April 25, 2024

Class kedua Hsk 3 yang menguji daya ingatan & let's be my study buddy

 




HAI !!!

KORANG!!!

tahu tak harini kan second day i belajar hanzi. first lesson minggu lepas pun macam weh banyak gila kan


i sungguh tak sangka this year i fikir sama macam i belajar pingyin dulu. rupanya tak ya.

tahu tak harini i kena belajar berapa character? i belajar 42!!!


lepastu kannnn i dont know how my classmates boleh ingat semua tu . sebab kitorang kan ada  practice 

jawab soalan. diorang boleh baca weh .  



terpinga pinga sis sekejap. dia kalau macam bahasa tu english ke french ke sis tak la macam wow sangat


sebab hanzi kot . sis terkejut sekejap.


korang doakan sis cepat fasih eah 


tadi laoshi ajar pun kan asal usul how and why tulisan dia macam tu. kalau kita belajar tulis A kita just tulis A . kita tak perlu tahu kenapa bentuk A tu ditulis macam tu.


kalau hanzi beza. every character ada story sendiri. sebab hanzi ni kan nak bentuk ayat ada yang terdiri dari radical radical tersendiri

nak i bagi contoh ?


contoh  kalau radical bagi mouth (mulut) bentuk dia macam ni  

           叫  (jiao) = call / panggil   

korang nampak tak ada radical mouth dekat jiao tu? sebab apa ? sebab kita panggil guna mulut kan. 

yang sebelah dia tu ikut apa laoshi cakap tu kita imagine macam the act of panggil tu. korang kena imagine dekat puncak pertama dia tu ada tangan , puncak kedua tu ada kepala  so macam panggil orang.

sekarang u tell me pening ke tak pening? 


HAHAHA sis blur kejap. dikala orang lain semua offer diri nak jawab soalan sis duduk diam sambil tenung ipad sis lama lama. aku yang tak normal ke diorang tak normal ni?


rasanya minggu lepas belum belajar lagi ni.korang belajar dulu ke? sis dah nekad effort sis kali ni kena double ke triple .  

inshaallah lepasni kalau ada lapang waktu sis practice menulis dekat blog ni guna hanzi.


korang faham ke tak lantaklah. alah lagipun most of the time blog ni sunyi sepi je so why not kita gunakan this precious baby blog as my learning tool kan?


marilah sis nak tulis jap tulisan apa sis belajar harini

一 = yi  = number 1

二 = er  = number 2

三 = san = number 3

四  = si = number 4

五 = wu = number 5

六 = liu = number 6 

七 = qi  = number 7

八 = ba = number 8

九 = jiu = number 9 

十 = shi = number 10


bùshǒu = radical

 亻= dān rén páng = radical of person 单人旁 

= nǚ zì páng = radical of female 女字旁

= sān diǎn shuǐ = radical of water 三点水 

= yán zì páng = radical of speaking  言字旁

  = bǎo gài tóu = radical of treasure cover, roof. 宝盖头

= kǒu zì páng = radical of mouth  口字旁 




and many more. sis nak tulis sini banyak sangat hahaha.

oh ya korang tadi sis dah daftar free online learning  dekat king sejong institute.


ni ha link dia klik sini

i nak try cari masa belajar hangul jugak . cuba book class for beginner tapi dah full.

nanti pasal ni sis akan buat entry lain. if you minat nak join jugak meh la jadi study buddy sis

i am keen to learn new language and tak banyak kawan yang share the same passion as me

if i can have someone yang ada same passion like me  that would be great

boleh la kita saling support each other .  i rasa better contact me on  X platform

username twitter sis = aboldbluerose.

k guys i nak tidur dulu


ttyl



una mn

April 22, 2024

an overwhelming day & una kena bagi speech?

