February 25, 2012

stress? rasa nak bunuh diri ? eh? JANGAN!

minggu ini minggu yang memenatkan,serba memeningkan .
tak tahu nak meluahkan macam mana. dengan tekanan perasaan lagi,dengan tekanan assignment pulak.. serba serbi tertekan la senang cerita.



gambar hiasan: cantiknya badan dengan rambut jeles! =-='
una tak tahu ni jenis manusia yang macam mana
cuma dapatlah diberitahu bahawa una bukan penyabar orangnya.. errr dan lagi
memang cepat stress . kadangkala nyamuk tu gigit pun boleh stress.. pukul ajelah kan? tah hape2 la aku ni.una manja budaknya (eh budak ke?)
manja dengan kawan2, manja dengan sidia dah tentu, manja dengan opah atuk .
hehehehe. cucu opah biasa lettew...


DAH DAH setop mukadimah panjang sangat

una cuma berharap tiada orang menyalah anggap dengan cara una bercakap
ini adalah khusus untuk mereka yang kenal una di luar sana.
una memang cakap macam tu . tak dibuat-buat.
lidah una pendek sekaligus menyebabkan una cakap macam kekanak sikit.
sikit je la tapi.
sebab itu una tak pernah nak buat video ke ape
ianya amat memalukan ye tuan2 dan puan2?
mujur aku tak pelat r kalau tak nanti ada pulak panggil aku lisa surihani*memuntah*

macam mana beliau boleh kurus haku tak boleh ni? itulah setiap kali yang terlintas dibenak hati una setiap kali nampak perempuan cantik2 slim2 tu yang stress tu.

okaylah una tak ada mood nak bebel panjang2 actually stress tu baru nak hilang tapi bila tengok image sendiri yang macam anak gajah tetiba rasa nak stress semula.


p/s: nak selimmmmm weyh. T-T

February 20, 2012

pengalaman speaking test muet yang... =-='

okay hari ini una dapat satu pengalaman baru dalam hidup
(macam ko sorang la ada pengalaman baru una)
una percaya ramai yang dah ambik muet dapat band 5 band 6 tahniah kepada korang. setelah mengalami sendiri pagi tadi una rasa...........
rasaaaa nak menangis..  masa dalam bilik kuarantin di kolej shahputra

no bilik 103 (una masih ingat ye mestilah masih ingat baru berlaku pagi tadi bukan tahun lepas) -_- una dah tak tentu hala tudung senget2 seperti selalu. badan dah berpeluh -peluh sumpah sakai tak apalah memang una selalu macam tu entah bila nak berubah pun tak tahu. tengok kiri kanan okay 3 orang perempuan sahaja. yang lain semua lelaki. diulangi semua lelaki . okay itu tak mengapa mujur hampir semua budak2 ikip. so tak adalah malu sangat.

TERNYATA BERCAKAP SAHAJA TAK SAMA SEPERTI MENGALAMI 

dapat satu group dengan mamat(candidate D),marlia(candidate B), dan umarul(Candidate A)
una di posisi candidate c
syukur memang bersyukur sangat2 .
cuma rasa detak jantung nak berhenti sebaik sahaja ianya bermula.una ni mungkin belum kena darah tinggi, tapi entah kenapa nervous dia ALLAH sajalah tahu.


group una group kedua so lebih kurang 1 jam dalam bilik kuarantin dapat tengok muka masing2 ada yang tak senang duduk,ada yang sempat buat lawak.. tak apalah terhibur jugak kalau tak ada yang buat lawak muka ketat jerlah una.actually bukan bad  mood lebih kepada risau.
pastu tersengih2 memandang ain dan marlia silih berganti.


tajuk yang una dapat ?
stress in youth nowadays

point?
parents expectation



ada 3 lagi test iaitu reading,writing dan listening
sabtu minggu depan.
doakan una yer kawan-kawan.
love you
kepada kawan2 yang ambik muet sama dengan una
good luck jugak , let bygone be bygone .
masih ada lagi peluang selagi kita usaha
segalanya mungkin =)



p/s: nanti una cuba  blogwalking korang tau =)

February 18, 2012

tips for speaking test muet with example and extra issues (HOT)

memandangkan sekarang ni musim test muet. yelah menurut mpm  atau nama panjangnya majlis peperiksaan malaysia. calon calon muet bagi bulan mac .


tarikh ujian muet adalah seperti berikut..

20 sehingga 28 februari untuk test speaking
3 mac untuk test writing,listening and so for..

so seperti diberitahu di entry -entry lepas una akan menjalani speaking test pada  20 februari di  kolej shahputra kuantan . walaupun una bukan study kat situ tapi kena pergi jugak . dah nasib badan.

yer sabar ye kawan2 mukadimah panjang sangat .
maka ini adalah contoh2  tajuk yang pernah masuk untuk speaking test muet.


