July 31, 2015

what it's like to live in suburbs?





hello , assalamualaikum


so today i wanna talk about " what it's like to live in suburbs?

this is based on my experience . Yup guys, i live in suburbs. I know i never mentioned where my house is located , i might gave you hints before but not a specific location. So let it be my secret for the mean time.but it is somewhere in selangor ( not too far from kl and not too close. GUESS!)


i was born in the city and raised by my grandparents in perak until age 12 . and i live with my parents from age 13 until now . my parents moved to suburbs which makes me a " kampung girl" with a little city girl heart.



so what it's like to live in suburbs?

1) you get judged easily by so called city dwellers
after spm i chose private college for my diploma and  i need to attend 1 month college orientation.i dressed like a city girl and judged by a few city girl group when i told them where do i live. that was something i will never forget.


2) you don't have cool places to go
there is no starbucks,chatime here, no shopping mall just supermarket with less fashion clothes option. a few years back there were no kfc,secret recipe, mcdonald or pizza. we just had mamak stall back then but it's fine because i don't really have friends to hang out with. 


3)You get judged when you speak English
being a malaysian kampung girl who love english, being judged is a normal thing that happened to you. Luckily,social media exist!so i could talk to anyone who has the same interest with me or people who speaks the language. I have a friend from united states of america and this year is the 5th year of our friendship ( hi scott!)


4)Save
i tend to save more money living here because the basic neccessity are way cheaper. You don't have to buy parking coupon or paying for tolls.

5) Road is clear even in peak hours
the traffic in suburbs is much much better compared to the city. accidents are rarely happen.

6)You need to moved out to find a better job
this is what i did 2 1/2 years ago. i moved out to shah alam and klang .
i work for 2 years and i quit because of a few reason. And this week i might be moving out again to bandar sunway. wish me luck please please please?


there are pros and cons living in suburbs but let's appreciate what we have now because there's always someone who wants to be you! :)



P/s : building a stable career life is my top priority now. Please make du'a for me okay? till then. XOXO.





July 28, 2015

RAYA ROADTRIP 2015 : CHENDERIANG,TAPAH MALAYSIA



hai assalamualaikum,
dah 4 hari tak mengadap blog kesayangan ni gara gara busy buat road trip sekitar perak. road trip tempat sama je tapi kali ni aku ambik peluang nak abadikan sebahagian memori dalam bentuk video. aku rasa lepas ni aku kena beli hard disk. tak cukup space nak letak semua "kenangan" dalam laptop ni


iklan sekejap : how do i look?



seperti aku cakap di entry lepas aku ada plan nak ke rumah maksu aku di chenderiang kan? masa aku tulis tu aku tak jangka aka pergi secepat itu. semua plan last minute. my cousin , fadhilah tetiba whatsapp ajak  ke sana pada khamis malam jumaat 23 july 2015

beginilah conversation berlaku

fadhilah : wei ijat, ko nak pergi rumah maksu tak? aku ambik ko kat rumah.
aku : gila taknak! XD . bila weh ? bila?
fadhilah : aku nak pergi sabtu tapi jumaat malam lepas maghrib aku sampai
aku : okay cun! 


masa tu aku tak ingat bahawa haritu ialah hari khamis. yelah dah lama jadi penganggur berhormat, mana aku nak ingat haritu hari apa. 


esoknya...


24 JULY 2015

aku : aimannn! bangun sekolahhhhhhhh!!!!

aiman : harini jumaat la kakak,, sekolah masuk pukul 2 setengah 

aku : oooo yeke.. (sambil berfikir sekejap)


aku : ehhhh harini hari jumaaat????!!! 


kemudian aku kelam kabut kemas beg and bagitahu mama aku tak dapat join dia beraya esok.. 
malam tu mak uda dgn pak uda singgah rumah nak solat sebab diorang baru balik kampung so sambil tu singgah beraya sekali. fadhilah plak sampai setengah jam selepas itu.


sampai je rumah pakngah aku dan fadhilah duduk bersembang, lepastu main make up make up dengan yana. korang jangan terkejut. aku memang pelik. aku selalu make up teruk teruk dalam bilik je. dekat luar jarang aku pakai make up heavy. lepastu sambung tengok cerita harry potter puku 1 pagi baru aku dapat tidur.


