December 29, 2011

harini bakal menjadi hari yang memenatkan.

assalamualaikum
good morning people. 
start dari semalam una dah kelam kabut. otak dah tak reti nak berhenti berfikir 
rasa nak tercabut otak ni terbahagi lapan.
semuanya gara gara sem ni una nak graduate dan una masih tak tahu bahawa una memerlukan sijil spm una
 yang masih bertapa di sekolah teknik kuala selangor dengan jayanya .



yeah! padan mukaku.
18 januari ni borang graduate  dah nak kena hantar .
segala result dari sem 1 sampai sem 5 wajib disahkan bersama-sama sijil spm
sekali lagi padan muka yang tak terhingga kepada diri sendiri kerana telah menghilangkan result sem 1 sehingga sem 3. dan dengan sungguh rasa bebal una terpaksa membayar  rm10 setiap result yang hilang.
T-T.

kecewa bukan kepalang.
una telah terpaksa rela men' skip kelas mr james
pada hari ini dan esok gara2 nak ambil sijil spm di kuala selangor
sesiapa yang tak tahu kedudukan geografi  mari una jelaskan bahawa bandar kuantan dengan kuala selangor bukanlah dekat . 

una bertolak tengah malam khamis . 12.30 dari kuantan sampai sahaja di klang sentral pukul 5.00 pagi. 
 exhausted bukan kepalang kerana bas terbabit lalu gombak, lalu pudu sentral , dan kemudiannya petaling jaya , shah alam  dan barulah klang. dimana sebelum ni tak payah lalu pun tak apa. =-='
una telah mengesyaki bahawa pemandu bas terbabit sengaja menyeksa una yang betul2 penat dan pening di dalam bas.



SO sekarang una sedang menunggu kaunter bukak ,
una harus bergegas ke ke kuala selangor an di kuala selangor kena ambil pula bas loncat sebab sekolah teknik kuala selangor agak jauh ke dalam sedikit ye tuan2 dan puan2.

 selepas selesai haruslah jua una balik ke rumah dan  sabtu petang una perlu balik semula ke kuantan T-T


una telah mengisytiharkan minggu ini adelah minggu penat seumur hidup.

p/s:kepada adik2 yang baru habis spm, sila ambil segera sijil anda nanti ye. kalau tak padanlah muka anda nanti =-='

December 25, 2011

result sem5 ,perasaan dan kata maaf. welcome to part 6 civilian! =D

assalamualaikum ,
dah lama rasanya tak menulis disini, sejak kekecewaan beberapa minggu lepas
terima kasih kepada semua yang sudi lawat blog ni.
THANKS! =)



mood una yang swing swing sejak beberapa minggu lepas tak mengizinkan.
tapi syukur alhamdullillah hari ini
tergerak hati nak menulis semula.
dah nak penghujung tahun 2011  dah kan?
so blog ni perlu pembaharuan sikit. muka alaf baru ngeeeeee.. :D
 header tahun baru, =)

oh ya sepanjang una tak online ni una sebenarnya dah kembali ke kuantan
menyambung semester ke 6 . cuti sudah habis brotha sista ku.

result macam mana?

alhamdulillah syukur.
tak dekan tapi ..
urm nak tengok result saya?



saya dapat 3.13 pointer
walaupun tak dapat dean list tak mengapalah
subjek yang dirisaukan sangat tu
iaitu subjek rekabentuk struktur  keluli dan kayu.
atau nama pendeknya design 1  dapat B+
masa keluar dewan tu dah fikir fail dah .
carrymark rendah sebab tu tak konfirm.

yang c- tu memang salah diri sendiri.
mungkin nampak cacat result ni tak apalah buat apa nak malu kan?
ni result saya dan ini hasil usaha saya.
tak perlu nak salahkan siapa2.
lagipun bukan senang juga nak survive dekat kolej swasta.
pelik ke? kenapa result cop UTM?
saya student franchais
belajar kat kolej swasta (ikip international college)
tapi under UTM
so nanti graduate konvo kat UTM skudai.


