January 27, 2012

hargai sesuatu ?



kadangkala bila kita  mudah mendapatkan apa yang kita inginkan
kita kurang menghargainya.  semua benda boleh pakai buang saja.
lagi lagi apabila benda yang kita dapat adalah pemberian dari ibu bapa dan orang lain.korang pernah rasa macam tu tak?mesti pernah kan?

bila usia semakin meningkat , tanggungjawab menjaga diri sendiri bukan lagi oleh ibu bapa tetapi dipikul sendiri pasti terasa perubahannya.
duit poket dah kena kawal keluar masuknya ,setiap barang yang dibeli pasti dijaga sebaik-baiknya, indahkan perasaan tu?

tahun ni tahun 2012  umur una dah nak masuk 21 tahun,atau kata anak-anak muda remaja kunci kebebasan  , bila tamat je beberapa bulan lagi, una akan kerja sementara waktu menunggu  degree , perlu jaga diri sendiri. perlu jaga makan pakai sendiri, perlu hulur-hulur sikit pada parents, opah atuk, simpanan sendiri.
hakikatnya belum habis lagi belajar pun una dah duk terpikir pikir  dan berjaga-jaga.
sekarang una dah start menyimpan sikit-sikit sebagai simpanan kecemasan.
kalau boleh taknak usik, nanti kalau susah  takpayah la korek tabung adik, atau menelefon mama dengan kekerapan yang tinggi  ataupun jua meminta belas kasihan opah.
kita hidup ni kena pandai bawak diri
jangan ikut kawan. kawan beli i phone  kita nak beli,
kawan beli kereta baru kita nak beli kereta baru.


'kalau hidup ni sentiasa nak berlawan dengan orang memang sampai bila-bila pun kita tak dapat nak berhenti berlawan dan berlawan'

una hargai apa yang una ada sekarang, alhamdulillah semuanya cukup. pengalaman mendewasakan .
bila kita beli sesuatu benda untuk 'reward' diri sendiri tak apa tapi jangan show off dengan kawan . salah tu =)


kadang-kadang pelik dengan sesetengah golongan  'biar papa asal bergaya'
bagi una lebih baik 'kaya tapi biasa-biasa'
tak gitu?
tak ada siapa yang taknak kaya kan?
una pun nak kaya , tapi biar kena caranya =)

p/s : biar miskin harta jangan miskin hati =)

January 26, 2012

kerisauan akibat UPU. siapa dah mohon?

kadang-kadang bila kita merancang kehidupan kita ada yang tak puas hati
akan ada yang kata eh awal lagilah,
or kau ni pikir  jauh sangatlah una 
tapi biarlah mulut orang  kan ..
semenjak  isi borang upu haritu una rasa selalu gementar sebab ape?
 sebab ini...

nampak tak? kalau tak nampak sila klik untuk tumbesaran 
una dah risau.ada sapa-sapa buat upu?
memang kena  hantar sijil2 yang telah disahkan ke  lepas permohonan online?
bukan kena mohon secara online je ke?
harap rakan blogger dapat membantu 
nak berterima kasih kepada kawan iaitu cik liling yang beritahu hal ni.
 una tanya sekali lagi kat korang sebab una takut tak payah buat je .. tak payah la membazir 




p/s : sila reply dengan kadar segera .


January 16, 2012

settle borang graduate, test 1 design2 menanti.

kalau sem lepas aku ambik design 1, sem 2 ni design 2 pulak. okay  untuk meperjelaskan lagi design yang ini bukanlah macam yang korang bayangkan.. BUKAN BUKAN BUKAN. una dah dapat tangkap dah apa yang korang bayangkan mesti korang pikir pegang pensel lukis rumah , lukis lukis lukis je kan? tet! SALAH.

design ni all in one. kena kira macam-macam.
contoh struktur kukuh atau tak. kalau nak bina bangunan kan kena tahu jenis bahan , kukuh ke tak so inilah dia tujuan subjek design 2 ni. kami kira .. kira dan kira. kemudian sambil kira design lah nak ambik saiz berapa steel tu ke dan bahan bahan lain. bukan boleh hentam je senah oi..

