Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

ALLAH lebih sayangkan dia....

yang hidup pasti akan mati, tak kira usia bila ajal menjemput mati itu pasti. sudah termetri janji antara kita denganNYA. pagi semalam aku dikejutkan dengan berita opah saudara aku opah lang dimasukkan ke ward ICU . aku telefon mama di tempat kerja, abah tak berapa sihat, jadi kami putuskan nak pergi melawat esoknya iaitu hariini akan tetapi tuhan lebih sayangkan dia, pukul 8.15 malam mohaini binti muhammad telah kembali ke rahmatullah. mama seakan terkilan, aku pun kerana tak dapat berjumpa saat sebelum dia meninggal. walaupun dia cuma opah saudara aku tapi pertalian kami agak rapat kerana dia adik kepada opah aku. tadi aku tengok opah sayu, tapi dia cuba kawal airmatanya, dia taknak arwah seksa , aku pun cuba menahan air mata dan aku saksikan dari saat arwah di bacakan yassin,dimandikan, dikafankan dan juga di kebumikan.alhamdulilah arwah dimandikan oleh semua anak-anaknya biarpun mereka sedih dan tak dapat mengawal air mata, tapi tiada yang teresak-esak tadi, cuma air mata yang men…

kegembiraan yang direntap, sedih bertandang (entry penuh kepiluan)

baru sahaja dapat kegembiraan, tiba-tiba kegembiraan tu bagai direntap-rentap, di carikcarik. remuk hati melihat laptop tak mahu on.

mula-mula hati kemain berbunga riang, berbunga dan riang kerana tudung teal english yang ditempah dari tudung people telah pun sampai . sebenarnya parcel dah sampai hari khamis lagi, tapi masa sampai tu aku kat kampung nak sambut raya haji kata ko .





dan setelah kesedihan yang terjadi aku jadi tak ada mood  sangat -sangat. down betul semangat. sebab selama 3 tahun aku bersama laptop kesayangan, akhirnya ianya tumpas jua. hati mana tak sedih? jiwa mana tak pilu? aku sengsara sungguh :( . jiwa melara, merana rasa nak menjerit . aku mintak jugak kat mama tapi dia kata adik banyak pakai duit kakak, kalau kau nak beli baru pakai duit sendiri.  

namun ku tetap menunggu samaada laptop sayang dapat dibaiki atau beli baru sahaja. :')



p/s: i miss my laptop, mama why don't you buy me a brand new laptop? :(

smartphone manakah yang harus jadi pilihan anda?

zaman sekarang semua orang terkejar-kejar nak pakai smartphone, bermacam orang bermacam tujuan, tapi ada  segelintir orang yang macam aku ni, memakainya untuk keperluan. jadi bila aku dah selidiki dan aku juga salah seorang pengguna  smartphone, aku rasa blackberry adalah salah satu smartphone yang sesuai untuk digunakan ramai.kenapa blackberry? okay meh sini aku nak jelaskan

cas internet yang murah berbanding smartphone lain. BIS atau nama panjangnya blackberry internet service, untuk celcom korang cuma perlu topap rm25 sebulan, dan maxis rm20 sebulan kalau smartphone lain mahal dah tu , ada rm75 ada rm90 . jadi nampak tak betapa murahnya  blackberry?. kenapa celcom mahal? dah aku taknak jawab korang tanya sendiri pemilik telco terbabit. tapi untuk celcom meh aku kasi penerangan panjang lebar sikit sebab aku pengguna BIS celcom :) . rm25 ni tak sia-sia sebab korang boleh dapat bonus kredit panggilan 3 peratus tiap-tiap bulan (aku selalu dapat)dannn korang dapat free  250 Mb broadband, …

short filem yang brilliant , mari tengok :)

bagi korang yang dah bosan tengok filem-filem hantu melayu yang semakin merepek kat wayang sekarang ni, aku suggest korang tengok video ni.  filemnya pendek tapi padat. idea dia brilliant . nothing much i can say.  so enjoy...

keyakinan diri yang hilang ?