so semester ni harap dapat jadi dekan.
semester 6 would be last semester for me
  harap semuanya berjalan lancar amin.

subjek sem 6 ni

makmal 2
rekabentuk konkrit tetulang design 2
pengurusan projek pembinaan
hidrologi
kejuruteraan alam sekitar

dan satu subjek tambahan iaitu MUET
wajib ambik kalau nak sambung degree

wish me luck guys.

my lovely readers jom pergi blog mereka


p/s : sedang memikirkan hala tuju diri .


December 2, 2011

minta maaf rakan blogger

assalamulaikum dan salam jumaat
terlebih dahulu una mintak maaf sebab dah beberapa hari tak online
 tak melawat kawan-kawan
una sebenarnya tertekan dengan sesuatu perkara , perkara yang una rasa amat mengaibkan diri una dan keluarga
itu semua satu fitnah tapi apa guna kalau kita cakap pun orang bukan nak percaya
mulut mereka terlalu pincang
kadangkala rasa ingin berdiam diri sahaja tapi manakan tahan ?

kepada si pembuat cerita bertaubatlah, apa yang kau tak puas hati dengan kami?
kenapa berhasad dengki ?  fitnah tu terlalu besar.

kata orang lembu dodol jangan dibalun
orang yang diam tak semestinya dia tak tahu marah.


tolonglah jangan sebarkan fitnah lagi.
mungkin sekarang saya diam esok lusa belum tahu

November 29, 2011

4 buffered earning baru hari ini! 6 BE sedang berjalan yippi!





assalamualaikum ,
sorry sebab 2 hari kebelakangan ni busy, tak buat kunjungan
teddyuna ada masalah sikit,
jangan risau una tetap akan datang blog korang sepanjang una cuti ni

terima kasih banyak-banyak yang sudi datang
yang sudi komen amat terharu sekali

okay tadi check nuffnang
guess what?
ada 4 BE baru . SYUKUR SANGAT!
rezeki rezeki. terima kasih nuffnang.
terima kasih banyak .
terima kasih visitors





jom follow dan lawat blogger ni ?



haniz (rajin lawat)
shah (rajin komen)
nub 
( nub adala salah satu bff una di blog  , entry menarik, friendly dan rajin komen)

November 28, 2011

sepatah kata

una tertarik dengan satu quotes
tak tahu siapa yang reka



just read this




dear lady,
take care of your body
dont even make a baby
without a daddy

November 27, 2011

future planning yang tak berapa nak future =-='



selamat pagi,
hari ni hari yang pasif sambil-sambil makan delicia dan sekotak susu dutch lady
una menaip,nampak gaya macam wanita berkerjaya padahal cuma student yang menghabiskan masa cuti semnya dengan , blog,facebook makan dan tidur..
haisshh tak social langsung

okay berbalik pada entry lepas terima kasih pada yang sudi bagi advice
una dah fikir masak-masak, sedalam-dalamnya,
una rasa una tak beli kereta kot,
sebabnya una nak pakai duit sendiri , jadi downpayment ke, bulan-bulan ke
una tak nak disupport siapa-siapa ,una terfikir pasal loan dengan bank,
una rasa baik duit tu una bayar duit ptptn lagi bagus,
jelaskan hutang hutang lama sikit sikit lama lama?

lama lama habis la hutang tu

bunyinya macam berdikari tapi una ade sebab tersendiri



kalau boleh masa degree nanti una nak senang sikit, tak ada nak fikir eh harini aku dapat makan ke ?
dapat ke tak? dapat ke tak?
sadis kehidupan di private college ni .semua benda duit.
biasalah nama pun belajar .

