April 25, 2024

Class kedua Hsk 3 yang menguji daya ingatan & let's be my study buddy

 




HAI !!!

KORANG!!!

tahu tak harini kan second day i belajar hanzi. first lesson minggu lepas pun macam weh banyak gila kan


i sungguh tak sangka this year i fikir sama macam i belajar pingyin dulu. rupanya tak ya.

tahu tak harini i kena belajar berapa character? i belajar 42!!!


lepastu kannnn i dont know how my classmates boleh ingat semua tu . sebab kitorang kan ada  practice 

jawab soalan. diorang boleh baca weh .  



terpinga pinga sis sekejap. dia kalau macam bahasa tu english ke french ke sis tak la macam wow sangat


sebab hanzi kot . sis terkejut sekejap.


korang doakan sis cepat fasih eah 


tadi laoshi ajar pun kan asal usul how and why tulisan dia macam tu. kalau kita belajar tulis A kita just tulis A . kita tak perlu tahu kenapa bentuk A tu ditulis macam tu.


kalau hanzi beza. every character ada story sendiri. sebab hanzi ni kan nak bentuk ayat ada yang terdiri dari radical radical tersendiri

nak i bagi contoh ?


contoh  kalau radical bagi mouth (mulut) bentuk dia macam ni  

           叫  (jiao) = call / panggil   

korang nampak tak ada radical mouth dekat jiao tu? sebab apa ? sebab kita panggil guna mulut kan. 

yang sebelah dia tu ikut apa laoshi cakap tu kita imagine macam the act of panggil tu. korang kena imagine dekat puncak pertama dia tu ada tangan , puncak kedua tu ada kepala  so macam panggil orang.

sekarang u tell me pening ke tak pening? 


HAHAHA sis blur kejap. dikala orang lain semua offer diri nak jawab soalan sis duduk diam sambil tenung ipad sis lama lama. aku yang tak normal ke diorang tak normal ni?


rasanya minggu lepas belum belajar lagi ni.korang belajar dulu ke? sis dah nekad effort sis kali ni kena double ke triple .  

inshaallah lepasni kalau ada lapang waktu sis practice menulis dekat blog ni guna hanzi.


korang faham ke tak lantaklah. alah lagipun most of the time blog ni sunyi sepi je so why not kita gunakan this precious baby blog as my learning tool kan?


marilah sis nak tulis jap tulisan apa sis belajar harini

一 = yi  = number 1

二 = er  = number 2

三 = san = number 3

四  = si = number 4

五 = wu = number 5

六 = liu = number 6 

七 = qi  = number 7

八 = ba = number 8

九 = jiu = number 9 

十 = shi = number 10


bùshǒu = radical

 亻= dān rén páng = radical of person 单人旁 

= nǚ zì páng = radical of female 女字旁

= sān diǎn shuǐ = radical of water 三点水 

= yán zì páng = radical of speaking  言字旁

  = bǎo gài tóu = radical of treasure cover, roof. 宝盖头

= kǒu zì páng = radical of mouth  口字旁 




and many more. sis nak tulis sini banyak sangat hahaha.

oh ya korang tadi sis dah daftar free online learning  dekat king sejong institute.


ni ha link dia klik sini

i nak try cari masa belajar hangul jugak . cuba book class for beginner tapi dah full.

nanti pasal ni sis akan buat entry lain. if you minat nak join jugak meh la jadi study buddy sis

i am keen to learn new language and tak banyak kawan yang share the same passion as me

if i can have someone yang ada same passion like me  that would be great

boleh la kita saling support each other .  i rasa better contact me on  X platform

username twitter sis = aboldbluerose.

k guys i nak tidur dulu


ttyl



una mn

April 22, 2024

an overwhelming day & una kena bagi speech?