 



hi guys.. 


harini kannn tak tahu lah kenapa overwhelming sangat. maybe effect minum zus coffee pagi tadi.




as you guys know i kan kerja 3 days dekat office and 2 hari di rumah. tbh i sukaaaa wfh bagi i jimat masa. 

siapa je suka merentas jem kan. nak pulak yang kerja odd hours like me.  kalau orang tanya impian i apa

tbh i nak cerita tapi i takut faham tak?

memandangkan blog ni soul purpose dia adalah untuk menyimpan segala memori akan datang maka i ceritalah sikit . okay as for now..... i nak ada biz cuma keadaan ekonomi lembap and i yang kekontangan idea nak jual apa i think the best now i kerja bawah orang. i minat sangat benda related dengan bahasa. kerja yang i buat sekarang pun banyak pakai bahasa inggeris. 


tbh bahasa inggeris atas. i tak perlu menaip pun cuma i kena tengok banyak content.

benda yang overwhelming pasal kerja i ialah dia fast paced. baru baru ni kan diumumkan bonus. jangan tanya i dapat berapa. i dapat . increment pun dapat. cuma untuk pengetahuan korang yang tak berapa kenal perangai i. i paling takut kalau i dissapoint diri sendiri. adakah target i terlalu tinggi?


tapi bagi i target i letak reasonable . due to p&c i tak boleh cerita detail.  okay salah satu sebab kenapa i overwhelming ialah i terlalu banyak benda i nak kejar tapi i tak cukup masa.



masa untuk diri sendiri, masa untuk suami, masa untuk keluarga (mama, cousin,siblings)


i am their go to places. i am so sorry kalau korang cerita and luah apa apa i cant entertain you guys. 

i am busy with my own self. i dont have time to even properly take care of my mental health.


i rasa maybe i burn out.

adakah salah target yang tinggi?.  oh btw kan class hanzi i dah start last week.

lepastu my graduation will be on this saturday. i kena hafal speech. ye i kena bagi speech. 

lepastu i baru tahu ada theme kena pakai warna orange. lepastu kena buat demo video pulak. 


kerja i pula ada test monthly test yang i kena jawab. new allignment sop. otak i macam nak pecah.


tuntas i need staycation. tapi i tak ada masa


now korang faham tak my situation?


baru baru ni beli lipstick tau. lipstick mac. it is so good. and i just know that mac tu support israel.

i feel shitty right now but i cant throw la that lipstic sebab i dah beli. dah la kualiti dia bagus nyah.

can anyone tell me the dupe for this lipstick?



berbalik pada impian i.... 

i nak kerja yang remote. and nowwww i minat nak jadi translator. 
i teringin nak fasih bahasa korea, japan, mandarin, english, arab, 

hambik semua sis nak tapau.

ni la dia  bila impian kita ni besar. kita overwhelming

mandarin? 

sis halfway there.  wo keyi chiang yidian dian

wo de hanyu   hai keyi tapi tula need to learn more.

haaa kan rojak ..

HAHAHA


nak tengok  ke my speech for this saturday?

ada campur english sikit


i tak tahu korang ada masalah macam i ke tak.
kalau waktu i off ke apa bila satu hari i duduk diam tak buat apa apa i rasa teruk.
i rasa hidup i tak berseri. padahal i cuma berehat je. 

i punish myself more than others. i treat my own self like shit.

i beat myself up  more that what my ex bosses did to me.
anak pertama ni memang dia nak jadi over achiever ke macam mana?

i think i need to berdamai dengan takdir. i cant master all thing
i cant do everything at once.


yes you can do whatever you want but still kena berpada pada.
i think my inner child tengah mengamuk sekarang. i am still a kid at heart,

una if you dont rest , little you need rest.


i hope i would be a bit more gentle to my own self.

korang tahu tak macam mana nak berehat tanpa rasa bersalah?


i mean this is my current condition.

sis burnt out. 


oh lagi satu. remember i cakap i nak sambung master?

i dah jumpa the exact place nak sambung master yang ada mqa yang boleh 100% online and course yang bagus


tapiiiiiii.... 

now the problem is time jugak.

memang la online tapi sekarang kan sis ada hanzi class


yang lagi 7 bulan nak habis


korang faham kan my situation?


dia macam mana mana nak cakap ya.


i am too passionate about upskills untuk cantikkan my resume and portfolio dalam masa yang sama i macam dera diri sendiri.


korang tahu tak punya mimpi malam malam pun dahsyat tau.

kesian my husband jadi mangsa.

yelah this year kan maybe masuk rumah kalau dia siaplah tahun ni.

i mimpi haritu pasal beli tv baru. 