una tak nak sebut berapa duit habis masa belajar ni,
una banyak belajar dari kesilapan ,
kadangkala orang tengok kita semacam mampu ,
tapi sebenarnya orang tak tahu lagi besar periuk lagi besarlah keraknya


btw una sangat bersyukur sebab una masih ada nyawa di kandung badan
thank you ALLAH,

dan terima kasih kepada yang sudi baca, boring kan entry ni ? =)

blogger pilihan hati di pagi ini


p/s: masih memikirkan kos untuk degree, sekarang ambik civil engineering, degree nanti ingat nak ambil berkaitan dengan quantity surveyor , kalau ada yang tahu share la.. anyone?=)

November 26, 2011

jika anda masih berumur 20 tahun..."



bila masih 20 tahun dan akan melangkah 21 mac tahun depan
una rasa sudha terlalu banyak perkara yang una listkan sebagai wishlist una.
una takut juga terlalu banyak itu membebankan dan una tak mampu lakukannya



tahun depan una bakal tamat belajar di college
i've got my diploma, kemudian una dah rancang nak bekerja di company uncle una buat sementara waktu sementara tunggu nak sambung degree una memang nak kerja .

una rasa nafsu una untuk membeli barang-barang dah semakin memuncak


sebab tahun depan una bercadang nak membeli kereta.
masalhanya una takut je susah nak bayar memandangkan i used my own money
hasil una kerja nanti una memang nak beli kereta ,ape pendapat korang ?
ataupun una simpan dulu duit tu?
una takut simpan simpan lama habis juga.
una masih muda ,tak tahu apa apa pasal kereta,pasal dunia luar,
una cuma fikirkan tentang transport , susah una nak bergerak nanti,
una kalau boleh taknak mintak duit mama sebab una rasa una nak rasa hasil titik peluh una sendiri...



so apa pandangan  korang?
patut beli atau tidak?


blogger pilihan pagi ini

p/s: tolong la beri pendapat :(


too good to be true? 30k from nuffnang?




it's too good to be true

1) bila mendapat check 30k dari nuffnang kan? ( redmummy memang bertuah)


( redmummy bertuah tapi una pasti dia juga bersusah payah untuk naik )

                          

2)berjaya dalam setiap exam ( 4 flat every semester)





3)bussines yang kukuh



4)suami yang baik



5) perfect body  (almost perfect i meant, nobody perfect)



malangnya i just cant have that, sebab saya ditakdirkan untuk berusaha untuk mencapai sesuatu

ALLAH beri sesuatu yang una perlukan bukan una inginkan

i'm grateful

blogger pilihan malam ni




p/s: sweet dream everyone

November 25, 2011

cara buat make up remover sendiri (DIY Makeup Remover)




assalamualaikum , hari ini una nak kongsi satu tutorial , iaitu cara membuat make up remover sendiri.apa itu make up remover? kiranya macam sesuatu untuk membersihkan kulit muka selepas make up.


so apa bahan bahan dia ?

1) minyak zaitun
2)gel aloevera

campurkan minyak zaitun dan gel aloevera
ambil kapas muka dan sapukan di serata muka
senang! takut ke ? tak percaya ?
tips ini digunakan oleh michelle phan di dalam video barunya .





cuba lah saya dah cuba =)
memang segar,

*di dalam video ini dia menggunakan air aloevera,tapi lebih fresh lebih bagus bukan?

aloevera itu adalah dikenali sebagai lidah buaya dalam masyarakat melayu.
tips tambahan: aloe  vera bole digunakan untuk melentikkan bulu mata.


blogger pilihan petang ini



p/s: prevent your skin naturally =)


kasut yang paling disukai di dunia

morning semua , pagi ni lebih fresh kerana malam tadi hujan (padahal tiap tiap malam pun hujan )
bercakap tentang kasut sebenarnya ramai yang tak tahu apakah kasut yang paling digemari di dunia . sangat sangat digemari,
ada yang menyangka gucci, ada yang kata jimmy choo,
terkenal tu orang malaysia buat tapi satu dunia suka,
kita tinggalkan persoalan tu dulu mari kita tengok kasut kasut yang cantik lagi gorgeous di bawah adakah kasut dibawah ini salah satu daripadanya?