formula dan penerangan dan syarat-syaratnya.

saiz bar ,kena rujuk sini saiz dia.
 design ni masuk test bolehlah bawak bs sendiri masuk final bs diberi, buatnya bs baru dan tak sama muka surat nayalah nak mencari sehelai demi sehelai. bs tu macam buku refer penuh dengan jadual ,explaination dan kriteria.kita student bukannya hafal pun jenis2 tu. so kalau nak buat calculation kena rujuk la BS  tu. mesti korang pikir senang kan? kalau tak study letaklah buku tu 3 jam pun depan mata pun memang tak reti nak buat. ini kisah benar T-T.BS kami guna masih lagi british standart.. sem depan junior2 kami berkemungkinan akan guna euoro standart. nasiblah..


kadang2 una heran jugak  dengan sesetengah spesis bijak di kelas una tu. amat cekap,bijak dan proaktif lagi mengira.
mereka terbabit adalah cik wawa,fyfah,mimi,yana, dan que.

terheran kejap. tapi seronok jugak ada spesis pandai macam ni.
kalau assignment tak reti buat ada yang ajar hehehe =D.

tapi sem 6 ni rasa semangat sikit study nak stay positive je.
last sem nilah kena buat terbaik.
tadi una dah pun isi borang UPU on9 untuk sambung degree.
kalau ada rezeki dapatlah sambung.
una mintak degree civil engineering jugak.
alang2 civil ambik teruslah civil. habis semua universtiti yang una mintak una letak civil engineering.
moga moga dapat ya ALLAH.
na balas jasa mama, abah.
atuk dengan opah..

p/s: harini birthday fyfah. =)

January 12, 2012

pesanan ikhlas kepada lelaki itu =)

assalamualaikum, hai
harini una nak luahkan sikit rasa terpendam di dada , di jiwa di tangkai hati yang mula berakar akar.
haha okay cukup la ayat gaya kanak kanak spastik tu.
sejak 2,3 menjak ni una asyik terserempak dengan seseorang. kenal muka, tahu nama, cuma tak pernah bertegur jela. dia lelaki . okay cukup  setakat tu.
kadang kadang una pelik juga kenapa 'dia' ni setiap kali terserempak buat muka macam tak suka,then larik larik. una pun  macam  o.O  la
una pun tertanya-tanya dalam hati la.
 aikk apesal dia ni? aku buat salah ke? muka aku ni macam nak telan dia ke?
tapi seriously mimik muka dia macam konon-konon una ni peminat setia dia,dia konon-konon macam brad pitt .
man this entry really for you. YA  YOU. kolej kita kecik je sayang .
pusing-pusing terjumpa jugak. so kalau terjumpa selalu tak semestinya i'm hunting you. errkk gila ke? una tak pernah buat kerja gila tu lagi lagi time tengah  sibuk macam ni. semester 6 kot . nak main cak cak apelah lagi =-=' . and for you information kalau tak tahulah.  i'm taken almost since4 years ago . i repeat almost  4 years. una tak adenya nak suka orang lain. sila jangan perasan. tak ada kerjalah aku nak hunt kau, nak crush dengan kau. aku memang lah pernah ade crush tapi setakat ni dengan bintang filem tu pun filem orang putih.
i hope when i meet u again i will say this '' dont worry,i dont like you''.

it just a coincidence. aku pun nak habis, aku harap kau tidka mengulangi perkara ini kepada girl lain.jika tidak mungkin kau akan dicop sebagai seorang yang perasan. deal with it  =)

January 10, 2012

ini semua kenangan kita bersama =)

assalamualaikum,
harini ada lawatan MQA untuk renew kelayakan sijil diploma ni. aku sendiri tak pasti la setiap berapa sem kena renew . kolej swasta kena buat benda ni rutin. maka kawan-kawan telah menunjukkan reputasi sehabis baik mereka.haha kemain hensem  lagi mereka. perubahan drastik tahap kritikal * kritikal yang baik*.
dari kiri: afiq ,irfan,onchair,syazwan,haziq.