assalamualaikum ini nak cerita dilemma wanita . ceh wanita sangat.  mula -mula sekali korang tengok dulu gambar aku  bawah ni. nampak tak pipi tu? nampak tak betapa tembamnya ia? okay sebenarnya bukan kat pipi je seluruh badan pun tapi takkan aku nak tunjuk kot seluruh badan? ambooiii melampau pulakkk sampai satu badan nak tunjuk? ;P . okay sebagai perempuan yang meningkat dewasa, bujang pulak tu, bersaiz comel besar jadi aku rasa rendah diri setiap kali disamping orang kecil molek, lagi-lagi kalau ada majlis sebab tu aku tak suka pergi majlis, aku rasa macam semua mata pandang aku semua tengah mengutuk. (pernah rasa tak macam ni?) kadang orang tak faham perasaan orang macam aku ni, badan je besar hati kecik tau  *lap hingus*  :/ tapi ape boleh buat kadang-kadang aku fikir semua ni salah aku jugak, sifat semulajadi manusialah memuji yang cantik, mengeji yang buruk ye tak? dan sebab itulah aku jarang ambil gambar , dan sebab itu jugaklah blog ni sepi tanpa gambar aku yang terbaru, ada sese…

convocation day : october 16

semalam merupakan hari yang terindah buat aku, dan  buat kami semua yang meraikan hari konvokesyen di UTM skudai . menyedari hakikat yang selepas ni mungkin kami sukar hendak berjumpa kami, cukup buat kami menghargai masa-masa yang ada. pipah rancangkan satu slot photoshoot untuk DDA( dda stand for civil engineering). aku tak dapat nak upload lagi gambar-gambar masa photoshoot, photographer belum sempat berikan pada pipah. tapi bila tak dapat nak letak gambar letak "memori" pun jadilah kan?


sukar aku nak bayangkan perasaan aku ketika itu, sebenarnya dalam gembira ada sedikit sedih sebabnya kami tak cukup. ya! "keluarga kami" masih ada di kuantan. irfan,onchair,paan, abe,ajiq,syuk,penang,charles,fifi,navy,topek,shawn dan lain-lain masih ada di kuantan. kami dah biasa ramai-ramai , dah biasa gelak sama-sama. paling terasa ketidakhadirannya ialah kerana mereka lah yang banyak bergila-gila. aku masih ingat kenangan di kuala terengganu, dan segala kenangan lain di kuanta…

siri cerita separa seram : villa nabila dan awek kereta sebelah

okay sebelum aku nak cerita ingin aku tegaskan cerita ni tak seram pun, ni cerita pengalaman aku je, tiada unsur tokok tambah jadi cerita ni mungkin takkan best pun untuk dibaca , kalau anda mendambakan lebih maklumat harap tekan pangkah untuk mengelakkan  ketidakpuasan hati pada jalan cerita ini. kisah ni terjadi masa aku ke johor baru-baru ini. aku tak cerita kat sesiapa sebab aku terlalu busy dengan konvokesyen . kisah 1 : awek kereta sebelah
14 oktober petang tu kami sesat selama 3 jam, kami macam berpusing-pusing ke jalan yang sama. secara logiknya memang patut pun sesat sebab tak de gps, di situ banyak jalan one way. kami hampir putus harapan, aku tak sedar benda ni sebab aku terlalu penat, cuma adik aku aiman (10 tahun) dia yang masih aktif dalam apa jua keadaan. aku tak kata aku percaya adik aku ni, aku faham budak-budak ni kuat berimiginasi. setelah ditolong oleh wawa, kami check in di hotel kemudian lepas ambil kunci abah ajak wawa, mak wawa dan adiknya pergi makan, selesai maka…

preview convocation day : kesukaran ?

