June 6, 2020

Decoration Idea and Una Mn Room Make Over Part 1 💋



Hi guys... so harini i nak cerita pasal room decoration , and i ambik inspirasi dari mana
so gambar gambar yang you guys boleh tengok sekarang ni adalah idea i ambik dari pinterest. 
ada juga beberapa idea i tiru dari twitter , bilik my fav vlogger.
progress bilik i?
tbh baru 10%. 
10% sebab i baru beli barang barang je. sebab pkpb kan so lambat sikit sampai.



i ada beli dried flowers jenis ni dekat shoppe tapi i beli pink colour. 
nanti korang boleh scroll bawah kay  untuk tengok berapa harga.



i suka jenis cermin sudut macam ni. tapi sebab cermin ini agak bulky i maybe beli yang kecik sikit 
i ni fussy sikit so nanti bila orang semua dah terkinja kinja ramai ramai pergi ikea ramai ramai
i nak pergi pegang sendiri tengok sesuai i beli





so yang 2 ni i beli 2 set untuk letak atas bedside table.
dua dua ni dah sampai tapi tak bukak lagi sebab saja tunggu 
semua sampai i nak upload deco yang dah siap hehe
actually benda ni ada je jual dengan khaison .
tapi i tak berapa rajin je nak keluar so i beli online.

yang ni i saja beli colour merah bed sheet ni sebab nak try okay ke tak
boeh la dengan harga. tbh, i prefer yang akemi jenis tensil
tapi tu la design akemi pulak boring .
tapi sedap pakai and harga dia agak "keras" sikit
hehehe

nampak table tu? actually plan asal i, i nak beli satu set dah siap
je dekat vanity mirror murah tapi sebab i nak jimat and i nak design meja yang lain sikit
so i decide nak mix and match je. so tabe ni nanti i akan letak cermin vanity dekat atas dia. so cermin
asal dia i just tutup je la , tak guna.

yang ni i beli wallpaper untuk wall bilik i .
i letak dekat dinding belakang kepala katil. i sangat sangat suggest korang beli
dekat kedai ni sebab service dia bagus and cepat sampai.
and oh ya, sila ukur dulu lebar bilik korang sebelum beli ya.

tbh dulu kitorang tak ada katil. :D
biasalah awal awal khawin. so i baru je beli katil and tilam baru.
tilam lama i buang. ni la i punya bad habit. bila beli benda bru
kalau benda lama tak elok sikit i buang heee =-='

okay so ini ig shop i beli cermin tu. i dah order dah
tapi sebab banyak order lambat sikit sampai.
sis redha je.. harap harap cepat sikit la dapat hantar ye
kalau korang jenis berduit boleh beli satu set vanity mirror ni
i dah survey , yang ni adalah trusted seller and the cheapest you can get online




untuk wardrobe pulak i prefer this open wardrobe jonaxel from ikea
jonaxel ni ada banyak jenis so ikut korang la nak yang jenis macam mana .
to be honest i lebih suka jenis bawah ni sebab kalau beli jonaxel 
kena rajin sikit. kalau beli yang jenis bawah ni just letak baju kerja dengan baju jalan
jalan deka luar. baju harian, undergarment boleh letak dekat dresser . cool tak?
tapi tula i tak discuss dengan husband i lagi.
HAHAHAHA
sebab dia suka sangat jonaxel.







kalau korang jenis aktif twitter korang mesti kenal dia ni
so dia la menyebabkan i tetiba rajin deco bilik.
actually banyak je benda i tak beli lagi.
i siap plan nak beli robot vaccum xiomi tu. sebab i busy kerja
so nak memastikan rumah sentiasa bersih boleh la beli.
haritu i nak beli sold out pulak.
i syak orang yang beli tu semua mesti baca thread dia  ni .

oleh sebab i punya progress baru 10% i takna tunjuk lagi l progress dia
nanti dah siap i update sekali semua sekali kat satu entry kay?

till then 

ttyl

UNA MN


April 12, 2020

Resepi onde onde or buah melaka semudah abc



hey guys happy weekend

harini aku rasa hari yang super productive compare dengan semalam sebab harini 9 setengah pagi dah siap masak lunch,lepastu pukul 10 dah siap cuci baju, pukul 11 dah makan lunch. sekarang ada masa sikit aku nak share apa aku buat sepanjang tempoh rmo ni. sebab aku work from home aku tak adalah tidur je cuma last week last training days aku jadi next week aku ada test and maybe another week aku dah boleh join others la.

so far so good. and semalam aku adalah sikit rajin aku buat kuih onde onde or orang perak panggil buah melaka.
ini antara kuih paling senang nak buat. 



bahan bahan
daun pandan 
gula melaka
tepung pulut 
pewarna hijau
kelapa parut


mula mula cuci daun pandan dan rebuskan. blend daun pandan dan tapis. dah siap letak tepi
gula melaka di potong dadu
kelapa parut digaul dengan garam dan gula 
masukkan air pandan kedalam tepung pulut adunkan sebati sampai jadi doh.
dah siap jadi doh? letak pewarna hijau jangan banyak sangat. gaul sebati. sambil tu masak air panas dalam periuk
lepastu buat bulat2 letak gula melaka tadi di tengah. gelek gelek melaka ball tu sampai bentuk dia sempurna
letakkan dekat pinggan yang dah diletakkan tepung . sebab taknak bagi dia melekat dengan pinggan
bila dah siap semua melaka ball tadi masukkan ke dalam air panas yang tadi.
bia buah melaka tu dah timbul maksudnya dah masak so ambil dan golekkan ke dalam kelapa parut tadi.



siap! senang kan???




