Skip to main content

keyakinan diri yang hilang ?

assalamualaikum
ini nak cerita dilemma wanita . ceh wanita sangat.  mula -mula sekali korang tengok dulu gambar aku  bawah ni.
 
 
 
 
nampak tak pipi tu? nampak tak betapa tembamnya ia?
okay sebenarnya bukan kat pipi je seluruh badan pun tapi takkan aku nak tunjuk kot seluruh badan? ambooiii melampau pulakkk sampai satu badan nak tunjuk? ;P . okay sebagai perempuan yang meningkat dewasa, bujang pulak tu, bersaiz comel besar jadi aku rasa rendah diri setiap kali disamping orang kecil molek, lagi-lagi kalau ada majlis
sebab tu aku tak suka pergi majlis, aku rasa macam semua mata pandang aku semua tengah mengutuk. (pernah rasa tak macam ni?)
kadang orang tak faham perasaan orang macam aku ni, badan je besar hati kecik tau  *lap hingus*  :/ tapi ape boleh buat kadang-kadang aku fikir semua ni salah aku jugak, sifat semulajadi manusialah memuji yang cantik, mengeji yang buruk ye tak?
 
 
 
dan sebab itulah aku jarang ambil gambar , dan sebab itu jugaklah blog ni sepi tanpa gambar aku yang terbaru, ada sesetengah blogger tu beruntung muka cantik badan slim pulak , hari-hari ada gambar baru. aku? 4 bulan sekali pun belum tentu ada gambar baru korang tahu? ni gambar baru ni pun aku ambik sebab  aku saja nak nak buat kenangan masa aku keluar dengan member study diploma dulu, kalau tak..
hampagassss nan hado aku nak letak ;P
 
 
 
 
 
semua ni gara-gara pertambahan berat badan, sejak aku masuk kolej tak malu aku katakan aku naik 20 kilo :(
aku segan, aku hilang keyakinan diri, aku selalu kena ejek
yerlah aku sedar muka pun macam talam orang pun nak taknak jer kawan dengan aku. aku tak kisah kalau orang taknak kawan dengan aku sebab rupa aku macam ni sebab bagi aku kalau yang datang nak berkawan tu biarlah ikhlas janganlah sebab rupa semata-mata.
kadang-kadang aku bersyukur di jadikan gemuk begini sekurang-kurangnya aku tahu yang mana ikhlas yang mana tak yang mana pilih bulu yang pilih intan. tak apalah jika diizinkan ALLAH aku cubalah turunkan sedikit lagipun tak baik untuk kesihatan aku ni , maklumlah orang berpenyakit tapi aku taknak cerita pasal tu biar jelah aku yang tahu lagipun tak bestlah entry nak cerita sesedih yer tak?
 
 
 
sesambil aku tengah bersemangat nak kurus kononnya (harini la hari lain tak tahu). apa kata korang suggest cara nak dapatkan v shape untuk pipi? aku teringin nak pipi V Lah..
barulah feeling gita gutawa eh?
 
 
 
 
p/s: sorry kalau entry boring.
 
 
 
 
 
 
 

5 comments

Popular posts from this blog

Product Review : Laneige BB Cushion

Salam , hai


sabtu lepas, aku pergi ambik barang dekat rumah lama which is dekat dengan setia city mall. Mama
pulak kebetulan nak beli bb cream baru and kawan dia cadangkan beli bb cushion dari laneige .Dan kebetulan jugak cousin cousin aku pun pakai laneige ni . Sambil menyelam minum air la katakan . alang alang mama nak beli barang so kami singgah la tempat wajib lepak aku setiap minggu sepanjang aku menetap dekat situ dulu. Mana lagi kalau bukan setia city mall! Sampai je kitorang terus masuk parkson dan cari counter laneige. So mama pun dah try , mama nak beli yang whitening and moisturizing ni tapi stock dah habis! sebabkan bb cushion ni ada 2 jenis whitening and moisturizing dan pore filler untuk kulit bermasalah. dan cuma pore filler je ada stock waktu tu. Aku cakaplah kat mama, ambik jelah nanti lain kali kita beli yang lain.ini pun okay gak mama. macam aku pulak yang kerja kat situ.. bukannya aku dapat komisyen pun. hekeleh sangat!. Budak jaga counter tu senyum je .. senang kerj…

kisah benar : spirit of the coin antara seronok dan bala.

siapa yang belum tonton video kat atas boleh tengok dulu. bercakap tentang spirit coin budak-budak yang lahir sekitar 90 an mesti tahu. sebab spirit coin agak famous satu ketika dulu, sampai  macam jadi trend dan "kebanggaan" budak-budak sekarang tak tahu mungkin, sebab sekarang orang main gadjet je.jadi sekarang ni apa yang aku nak cerita ialah realiti dan kisah benar dari pengalaman aku sendiri. waktu zaman kanak-kanak aku, aku pun teruja nak main benda ni, sehinggalah satu ketika sepupuku balik  bercuti di kampung, aku memang 24/7 di sana sebab aku tinggal dengan opah. kami rahsiakan dari parents, aku ''pinjam'' duit syiling lama opah, dimana bentuknya lebih kurang macam video kat atas ni. opah tak tahu pun aku pinjam sebenarnya
masa tu petang, kami rancang nak main di tengah malam dimana semua orang dalam rumah tu dah tidur. rumah opah aku ni, dua tingkat bahagian bawah besar dan selalu guna,bahagian atas jarang. untuk pengetahuan korang dekat atas tu ada sa…

Pengalaman membeli dari Goshop 2

assalamualaikum , hai 
haritu aku adalah belikan magic saw set untuk atuk aku sebab dia teringin benda tu.(rujuk entry ini)aku order 25 mac and barang tu sampai on my birthday which is 27 mac  1991 wohoo. esoknya atuk terus datang rumah aku ditemani cousin aku untuk ambik barang dia tu. oleh sebab dia berpuas hati dengan servis dari goshop ni tadi dia dengan senang hatinya nak  order item lain plak. sebagai cucu mithali *konon* aku pun tolonglah belikan . kali ni dia nak chefline chocowine frying pan. harga dia tak mahal pun rm 299 termasuk Gst and dia ada 5 pan . Free delivery lagi tu.


so apa tunggu lagi pergi beli cepat!  :D










macam biasa kalau nak order sign up dulu kat website senang sikit nak trace barang . bila post bila sampai. previous item aku beli gdex yang hantar dapat je tracking number aku boleh track terus and service dia memang cepat. tapi lebih baik jangan expect melampau lampau kau bagilah masa dalam 2,3 hari . inshaallah sampailah barang tu. :D

P/s: ini bukan entry berbayar…