kehilangan aku selama beberapa hari ini bukanlah kerana aku disorok hantu mahupun di serang raksasa . aku sebenarnya pergi menghadiri konvokesyen kali ke 49  di UTM skudai. jadi dengan hati yang gembira dan bersyukur kepadaNYA aku nak umumkan, aku secara rasminya telah bergelar graduan tanpa pekerjaan! :D tapi dalam entry ini aku belum nak cerita pasal konvokesyen aku...aku nak cerita pasal pengalaman dan kesukaran yang terjadi sepanjang aku disana. terimalah gambar preview ini ceh preview sangat :)

dalam 3 hari ni banyak benda-benda jadi yang boleh menjadi teladan kepada kami sekeluarga antaranya 1)belilah gps jika hendak berjalan jauh ini adalah satu nasihat yang berguna buat kita semua , janganlah membajet diri tu serba tahu umpama google map. sekarang ni dah tak ada pepatah , malu bertanya sesat jalan, kalau boleh janganlah tanya kepada orang di tepi jalan sebabnya. ahad lepas (14 oktober)abah dengan yakin menempuh jalan raya, bertanya orang-orang ditepi jalan, tanya 3 orang.. 3 oran…

kisah mencuit hati : aku dan diari :)

aku pernah mempunyai diary dulu , sebab dulu diary macam soooo in dengan kehidupan manusia. tapi tidak sekarang, sekarang orang dah blogging kahkahkah tapi tak semua orang yang biasa menulis diari akan berhenti menulis diari. tidak sama sekali. contohnya macam mama aku, dia salah seorang yang mempunyai diari. dan aku pernah baca diari dia (itu dulu time aku budak-budak) budak budaklah sangat umur dah belasan tahun hehe. diari mama yang aku baca ialah diari disaat aku belum lahir lagi , didalam kandungan dan selepas aku lahir kedunia. untuk pengetahuan korang, mama dan abah susah payah nak dapatkan anak (tolong jangan pikir kotor) hampir 2 tahun perkhawinan baru aku keluar. ya aku anak pertamaaaa, akulah juara :P . apa yang aku baca tak banyak, mama bukan jenis mencoret-coret diari sangat, dia cuma tulis gaji dia berapa ketika itu sebagai nurse dan abah sebagai polis. aku agak terpegun dengan mama , sebab dia boleh survive dengan gaji yang sebegitu kecil. mama tak dapat jaga aku sebab m…

Review demessyme :)

aku sangat excited untuk memperkenalkan satu blog baru aku  demessyme.blogspot.com .demessyme ini blog dimana aku menulis dalam bahasa inggeris sebabnya gen melayu aku kuat sangat sampai aku rasa kelu nak bercakap bahasa inggeris jadi blog demessyme akan jadi sebagai pusat latihan PMR untuk aku berbahasa inggeris, memperkayakan vocab , grammar , idiom dan apa-apa yang patut aku perkaya kan, tak lupa juga perkataan urban yang aku rasa in dan tidak melanggar tata susila kemelayuan *duduk sopan* dan jati diri anak melayu. jadi korang yang dah terrer gila berbahasa inggeris ni bolehlah memberikan sokongan dengan mengkomen etiap entry yang aku taip di blog baru tu, mana salah grammar aku betulkan okay? . aku ni jenis cepat keliru , time aku ajar adik aku ingat segala rules bahasa inggeris , tapi bila tang speaking tu spoil habis, gagap .. lambat bak kata orang maggie pun boleh kembang tunggu aku habiskan ayat. macam tu lah cerita dia hal aku dan bahasa inggeris aku. ade orang suggest aku bua…

Aset kita dah cukup?

tadi aku bosan-bosan aku bukak youtube saja cari bahan sebab aku nak belajar bahasa inggeris nak perbetulkan grammar aku, tapi tiba-tiba lain link yang aku tekan lain yang keluar, biasa terjadikan ?  di redirect ke tempat lain. aku terbuka video atas ni mula-mula aku ingat ni video biasa, ada tulisan-tulisan beritahu tanda kematian ,bila aku tengok eh movie rupanya jadi aku layan. korang dah tengok kalau dah tengok boleh tengok sekejap je bukan lama pun cerita ni mati itu pasti tak kira kita muda atau tua, kita tak tahu bila kita mati, banyak part dalam cerita ni buat aku terfikir berapa banyak agaknya dosa aku kan? dosa dengan mama abah, dengan kawan-kawan dan yang paling aku takut dosa dengan ALLAH :'). ni kisah keluarga kaya dan keluarga miskin  dua dua diuji, yang pertama diuji dengan kekayaan melimpah ruah yang kedua diuji dengan kemiskinan tapi apa yang aku nampak watak miskin dalam cerita ni tak nampak miskin pun sebab apa ? sebab dia tak mengeluh dia bersyukur apa adanya, s…

