September 28, 2011

sedap sangat ke nama aku ni?

hai everyone
harini mood aku baik sangat2
sebabnya? ade jamuan raya kat kolej haruslah aku gembira kerana aku berjaya jimat duit harini :P
lebih menggembirakan hari sebab jumpa room mate mase sem 2 dulu
so sempat la aku snap beberapa ketul gambar mereka yang comel comel miaww tu


beberapa jam sebelum majlis berlangsung...."

tadi lebih 5 kali puan tu sebut nama aku.
dia tanya aku
puan:" izzatihusna,kenapa pandang muka saya? pandang lah kertas tu..!"
aku :=-=' lorhhh..

puan:"izzati husna.. kan saya suruh awak pandang kertas tu,saya tahulah muka saya cantik tak perlulah pandang muka saya! "

aku:>..<

aku cuma mampu ketawa je,cara aku belajar  dah macam tu melihat muka si pengajar tu. ape nak  buat,orang tengah bad mood habis hambur kat aku


then beberapa minit kemudiannya..

izzati husna awak ni.."
izzati husna awak!.
izzati husna.....!!!

aku:(+_+)!'


lebih 5. 6 kali nama aku dia sebut..
nak juga aku tanya macam ni"

"puan sedap sangat ke nama saya sampai puan mention banyak kali ni?'"


tapi aku malas nak tanya haha sebab aku telah membuat kesimpulan bahawa dia mengalami tekanan perasaan.aku tahu tu bukan mudah mengajar student ni.

p/s: diharapkan cara aku belajar tidak dipertikaikan,setiap orang ade cara masing2

September 26, 2011

banyak

banyak wish yang aku hajatkan
tapi mungkin tak ada rezeki nak dapat lagi.
 hurmm takpelah pelan2
aku cuba la buat apa yang aku mampu. :) aku harap ape ape pun
aku nak 3 perkara tu je dulu
ape 3 perkara tu?
nanti dah dapat baru aku cerita
ouh btw aku letih.. nak siapkan report lagi da~

September 23, 2011

i'm not goin to tell you .. =-=' whattheshittythingsever

hari ni aku merasa amat tertekan.. menekan ditekan.
sangat stress.. sehingga melodi hati aku ni dah macam2 ade.. nak marah .
tapi kena hormat juga.. entah la aku tak tahu apa aku nak cakap
nak tak nak aku luah juga..


projek..
aku buat dengan tekun semalam bersama 2 orang kawan
amat ajaib sekali aku tak pernah setekun itu.
kalau ikutkan aku.. memang projek tu aku abaikan tapi bila fikirkan itu semua markah aku dan mereka
aku gigihkan jua..
semalam kawan aku jumpa si lecturer
dia kata ok. awak guna ni .. ni dan ni..
memang ada contoh,nak pinjam tak diberi.. suruh dibuat sendiri.
aku baru jumpa benda design ni.kalau dah 2,3 sem belajar bolehlah suruh buat sendiri
tapi tak apa aku buat juga.. aku sedar aku pelajar dan dia pensyarah yang aku hormati.


bila dah siap aku sedar deflection aku fail(sebenarnya tak fail kami tersalah tulis je simbol < dan >  tu
dia tak check kami punya dia suruh aku buat semula,dateline tu hari ini la..
jika deflection salah maka. saiz dia aku knea tukar juga.. maka 3/4 aku padam..
dalam kertas conteng masih ada salinan yang aku buat,
aku teliti balik
kemudian kawan aku tegur yang aku buat tu betul..
MEMANG BETUL!

kemudian dia kata buckling dan bearing juga salah ..
aku buat juga,..
mula2 dia bagi formula lain pada kijah.. bila kawan aku tegur
dia tukar pula formula lain
kadangkala aku pelik..
siapa student siapa lecturer
aku pun salah juga,bukan aku sengaja nak marah dia,aku cakap je..