handsome tak kawan2 aku?
kalau nak puji silakan, diorang tak ada blog jadi mereka tak tahu.
kalau depan depan tak usah la puji. lagi2 irfan .
*mampus aku kalau dia baca*



ni gambar hari kedua lawatan MQA.mereka bff.

so ini la  penghibur kelas ni . antara mereka ni irfan paling banyak cakap
manakala onchair dengan lawak selambanya. lepas buat lawak muka selamba je. aku gelak dah setengah mati  boleh buat muka relaks. cis!.
haha



manusia yang tersenyum lebar umpama kelebaran lebuh raya karak ni
adalah qawiem ataupun nama saintifiknya que.
dia agak bijak orangnya.

sengaja aku tulis pasal mereka-mereka ni sebab tak lama lagi semua pergi jauh. entah bila nak jumpa aku pun tak tahu.banyak sangat kenangan kat kolej ni.walaupun aku nampak macam tak friendly sebenarnya aku friendly*korang diam, aku tahulah aku tak pandai buat ayat*

dan kawan kawan perempuan yang aku sayangi.. =')
seperti mereka ini.

ciklya,ain, paan


echa,wawa,kak fiza


kem ibadah 2011 (semester 5)

jamuan raya terpaksa rela (semester 5 2011)

makan-makan DDA (buka puasa)yang free hair tu aku.
ye gemuk i know


yana dan ct =)


yang baju hijau tu kijah yang baju biru tu fyfah

sayang sayang aku =)





mesra kan? =')
kalau nak letak gambar banyak2, mungkin tak muat satu page kan?
tapi bila aku tengok gambar-gambar lama rupanya dah banyak benda yang kita buat sama-sama.
ternyata masa mencemburui kita *ayat ceramah*

kem ukur 1&2 di melaka, aktiviti mentor mantee,bbqdekat tepi batu di teluk cempedak,lawatan tapak di putra square,dinner DDA,jamuan raya terpaksa rela oleh puan jueita,makmal 1,jamuan raya kat rumah puan gee dan banyak lagi.

aku rasa korang mesti ingat masa kita kem ukur dulu,
waktu miza masih ada korang buat surprise kat dia siap baling tepung jadi zombie terus dia malam tu.
malam tu aku seronok sangat walaupun bukan birthday aku.
kemudian esok pagi kita mandi pantai ramai-ramai, tak sampai berapa minit mandi kena marah dengan orang UTM, sebab pagi tu hari last kan? ade majlis penyampaian hadiah .
dan aku juga ingat masa kem ukur dua, kita semua kena halau dari padang masa mengukur oleh budak2 kampung yang nak bola.
sikit je lagi nak siap. tuhan je yang tahu berapa bakul dosa kita dapat akibat memaki maki mereka yang mengacau kerja kita masa tu. dah la makian secara berjemaah. HAHA.


ingat waktu ni? =')

masihkah korang ingat jalan ini? =')
ni jalan kita buat ukur aras dulu.

malam bbq  =)

bbq dekat teluk cempedak =)

dah rasa macam adik beradik kan kan? biasalah kalau ada yang tergusti, tergigit, terasa, termarah terdengki. macam-macam kan kan?
sedikit sebanyak berkawan dengan korang boleh menceriakan hari hari aku yang agak suram.  kalau nampak aku tak gelak sebenarnya aku tengah gelak dalam hati.

okay kalau aku bebel lagi berkemungkinan sampai tahun depan tak habis. gambar korang banyak sangat .
nanti aku buat slide okay ? =)


p/s: friends, everytimes i missing 'us' i will read this all over again.