1. HIV/AIDS

2. Travel in our country is better than outside.

3. Flu and health- it's precaution, 5W, 1H.

4. ICT and Technology- advantages and disadvantages

5. Nowadays people like to stay overnight, discuss

6. school teachers or tuition teachers/tutors, our child are more dependant to whom?

7. children trafficking

8. new type of drugs- abuse

9. STD

10. 1Malaysia.

11. part time job by students

12. academic and non academic performance, which one is important?

13. education level is important or experience is better to get a job?

14. private universities in Malaysia is overcrowded? discuss

15. organic plants versus farmed plants

16. stress in children nowadays become a big trouble as parents force their child to study to get excellent result.

17. social problems in Malaysia. (baby discarded in trash, smoking etc)

18. Illegal workers/foreign worker in Malaysia are keep increasing in Malaysia. Discuss

19.Environmental Issues In Malaysia

20. Nuclear energy issues, debate, world conferences brings ___ yes/no any conclusion?. pro and contra


una tak ambik kelas , una study sendiri oleh kerana diri ini terlampau malas . maka sekarang redha jelah.. oh ya una ada satu tips hangat meletup de vazz bak hang..



task A

greeting
1)good morning to everyone
2)a very good morning i wish to all examiners and candidates

repeat situation
1)today we're talking about..
2)the situation i have been given is..
3)according to the situation..
4)Based on the situation given..

state the point given
1)my point is_____ so to elobrate i would like to discuss 3 reasons
2)there are 3 reasons to support my point..


to explain and give example
1)firstly i think that....this is because.. moreover.. for example 
2)secondly another reason is.... in addition.. for instance...
3)finally... in my opinion...furthermore... the good example is..

conclusion
1)in conclusion this is the best point because..
2)to conclude , i still agree that..
3) in a nutshell i feel that..
4)in short my idea is the best because..



TASK B

agree
1) i agree with you.
2)that's a great idea!
3)i like your suggestion
4)indeed!
5)i concur with your point of view.

disagree
1)i'm sorry but i disagree
2)i'm afraid i have to disagree with your idea
3)i beg to differ
4)that's not a good suggestion


interrupting
1)excuse me, may i interrupt please?
2)i'd like to add something please?
3)may i say something?
4)could you please hear me out?
5)pardon me but could i add something please?


questioning
1)so what do you think candidate x?
2)how about your point of view ?
3)candidate  x would you like to give us your opinion?
4)why don't we consider other point?
5) i dont understand can you please repeat?


concluding
1)in conclusion , all of us agree that..
2)to conclude , most of us agree that..
3)in a nutshell some of us agree that..while some of us prefer..
4) as time is running out,it seems that all of us can't agree which options is the best because each point has many advantages and disadvantages..


extra tips

1)jangan terlalu monopoli,bagi kawan kita habiskan ayat baru interrupt.
2)be spontaneous,jangan hafal sangat ayat2 kat atas ni kalau susah nak sebut ayat2 simple pun tak apa janji tak tersekat2.
3) jangan biarkan ahli group kita seorang pun terdiam,kita boleh jadi penyelamat extra marks ada =)

credit to audrey  
brought to you by soshesay.blogspot.com =) 


p/s: doakan una untuk test muet isnin pagi ni.






































mempersembahkan! be baru dari nuffnang.!

thank you nuffnang sebab sudi memberikan be yang bertapak di blog una yang sepi semenjak 2menjak ni. hati berbunga sikit sebab nuffnang ni baik hati sangat2 bagi una be. meskipun banyak be dah jadi ME. tapi tak mengapa rezeki tu . biar sikit janji ada. kan kan ? =)

buat kesekian kalinya una nak mintak maaf pada para blogger sebab una dah jarang blogwalking sekarang. una busy dengan study, projek yang tak berkesudahan dan test muet lagi beberapa minggu una perlu ke UTM semarak pula untuk makmal kejuruteraan 2.
apa yang perlu diutamakan terpaksa una utamakan walaupun hati meronta2 nak update blog tapi apakan daya masa mencumbui mencemburui kita -,-


ape kes padam padam ni?
ini maksud dia earning tak banyak tapi syukurlah ade jugak be yang lekat. blog tak pemes kan...
malu nak tunjuk earning sebab earning yuyu zulaikha lebih banyak, begitu juga ben ashaari.
una? setakat dapat sikit2 pun dah okay dah.
una sayang blog ni bukan sebab duit sebab kenangan . jadi ini tanda terima kasih kepada nuffnang
walau sikit tapi bermakna =)

lain2 entry mengenai buffered earning
2 buffered earning
6 buffered earning

tips tingkatkan pengunjung

blogger pilihan
arelan
pondok usang
shahrazali
p/s : good night =)

February 17, 2012

cute definition


beckham with his cute little daughter





cute kan ? cute kan?