i marah marah husband sebab salah beli TV


kesian member 2,3 pagi dengar isteri bebel padahal sis mimpi HAHAHA

 

tiba tiba macam panjang kan  entry ni?

okaylah korang


nanti sis sambung lagi.


till then 

ttyl 

una mn






April 17, 2024

Class pertama Hsk3

 



hi guys...


harini merupakan class pertama hsk3 i atau kita panggil sebagai hanzi class. secara jujur i agak nervous untuk class ni sebab before ni kan i belajar pingyin je kan. i just kenal beberapa character before this. 

chinese ni bukan mudah kalau kita tak focus betul betul.   laoshi i kali ni nama dia agnes laoshi .



untuk hsk3 i akan belajar menulis 600 character. 
korang tahu character dalam bahasa cina ni ada berapa?
ada 50 000. :"D banyak kan.

untuk seseorang tu oleh dikira fasih bahasa cina ni korang kena pandai tulis at least 2500 character.
so kenalah study sampai hsk6 
dekat kunkwan sekarang ada sampai hsk3 je setakat i tahu.

untuk hsk 4 ke atas maybe kena personal class la. 
kalau personal class mungkin a bit pricey.

kalau i ada duit inshaAllah i usahakan.

kalau tak maybe i focus more on my master dulu.
my goals study mandarin ni maybe i nak fasih bercakap dan menulis 
tapi tu semua perancangan.  kita pun never know future.

i rasa benda macam ni tak apa kot i cerita sebab future me mungkin akan baca entry ni 
so if end up not doing it "she" might continue it for me.

sejarah bahasa cina ni kan korang orang cina dulu tulis dekat batu berbentuk pictogram. and tulisan dia evolved seiring masa. mengikut apa laoshi agnes cerita dia kata  kalau perasan dekat google translate ada dua jenis chinese  satu simplified satu traditional. sejarahnya pada era perang in 1950 ramai lelaki meninggal dunia sebab dulu kan yang pergi belajar lelaki perempuan duduk rumah.
so bila perang ramai lelaki meninggal . jadi yang tinggal banyak perempuan. 

jadi untuk memudahkan proses transfer knowledge tu lelaki yang tinggal yang ajar ni fikir cara mudah nak ajar perempuan supaya cepat pick up semua. 

traditional way punya character a bit complicated jadi diorang simplified kan sikit demi sikit sampai terjadilah character chinese pada harini .


fun fact lagi  untuk korang ....

masih ada yang boleh baca traditional chinese handwriting .
negara yang kekalkan handwriting traditional ialah taiwan manakala china pulak guna simplified chinese


and in malaysia boleh baca dua dua. 

sebab apa?

sebab golongan orang tua membaca traditional chinese and in newspaper chinese  di malaysia pun masih guna traditional chinese.

younger generation chinese pulak guna simplified.


cool kan fact ni? dia macam oh wow no wonderlah dekat google translate ada dua. now i know.





and this is my first homework. sis guna ipad je tulis sebab sis lupa print 
tapi laoshi okay je kalau pakai ipad

asalkan boleh practice.

i think nanti i nak print la 

so i both version. 

digital and printed version.

more exercise lagi bagus kan?



excuse my bad writing. 
i rasa i nak encourage korang belajar as much bahasa yang korang boleh.

for me bila kita belajar sesuatu bahasa automatik kita belajar sejarah

rasa macam best bila kita tahu oh ni punca dia.

oh this and that happened. 

k la korang

sampai sini la dulu


sis penat

i nak tidur dulu.


till then

ttyl

una mn


April 13, 2024

Diary raya 2024

 


hi guys 

harini i nak cerita sikit pasal diary raya saya. macam biasa sis compilekan jela ye sebab lebih mudah.


8/4/2024

harini sis kerja habis pukul 7 malam. lepas berbuka sis took a nap kejap around 10pm ish sis dengan husband bertolak balik. kami sampai sabak bernam around 12 am++ jalan tak terlalu jem alhamdulillah


9/4/2024

sis tak bangun sahur sebab i period. lagipun penat drive and sampai lewat . lagipun harini i masih kerja,  

i started work at 10 and ends at 7pm . siapa pergi bazaar? my husband la pergi.  habis kerja je i turun la makan sebab i sama je macam orang puasa . tak makan sangat. so my meal berat waktu berbuka .


