November 8, 2025

Hampir mati kerana ketawa . ='D

 

.







Hey korang

nak tahu tak apa benda kelakar jadi semalam? okay sebelum i cerita ni i nak korang janji dulu . janji berfikiran terbuka . janji jangan fikir bukan bukan . janji okay?  *finger crossed*

oleh sebab korang dah baca sampai sini i anggap korang dah berjanji. so kalau korang mungkir janji i doakan traffic light sentiasa merah and  mimpi ngeri setiap malam!   dramatik la una ni.

okay mari kita sambung cerita.  siapa siapa tahu i kerja mana tolong diam!  Macam ni korang i kan tengah phase training . Basically otak i dengan kawan i tengah serabut belajar system.   trainer kami ada 2 kejap k kejap L. K tu lelaki dia lebih fun and chill L pulak lebih strict. 


Sebenarnya i faham je kenapa dia strict. Semalam dia lebih chill dia ajak kitorang sembang. L pernah cakap dekat i yang i am being too harsh on myself which  i admit.  2 malam lepas  i punya stress sebab i rasa dalam ramai ramai i paling lembap.  So  i tidur dalam keadaan memikirkan kerja.


so i mimpi pasal kerja. benda macam ni biasa berlaku ya korang masa i tukar kerja je kalau i stress ke apa ke i confirm akan mimpi pasal kerja.  confirm!


dulu masa i kerja sales before i khawin malam malam before tidur tu kan mesti call my boyfriend (now my husband) i akan try close sale dengan dia. sampai menangis nangis :'D


so i nak cerita dekat L la yang i biasa macam tu. instead of cakap  macam ni  " you know.. i memang selalu mimpi pasal kerja kalau i stress. siapa siapa tidur sebelah i mesti dengan i mengigau" 


KORANG TAHU TAK APA I CAKAP???


me : L you know... i memang macam tu. i kalau stress memang akan mimpi pasal kerja . Siapa siapa je  tidur dengan i confirm dengar i mimpi.


L : WHAT?  siapa siapa je? what you mean siapa siapa je iris?!!!

my teammate : IRISSSS berapa ramai you dah tidur? (iris is my name at work)


me : ( i cuba nak betulkan balik ayat tapi i dah ketawa sampai tak cukup nafas) BUKANNN HAHAHAH BUKANNNNN!! I SALAH CAKAP. 

What you mean una siapa siapa je tidur dengan i. Berapa banyak je lelaki aku dah tidur? Rasanya baru satu and biar je kekal satu. In the event of this relationship tak kekal pun i dont intend to remarry.

MASA NI I RASA NAK BENAM JE MUKA AKU DALAM TANAH.SUMPAH

 TAHU TAK KENAPA?????


selain kitorang dekat situ ada  a few guy from it tengah setup pc!! diorang dengar !! diorang pun terkejut .i  boleh rasa  tempat tu tiba tiba sunyi. I know they are invested in my story. Diorang sangat dekat dengan kitorang and i can even dengar diorang gelak sekali. WEH MALUNYAAAA weh malu bodoh!!  Mesti diorang tak percaya apa diorang dengar. Takkan si doraemon ni tidur dengan ramai orang. aku risau diorang  ingat aku golongan dark side . 


i sumpah demi Allah hampir pengsan sebab darah i naik sampai otak. my blood rushed to otak. I cuba explain  sambil i ketawa. tapi tak boleh .  i rasa kalau i mati semalam sambil ketawa mesti muka i  macam orang tengah bahagia. Sah orang ingat i mati dalam iman.  Tapi fitnah yang tu i benarkan :'D


i berimaaann cuma i know la i am not there yet sampai nak mati muka senyum tu. HAHAHA benci bodoh diri macam ni. kau memang tak boleh normal ke una?



anywayy korang jangan pening i guna kejap kau kejap aku kejap saya. ini blog bukan karangan. okay. dah la tu je i nak cerita. semoga in future i tidak menimbulkan fitnah pada diri sendiri.



sekian


yang hampir mati kerana ketawa 


una mn

November 6, 2025

From moderating to banking , juggle between work and studies :/

 





Hi guys...


harini i rasa macam wow banyak betul i buat harini eah.  Too much information. When i was offerred this job i tak tahu yang the system would be this complicated. HAHAHA sumpah weh aku cammmm 

wehhhhh HAHAHAHA. i miss moderation korang. Korang bayangkan daripada i kerja tengok video tiktok moderate content. Tag policy . kerja  lama i as content moderator tu hari hari kena membaca sampai otak aku jem kadang kadang. mesti korang tak faham kan? Okay i tak boleh cerita banyak sebab benda ni p&c. Dulu i kerja content moderator at bytedance which is tiktok la. I kena moderate video. Moderate tu maksud dia filter.  Every social media ada guideline ada benda boleh upload ada yang tak boleh.


ni bukan sis saja nak decide . Tak adanya aku tak suka kau aku boleh delete video kau suka suka no. Kalau video tu kena delete maksudnya adalah benda yang tak boleh korang upload. sis pernah filter video, komen, ban semua pernah. Tapi semua sebab guidelines yang dilanggar. Semua benda ada limitation.There is place for everything. 