sebelum ni dia pernah kata kalau fail tak perlu design semula
aku tengok contoh kawan kami yang dah ambil subjek ni
mamat ,dia punya deflection fail tapi tak perlu buat semula
lecturer tak samala ..
aku cuba tenangkan fikiran jap memang rasa nak marah..
tapi aku kawal
aku tahu ilmu tak berkat kalau kita cari gaduh dengan  lecturer sendiri



maaflah aku manusia
tahu rasa penat,tahu rasa marah
aku cuma tertekan
 esok nak makmal pula
ada banyak kerja menanti


p/s: aku penat .. aku perlu rehat

September 21, 2011

tekanan perasaan ,jiwa dan raga,zahir dan batin.. aku betul2 ..."

sekarang ni hidup aku penuh tekanan
macam2 dalam otak aku sekarang
projek highway satu benda aku tak buat lagi,projek pi pun sama
projek geotek tak jalan lagi,makmal yang dah nak start sabtu ni pun bakal menambahkan kekelamkabutan aku. dengan segala report


dan yang paling serabutkan aku..
jumaat dateline bagi design
jumaat juga ada test hidraul


bila assignment dapat selambak macam ni
korang agak2 boleh ke aku tersenyum bahagia macam dulu?
>.<
paling mengharu birukan aku..
makmal tu by group
and dalam group tu aku sorang je perempuan
boleh faham tak perasaan aku macam mana?
jiwa kacau bukan?


and makmal tu ade la kaitan dengan subjek2 yang 2 sem lepas.
mamtik kena study balik pulak yang dulu.


dan nak tambah best lagi makmal bukan dijalankan dikolej aku
tapi di universiti malaysia pahang
tersiksa betul jiwa aku sekarang..


harap2 pengorbanan ni dapat ganjaran besar

2 minggu tanpa cuti .. kau rasa aku tak gile?
sebab makmal dijalankan sabtu dan ahad sahaja.
balik hari la ni.

lepas makmal .. aku kena gi kem ibadah pulak.

kalau direct .. maksudnya 3 minggu tanpa cuti

makmal aku kne buat betul2 sebab tu la markah aku sebab makmal tiada final ;/

segala projek aku dapat juga markah.. T-T


arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh T-T

p/s : doakan aku dpaat handle tekanan,kalau tak kuat semangat konfirm aku dah gila

September 20, 2011

saat pun terhenti ..dan tersenyum =)






jika diberikan ku satu peluang apa yang aku impikan pulihkan segala kesilapan jika diberikanku satu peluang kembali ke masa silam kan ku pilih ke tarikh kita dulu.

p/s: hayati lagu ni,anda rasa tak apa saya rasa? :)

September 19, 2011

monday wont be blues if you...."

monday!


selalunya semua orang automatic akan malas menjelang monday..
sebab monday adalah permulaan bagi hari kerja,belajar,except
negeri-negeri yang start sunday....  would it be sunday blues???
arghhh sungguh tak match!
masa2 ni kita akan tengok budak-budak sekolah
pura -pura sakit...(macam aku buat dulu)
pening kepala la,nak pengsan la,anak tekak sakit la,
paru-paru nak lompat keluar la

macam-macam...
and yang kerja akan beli mc..
hah! terasa ke anda ni?
muka nampak bersalah dah tu....

sebenarnya bukan susah mana pun nak jadikan monday ni tak blues tau actually semua ni berpunca dari mind set .bangun pagi je dah tak ceria macam mana? hello wake up guys..... Finally it's monday!!!! yayyyy *buat buat la yay*

korang kena tipu sikit otak korang ni

" dear brain.. you know what if you always smile like this.. @______@
 you will be pretty like a princess
and  your world will turn into  wonderland.."


and your brain will say .

seriously??? "teddyuna in wonderland....?" (sila imajin dengan keterujaan tahap maksima)

and i can eat all choki-choki in this world?