25 JULY 2015

hari yang tunggu telah pun tiba. aku bersiap bagai nak jumpa ibu mertua. padahal aku nak beraya je pun. hahaha . nawaitu aku masa tu nak terjun dekat lata kinjang. 5 tahun kot aku memendam hasrat nak mandi air terjun mama aku tak izinkan. dia kata takut kena virus kencing tikus la apa la. azab kan jadi anak seorang nurse? tapi tu la orang kata.. doa ibu tu makbul . sampai je rumah maksu...
HUJAN TURUN LEBAT SELEBAT LEBATNYA!

di lata kinjang kalau hujan sikit pun tak boleh mandi sebab ada empangan (menurut penduduk setempat iaitu maksu aku sendiri), sebab air besar akan turun dari atas menyebabkan air menjadi terlalu deras. ramai dah mati dekat situ sebab tak endahkan bunyi siren. jadi sebagai langkah selamat aku pun dengan redha mandi jelah swimming pool di rumah beliau. itu kira okaylah dapat lah jugak berendam.  korang jangan salah sangka. aku bukan tak suka swimming pool. aku sangat suka sebenarnya. tapi sebab nak mandi swimming pool kan senang je, nak mandi air terjun tu kena pergi jauh sikit. so far favourite place aku lata kinjang and kuala woh. orang yang membesar dekat perak mesti tahu tempat ni. 

so malas nak cerita banyak meh aku belanja gambar gambar dan video XD

video full ada kat fb. kat blog ni tak tahu kenapa 
tak boleh upload. T_T





fadhilah dan yana. yana dukung cousin kecik kami haikal.

princess balqis. hahaha seronok dia tengok cousin cousin datang rumah dia. 


yana  and fadhilah. diorang dah nak ajak aku terjun dah time tu. tapi aku
pergi makan laksa dulu XD

lepas makan laksa. ini cousin aku nama dia ika jugak. oleh sebab ada dua ika dalam kalangan cousin cousin kami
aku panggil dia ika kecik. dia baru form 2

yana senget




TERIMALAH MUKA TUAN BLOG YANG TAK BERAPA FLAWLESS INI :D




July 24, 2015

how i spent my raya 2015 ( entry bervideo)




hai, assalamualaikum


setelah raya ke 8 baru aku dapat update entry. raya tahun ni tak seperti tahun tahun lalu.banyak perkara berubah semenjak menginjak usia dewasa. perut sepupu aku yang memboyot buat  aku tersedar dari mimpi. gila! aku tak lama lagi jadi makcik ke?


oh my god! jahanam la beliau dapat makcik tak senonoh sebegini rupa.


sehari sebelum raya atuk bertungkus lumus masukkan beras dalam anyaman ketupat .seronok bila tengok tradisi lama dihidupkan kembali. cuma tahun ni tak ada lemang dan dodol je . sebab kami kekurangan tenaga manusia. ramai balik pada raya pertama. so kami buat mana termampu je la. itu pun aku dah hampir pengsan dan demam di malam raya


raya pertama

alhamdulillah, pagi raya tu (setelah mendapat rehat yang cukup) badan aku yang seram sejuk pada malam raya dah berkurangan dah.pagi tu aku bangun baru aku teringat kuah kacang aku tak buat lagi! apa lagi kelam kabut la.  acik aku cakap takpayah buat sebab dah ada rendang, tapi untuk pengetahuan semua...aku tak suka rendang. jadi nak taknak aku kena gak buat kuah kacang.dikala sepupu  sepupu , makcik makcik dan mama aku sampai di kampung dari rumah masing masing , aku masih mereput dengan kain batik dan baju tshirt masam aku. tetap dengan kedegilan aku nak siapkan kuah kacang. atas pujukan maklong yang berjanji nak siapkan kuah kacang fav aku tu, barulah aku mengalah dan pergi mandi. 