p/s: entry pendek


February 16, 2012

untuk apa pening2? =) segalanya dah selesai..

alhamdulillah segalanya berjalan lancar.
pelajaran makin okay alhamdulillah semua ni berkat usaha, doa mama abah, opah atuk, pertolongan kawan-kawan yang langsung tak kedekut ilmu.
terima kasih korang jasa korang akan aku ingat sampai aku mati.
mungkin dugaan hidup una cuma lebih kepada fizikal terima kasih ALLAH.
syukur alhamdulillah. =)
sudah cukup gembira sekarang ini.
2,3 hari lepas berlaku sesuatu yang dah lama tak berlaku
seseorang di twitter telah menghina una .
mr unknown . una tak berminat untuk ambil tahu siapa dia, walau una ada peluang waktu tu sebab una rasa una tak kenal dia , tak tahu dia siapa. biarkanlah  mungkin dia tak dapat tahan kebencian dia terhadap una
una menangis malam tu sebak, terkejut dan keliru.


malas nak syak siapa2 . una terus saja block dia  habis cerita.
dia follow una hanya untuk menghina so untuk apa una pening2kan kepala kan?
una tahu tahap kesabaran una bukanlah tinggi mana. una perempuan biasa yang beremosi tahap tinggi maka daripada una meroyan tak tentu pasal lebih baik una block dia. satu malam tu jelah una nangis. lepas tu esok dah boleh senyum hehehehe.
kita kena terima bila ada orang benci kita sebab kita pun ada perasaan tak suka seseorang kan? tak perlu emosi lebih2 sangat . selagi dia tak kacau una nak benci bencilah tak luak pun. =P


picture ni di post ke sini sebab ianya memang menyuarakan isi hati di saat ini =)


p/s: saya bahagia awak janganlah kacau saya ya? saya tahu awak baca ni.

February 15, 2012

aku stresssss weyhhh T-T . apesal cam gini?





dengan ini title kelam kabut , kepala serabut boleh diberikan kepada una sekarang. -,-
sepanjang sem ini jarang sekali dapat bergoyang kaki dengan seenaknya ,kepala buntu dan terasa berat seperti ada batu diatasnya . sadiskan?


nyenyak betul dia tidur jelesnya sekarang ni kalau dapat nikmat tidur macam ni alangkah indahnya...


tak cukup dengan stress study di tambah pula dengan masalah sampingan yang turut membebankan kepala hotak bergeliga gila una sekarang ini.
hostel sedang mengalami renovation. jejaka -jejaka  kengkonon macho yang tengah buat renovation di tingkat 3 (bilik una tingkat 2) amat gatal sekali ye tuan2 dan puan . bencik! sungguh bencik!  ini hostel perempuan . kadangkala terasa ape ke susah benor pemikiran orang yang mengarahkan renovation memusim study ni. haritu tengah cuti sem taknak pulak mengecat merenovate. tensen tahu tak tensen??!!! orang tengah banyak projek nak kena buat,dan tak lama2 lagi kami kena naik tingkat atas sebaik sahaja siap tingkat 3, budak tingkat tiga dah pun naik tingkat 4. CANTIK betul perangai tuan hamba.


kalau nak renovate sangat buatlah macam ni.. =P
  tapi apakan daya kami ni pelajar bercakap pun ade deme(mereka)kesah? yelah dengar cerita atlet2 sukan malaysia akan menginap disini sepanjang cuti sem kami . barulah una faham apakah relevannya cuti sem 3 bulan tahun ni, rupa2nya sebab  hostel kami bakal diguna pakai oleh atlet2 sukma . ciskek. =,=' .mujurlah daku last sem disini kalau tak berjanggut duduk rumah selama 3 bulan. -,-. so kepada student sem 5,4,3,2,1 silakan anda bekerja sepanjang 3 bulan tu.dapat gak duit. heh
=-='

p/s: jika korang menjadi una apakah yang korang lakukan? -,-

February 14, 2012

do wish me luck -,-



semalam una dah check bila test muet una.mula2 tu berangin jugaklah try 2,3 kali tak dapat sampaikan langsir bilik pun kena marah sebab bergerak. kesian ko langsir heh =-='. tulah  marah kan nyamuk kelambu di bakar.

tengok nama kolej tu? kolej shahputra kuantan. tapi una bukan belajar kat situ tapi tak memasal je kena pergi situ. bila una tanya2 kawan..
ada  2 orang boys kelas una dapat hari yang sama dan waktu yang sama!
the chances is we're in the  same group! yay! dah 3 orang so lagi sorang una mengharap sangat2 dia adalah perempuan. ada jugaklah orang una nak bercakap.
yang tak seronok ada kawan una sorang nak mintak tukar date.
2 orang tu kawan baik kalau dua2 mintak tukar date dan  kalau diluluskan una tak ada kawan =')
itu kalau di luluskan la..
hahaha sorry korang aku harap korang tak dapat tukar date lain
(nampak sangat aku pentingkan diri)

p/s: takut sebenarnya ni..