" well ,u can eat all the food and sweets in this world.. and the good news is you wont' get fat!!!"



bayangkan seindah mungkin.Tengok aku sendiri telah diperdaya.. ah kau unaa memang senang diperdaya dengan makanan ! Eh biarlah sibuk je kau ni " aku bermonolog sendiri)


p/s: life is great right? So continue cheat your mind hmmmm k ;D

September 18, 2011

mesti selalu sangat soalan macam ni ..."

pernah dengar ayat ni tak?
kadangkala orang yang kita tak boleh hidup tanpanya ,adalah satu-satunya orang yang patut kita tinggalkan?

cinta ni pelik,terlalu luas,terlalu banyak definisi.
stick to one please.

aku sendiri tak pernah ambik peduli ape orang lain judge tentang aku.
in real life aku tahu ramai yang menyampah,benci dan tak suka
dengan aku dan dia
sebab asyik2 bersama,walau kemana2
hakikatnya manusia,cuma tahu mengutuk tapi tak pernah tanya
atau ambil tahu..kenapa  dia selalu dengan bf dia?
kadangkala ade juga orang yang bersikap prejudis terhadap aku terutamanya

sebab aku gemuk dan dia kurus

mesti kan ade punya soalan macam ni..

"apa la dia pandang kat perempuan tu? bukan cantik pun gemuk.. bla bla bla.. otak tak berapa nak cerdik bla bla bla bla.. cantik lagi aku.. bla bla bla."

"eleh konon bf dia tu setia la tu ,padahal approve jugak aku kat facebook ..kenapa dia tak cermin diri dia ye?"

jawapan aku: dia manusia,dia ada hak untuk buat pilihan andai kata dia dah tak ada apa2 perasaan pada aku .. aku takkan nak paksa dia hidup dengan aku?

facebook? fyi segala friend request aku yang approve dan dia bukak sekali sekali je .. harap maaf :)



>.< sebenarnya hidup ni tak boleh selalu dengar kata2 orang,biarkan mereka mengata.


p/s: you talk it.i live it,you're jealous ? just admit it :D

berhati-hati dengan ..."

aku menggeliat ke kiri dan kanan lagi.
lepas baca blog irine termenung sejenak..
ambil buku tu catat sikit.. ermm sangat betul..

baru aku faham..
lepas tu aku golek2 lagi.. kiri ke kanan
kanan ke kiri..
aku fikir lagi, hanya kerana satu habit telah mengubah seluruh kehidupan kita
berhati-hati dengan segalanya yang kita buat.
walau sekecil-kecil perkara
bahaya kalau jadi kebiasaan ..

berhati-hati dengan fikiranmu, ia kan  jadi butir perkataan
berhati-hati dengan kata-katamu ia akan jadi perlakuan
berhati-hati dengan kelakuanmu ia kan jadi kebiasaan
berhati-hati dengan kebiasaanmu kerana ia kan jadi takdir kehidupan :)

perut macam permepuan mengandung.. oh demmit!

okay aktiviti di sunday morning macam tak ada.
sebabnya laziness ni telah lama menyelubungi diri
ambik laptop, buka laptop aku taip laman sesawang facebook,..
beberapa minit kemudia bukak tab baru, sambil menggeliat...
aku taip pulak twitter .
dan semestinya aku merepek lagi.. >.<
jadi cepat2 la unfollow aku  kalau tak suka get it?

ermmm.. malam tadi aku pakai mesin gintel
tujuan? aku nak kurus la..
so benda tu panas an? bakar lemak la ..
memang menggaru la kat perut tu
perut aku macam perempuan mengandung..
seyes ! kalau orang tanya berapa bulan ni dik?
memang ni makan dia *sambil tunjuk penumbuk*
then aku dh duduk bilik sorang2 semalam saja  la aku
aku nak tengok kan so aku just pakai dua benda je,
sila faham sendiri 2 benda apa..
so aku tengok shit! ade 3 spot tempat yang lemak suka kumpul
satu bahagian *aku tak payah cerita fikir sendiri*
second perut ..
third peha.. >.<

aku ade la mintak suggestion,how to reshape my body?
dulu masa form 4 berat aku 53 camtu..
sekarang ak malas nak cerita
dulu aku ade cakap aku diet kan?
memang aku diet.. turun 10 kilo camtu berhenti..
nasib baik naik satu 2 kilo je..
haha ni ade berbaki kilo kilo an lagi aku nak turun..