ini atuk di pagi raya. gambar ni bukan aku yang snap.
pada ketika ini aku sedang bertungkus lumus buat kuah kacang di dapur.


gambar blur sebab si jannah tak habis habis nak bergerak. masa ni
dekat jeti bagan datoh pada malam raya pertama saja nak ambik angin :)


raya ke 2 
siang raya ke dua kami asyik melayan tetamu yang tak putus putus datang. aku sampai lupa siapa yang datang pada raya ke 2 lantaran terlalu ramai makhluk singgah rumah opah kami. petang tu family pakandak sampai. pakandak balik hari je. dia tak tidur kampung sebab ada urusan. malam tu amir dan wife dia (kak lynn) ajak aku, fadhilah, dan yana join diorang beraya ke rumah maklong paklong di tanjung malim. kemudian ke rumah pak andak dan makandak di rasa. inilah yang uniknya raya tahun ni. sebelum ni kami beraya siang, tapi tahun ni kami di jemput beraya pada malam hari. sampai tg malim pun dah pukul 12. lepak lepak makan jap pastu maklong pun join kami beraya ke rumah pak andak di rasa. rasa denga tanjung malim jarak dalam setengah jam je bukan lama pun. kejap je dah sampai. sampai rumah pakandak pun dah pukul 1.44 pagi. sampai sampai je kami lepak jap lepastu photoshoot raya. cuma ada 3 family je yang lengkap, aku sorang je sesat mewakili family aku untuk photoshoot berkenaan. mak andak masak churros yang sedap gilaaa dan carbonara. kami lepak rumah makandak sampai pukul 4 pagi. pukul 6 pagi kami sampai ke kampung halaman semula. ohmy.. dah azan subuh baru sampai rumah woii! ko rasa? sampai sampai kami berdua terus tidur keletihan.


gambar ni blur pun sebab ada orang gatal bergerak gerak. masa ni hassan bajet bajet superstar benci aku.. nasib baik aku tak libas kerongkong dia dengan batu giling,faiz pun boleh gelak gelak macam syaiton. aku tengah snap gambar la jilaka... T_T. masa ni kat rumah maklong lagi
lepas gambar ni di ambil baru kami bergegas ke rumah makandak.



pikah tengah hidangkan makanan manakala iwan baring
kepenatan. sah sah dia mengantuk la tu! :D



haaa ini lah keadaan rumah pakandak pada pukul 2 pagi. mula mula aku cam pelik biar betul kita nak beraya rumah orang tengah tengah malam ni? dah dia beria ria ajak..kami pun apa lagi hehehe. kalau tak pakandak suruh kami bermalam kat situ tapi sebab amir nak kerja nak taknak kena gak balik. pukul 6 pagi baru kami sampai kampung.


ila dan baby bump beliau. tak sabar nak tunggu anak saudara keluar
nanti cikjat ajar awak main congkak dan lastik dahi orang okay?



ni waktu photoshoot raya haritu. tengok muka masing masing tahan mengantuk . pukul 2 pagi oiii pukul 2 pagi photoshoot! banyak lagi gambar tapi sebab  gambar lain kat dslr lagi 1 so ambik je mana sempat.
sebahagian dari keluarga besar haji razali :)

raya ke 3 
aku banyak habiskan masa dengan tidur . tidur dan tidur. boleh paham tak ? hahaha... aku bangun bangun je makanan dah tersedia. terima kasih makusu sebab masak sedap gilerrrr. teruja dibuatnya... malam tu family pakngah hisyam datang. aku masih dapat duit raya! itu yang syok tu! 
apa apa pun thanksss XD.aku habiskan masa berbual dengan adik sepupu aku yang baru tingkatan 2 .nama dia ika jugak. kami dapat tidur di anjung! sejuk! tak payah letak aircond


raya ke4 
plan nya aku nak balik , tapi opah tahan aku daripada berbuat demikian. aku habiskan hari itu dengan memasak,menikmati masakan kampung yang sedap gila,air tangan makusu jugak sambil mengimbas kenangan lalu sampai nak roboh dapur disebabkan ketawa aku yang macam pontianak.3 kali aku tambah nasi weh! basically, plan diet aku dah fail T_T. malam tu maksu balik. tinggallah aku, fadhilah, ada, opah dan atuk. aku make upkan fadhilah tapi aku tak boleh upload sebab kami masing masing tengah seksi hahaha.