10/4/2024

pagi ni plannya lepas husband solat raya kami  (me, husband, mama, ilah and aiman) akan pergi ziarah kubur abah. lepastu terus gerak ke rumah paklong maklong di tg malim. oh ye lupa cakap this year 

ammar raya belah erin. fauzi tak dapat cuti raya. as expected dia kan polis so we dah agak dah.  and harini jugak adalah birthday mama.  kami bawak kek dari sabak bernam sampai ke tg malim. kek tu aqilah dah beli awal awal semalam sebab takut pagi raya kedai tak bukak.  salah satu sebab kami raya sana sebab paklong jatuh sakit. agak teruk jugak. kesian maklong. 


kat sana meriah sikit ada ila and anak anak dia. ika raya belah suami dia di kelantan.  tak lama lepas kami sambut birthday mama.... pakandak makandak pun sampai.














rina,jannah, pikah and ilah 





jannah and her unpaid photographer my brother aiman


ni la hasil gambar diorang ni


anak ila ni 5. lagi 2 orang tak tahu pergi mana masa ni. 



rina, iwan , pikah. 


anak pak andak yang dah khawin wani je. 
ni wani , sophea , and her husband syamsul.




korang jangan tanya sis kat mana tau. sis geram sis period baju habis bocor nyah.
sis dah tukar baju masa ni duduk dalam bilik hahaha.
nasib baik sempat jugak ambik gambar raya dengan husband dalam kereta

ni gambar kami bersama paklong

lepastu pak andak beransur balik. kami masih stay sebab i paksa aiman habiskan mercun yang dia bawa k sebab dia naik kereta i. sis seriau takut mercun meletup dalam kereta .

tahu tak dia bawak mercu bateri gemuk tu  :/



nampak sikit kan . sebenarnya banyak. tak terhabis haha .
sampai kami yang besar besar ni kena main sebab anak buah sis budak kl.
diorang tak biasa sangat main benda benda ni.
kita yang membesar kampung ni je raya tak lengkap tanpa bunga api mercun hahaha
oh btw tahun ni serba mudah duit raya anak buah sis qr je.
tak sempat tukar duit. kita qr kan je.


lepas main mercun kami pun balik.taknak susahkan maklong sebab dia offer nak masak.
kami cakap taknak menyusahkan dia.

kami singgah kedai beli makanan .


balik tu kan i paksa aiman naik kereta dengan aqilah and mama sebab diorang berdua perempuan tak ada lelaki.

i naik berdua dengan husband.

on the way balik tu jalan gelap nyah

boleh pulak kena kacau ye

dengan benda tu la nyah. sis diam je sepanjang jalan taknak bagitahu husband

sebab takut dia panik . oh btw sis jugak drive sebab dia tak familiar jalan situ and satu lagi sebab

dia bawak terlalu berhemah.

sis nak cepat sampai . memang kena keturunan "jali racer" gak kena bawak HAHAHA


11/4/2024

harini memang tak ada buat apa sangat. kami duduk diam berehat je. layan netflix. sis tengok satu demi satu cerita hantu dekat netflix . maklumlah sis tak subscribe netflix. balik rumah mama, tv rumah mama ada so why not . kenapa tak susbcribe? dulu pernah la subscribe end up tak ada masa nak tengok. 
dulu kan pernah tau bila tengok artis khawin vip ke orang biasa ke agak terkejut bila vip tu cakap dia tak kenal artis tu. dengan alasan tak tengok tv. rasa macam eh poyonyaa menipu la

tapi benda ni dah jadi pun dekat sis. start sis kerja beberapa tahun lepas artis baru baru sis tak kenal sangat kecuali yang betul betul famous macam benda tu lalu tiktok ke. ternampak masa sis tengah kerja ke ha masa tu baru tahu oh ni artis.  :") 


okay harini sis habiskan dengan pergi beli skincare dekat watson. cuba teka sis habis berapa?
cubalah teka.... okay taknak teka.... adalah dalam rm200+

mula mula sis pergi watson lepastu sis pergi guardian. sis beli barang barang skintific yang dah habis la apa lagi. sis beli serum foundation skintific tu, moisturizer, serum, sheet mask,acne patch,lepastu adalah sikit beli benda benda lain husband punya . 

petang tu makuda datang dengan pakuda and wawa. diorang pergi melawat kubur opah. sis tak pergi sebab tengah uzur risau jadi macam semalam. 


malamnya erin dengan ammar sampai . tak sabar tunggu my anak buah keluar. 