so .. aku memang on diet pun..
psst aku beli mesin gintel tu dari awal tahun lepas..
kalaulah aku rajin pakai konfirm aku dah kurus
tapi tu la manusia dah ade depan mata tak nak guna..

>.<

p/s: sape2 nak join kita lumba?

September 17, 2011

menjaga kulit adalah essential bak kata omputih........"

sebenarnya aku nak terus terang , aku ni bukan la lawa macam michelle phan tu ,bukan nak jadi make up guru ke retis ke tak tak tak..
aku cuma nak jaga la sikit diri ni,tak adalah nanti serabai je ,
pasal aku ni perempuan kan? walaupun aku dah ade boyprend .. aku nak jugak kenyit2 mata dengan orang lain ..ahaks! gatai na..
hehehe keji betul statement aku tu..
ekceli aku nak rasa confident ,ye la zaman sekarang ni
muka kalau sememeh je.. susah la orang nak ambik kerja
tak caya? cer try sekarang tengok berapa company yang ada hati kudus nak amik kita kerja kalau tak jaga penampilan?


aku tertarik dengan cara michelle phan menjaga kulitnya ,
sesiapa yang aadicted kat video dia macam aku tahulah pasai ape
 hehe cuma aku ni suka nengok buatnye maleh
(maap ler yob teman ni rindu bebenor dengan negeri teman)

tapi start sekarang ni nak buat ler ye..

p/s: sk2 mahal kan? kalau aku kaya mesti aku beli,..;)

September 13, 2011

monolog sorang2 ;)

hari ini hari selasa,
nampak tenang dan biasa 
tapi kekalutan akan tiba jua
aku bangun malas dari katil ,menggeliat ke kiri dan kanan .
memikirkan sesuatu ,malas
malas tak patut dilayan tetapi dikawal
test akan menyusul ,buku2 belum ku selak
termenung sejenak  fikir masa depan lagi. tak boleh jadi ni
macam mana pun aku nak A test kali ni

aku runsing fikirkan kelemahan diri,
cepat benar aku marah sedang menarik nafas dalam2
tenangkan fikiran sebelum belajar
aku tak patut cepat melatah.



p/s: 7 bulan lagi je ,bersabarlah ,berusahalah;)

September 12, 2011

bukan semua orang suka kita kan?

night peeps
sorry blog ni berhabuk sikit
aku busy sekarang dengan hahahaha
aku cuma nak luahkan sedikit ketakpuasan hati aku
aku add orang dekat facebook itu bermakna aku suka kawan dengan orang tu,kalau aku tak suka aku tak add . tu satu perkara yang korang perlu tahu. sebab aku ni bukan gila sangat nak kejar2 full account tu. opss not me !
and adelah orang yang suka sangat buat aku moody means komen status aku
agak-agak sikit kawan,if kau menyampah delete saja la aku ni
memang aku tak layak pun kawan dengan kau, tak suka delete  senang kan?
aku memang suke sangat tulis status mengarut,merepek sebab aku sunyi
memanglah bf aku dekat kat sini,korang faham tak macam mana pun aku perlukan kawan untuk aku ketawa sama2 nangis sama2
dari aku kecik aku sukaaaaaaaaaaaaa sangat berimiginasi
berangan2 so yg xleyh masuk dengan otak aku tu sila diam!



memang aku tak cantik ,gemuk,tak macam kawan2 perempuan yang korang semua ada,semua hot kan? hey stupidlah cara kau ni tau?