raya ke 5 
menurut plan asal, kami nak menonton wayang, tapi oleh sebab kami bawa bersama kak lynn dan yana kami batalkan hasrat. sebab kak lynn nak balik ipoh dah haritu. kami keluar pergi shopping je dan makan makan. aku berjaya MENJAHAMKAN collection duit raya aku ke arah barang barang make up,duit minyak kereta dan powerbank. ye... sebab aku tak ada powerbankkkkk .lepas je aktiviti menjahamkan duit , kami hantar kak lynn ke pangkuan suaminya. kemudian kami bertolak balik ke rumah aku. fadhilah yang hantar aku balik. sampai rumah setelah bertukar tukar copy movie kegemaran, sembang dan makan lagi. fadhilah pun balik. 


ini masa lepas shopping kami berempat makan kat mcd depan giant teluk intan tu. boleh kata girls day out gak ni :D



next plan adalah nak terjah rumah makusu kami di chenderiang perak, inshallah kalau tak ada aral boleh la menikmati keindahan alam flora dan fauna yang masih terjaga kat sana!



p/s: aku ada attach video kat atas pergi la tengok ! :D

July 10, 2015

Hot Tips : Cara beraya dengan bergaya



hai korang

selamat tengah malam. malam ni aku nak share tips, cara beraya dengan bergaya. tips ni sesuai diguna pakai bagi manusia yang ingat kekal stylo dan fresh sepanjang hari.pagi raya korang dan cantik dan wangi, bulu mata melentik macam penyapu. bibir dan berlipstik, dengan shading kim kardashian. baju pulak nah kau meleret leret macam nak pergi red carpet, yang lelaki dah hensem rambut dah siap gel kemas kemas,ketiak dah spray deodoran paling wangi tapi lepas sesi bergambar dan bermaafan maafan je , kena kemas dapurlah, layan tetamu berpeluh-peluh. bau sekor sekor dah macam bangla. pernah rasa?


membohong kalau tak pernah! hahaha


so tips yang bakal diberikan ini adalah antara yang terbaik. sejak kami sekeluarga mengamalkan tips ini.pagi raya kami lebih bermakna. so daripada aku terus menaip mukadimah yang panjang macam nak buat ucapan perpisahan ni, marilah kita terus ke point pertama!



1) hidang makanan sebelum mandi
ini adalah tips untuk wanita ye, sebab lelaki mostly kena mandi awal untuk solat hari raya.

seumur hidup aku, aku tak pernah solat raya. memang tradisi kami sekeluarga (keluarga besar)
lelaki pergi solat raya, kami yang perempuan tunggu kat rumah. so korang dah setup lauk pauk ni semua baru pergi mandi.. tapi pastikan baju dah iron siap siap. malam raya tu iron baju dulu.. so esok pagi takde nak kelam kabut.


2)Makeup sederhana
aku paham, perempuan suka melawa,aku suruh korang jangan make up tebal sebab biasanya raya 
tak ada masa nak touch up. make up tebal senang cair dan kena touch up selalu. definisi make up tebal bagi aku ialah kalau boleh elakkan pakai eyeshadow. tak perlu nak buat wing eyeliner sangat.
elakkan pakai gel liner sebab gel liner kalau korang tergosok mata korang , dia akan smudge. dan nak tanggalkan kesan dia bukan main susah.


this is not me , this is someone that i adore.
aku suka make up macam ni. masih nampak cantik dan tak heavy :)