 



hi guys.. 


harini kannn tak tahu lah kenapa overwhelming sangat. maybe effect minum zus coffee pagi tadi.




as you guys know i kan kerja 3 days dekat office and 2 hari di rumah. tbh i sukaaaa wfh bagi i jimat masa. 

siapa je suka merentas jem kan. nak pulak yang kerja odd hours like me.  kalau orang tanya impian i apa

tbh i nak cerita tapi i takut faham tak?

memandangkan blog ni soul purpose dia adalah untuk menyimpan segala memori akan datang maka i ceritalah sikit . okay as for now..... i nak ada biz cuma keadaan ekonomi lembap and i yang kekontangan idea nak jual apa i think the best now i kerja bawah orang. i minat sangat benda related dengan bahasa. kerja yang i buat sekarang pun banyak pakai bahasa inggeris. 


tbh bahasa inggeris atas. i tak perlu menaip pun cuma i kena tengok banyak content.

benda yang overwhelming pasal kerja i ialah dia fast paced. baru baru ni kan diumumkan bonus. jangan tanya i dapat berapa. i dapat . increment pun dapat. cuma untuk pengetahuan korang yang tak berapa kenal perangai i. i paling takut kalau i dissapoint diri sendiri. adakah target i terlalu tinggi?


tapi bagi i target i letak reasonable . due to p&c i tak boleh cerita detail.  okay salah satu sebab kenapa i overwhelming ialah i terlalu banyak benda i nak kejar tapi i tak cukup masa.



masa untuk diri sendiri, masa untuk suami, masa untuk keluarga (mama, cousin,siblings)


i am their go to places. i am so sorry kalau korang cerita and luah apa apa i cant entertain you guys. 

i am busy with my own self. i dont have time to even properly take care of my mental health.


i rasa maybe i burn out.

adakah salah target yang tinggi?.  oh btw kan class hanzi i dah start last week.

lepastu my graduation will be on this saturday. i kena hafal speech. ye i kena bagi speech. 

lepastu i baru tahu ada theme kena pakai warna orange. lepastu kena buat demo video pulak. 


kerja i pula ada test monthly test yang i kena jawab. new allignment sop. otak i macam nak pecah.


tuntas i need staycation. tapi i tak ada masa


now korang faham tak my situation?


baru baru ni beli lipstick tau. lipstick mac. it is so good. and i just know that mac tu support israel.

i feel shitty right now but i cant throw la that lipstic sebab i dah beli. dah la kualiti dia bagus nyah.

can anyone tell me the dupe for this lipstick?



berbalik pada impian i.... 

i nak kerja yang remote. and nowwww i minat nak jadi translator. 
i teringin nak fasih bahasa korea, japan, mandarin, english, arab, 

hambik semua sis nak tapau.

ni la dia  bila impian kita ni besar. kita overwhelming

mandarin? 

sis halfway there.  wo keyi chiang yidian dian

wo de hanyu   hai keyi tapi tula need to learn more.

haaa kan rojak ..

HAHAHA


nak tengok  ke my speech for this saturday?

ada campur english sikit


i tak tahu korang ada masalah macam i ke tak.
kalau waktu i off ke apa bila satu hari i duduk diam tak buat apa apa i rasa teruk.
i rasa hidup i tak berseri. padahal i cuma berehat je. 

i punish myself more than others. i treat my own self like shit.

i beat myself up  more that what my ex bosses did to me.
anak pertama ni memang dia nak jadi over achiever ke macam mana?

i think i need to berdamai dengan takdir. i cant master all thing
i cant do everything at once.


yes you can do whatever you want but still kena berpada pada.
i think my inner child tengah mengamuk sekarang. i am still a kid at heart,

una if you dont rest , little you need rest.


i hope i would be a bit more gentle to my own self.

korang tahu tak macam mana nak berehat tanpa rasa bersalah?


i mean this is my current condition.

sis burnt out. 


oh lagi satu. remember i cakap i nak sambung master?

i dah jumpa the exact place nak sambung master yang ada mqa yang boleh 100% online and course yang bagus


tapiiiiiii.... 

now the problem is time jugak.

memang la online tapi sekarang kan sis ada hanzi class


yang lagi 7 bulan nak habis


korang faham kan my situation?