tak salah mata aku judge kau dulu
orang yang suka cari gaduh dengan orang ni
sepandai mana pun dia,setinggi mana pun dia berada
dia tetap kelihatan bodoh.

sebab? orang baik2 dengan dia
dia cari pasal dengan orang
mungkin kau perasan kau bagus kot.
tak pe lah MAY ALLAH BLESS YOU:)


p/s; matang sikit boleh ? eishhhh susah2 kan aku dah marah

September 11, 2011

seharian yang menyeronokkan di gym dan di open house.

selamat tengah malam
aku disini masih belum tidur, terkebil2 memandang laptop
sambil beron9 dengan sepupu  aku memang tak pernah kenal erti penat ke?
itu aku tak pasti
tapi tadi aku dan kawan aku dan juga bf aku
telah  ke gym
aku nak kurus,kawan aku aku tak paham tujuan dia nak ape
tapi yang pasti bf aku nak build body
ecececeh


so ni lah gambar yang aku snap :)

konon2 dia taff haha abaikan kaler kulit dia yang tak sekata tu,
dia kuat berjemur tu pasal jadi gelap

hahaha macam nak tidur je bf saya ni .. letih ye?

n this is real me without any make up,terimala gambar hodoh ini
i dont care .. nobody perfect aiite?

ni que ,my friends hahaha saja2 je kami bajet kat tempat high class ni


aipp belum habis lagi post ni
hmm sebelum tu di tengaharinya kami telah menghadiri open house di rumah lecturer kami
hehe dekat alor akar 82
rumah puan gee dan en am
*mereka suami isteri okeyh?*

so lepas makan dengan jayanya aku nak workout sebab aku menyedari aku semakin hodoh dengan lemak2 dibadan.

ni aku tempek beberapa pic kawan2 aku .. :)







venue: rumah puan gee
tujuan: open house
invited?: hehe coursemate DDA dan DDJ la of course


sebab en am ajar ddj , puan gee ajar DDA.. alolololo
seronok sangat sebab ini kenangan-kenangan indah yang aku catat kat sini
nanti bila rindu aku tengok balik post ni ;)

September 10, 2011

so? kau nak cabar aku la?

serba salah,
entah aku tak pasti kenapa benda ni jadi
 tuhan sengaja menguji aku tapi aku redha
kejadian tadi tu aku tak mintak pun okay
tapi aku tak kisah yang penting aku happy dengan kawan2 aku
tadi aku rasa malu,segan bebal,terasa diri ini gajah
well obviously aku memang paling besar antara kawan2 aku yang lain
so rasa keyakinan diri tu kurang tapi tak apa
mungkin ALLAH sengaja tak bagi aku kurus dulu
sebab takut nanti aku lawa sangat ramai suka *perasan nak mampus*
tak adalah sebab ALLAH tak nak aku lupa diri
aku gemuk ,yes memang!
tapi aku cubalah nak kuruskan badan ni aku [un tahan dengan orang2
yang suka sangat perli aku


behave yourself .
my boyfriend kecik and me besar macam gajah

so what ?
aku tak boleh berubah ke?

please pegang janji aku ni kawan2
please..
if i say i will
so that's mean yes! i will!


p/s: orang prejudis ni kita kena ajar sikit, :)

September 9, 2011

bosan? sila keluar! suka ? masukkk.. masukk!

hai korang,lama aku tak update
jadi aku anggap korang rindu aku
walaupun sebenarnya blog ini tiada reader constant
sebab tak ada tarikan langsung blog ni
aku minta maaf dari hujung bulu mata sampai hujung bulu kaki *hehe *
aku memang macam sombong kot
sebab tak reti nak gi kunjung blog orang
aku bukan macam tu aku cuma tak cukup masa
sekarang dengan kesihatan tak mengizinkan
aku tak dapat nak fikir idea yang bernas
jadi aku menganggap ni entry mintak maaf
sekarang aku nak terjah blog semua orang yang update
sebab line tengah laju..
HAHAHAHA

btw terimalah dengan terbuka gambar budak debab ni

anak unta menari-nari
anak gajah melompat-lompat
kalau korang tak suka blog ni
  please ok  jangan mengumpat?