3)Lilitan Shawl Sederhana
aku tahu. masa raya pertama ni lah korang nak rasa macam diva.  lilit sampai 44 kali. ada sesetengah tu leher sekali dia jerut.aku plak yang rimas tengok. aku sarankan korang pakai instant shawl kalau korang spesis manusia selebet macam aku. untuk tampil gojes beli je shawl macam neelofa jual tu. habis cerita. itupun kalau korang selebet. kalau tak selebet. suka hati korang la nak pakai macam mana pun. asalkan lilitan tu buat korang selesa. Pilih material yang sesuai, yang tak panas, senang bentuk,dan tak mudah kedut. kalau shawl korang tu material jenis tak payah iron langsung, lagi win! :D



lilitan ni aku suka. kemas tapi cantik. lilitan dia tak sama macam pakai selalu tu but dia punya hasil memang cantik. nak nak pulak orang yang pakai tu cantik lagilah bertambah tambah cantiknya hehehe. this is niena baharun.
dia ada jual shawl dia pakai ni.sila ke instagram beliau di @nienabarun atau @se7enscarves.


4)Pakai deodoran sesuai dan Perfume.
ini penting. sebab ketiak manusia cepat berpeluh. kalau boleh perfume tu janganlah pergi pakai izzi body mist, cologne semua. memang mula mula tu wangi, lama lama jadi tengik. sekarang banyak dah inspired roll on perfume yang murah tapi wangi gila. aku tahu sebab aku ada beli 2,3 bottle. inspired gucci ke chanel ke. bau dia memang sebijik. haha aku dah compare. so boleh pakai tanpa rasa 
serba salah hahaha.

flora by gucci ni aku punya fav perfume . selalu gak beli roll on inspired punya masa kerja dulu.sebab kadang kadang kena pergi site , so boleh roll tanpa rasa bersalah kepada poket sendiri. roll je 10 kali sehari pun takpe. bau dia tak cepat hilang pun sebenarnya tapi dah kalau kau rasa syok sangat dengan bau dia.. nak mandi pun boleh hahaha.

5) beli cawan dan pinggan pakai buang
aku rasa benda ni dah familiar bagi orang yang mempunyai keluarga besar. pakai je pinggan dan cawan polisterene. lepastu jangan lupa beli plastik hitam banyak banyak. so lepas makan buang je dalam plastik hitam. so korang dah jimat masa dan tenaga daripada kena basuh pinggan kat dapur lelama. boleh la luangkan masa berbual dengan sedara mara. :D


6)record video
this is optional tapi kalau korang ada gadget canggih canggih tu daripada korang text kawan kawan or update facebook. lebih baik korang rekod video family korang. bukan apa video buat kita rasa lebih dekat.kalau gambar lepas 10 tahun kita tengok gambar tu ingatan kita pada momen tu samar samar tapi kalau video, bila di play semula selepas 10 tahun pun korang akan dapat feel tu. macam di bawa ke masa lalu. aku paham manusia sekarang susah nak lekang dari gadget, so if you cannot avoid things like that to happen, improvised! :)


7)kunjung-mengunjung
apalah maknanya raya kalau korang cuma duduk depan tv dan membuta je?kalau masih ada saudara
pakat ramai ramai pergi beraya rumah diorang.3 tahun lepas opah lang aku meninggal, so port beraya kami dah tak ada. biasanya rumah opahlang adalah port wajib kami beraya(rindu pulak). tapi budaya kunjung mengunjung tu masih ada lagi. sebab sekarang paklong aku dah ada menantu, dan cousin aku si ila tengah sarat mengandung tunggu hari je nak bersalin, raya ni diorang tak balik raya. jadi plan tahun ni nak beraya rumah paklong. kemudian ke rumah pak andak, dan rumah makusu.aku tahu korang rasa cam aku ni gila.. korang bukan kenal pun pakcik makcik aku kan? tapi aku sebagai penulis blog menggunakan kuasa veto aku supaya korang diam.. kalau tak... aku sodok dahi korang kejap lagi! hahaha.






sekian itu sahaja tips yang boleh aku bagi.kalau ada apa apa nak tambah silakan.
jangan malu malu.