aku masa lalu dan kereta :)

dulu semasa aku masih kecil aku selalu tertanya-tertanya kenapa pakcik makcik aku kalau berkumpul je cakap pasal kereta, asal berkumpul je cakap pasal kereta.dan selalu jugak aku dan sepupu-sepupu aku bergosip (sila bayangkan budak 8 tahun bergosip macam mana)tak jauh beza pun dengan orang dewasa gossip ,bezanya orang dewasa gossip nak kasi jiran tetangga dengar dan budak-budak gossip main bisik-bisik kat telinga fadhilah : ijat betul ke bapak ko nak beli kereta baru? aku: entah aku mana tahu, mana ko dengar? fadhilah : aku dengar bapak ko sembang dengan tadi. aku : ohhh, hurrmm pelik orang-orang tua ni kan? fadhilah : haah pelik, buat ape beli kereta banyak-banyak satu            cukuplah kan boleh pakai lagi.. aku:  haah orang tua ni membazir kan? okay itu adalah aku satu ketika dulu. pergh nampak tak sikap terpuji tu?okay mengumpat tu bukan sikap terpuji tapi sikap berjimat cermat aku sewaktu dulu memang boleh diberi pujian tahu?. sekarang ni bila aku dah besar baru aku faham kenapa mak ay…

Apa jenis kereta ni? sila jawab please please......

waktu-waktu senggang dan lapang aku akan tengok video-video vlogger yang speaking english dengan harapan supaya grammar aku bertambah baik english  bukan bahasa ibunda aku, dah terang-terang lagi berspotlight aku ni malay bukan campuran dan sekolah rendah  dulu pun sekolah kampung sebab duduk dengan opah dan atuk jadi aku ni kategori gadis kampung la ni. umur aku 13 baru aku duduk dengan parents aku sebabnya  opah nak pergi haji :') dey achi!!! ni nak cerita pasal ape ni melalut pasal kisah hidup kau pulak ni?*tepuk dahi* jadi antara vlogger yang aku suka tengok ialah jinnyboys  ENGLISH and Manglish (sebab diorang suka cakap campur), Anuar hadi , Maria Elena dan  daiyan trisha (ada 1 je video dia bercakap, yang lain semua dia menyanyi  tapi aku adore dia sebab dia agak fluent) banyak  juga ilmu yang aku dapat ceduk , aku duduk kat rumah ni tak tahu nak speaking dengan siapa nak jadi vlogger jugak memang harapanlah  dulu masa form 4 aku ada kawan nak speaking sekarang kami sudah lost c…

terima kasih nuffnang dan welcome to SAYS!

assalamualaikum. baru-baru ni aku bukak nuffnang, aku terkesima . sungguh aku terkesima  melihat traffik sendiri. walaupun diriku ini jarang update masih ada yang sudi memandang blog putih ni . nak kata traffik aku banyak tu tak adalah tapi bagi blogger yang tak dikenali langsung ni aku happy la jugak sedikit sebanyak naiklah jugak earning aku tiap-tiap hari  :) secara jujurnya pendapatan  nuffnang aku tak banyak sebab lack of information dekat blog ni, jarang update. kalau update pun ikut mood hehehe. una selalu macam tu, actually tujuan aku berbelog ni bukan nak duit sangat (kadang-kadang ade jugak sifat tu) aku tak obses , ni semua pembakar semangat je. sebab pertama aku pakai nuffnang ni pun sebab aku suka tengok UV aku berapa ngeh ngeh ngeh.
aku ni update pun pasal diri sendiri, pastu sedikit sebanyak pasal tips-tips yang aku tahu ,tutorial pun dua tiga ketul je yang ada . tapi aku perasan aku ade pembaca setia sejak dua menjak ni dari moutain view california, dan bolingborok. sela…