sebenarnya kasut kasut diatas adalah antara jenis kasut yang una suka,  dan una dah membeli setiap satu jenis daripadanya tapi bukan warna dan corak yang serupa seperti diatas ini. jenis sahaja yang sama.
una dalam misi mengumpul aksesori dan barangan perempuan dimana sebelum ini una tak kisah langsung tentang diri sendiri sekarang umur dah meningkat kena jaga penampilan kalau tak macam mana nak kerja nanti .




okay untuk menjawab teka teki kasut yang paling disukai di dunia, tiada satu pun jenisnya  ada di dalam gambar diatas.

hoh? una bergurau ke? tak una tak bergurau , kasut ini sangat special sebab perempuan dan lelaki turut menyukainya.
hoh?!! "curious kan kasut ape tu?''

sport shoes? SALAH

habis tu?









KASUT FREE


maafkan una okey? una cuma mahu bergurau  HAHAHAHAHAHAHA


blog pilihan pagi ini (jom la terjah)


p/s: jangan marah saya ini adalah salah satu cara untuk ceria dipagi hari .*pang*

2 buffered earning serentak mulai malam ini

assalamualaikum dan hi semua,
selamat malam, malam niuna bersyukur sangat kerana nuffnang telah beri BE bermula malam ini, pagi tadi bukan main check tak ada pun nuffnang baru start Ya Allah syukur , seronok tak terhingga 4o juta kali dah cuba lelapkan mata, tak mahu lelapkan mata jugak *over la tu, orang lain dapat BE jugak tapi tak batak macam kau*

hehe bataklah sebab lama tak dapat.!

so BE yang una dapat ini adalah daripada U mobile

marilah tengok gambar di bawah
klik untuk lebih jelas




(saja je padam malu la, tak banyak macam korang tapi syukurlah ada jugak)

cis! jangan kau hina, tahulah traffik blog ku ciput sahaja
(apehal ntah aku berdialog seperti hang tuah, mungkin kena sawan agaknya*)

arghhh lantaklah janji ku dapat jua BE, kawan kawan berilah jasa baik kalian dalam mempertingkatkan traffik blog una
okay?
tiada kata mampu di lafazkan kerana terlalu gembira setelah berusaha penat lelah,nak tips? tekan older post okay?
(*kata je tiada kata dah bertan tan kata dah kau bebel una)





blogger pilihan tengah malam ini (jom lawat mereka)





p/s: syukur ke hadrat illahi =)

November 24, 2011

tutorial buat header guna photoshop cs5

hai korang, so malam ni una nak ajar korang cara edit atau membuat header menggunakan photoshop, jangan risau mudah je ni.
so tanpa membuang masa jom tengok step kat bawah ni.

1) buka photoshop anda


2) klik file >new
kemudian akan keluar kotak macam bawah ni setkan ikut berapa luas dan tinggi blog korang ,kalau nak transparent header, so background tu setkan transparent


3) kemudian bila dah tekan ok akan muncul kotak macam gambar bawah ni,tekan text (simbol T) di bahagian sebelah KIri untuk masukkan text
so korang boleh tulis nama blog korang



4)tengok contoh dibawah una tulis nama blog una,highlightkan dan  klik button layer , sila cari layer style kemudian cari pula stroke ,klik pada stroke



5) dah klik? tulisan akan berubah dekat  situ  seperti dibawah ini
nampak tak kat kotak tu ade tulis inner glow, outer glow kan? itu effect untuk tulisan, so kalau korang nak tulisan tu cantik trylah effect ni :)
opss lupa nak tukar warna tulisan boleh tengok kotak sebelah kanan dalam photoshop,highlight tulisan kemudian korang tukar la warna dia sesedap rasa.




macam mana nak letak gambar? dekat header?
tekan  file cari place, klik place kemudian korang ambil gambar yang orang nak letak di header
(untuk kesan yang lebih kemas pastikan sudah diedit dan dibuang background gambar terbabit)

so jadi seperti dibawah ini



6) kemudian  seila tekan semula button "T"  untuk text,
di tepi sebelah kiri,akan keluar satu kotak kecil ,
tekan place pada kotok kecik yang keluar tu
dan image akan jadi seperti gambar bawah ini...