P/s:apa warna baju raya korang tahun ni?




July 3, 2015

Tutorial Membeli barang dari Nile.com.my



hello para shoppaholic sekalian alam


aku tahu ada diantara korang yang dah mengenali website nile.com.my . sebab dah ramai pun blogger hebat seperti cikepal dan namee roslan yang dah buat review pasal website ni.Nile ni dia berkonsepkan online shopping sama je macam lazada,zalora cuma beza dia harga dia jauh lebih murah.setiap website ada kelebihan dia. cuma Nile ni menawarkan barangan mampu milik

sesuai dengan ekonomi rakyat malaysia.


macam macam barangan ada.


pakaian lelaki , pakaian perempuan , kasut tumit,flat,sneakers,jam tangan,even peralatan gym pun ada jual. ha? terkejut? tak percaya pergi lah tengok!







cara nak beli dekat nile.com.my

1) sign up macam biasa. pastikan guna email yang korang ingat password

2) lepas sign up isi dulu detail diri korang, alamat rumah penuh, no telefon.

3) pilih barang nak dibeli dengan cara click button add to chart

4) dah siap pilih?korang  click checkout now.


5)part bayaran ni quite tricky. so sila fahamkan betul betul kaedah aku cakap ni.

aku cadangkan korang guna kaedah bank transfer. siapa yang ada visa
or mastercard boleh guna sistem ipay88. isi dekat form tu. siapa yang tak pakai kredit card tapi maybank korang  ada visa dan korang ragu ragu nak letak dekat situ aku sarankan buat bank transfer je dari maybank2u.com.my. cara nak dapatkan no akaun nile? click dekat bank transfer nanti dia bagi no akaun. pilih je salah satu. aku ambik maybank sebab aku transfer dari maybank. so jimat sikit! :D. lepas buat bayaran tu dia akan tulis print receipt kan? so korang click je print receipt walaupun tujuan korang bukan nak print. lepas click tu dia akan keluar simbol disket, ko click simbol disket tu lepastu dia akan keluar pop up untuk korang choose save dekat mana.save je dekat desktop supaya senang cari.



sekarang korang kembali kepada nile.com.my dia akan suruh korang buat bayaran kan?
so korang click je dekat bank transfer.nanti dia macam suruh upload bukti pembayaran. dan itulah dia gunanya receipt yang korang dah save dalam bentuk pdf tadi. upload je receipt tu. lepastu nanti korang akan perhatikan. dekat ruangan kotak pembelian korang tu. yang payment korang akan di
veryfied dulu. so korang bertenang je. chill je jangan nak risau sangat. once dia dah semak dan menerima bayaran korang. dia akan cakap payment verified. dan kalau barang korang dah dibungkus untuk penghantaran. dia akan keluar macam dekat bawah ni tau



nak aku preview sikit tak apa je yang ada kat situ?


jap aku belanja gambar. nak beli atau tak. sukahati




Harga baju ni rm31.90. murah kan? kualiti sebijik macam dalam gambar. size pun ada sampai size xl.
harga tak termasuk postage. tapi kalau korang nak beli tu alang alang kumpul la order kawan kawan, adik beradik.
siapa nak beli sekali. so bila beli lebih rm48 kan dah free postage dah tu by gdex?
tak ke jimat namanya? haritu 2 july harga blouse no tengah promo rm19.90 je weh
nangis weh.. sebab aku lambat beli. T_T kalau tak dapat harga rm19.90


harga shades ni rm7.50 je hahaha
murah kan? 


antara jam yang murah terdapat dekat situ.
design dia aku suka. banyak lagi design cantik.-cantik

kalau kat luar bag pack ni kalau tak cecah seratus tak sah
cuba teka berapa korang boleh dapat nile ni?
90?80?70?
hahaha jawapan dia rm50++ je
sesuailah sesiapa yang bercadang nak beli tak beli beli
lagi tu.
 
