hai selamat petang, korang dah lunch belum?
yang belum tu bawak-bawaklah lunch dulu, sebelum nak day dreaming
sekarang umur una 20, tahun depan nak masuk 21 dah pun
bila umur umur macam ni dah rasa la nak berdikari ye dak?
rasa nak beli rumah sendiri la kereta sendiri la,una pun sekarang dah pandai tergedik gedik mencari kereta idaman hati, impian hati bukan main tinggi
padahal kerja pun tidak lagi . ahaaiiii tak pe lepas ni kerja boleh la una pakai kereta idaman una tu, siang malam termimpi mimpi tau.sampai nampak kelisa pun boleh confused ni vios ke kelisa ? (*padahal kau yang tak tahu jenis kereta *)
kalau nak diikutkan sebenarnya una lebih menggilai BMW, tapi mula-mula kerja biarlah realistik sikit, takkan mula mula kerja pakai BMW.
so kereta apa yang una nak pakai ?????????????
TOYOTA VIOS
setiap kali ternampak kereta ni, una mesti terasa nak histeria arghhhh kereta aku ! kereta aku! siap buat meraung lagi macam kena tinggal laki.
tapi setiap kali tu jugak mulut una kena tekup dengan boipren malu katanya
hahaha nasib kaulah dapat gilpren overacting macam aku.
kadang-kadang tu, kalau pergi mall nampak vios parking kat tepi siap betul2 rambut kat side mirror kereta tu, motif? nak bagi orang nampak konon konon tu kereta una,pernah sekali syok2 betulkan rambut kat cermin kereta baru perasan dalam kereta tu ade orang, orng tu siap turunkan mirror dia,
ITU AMAT MEMALUKAN!
tanpa rasa bersalah una cepat-cepat blah dari situ, kemudian masuk toilet memaki maki diri sendiri, satu hari suntuk kena gelak dengan boiprend ,cis lagi!
so ape yang best sangat dengan vios ni?
vios ni affordable la jugak tak lah mahal sangat harga tak sampai 100K lagi,
selain itu reka bentuk yang menarik ,selesa , macam mana una tahu? sebab pernah try duduk kat tempat pemandu ,angle cermin dia pun sesuai dengan una, that's why una menggilai vios,
oleh kerana una masih belum kerja maka una tak boleh nak ambil vios lagi, tahun depan baru una decide nak beli ke tak, april tahun depan baru habis diploma, tak perlulah beli awal awal , bak kata orang ukur baju di badan sendiri
tapi kata una "ukur duit di bank sendiri"
kalau dah tahu tak mampu jangan gatal gatal beli,
by the way, kalau korang, kereta apa pula jadi impian ? jom la share kat sini :)
5 comments:
Hee. Bagus2, gudluck k. Teringat pula wktu aku menggilai Estima, buah hati kt sebelah pn aku tak layan sbb nk tenung lama2 Estima. Hee. Ayat kau mmg salu wt aku tergelak ok una ku.
hahahhaha :P orite bebeyh aku rse aku tk buat lwak pun whidah. aku kuat merapu eah? (^_^)V
una echa dh dpat dh kete idaman..mini cooper mak bru blikan ..... :)
hemmm...dh dpat dh kete idaman..mini cooper...bli kt kdai 2.o0 td..hehehehe
@chhbubies amboi .. mini cooper terus :P
Post a Comment