February 11, 2012

gemuk sering diejek.kesian ;')




makin lama makin gemuk
mungkin busy study , study makan , makan , makan, makan
maka badan pun naik macam di pam pam
bila makin gemuk ni ramai orang benci ,mula ada suara-suara mengejek
tanpa segan silu memberi gelaran-geleran jelek .
tapi takapa aku kena cekal. sangat tipikal heh. =-='
aku manusia juga sama macam korang ,dilahirkan debab sejak kecil,
diberikan kasih sayang sepenuhnya oleh opah  . bukan mama
aku ulang oleh opah @ nenek. semua orang maklum bila opah jaga dia akan jaga cucu dia double baik dari dia jaga anak dia dulu.
aku cucu manja aku mengaku. kecik-kecik nak makan apa semua opah bagi
asalkan berkhasiat.dulu aku tak pernah sentuh maggie, air gas,keropok2,cikedis ke.
waktu kecik pagi2 nasik ,petang malam nasik. bila dah besar mestilah selera aku berubah semua nak bantai fast food . dah hasilnya aku gemuk. sekarang nak tak nak aku kena ubah juga pola pemakanan . haritu berat aku dah turun banyak dah, bila minum jusmate 5 . sekarang naik balik semuanya gara2 pelawaan boyfriend aku yang terlampau baik ajak aku ke port paling aku suka iaitu mcd. T-T
sekarang aku dah bosan nak dengar ejekan2 sumbang. rasa rendah diri ,sakit hati benci, menyampah. ingat aku tak ade hati perasaan ke woi?

mujur boyfriend aku yang kecik tu sanggup terima aku seadanya =')
siapa kenal aku tahulah yang memang boyfriend aku tu kecik.

bila nak kurus? teringin nak pakai baju macam ni.

aku malas nak tampal gambar gemuk aku tu nanti ramai pulak muntah satu lori. so kita tunggu jelah nanti aku berubah pelan pelan. buat masa ni aku malas nak layan orang yang mengejek2 aku tu. tapi kalau kau baca blog aku ni  sukahati la nak terasa ke ape,sapa suruh ejek aku? kan padan muka kau. aku dah penat nak jaga hati orang hati aku ade korang peduli? =)

p/s: orang yang dapat melihat kecantikan seseorang dia tak tengok melalui mata tapi hati.

February 10, 2012

membeli peta ibarat membeli kuih. =P

que,yana, afiq


hari ini kami pergi ke jupem ,untuk membeli peta.
setelah discuss2 ibarat ahli korporat maka una dengan kawan una telah memilih kawasan bentong untuk dikaji.kenapa una pilih kawasan tu?adalah sebabnya tu
hahaha malas nak cerita biarlah rahsia kenapa pilih bentong, kenapa bukan maran? temerloh? jengka  ataupun lipis? hehehe macam una cakap tadi rahsia kan. rahsia mana boleh diberitahu kalau beritahu tak jadi rahsia pulak. =P
macam mana bentuk peta?
peta tu panjang macam yang afiq pegang tu
tak sempatlah pulak nak snap .
satu peta rm20 maka kami share duit 2 kumpulan satu kumpulan rm10.
peta tu ada pada kawan una  soooooo nanti2lah update pasal peta  =P

4 sekawan yang bahagia
 lepas beli peta saja2 tangkap gambar buat kenangan
korang mesti tertanya-tanya kan kenapa budak engineering ni selamba aja pakaian dia
sebab pertama kami pergi jupem nak pergi beli peta sahaja,
sebab kedua kami belum jadi engineer lagi so tak ada duit nak beli baju mahal2, sebab ketiga  memang spesis2 engineering kat kolej kami kebanyakannya pakai simple2 je tak ada masa nak pikir pakai baju apa,kami tak ada banyak masa nak mix dan match baju terutamanya tuan blog ini =)
betul tak tipu tuan blog ni antara manusia yang pakai tudung senget2,baju kurung zaman nenek moyang, setiap minggu rotate baju kurung yang sama . kesiann. T-T

gambar2 tuan belog yang kengkonon ayu (ayu ke?)
menipu belaka   actually adelah jugak menanam azam untuk jadi perempuan sejati
akan tetapi hajat tu tak sampai selalu oleh kerana duit selalu mengalir laju kepada makanan bukannya barangan .
tapi takpe kita lupakan dulu pasal masalah jiwa tuan blog ni apa kata kita minum petang dulu?



p/s: perut lapar minta kenny, perut kau jangan demand boleh tak? -,-




February 6, 2012

February 5, 2012

💝 Anniversary Trip To Jakarta