January 7, 2012

perangai tahun baru 2012.

hai ,nak pengsan sekejap memikirkan bahawa minggu ini una telah dengan jayanya membeli 4 helai baju. cis habis duit.
tapi tak mengapalah sebab baju dibeli untuk dipakai. bila mengenangkan diri yang agak tak terurus maka rasa serba salah pula bila nak berkira dengan diri sendiri.
una mengakui bahawa duit una selama ni mengalir laju terhadap makanan. tiada satu pun benda yang dibeli untuk meningkatkan keyakinan diri yang selama ni bergerak selari dengan peningkatan berat badan .

oh bila stok baju daku akan sebanyak gini? ingin! ingin!

penjahanam duit yang berjaya minggu ini

so ditahun baru 2012 ini, una telah mendapati diri una telah tertransform tanpa paksaan . perubahan horman mungkin.
pada 1januari 2012 una dengan sukarela menyambar 2 helai t shirt giordano demi kegembiraan diri. meskipun telah bergaduh sikit dgn boyfriend. sikit je la. si dia suruh  una beli satu baju tu memang cantik. tapi masa tu una nak t shirt biasa bukan t shirt ladies jadi una pekakkan telinga , ambil terus bayar.


terpinga-pingalah jiwa raga yang berada disitu. bukan main senang una pilih baju  ibarat beli kuih karipap. pilih-pilih bayar.tak fikir langsung saiz dia besar ke kecik. almaklumlah una ni 'comel sangat saiz dia' syukurlah try2 muat. mujurlah muat kalau tak muat tak ke balik tu terus karoke lagu sesal tak sudah?


dan semalam 6 januari una keluar lagi. tengok wayang jap,pastu ter lalu kat satu tempat ada sale(dalam mall jugak ).angkat kening berkali2 sambil tengok murah pulak! baju cantik. hati dah syakwasangka dah ingatkan bundle! oh rupanya bukan.baru lagi.. bau kedai lagi. so ambik 2pasang lagi. so  tahun baru ni 4 pasang. yelah una bukan orang kaya macam awak, yang dah kaya mesti tak heran bila baca ni. una ni student lagi,so duit agak terhad bila terhad buat perangai macam ni memang saja nak cari mati. 

p/s : lepas ni una harap dapat berjimat amin.  



1 comment:

Qib said...

perempuan dan sopink xdapat dipisahkan.. ^^

hehehe.. berjimat dalam berbelanja.

💝 Anniversary Trip To Jakarta