so basically ni antara kuih yang aku belajar cara pembuatannya dari opah. banyak je lagi kuih tradisi aku suka contohnya lepat pisang, lompang. 


so korang buat apa je rmo ni?nasihat aku buat la apa apa benda berfaedah . jangan keluar tanpa sebab kukuh sudah.
dah la sis nak sambung tengok cerita harry potter ni . lepastu kena study untuk test esok. 
wish me luck guys!!

xoxo 

una mn

March 29, 2020

COVID 19, RMO AND I AM TURNING 29






hi guys ...
its day 11 of rmo  and i also sucessfully finish week  1 work from home. yes week 1 sebab aku join the company on 23 march .it is our onboarding atau orang melayu panggil orientasi. so far so good. i really enjoy week 1 even though ada masalah dengan laptop company. tak boleh nak return since rmo i cant go to the office and they cant go to my place. 
kl dengan damansara bukannya jauh tapi roadblock bersepah nak oi. bila dan kena partial lockdown lama lama ni rindu pulak nak keluar dengan cousin and husband. husband takpe hari hari tengok dia..
cousin jela rasa macam sedih sikit kalau tak every month mesti ada je hari kitorang keluar. diorang duduk kat bandar sunway je pun so sebenarnya tak jauh tapi tuntas, macam aku cakap tadi sebab rmo sis redha


rindu bella,wawa and fadhilah

and pada 21 march haritu i supposed to attend wedding my cousin fariz tapi sebab kan rmo fariz and his wife postpone majlis khawin diorang buat akad nikah je dulu . i rasa hotel bagi tukar tarikh rasanya untuk resepsi. 
congrats cousinku. this year adik aku fauzi pun akan tamatkan zaman bujang. hehe dah diorang sebaya kan nak tamatkan zaman bujang pun sama sama. cuma hassan je khawin awal lolz.



rindu waktu masih boleh keluar berpeleseran . rindu sumpah rindu
tapi i admit thi is the best way to break the chain.




hari rabu sis ada test doakan sis lulus K


tengah fikir next entry nak merepek apa pulak dekat blog. sementara tengah rajin ni sis update je la .
oh ada  orang tanya i kenapa content entry sekejap full english sekejap entry rojak. sebabnya i nak practice english i la. sebab before ni i kerja tak cakap bahasa melayu langsung dekat tempat kerja. and english yang i guna dekat blog ni bukan formal. kalau dekat office apa yang i kena baca both formal and not formal so harap ini menjawab soalan.


sebenarnya harini sis nak buka satu rahsia dimana sebelum ni sis teragak agak nak tulis sebab atas dasar privacy tapi sebab blog sis ni tak famous and ada silent reader je so i think it is safe kot untuk reveal. 


sekarang i kerja sebagai content moderator di salah satu  platform.
sekarang  that platform become number 1 in the world .
alhamdulillah sis bangga. bukan bangga sebab it goes number 1 in the world  sahaja,
but my job is to keep the platform safe for everyone.

sebab sis baru lagi join company ni sis pun tak nak cerita banyak pasal benefit dia bagi 
cuma adalah benda common yang big company bagi. 
dental care, insurance, transport claim, fix allowance , meal allowance, gym discount and
yang bestnya kalau nak belajar new language dia akan sponsor separuh. 
inshaallah mungkin i nak try belajar mandarin, japanese and korean . 

i tak nak disclose banyak berapa gaji ke apa ke korang boleh buat research sendiri. (Yang pasti alhamdulillah agak berbaloi)
i tertarik dengan company ni bukan sebab gaji mahal semata mata tapi sebab career growth and skill yang akan i dapat.
skill ni yang mahal. sebab tu nurse di malaysia kalau korang tengok gaji diorang permulaan m1200 sama macam budak kerja fast food. tapi once diorang complete diorang punya cert and whatnot. gaji dia naik 3,4 kali ganda.
my cousin bella cakap her first salary was rm1200, then now gaji dia naik seiring cert and skill dia. btw dia pernah 
kerja di riyadh untuk dialysis and her salary was around rm12k per month. 
and now dia balik malaysia dah sebab dah settle hutang ptpn, and kereta.
aku sampai pernah dengar ura ura kata aku menempel dengan cousin je sebab cousin aku kaya.
astaghfirullahalazim, aku dari kecik memang kawan aku cousin cousin aku je. 
bukan sombong dengan orang luar and takada kawan.
ada je cuma boleh kira pakai jari.
maaflah kalau kawan kawan duduk sepang, cyberjaya ajak lepak malam malam
aku kan dah khawin sebagai isteri yang taat(konon) tak boleh la 
lepak malam pastu jauh. 

by the way 2 hari lepas which is 27 march 2020 genap usia aku 29 tahun
sis malas nak rahsia umur ni terima jela dah makin tua.
and celebrate dekat rumah je . thanks husband for the cake .
i love you as always :3


sekarang ni sebab covid19 ni it seems blur whether we would still have a future or not.
sebab it goes pandemic the number increase everyday. first wave we only have 11 cases like that
now it goes 2k+++ cases.  aku harap golongan self entitled terutamanya golongan T20
yang masih jogging tu elok denda dia  1 juta biar  sebab denda seribu tu macam seposen je bagi diorang. denda mahal sikit. MARAH NI
i really hope that benda akan return as per normal and we could fight this covid 19 together as 1 nation.
taknak bagi korang panik. but this covid19 might be bio war. so preparefor the worst
since aku ni suka baca pasal teori konspirasi, banyak tengok movie aku rasa tak mustahil pun.

dah la aku nak study ni..


wish me luck korang.

xoxo

una .