dia macam mana mana nak cakap ya.


i am too passionate about upskills untuk cantikkan my resume and portfolio dalam masa yang sama i macam dera diri sendiri.


korang tahu tak punya mimpi malam malam pun dahsyat tau.

kesian my husband jadi mangsa.

yelah this year kan maybe masuk rumah kalau dia siaplah tahun ni.

i mimpi haritu pasal beli tv baru. 

i marah marah husband sebab salah beli TV


kesian member 2,3 pagi dengar isteri bebel padahal sis mimpi HAHAHA

 

tiba tiba macam panjang kan  entry ni?

okaylah korang


nanti sis sambung lagi.


till then 

ttyl 

una mn






April 17, 2024

Class pertama Hsk3

 



hi guys...


harini merupakan class pertama hsk3 i atau kita panggil sebagai hanzi class. secara jujur i agak nervous untuk class ni sebab before ni kan i belajar pingyin je kan. i just kenal beberapa character before this. 

chinese ni bukan mudah kalau kita tak focus betul betul.   laoshi i kali ni nama dia agnes laoshi .



untuk hsk3 i akan belajar menulis 600 character. 
korang tahu character dalam bahasa cina ni ada berapa?
ada 50 000. :"D banyak kan.

untuk seseorang tu oleh dikira fasih bahasa cina ni korang kena pandai tulis at least 2500 character.
so kenalah study sampai hsk6 
dekat kunkwan sekarang ada sampai hsk3 je setakat i tahu.

untuk hsk 4 ke atas maybe kena personal class la. 
kalau personal class mungkin a bit pricey.

kalau i ada duit inshaAllah i usahakan.

kalau tak maybe i focus more on my master dulu.
my goals study mandarin ni maybe i nak fasih bercakap dan menulis 
tapi tu semua perancangan.  kita pun never know future.

i rasa benda macam ni tak apa kot i cerita sebab future me mungkin akan baca entry ni 
so if end up not doing it "she" might continue it for me.

sejarah bahasa cina ni kan korang orang cina dulu tulis dekat batu berbentuk pictogram. and tulisan dia evolved seiring masa. mengikut apa laoshi agnes cerita dia kata  kalau perasan dekat google translate ada dua jenis chinese  satu simplified satu traditional. sejarahnya pada era perang in 1950 ramai lelaki meninggal dunia sebab dulu kan yang pergi belajar lelaki perempuan duduk rumah.
so bila perang ramai lelaki meninggal . jadi yang tinggal banyak perempuan. 

jadi untuk memudahkan proses transfer knowledge tu lelaki yang tinggal yang ajar ni fikir cara mudah nak ajar perempuan supaya cepat pick up semua. 

traditional way punya character a bit complicated jadi diorang simplified kan sikit demi sikit sampai terjadilah character chinese pada harini .


fun fact lagi  untuk korang ....

masih ada yang boleh baca traditional chinese handwriting .
negara yang kekalkan handwriting traditional ialah taiwan manakala china pulak guna simplified chinese


and in malaysia boleh baca dua dua. 

sebab apa?

sebab golongan orang tua membaca traditional chinese and in newspaper chinese  di malaysia pun masih guna traditional chinese.

younger generation chinese pulak guna simplified.


cool kan fact ni? dia macam oh wow no wonderlah dekat google translate ada dua. now i know.





and this is my first homework. sis guna ipad je tulis sebab sis lupa print 
tapi laoshi okay je kalau pakai ipad

asalkan boleh practice.

i think nanti i nak print la 

so i both version. 

digital and printed version.

more exercise lagi bagus kan?



excuse my bad writing. 
i rasa i nak encourage korang belajar as much bahasa yang korang boleh.

for me bila kita belajar sesuatu bahasa automatik kita belajar sejarah

rasa macam best bila kita tahu oh ni punca dia.

oh this and that happened. 

k la korang

sampai sini la dulu


sis penat

i nak tidur dulu.


till then

ttyl

una mn