleh sebab blog ni salah satu bukti passion i menulis i tengah fikir nak bagi ke tak. 


tapi tu la sebab i blog ni dah 15 tahun. i blogging dari umur i 19 tahun. dari blog ni ada lagu. tulisan warna warni i rasa tak appropiate la nak bagi recruiter baca. lagi pun kat sini tulisan i syok sendiri je. even followers i tak ramai masih ada silent reader dekat sini.


tadi i reply dengan berikan sample article. gigih sis pilih topik apa sis nak tulis. nak tahu ke sis tulis apa?

ni la benda sis tulis.




tapi dalam email sis ada mention yang sis ada menulis blog for 15 years. kalau dia mintak i rasa i bagi jelah.  Miss F, if you read this..... welcome to my blog. HAHAHA

btw i menulis dekat sini tak formal maafkanlah kesilapan grammar /spelling i sebab i tak baca balik kadang kadang i terus post je. Tapi berdasarkan sample article yang i hantar you boleh nilaikan sendiri my capability. 

Jika diberi peluang i am more than happy to work with you. eh btw i know you're recruiter je.

i mean to work with that company. kalau tak perlu link ni ...
alhamdulillah. takperlu la i menahan malu . blog ni mengandungi zaman muda remaja sis yang HAHAHAHA. tapi kita YOLO.


if sharing this boleh secure a job dalam bidang sis memang suka .... so be it :D.

okay lah itu sajalah sharing i harini. i memang tengah offday tapi esok ada two important meeting i kena attend. walaupun via zoom je  jadi bye for now.



till then

ttyl

 una mn






June 25, 2025

menulis untuk regulate emosi.

 




hi semua

lately i selalu spend time menulis di thread. i honestly sangat suka buat my social media macam satu tempat i nak meluahkan perasaan. with limitation of course.

i perasan bila i cuba buat something ni i kadang kadang mudah nervous. tapi i buat jugak. 

i faham kenapa i macam tu. sebab kita dah comfortable . berdosa ke rasa comfort ni?

kenapa nak ubah something yang kita dah terbiasa?



berdosa tu tak. cuma change tu perlu sangat. i cant be too comfortable doing this forever. 

eventhough benefit kerja sini bagus. naluri manusia akan cuba stay dekat tempat buat kita nyaman.

sebab tu even after massive lay off i am still here.  


i sebenarnya berkira kira nak tulis ke tak apa i dapat sepanjang kerja sini. tapi kalau i tak tulis future me maybe akan lupa. i dont want to forget about my experience. i guess there are the downside of my own overthinking.  sebelum  korang lanjut membaca please know that tiada cubaan riak disini. hanya menulis untuk me far in the future. kalau dunia ni masih ada. masih belum ww3 , future una might read this post.


okaylah benefit dia sama je macam company besar yang lain. insurance for me and my spouse. if i ada anak, dia cover anak i sampai 5 orang. boleh claim dental, medical check up, buat spec and pergi clinic panel for me and my husband. 

dekat office ada vending machine we can ambik snack and drinks . dulu mula mula masuk no limit. 

tapi sejak ada orang pergi stock up banyak banyak bawak balik now limit to 5 je per day.

ada vending machine cup air (ni no limit). coway , microwave. our office ada bilik untuk rest . some ada sofa bed, some ada armed chair.  boleh masuk waktu rest kalau nak tidur.

for working hours pulak. my break everyday ialah 1 jam meal break + 25 min wellness break + 30 minute short break.  and once a week boleh ambil 1 hour wellness break. i usually guna for power nap or main game.

office ada mini surau jugak  . ada bilik pam susu for mummies.  and one the biggest blessing ialah we got free food. everyone dapat rm32 grab everyday. syarat dia kena datang office. so if you come everyday you can claim everyday la. tapi kami hybrid. we come to the office 3 days per week. lagi 2 hari wfh.

rm32 tu boleh la makan  apa nak. if tak cukup top up la duit sendiri. bukan pay and claim . memang akan guna account grab company.


untuk cari another company yang boleh compete with these benefit bukan tak ada cuma maybe qualification diorang perlukan beza. most global company bagi benefit macam ni but maybe field tu tak sama. 


so apa kaitan benefit tu tadi dengan keinginan nak berubah? ada guys. i nak upskill. i dont know which one should i pursue. later i will tulis the result and which one i chose.


semoga Allah mudahkn urusan kita semua.  if korang ada rasa nak upskill jom la kita upskill sama sama. 



till then 


ttyl


 una mn

June 18, 2025

rasa nervous

 


hey blog kesayangan.

harini finally received the call from julia. i dah kena sign borang tnb. jujurnya i takut. orang lain maybe excited nak masuk rumah. i pulak sebaliknya . i lebih kepada takut.  tapi takpelah i serahkan semua pada Allah . Ya Allah mudahkan urusan hambamu ini.

kenapa takut kenapa risau? mestilah risau korang. rumah punya installment bukan murah kan. tapi sebagai hamba pada yang maha kaya. saya doa saya dapat mudahkan semua urusan . 


i akan  cuba sedaya upaya.  kadang kadang kita ni manusia lalai. i kadang kadang berperang dengan diri sendiri. pernahlah tak terfikir. eish baik jadi influencer je buat content janji pendapatan banyak.

tapi tak suka jugak kalau orang luar mula ambik tahu hal peribadi kita.


korang faham kan dillema macam ni. padahal belum famous lagi. HAHAHA

actually kalaulah kita ni jenis tak hati tisu  maybe kita jalan terus je. 


akan difikirkan apa yang patut dilakukan. lagipun setakat ni yang ada dalam kepala ialah content mukbang, masak and cerita hantu. HAHAHA


korang doakan la sis dimudahkan semua urusan. oh btw i perasan lately banyak post post berkaitan masa lepasku dibaca orang. tak pastilah kalau betul. i bila baca balik post post yang dibaca tu memang menjurus ke arah itu. oleh sebab sis nak mulakan hidup baru dengan lebih tenang. to whom it may concern

sesiapa yang i sakiti secara sengaja atau tak sengaja i want to say sorry.  i doakan semua orang yang masih berada dalam hidup sis atau tak ada diberi kelapangan rezeki. tiada dendam. 


dunia nak kiamat dah korang. tengoklah iran israel dok perang pulak. k tu jelah eah 


tulis ni cuma nak suarakan rasa hati yang nervous. menulis banyak membantu sis regulate my emotions


till then


ttyl


una mn