7) dah puas hati? maka boleh la save kan
klik file>save as
letak nama dia eh nanti dulu belum habis lagi bawah file name tu ade format betul?
format dia mestilah PNG, jangan guna format photoshop tak jadi karang.

kemudian save. :)



 p/s: selamat mencuba tak tahu sila tanya.

tutorial blog : tingkatkan pengunjung di blog (benar benar tutorial)

selamat tengahari hari ni una nak share banyak tips yang una baru dapat baru baru ini dan una sendiri baru guna, alhmadulillah bila ada usaha hasil pun ada, tapi janganlah harap dengan sekelip mata sahaja boleh petik hasilnya,

so ini cara cara nya

tips 1

klik setting>basic>

(klik untuk lebih jelas)


nampak dekat bahagian description? dekat situ asalnya kosong,
nampak tak ape una tulis? kenapa una tulis macam tu? sebenarnya setelah una analyze keyword yang paling famous di google (untuk blog una sahaja) adalah redza minhat, maksudnya setiap kali orang type redza minhat akan mudah termasuk ke blog una ,sebab tu una letak nama dia kat situ, dan keyword lain yang una tulis tu adalah most popular keyword , paling banyak dicari orang, ini adalah tips SEO.
una tak menipu untuk mendapat traffik , sebab  una memang ada tulis pasal tajuk di atas pun, so kalau korang nak cuba, cuba la =)


tips 2.
 setiap post jangan lupa letak label, lagi lagi kalau post tu merupakan tajuk yang popular ketika ini
label tu ape? tengok kat setiap post hujung belah kiri ade label kan?
ha labelkan setiap post.

tips 3
letak gambar menarik pada  setiap post,mana nak dapat? google kan ada.
jangan lupa namakan setiap gambar yang diletakkan

tips 4
setiap entry, jangan lupa ping  kan dekat site ping ape itu  ping?
ping tu macam tempat korang iklankan entry, adooii lap peluh jap.

ini dia site dia .
(siapa dah ada nuffang tak payah sign up, terus sign in)

*sesiapa  tak ada nuffnang boleh daftar,daftar sini
(free je kan dah cakap teddyuna suka benda free)


setakat itu sahaja yang una dapat kongsi, kalau korang ada apa nak tambah, nak beritahu apa yang una tak tahu pun boleh .. silakan komen dibawah
kepada yang belum buat blog, tak tahu macam mana nak main blog pun boleh komen, tengok ade button like tu kan? like la sikit.
korang boleh komen menggunakan facebook juga dibawah ni. akhir kata selamat mencuba.



blogger pilihan tengahari ini (mari terjah)

            pinqib (rajin komen)

p/s: sila la lawat kawan kawan saya ni :) pinqib antara blogger yang pemurah dengan komen



tahniah harimau muda dan kisah si ayah

okay selamat semua ,alhamdulillah refreshed je rasa,
dah lama tak rasa nikmat tidur macam, nikmat bangun pagi macam ni,
sebab apa nikmat? sebab tak ada tugasan, tak perlu tergesa gesa ke kolej . memandangkan sekarang sedang cuti semester,


malam tadi korang tengok malaysia lawan syria?
apa yang korang dapat melalui game malam tadi cer kabor.
kepada supportes jangan la mengeluarkan kata kata kesat
seperti memaki atau menghina pemain adatla tu kalah menang,
sebenarnya una tak minat sangat bola tapi bila adik ajak tengok macam best pulak memandangkan bosan teramat sangat. kesian tengok pemain malaysia semalam
orang syria semua besar besar tinggi ,
tapi ada satu perkara yang mengkagumkan semasa game semalam
korang perasan tak semasa syria mendapat golnya yang pertama diorang buat ape?
diorang sujud syukur kat atas padang,
una ni bukan lah arif sangat tentang perbuatan terbabit samaada sujud syukur atau tak
tapi perbuatan diorang yang seumpama sujud syukur yang una nampak,
sebab ada kenyataan sujud tu tak sah