Ni common example :video mak  buat tiktok anak kat belakang tak pakai seluar tak pakai baju. Ya tahu anak awak toddler jangan lupa pedophiles wujud kat dunia ni. Anak kau lelaki ke perempuan ke tolonglah JANGAN post anak tak pakai baju nampak private part okay?


benda lain i tak nak specify la. Boleh baca sendiri guidelines okay? korang jangan fikir tak ada yang buat video yang merepek. Banyak sangat orang gila kat dunia ni. Benda korang tak boleh imagine kadang kadang. Korang tak nampak sebab kami buat kerja. Terlalu banyak manusia di dunia ini tak guna otak masa nak upload video. Maaflah kasar tapi ini perlu. sangat perlu.


tapi tu dululah sis dah tak kerja sana kan. i kerja sana for 5 years ++.  

okay tengok i melalut lagi.


una nak cerita apa tadi una?

oh ya harini i belajar sistem. Banyak gila and i cant tell la of course because ni privacy kan. Dia punya banyak information tu sampai sis rasa tak cukup nafas. 



oh anyway  i tadi pergi kerja naik mrt jugak and i tak sesat dah!! balik dari kerja tadi i terserempak dengan ex colleague  i dekat bytedance dulu. I panggil dia syah nama dia aisyah! HAHAHA bukan lelaki eah perempuan. sekarang dia kerja dengan KOL . dia buat strategi la negotiate dengan influencer , involving rate card and everything.  Btw kawan kawan bytedance i kenal i as introvert. sekarang  i ambivert. 


I guess i vibe with people yang i boleh vibing . korang faham ke? i read the room first. If they made me comfortable of course inner extrovert i akan keluar. If tak i senyap jela. Selectively social i guess?

okay la korang i nak sambung tulis my novel. korang doakan ya i dapat publish yang ni. I mean this is my dream. Ramai ni mintak nak baca.i rasa i taknak bagi la orang baca. i nak publish terus.kalau jadi jadilah. tak boom pun takpe sebab i memang suka menulis.


lepas belajar sistem bank ni mimpi sis dah bukan mimpi indah sangat dah. Risau betullah masuk mimpi takut dalam mimpi pun kena kerja. Takkan nak claim dekat hr pulak? HAHAHA .  Dah la guys macam makin merepek je. Sikit sikit sudahlah lebih lebih siapa nak layan. 



k guys


ttyl


 una mn



November 3, 2025

ada hantu ikut balik ke? learning curve and sesat sampai kena naik grab.





hai korang

hmm harini i nak meluah sikit. I think i am f***ed. Korang tahu tak i sumpah tak ingat apa benda pun i belajar 2 minggu ni dekat office. :/ . bukan sebab i malas tapi cara i belajar i memang kena duduk sorang sorang and baca balik. Tapi macam i cakap office i ni strict. Tak ada material i boleh bawak balik. i cant even mail out semua benda tu.  Esok i kena masuk floor yang i tak boleh bawa pen pun.


i know semua orang ada learning curve berbeza. My trainer L cakap i am being too harsh on myself. I bukan too harsh i cuma tak boleh terima i tak ingat apa benda pun. Lepastu kan tadi masa role play for call i bukan tak boleh jawab tapi i tak tahu kenapa i ketawa. i laugh like kakak ponti. :/


kawan kawan i pun pelik. aduhhh ke bunian haritu ikut i balik eah? Eish tak pasal bunian kena fitnah. Biasa dia nak culik pun lelaki la una.Lepastu tadi my trainer K pun pelik. dia macam takut weh tengok i gelak. ni macam mana ni. nak kena ruqyah diri sendiri ke apa ni?


korang faham tak i gelak pada benda yang tak patut gelak. It's like it is not me...

idk. Ya Allah takkan aku kena pergi hantar "dia" balik ke eko rimba tu kot. Siapa suruh kau ikut aku balik.


come on banyak lagi orang kau boleh ikut. :/


eish taklah tak tak. takkan la. Haritu okay je. Hmm maybe i stress kot tadi . Kita fikir positive la eah. stress sebab tadi kita pergi kerja naik mrt . dah bangga dah naik mrt tapi tiba tiba  sampai mrt ampang park boleh sesat . i end up order grabcar suruh hantar ke intermark. 


abang grab tu confirm  judge aku. tengok muka dia pun tahu. Kita bukan malas jalan kaki dah sesat.  nak kena sampai offic cepat kan terpaksa lah. Tapi takpe now i dah tahu kat mana . 


esok nak naik mrt ke? entahlah. Mungkin ye mungkin tak. Dah  la kena bawak macbook esok. kena buat burplass test again. 


itu jela kot i nak cerita . 


sekian


ttyl


 una mn


November life update