harga dia tak sampai rm40 pun
murah kan? kat instagram rm60, rm70
tak masuk postage pulak tu. 
yang ni lagilah murah
nak menangis . biasa jumpa
dekat insta jual rm40 ke atas
belum campur kos postage.
kalau dekat nile cuba teka berapa?
rm28++ je weh. 


ni pun salah satu yang menguji iman.
kasut ni boleh buat kasut jogging ke
main badminton ke
nak merentas desa ke ikut suka hati la
sebab harga dia yang mesra poket
tak sampai rm40 pun.



harga sneakers ni rm30++ je . ko rasa?
tak ke berbaloi sangat sangat tu?
 banyak lagi benda lain aku tak upload. takkan aku na upload semua kot?
hahaha pandai pandai la korang usha okay?aku suka share benda benda macam ni
apa salahnya kita berkongsi benda yang baik. lagipun minyak dah naik 1 july haritu
so ini adalah satu kaedah untuk berjimat. jimat minyak,
shopping online je k?



updates 7 july 2015

barang baru terima petang tadi. good quality i must say :)






P/s : AKU SEKARANG JADI PERSONAL SHOPPER UNTUK FAMILY AKU. YOU DECIDE, YOU PAY, I BUY FOR YOU. GITCHEWW. 




July 2, 2015

cable charger anda selalu rosak? mari atasinya! :)


2 hari lepas cable charger aku start buat hal,masih boleh charge lagi aku risau sebab getah cable tu dah koyak takut jadi apa apa dekat phone kesayangan terpaksa beli cable baru. lepas beli cable baru terlintas dekat hati ni kalau rosak lagi susah ni. yela sekarang kan ekonomi gawat. aku kerja pun tak ada ni. mengharapkan bussiness part time yang tak menentu tu so tak boleh boros sangat. gunung kalau di tarah hari hari pun boleh rata. 


so aku nekad nak beli charger wrapper. aku dah tahu lama dah pasal benda ni cuma entah kenapa tak teringat nak beli. masa tu aku rasa benda ni tak penting kot. masa aku tengok charger wrapper ni berapa tahun lepas dekat ig mawar rashid dia jual. tapi aku rasa macam mahal je. so aku pun mulakan pencarian aku. ada yang jual rm20 ada yang jual rm14. sampailah aku jumpa satu instagram yang jual dengan harga murah dan aku rasa berbaloi.  

nama instagram seller dia ialah pastelcable. pergilah tengok mana berkenan dulu. no phone pun
dah ada kat atas ni. takkan tak reti reti lagi kot? :P



kalau korang punya cable panjang 1 metre korang beli 4 pcs je. dekat instagram ni jual 4 rm10.murah kan? rm16 termasuk postage. actually kalau korang nak maybe boleh dapat murah lagi tapi kena beli borong la. tapi cerita dia sekarang, korang nak beli pakai untuk 1 cable je kan? takpayah beli banyak banyak. beli 4 je cukup dah :D.nak tengok video tutorial dia pulak? meh tengok kat bawah niactually aku tak boleh nak panggil tutorial pun sebab aku tak dapat tunjuk cara lilit.tak ada siapa nak pegangkan phone.ko wrap benda ni hati kena kental beb. walaupun benda ni nampak senang je nak wrap azab jugak aku nak menunggu habis wrapcable ni. yelah cable panjang :D.





 ni gambar lepas wrap. nice kan? at least senonoh sikit rupa cable tu.
kalau boleh dengan earphone sekali aku nak wrap cecomel ni tau.



p/s: mesti yang dah lama kenal aku pelik. aku sebenarnya seorang yang simple. aku tak reti benda benda kreatif ni. tapi cousin aku yang 2 orang
tu spesis kreatif lagi lagi  si ika tu. ni kira terjebak sekali la ni. semoga aku menjadi seorang yang lebih organized dan kemas . in shaa allah :)

Result Level D dah keluar !!!