12/4/2024 

harini sis bangun tolong mama kupas bawang. 

erin tolong mama masak dengan aqilah. harini family erin nak datang.ammar pulak tolong mama bersih bahagian depan.  sis kupas kupas bawang jer.  lepas habis tolong tolong sis naik mandi siap siap. 

lepas makan tengahari kami bertolak balik sebab esoknya kami kerja dah. saja balik awal sebab tahu akan jem

kami sampai damansara dah petang . around  6 macam tu.


13/4/2024
harini sis masuk office.. macam  tu jelah raya tahun ni. walaupun kurang seri tapi tak apalah sekurang kurangnya i am happy dapat berkumpul dengan yang tersayang.





k tu jela korang


till then


ttyl


 una mn







March 20, 2024

Early birthday celebration at menate steak hub

 



hi guys.. 

macam mana title harini i dengan husband pergi celebrate my birthday awal seminggu. tbh benda ni macam tiba tiba je tau. harini i memang cuti. around 1 macam tu husband call i 


husband : nak makan kat luar tak harini? kita celebrate birthday awal

me : hmm? okay gak.

husband : okay , jap nak book menate.


tbh la i rasa happy je celebrate awal. sebab dia 27 march tu i memang cuti and husband i tak tahu dia dapat ke tak cuti . sekarang dia tengah tak cukup staff.  sebab selalunya memang camtu pun kalau tak sambut awal kita sambut lambat. 


husband nak ajak i pergi buffet hotel sebenarnya  guys. dia nak pergi sunway resort hotel punya buffet sebab dalam banyak banyak buffet hotel kami pernah pergi yang paling puas hati makan semua sedap ialah sunway resort hotel.  cuma kan this year banyak nak pakai duit so i would rather the money to be spend on something else. HAHAHA


kita pulak tolong jimatkan duit dia. padahal makan menate ni tak la murah mana  but for me still reasonable la price dia. rm99.90 per pax


sunway resort hotel tu rm228 per pax guys. so for 2 orang dah rm448.  lagipun buka puasa bukan makan banyak sangat pun. nak kejar waktu solat lagi. leceh nyah. tapi intinya sis nak husband spend sikit je sebab balance duit tu baik dia belanja sis pergi spa session ke full body massage ke.


kalau korang nak makan dekat menate jugak boleh la book dulu. deposit dia mintak rm99.90 balance of the bill bayar lepas habis makan. oh lupa yang tu net price ya dah include sst apa semua so dont worry.





lupa nak cakap rm99.90 per pax tu apa korang dapat ialah satu botol air ni, nasi korang boleh pilih nak set apa and the ada access tu the buffet section untuk makanan lain. 
ada macam macam. ada kuah durian, ada salad, laksa,satay, cakes, sphagetti, pizza, pani puri,
mushroom soup, mantou, bubur pulut hitam. 

air yang free flow pulak ada honey dew dengan sour plum.

kitorang pergi cawangan the curve je sebab tak jauh dari rumah kan

kalau korang tanya i berbaloi ke tak i cakap sungguh sungguh

memang berbaloi. makanan dia semua sedap. 

sebab last year kitorang ada lah pergi this buffet hotel ni. 

rasa makanan dia macam hmmmm tapi tu la malas cakap lebih lebih.

salah satu sebab i setuju keluar celebrate harini ialah sebab harini i ABC (Allah Bagi cuti)
jadi senang tak payah buang make up nak solat. sebab sis period kan.

sementara husband solat maghrib sis pergi jalan jalan cuci mata sambil cuci dompet sekali.

anyway kalau korang tak tahu nak cari baju raya dekat mana pergi la the curve banyak jugak orang buka booth. i faham je banyak sangat baju raya cantik cantik tahun ni sampai rambang mata 

cuma harga dia macam terkejut sikit HAHAH

sis dah beli baju raya ke belum?