January 9, 2012

kadang kdang risau jugak.


assalamualaikum, realiti hidup ni kadangkala menakutkan. tapi bila fikir balik semua tu dah ketentuan ALLAH. una follow twitter dahlia teck. she's beautiful. i didnt mean to say that elia do not beautiful. she's more beautiful . una menulis ni bukan nak bergossip nak menuduh siapa salah siapa betul. we're not in their shoes right? takut dnegan hubungan cinta. risau cinta lama-lama tak jadi apa. betul ke lelaki cepat lupa diri bila dah jumpa yang lebih cantik? lebih skinny,?
memang fitrah manusia suka tengok yang cantik, yang hensem. untuk terus setia atau meninggalkan kekasih demi yang baru . RISAU si dia akan jadi begitu.
i have trust issues. kami akan berjauhan start bulan 4 ni. rasa lain. dah biasa hari hari jumpa. 4 tahun dah bersama sejak sekolah menengah . tapi macam biasalah  una ni degil sikit,kuat merajuk, cemburu, bla bla bla, manja , keras kepala.. bla bla ego. una mengaku semua tu. dia pulak mempercayai  cuma dia terlalu banyak habiskan masa depan pc untuk games.


kadangkala tengok facebook dia yang macam mayat hidup tu, dia tak suka online
friend request dia semua una yang approve.  ada perempuan cantik2 sikit add dah asah kapak dah. serius... T-T
una tak cukup cantik, tak cukup baik,  una gemuk .
bila tengok sana sini orang putus, rasa macam takutttttt sangat.
hidup ni bukannya mudah.
buat masa sekarang kami okay,masih mesra
masih macam bestfriend, couple 
 cuma takut hati dia berubah.


p/s: you dont know what will happen next .

January 7, 2012

perangai tahun baru 2012.

hai ,nak pengsan sekejap memikirkan bahawa minggu ini una telah dengan jayanya membeli 4 helai baju. cis habis duit.
tapi tak mengapalah sebab baju dibeli untuk dipakai. bila mengenangkan diri yang agak tak terurus maka rasa serba salah pula bila nak berkira dengan diri sendiri.
una mengakui bahawa duit una selama ni mengalir laju terhadap makanan. tiada satu pun benda yang dibeli untuk meningkatkan keyakinan diri yang selama ni bergerak selari dengan peningkatan berat badan .

oh bila stok baju daku akan sebanyak gini? ingin! ingin!

penjahanam duit yang berjaya minggu ini

so ditahun baru 2012 ini, una telah mendapati diri una telah tertransform tanpa paksaan . perubahan horman mungkin.
pada 1januari 2012 una dengan sukarela menyambar 2 helai t shirt giordano demi kegembiraan diri. meskipun telah bergaduh sikit dgn boyfriend. sikit je la. si dia suruh  una beli satu baju tu memang cantik. tapi masa tu una nak t shirt biasa bukan t shirt ladies jadi una pekakkan telinga , ambil terus bayar.


terpinga-pingalah jiwa raga yang berada disitu. bukan main senang una pilih baju  ibarat beli kuih karipap. pilih-pilih bayar.tak fikir langsung saiz dia besar ke kecik. almaklumlah una ni 'comel sangat saiz dia' syukurlah try2 muat. mujurlah muat kalau tak muat tak ke balik tu terus karoke lagu sesal tak sudah?


dan semalam 6 januari una keluar lagi. tengok wayang jap,pastu ter lalu kat satu tempat ada sale(dalam mall jugak ).angkat kening berkali2 sambil tengok murah pulak! baju cantik. hati dah syakwasangka dah ingatkan bundle! oh rupanya bukan.baru lagi.. bau kedai lagi. so ambik 2pasang lagi. so  tahun baru ni 4 pasang. yelah una bukan orang kaya macam awak, yang dah kaya mesti tak heran bila baca ni. una ni student lagi,so duit agak terhad bila terhad buat perangai macam ni memang saja nak cari mati. 

p/s : lepas ni una harap dapat berjimat amin.  