terkesima sekejap una dibuatnya, waktu tu barulah una sedar erti hensem yang sebenar, korang lelaki nak tahu macam ni lah lelaki hensem dan stylish.

tak perlu pergi pub , lelaki baik jugak yang stylish .*bukan tak perlu tapi jangan*


iklan semata-smata (PAVILION)

okay berbalik kepada game tadi, una rasa tak mengapa  malaysia kalah dengan syria, lagipun semasa game semalam una nampak pemain seperti kepenatan sedikit,
yelah baru lepas lawan dengan indonesia, gila kau pukul berapa pagi baru sampai malaysia , sampai kat lcct tu peminat dah tunggu, betul tak? pagi tu pulak mesti ada orang nak interview, so jangan cepat sangat blame mereka. =)

lagi satu malaysia dah tunjukkan tahap permainan yang baik, kalau dulu orang tengok malaysia pandang sebelah mata je tau, sekarang boleh dah bangga sikit =)



semalam abah una tak dapat menjerit jerit seperti selalu mama demam, jadi beliau dengki pada kami adik beradik yang tengok tv di ruang tamu sebab adik adik boleh menjerit macam orang gila. abah tak pula join kami di bawah HAHAHA jaga hati mama la tu.
sebagai tanda protes seperti biasa abah telah kejut kami pukul 6 pagi untuk solat subuh dan biasanya akan terkeluar ayat sebegini
bangun 6.40 dah anak dara apa bangun lewat, maka terpisat pisat la una dan adik una , selesai semuanya tengok jam baru pukul 6.10. tiap tiap pagi una kena tipu , tapi kena bangun jugak jika tidak akan mengaum la harimau terbabit tapi bukan harimau muda , harimau tua HAHAHAHHA =P




blog pilihan pagi ini (jom la lawat)



p/s: sedapkan lagu setiap kali selepas game tu, ape tajuk dia hah?

November 23, 2011

cara check kelajuan internet anda (hot tips)



musim cuti sekolah dan musim hujan antara musim yanga amat menyebalkan kenapa?sebab musim musim begini line internet, tak kira wifi ataupun broadband akan terganggu, lebih lebih lagi bila musim hujan

tapa kadangkala kita tak ingat itu musim hujan yang kita tahu kita mempunyai hari yang amat penting masanya, banyak aktiviti kita nak buat banyak entry kita nak taip
dengan gelojoh menaip kalau boleh nak patbelas entry satu hari tanpa memikirkan saat anda nak publish tiba tiba internet menunjukkan lembap tahap tenuk beliau.
kemudian mula lah kita berangin semacam satu hari moody, hanya kerana line yang lembap mood satu hari boleh rosak oo sungguh bebal bukan?

so selepas ini sebelum korang nak menaip ke ape ke boleh la lakukan sedikit ujian terhadap line anda

menggunakan  satu site (free sahaja mari cuba, usah risau muka tak payah ketat sangat rah! )
percayalah bahawa teddyuna suka benda benda free, dan takkan menganiaya sahabat taulan .
nak cuba? klik sini



explaination
jika tahap internet anda 100m/s  itu bermakna internet sedang tersangat lembap
jika tahap internet 18 m/s dan rendah-rendah seperti ini ,internet berkadar laju

anda bukan salah baca ianya benar , jika angka tinggi maksudnya internet lembap

so selamat mencuba ;)


blog pilihan petang ini
p/s : jangan biarkan diri anda diselubungi tekanan =P

Result Level D dah keluar !!!