jawapan dia dah.

sis beli dekat madinah last year masa umrah

masa beli tu sis dah niat ni la baju raya aku


HAHAHA

i bought 2 pairs.

kenapa beli awal? and kenapa beli dekat madinah.

jawapan dia mudah. i nak jimat duit and secara jujur semangat nak beraya tu kurang. faham la bila kita kehilangan orang tersayang (arwah abah , opah , atuk)


tapi kalaulah kan tetiba nampak sis beli lagi jangan la kecam
itu tandanya sis support perkembangan ekonomi negara.


oh and jika ada yang berkemampuan dalam keadaan ekonomi lembap ni silalah belanja banyak sikit dalam negara.


kalau Allah bagi you kaya jalankan tanggungjawab anda dengan shopping banyak banyak selain bersedekah , zakat , tu la cara dia 



i know my silent reader mesti macam ala kau siapa je la baca blog kau ni una


i mean yeah ada. i know ada.

sebab lately sis tengok post sis lama lama semua dibaca. i dont mind at all bacalah

mana tahu dengan membaca blog i dapat memberi inspirasi bagi you?

kan kan?


sebenarnya banyak i patut update dekat sini sebagai kenangan masa depan.

i tengah tapis lagi benda i patut tulis dengan benda i tak patut tulis

maybe i will make a draft or two.

tak mintak banyak cuma doakan urusan i dengan husband berjalan lancar.



sis redha je kena layan perangai dia mintak ambik gambar. 







till then


ttyl

una mn






March 15, 2024

berbuka puasa with team at havana dining

 



hi guys...

seperti mana title harini i berbuka puasa di luar. i harini masuk office and my work end at 4pm. 

habis kerja i tak terus balik sebab i akan berbuka dekat havana dining nu sentral. so office i kan dekat je dengan nu sentral. i spend my time dalam lounge room untuk tidur.  around 6 lebih macam tu i jalan pergi nu sentral and meet my colleague amin dekat situ. kitorang agak close la sebab sama sama pindah dari team features masuk video team last year.  edd pun dah tak ada dia dah resign sebab dapat offer jadi cikgu.kalau tak kalau team event memang kitorang akan duduk satu table.

i tengah cuba nak rapat dengan the rest of my team. i tak sombong tapi entahlah i introvert i selesa duduk sorang but apa pun if orang tegur i okay je tegur balik. i mean my social battery tu kurang

ni pun secara jujur i taknak pergi sebenarnya tapi i paksa diri jugak pergi.








lepas makan dalam 8 :10 camtu i mintak diri pergi surau. adalah one of my teammate panic ingat i nak balik.


d bukan nama sebenar: ehhh babe u nak pergi mana?

me : i nak cari surau. nak solat maghrib.

d: oh tadi diorang pergi lupa ajak u . i tak boleh solat. jap


datang satu lagi girl let name her F


f: u nak pergi surau eah? meh i hantar


me : okay.


she literally hantar i sampai depan surau.  i mean i rasa terharu and start blaming myself because i am not talking to them as much as i should. entahlah guys tapi i rasa taknak paksa diri to be you know talkative because i am not that kind of person. maybe i should listen to my team leader advice to give up my current seat and sit next to them 


idk la kalau ada yang stalk i ke apa  but any of u  read my blog please forgive me for being such a chronic introverted person . dulu i okay tau masa dengan team lama i. i perasan sejak i hilang abah i macam malas nak cakap sangat dengan orang.


maybe  that is part of grieving process? maybe la or maybe i taknak  attached dengan orang dah sebab i tak suka bila dah rapat nanti rasa attached lepastu bila kena pindah i will feel sad .


oh anyway i happy this year ada increment even tak banyak and i still get the bonus. pay out belum lagi.

i hope i can save more. and i rasa korang perasan sekarang dah bulan 3 i masih tak accomplish apa apa wishlist lagi. 



sebab guys macam i cakap wishlist i memang sikit this year so korang doakan jela segala urusan i berjalan lancar.


k guys i dah penat , 

esok kena masuk office lagi



wish me luck korang


till then


ttyl


una mn