January 5, 2012

rasa sedih =(

2012 yang suram sepatutnya rasa gembira bila nak habis ni tapi sekarang una rasa kegembiraan tu semua macam dah terbahagi 5. lepas ni akan berpisah dengan kawan-kawan ada utara ada selatan ada timur ada barat dan ada juga bukan berasal dari semenanjung. mestilah rasa sedih bukan senang nak jumpa balik
pengalaman belajar di kuantan ni banyak sangat . pahit manis sepanjang belajar dekat sini sentiasa una catat dalam blog usang ni. dan yang turut menyedihkan una akan berpisah lama dengan yang tersayang.taktahulah macam mana nanti nak biasakan diri bila dia tak ada. walaupun sem 6 baru je mula tapi sedih tu dah una rasa.kita tak tahu apa yang akan jadi nanti tapi una cuma mengharapkan yang terbaik dalam hidup una sekarang. masa cepat sangat berlalu kadang-kadang bila pandang muka sorang -sorang una akan rasa nak menangis.
kadang-kadang ada orang nampak una macam tak friendly tapi sebenarnya una malu, malu nak tegur orang .
tiba-tiba rasa nak menyanyi pulak

pertemuan perpisahan adat manusia biasa..

i never forget you


hari ini sedikit penat ada 3 kelas  sebab hari lain agak lapang dan tak sepadat hari ini
walau apa pun una gembira sebab segalanya berjalan lancar.alhamdulillah syukur.
hari ni birthday kawan lama una nama dia syammira syamsir cantik nama dia kan?
se cantik kawannya tuannya
*sila abaikan tuan blog ni memang tengah mengada-ngada*




cik syammira yang kiut ni una panggil sam je .
dulu masa kat teknik kami satu kelas
4 kejuruteraan mekanikal 2.
dia antara yang genius. seriously.
LK dia selalu dapat 100%.
kalau ada apa -apa exam dia relax saja.
she was texting her bf in the middle of night.
masa tu una tak ada bf so una tak text sapa-sapa.
 dia mix malaysian indonesian
ayah dia indonesian mak dia malaysian.


so nak ucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 21 tahun sam
i miss you so much.
since una pindah dari teknik tu masa tingkatan 5, una dah tak jumpa dia lagi.
dia busy una pun busy. terjumpa balik pun gara -gara facebook.



p/s: i never forget my friends .


January 1, 2012

tahun baru dan twitter?

selamat tahun baru semua  =)
tengok tajuk di atas ada rasa pelik?
kenapa twitter? kenapa bukan facebook?
kenapa bukan myspace ?
jawapannya ? semua orang pun tahu ramai dah beralih ke twitter semenjak dua menjak ni walaupun twitter ni dah lama juga ada .
adatlah tu bila facebook bosan twitter jadi sasaran.


una dah buat twitter ni sejak tahun 2009 lagi.masa mula2 tu biasa tweet dengan artis je =-=' sebab kawan tak ada twitter.
tu pun artis indonesia siapa kenal bayu kusumanegara . yeah yang tu la. haaaaaaaa

yang ni.




okay una tegur dengan kawan baik dia namanya lindhy
so macam tu la semuanya bermula
lama2 una ada kawan baik sendiri di twitter

antaranya
hans affens



faten monoko



dan untuk pengetahuan una di kolej sebenarnya agak kurang mengenali orang2 lain kecuali yang sama kos yang pernah satu kelas tu saja.

so dekat twitter ni una dapat kenal budak2 satu kolej walaupun tak pernah bertegur satu kali pun di dunia nyata .=-='

lilinghemomo
hazwanhamzah
nur seri imar
ashanadzri(ini pernahlah jugak tegur)
jamalhayat

dan budak kelas yang dulunya tak rapat
una ni gila kat social network je kat dunia luar payah sikit nak
mula sembang apa-apa  errrrrr malu mungkin

farhanah rosli
irfan iman
onchair
nur ain
liyana radzi
qawiem qui qui


bila kita kenal ramai orang macam-macam yang kita belajar tentang kehidupan secara tak langsung .
antaranya yang kita dapat belajar ialah bahawa hidup ni bukan seperti  tekan button on di mesin basuh , tetapi hidup adalah satu cycle
what goes around comes around okay?
so be nice , get on the tracks and  be grateful .
thanks ALLAH in 2012 i'm still alive.

💝 Anniversary Trip To Jakarta