September 4, 2011

nasihat patploh bakul dan gusti

semua benda yang kita nak buat dalam dunia ni
 mestilah berniat baik
bersihkan hati ..


urm tapi kan bukan tu yang aku nak cakap
 aku nak kata aku tension juga sikit
niat aku nak kerja lepas diploma
buat pjj di tegah mama .. alahai mama
haritu beria-ria suruh buat pjj
sekarang suruh terus sambung degree
ikut la.. kalau sambung pun aku ingat nak kat uitm shah alam
satu sebab kos murah,dua sebab dekat dengan rumah.
rumah aku kat mana? tak payah la tanya ye..
tapi sebelum sambung degree aku kerja dulu kot dengan company pak cik aku
 demi duit haha
ye lah aku bukan orang kaya macam korang
jerit sikit je..

hey daddy! money sikit

cmni la gamaknye muka kome tu ye?


terus seguni dapat
aku lain .. dah la anak first
so korang faham2lah kan?
actually kita hidup kat dunia ni jangan ikut trend sangat kalau tak mampu buat cara tak mampu jangan biar papa asal bergaya

ni tak, berlagak nak pakai topman,t shirt burbery
yang peremouan kasut nak jimmy choo je,ghuci la prada la, louis vuitton la
ha kan aku dah bebel haha aku pun sama
tapi aku tak tahap serius agi la
setakat ni t shirt pasar malam pun aku bedal asalkan first hand
kalau bundle aku x beli tu je.


ape pun aku just nk cakap aku tengah planning masa depan
korang macam mana?
share la ngan aku ok?

komen bawah ni tau.. kita sembang kencang :)


p/s: rasa nak gusti2 la malam ni jom? *hoi aku ajak gusti tau bukan benda lain otak tu.. otak tu! biru! *

cakap2

focus on my body health

prevention is the first step
maybe i should change my daily routine,regular exercise,habit and of course daily meal

for beginning i would like to schedule all of do and dont  for me

do wish me luck
happy sunday

September 3, 2011

sebelum lewat...................

before too late , i wishing u selamat hari raya,
this year bring in so much memory i need to staple on my brain
supaya tak lupa dan sentiasa ingatkan tahun ni
tiba-tiba rasa sayu bila melihat opah,atuk semakin dimamah usia
jika dulu rumah opah lebih tersusun segalanya bersih dan kemas
sejak opah dan atuk semakin tua ni,
kaki pun tak larat nak melangkah keluar 
kucing2 gila mula buat hal sana buat hal sini
larat ke situa terbongkok2 mengemas?
 semalam sempat juga aku tolong mop lantai rumah opah.
sejak dua menjak ni aku selalu teringat zaman kanak-kanak
rasa rindu yang membuak2
tapi masakan boleh masa diputar kembali? ;')
opah ,atuk orang rindu nak jadi budak2 balik
nak jadi cucu atuk ,cucu opah yang dulu
macam dulu;') 
dulu orang selalu tidur dengan opah,
tidur tengah2 antara atuk dan opah.
ingat lagi pagi2 mesti opah mandikan orang dengan air suam
opah kata orang sakit.. tak boleh sejuk2..
waktu kecik2 seminggu sekali kena pergi klinik kan?
tapi takpe orang dah biasa..
pagi sebelum pergi sekolah opah bagi minum susu,tengahari balik sekolah minum susu lagi malam sebelum tidur pun minum susu.
malam2 kalau rajin opah teman orang tengok bintang .. tengok bulan..
orang suka tengok buruj2 di langit.
tenangnya suasana kampung waktu tu tak ade ganti

selamanya di hati..

opah jangan pergi ye? orang tak sedia.. ;')

Result Level D dah keluar !!!