June 30, 2013

My favourite brand :)



sebagai perempuan sejati, hobi utama aku haruslah shopping .. ya shopping dan  perempuan ibarat isi dan kuku . Lagi lagi sejak bekerja ni, tapi kebanyakan yang aku beli ialah tudung  sebab dulu aku free hair so aku tak ada banyak tudung. dan bila bercakap soal tudung biasanya girls mesti ada dia punya favourite brand.
AND MY FAVOURITE IS TUDUNGPEOPLE! :)



Aku kenal tudungpeople ni sejak dia first launch lagi tapi aku tak berani nak beli sebab dia tak ada physical store. Aku ni jenis cerewet dan aku tak suka beli benda yang sama macam orang lain, dalam erti kata lain aku suka mencari kelainan la. Bila aku dah  usha lagi sikit , tengok ramai beli , lepastu ada design yang aku betul betul suka. memang cantik aku pun decide untuk beli. 
okay design apa yang aku suka ? aku suka yang ini.





ainaa tasnem in Arrayna collection 



aku nampak terus aku nak order tapi malangnya nak habis.so aku beli yang lain.sejak aku beli tu , aku asyik beli dan beli ! ;) . kalau aku nampak je dia cakap malam ni keluar collection baru , cepat cepat aku tunggu depan laptop nak beli tau. sebab apa? kalau lambat gigit jarilah . tudungpeople memang cepat habis macam goreng pisang panas. masa tu dia belum buat website lagi . dia guna sistem  isi form. tapi serious aku cakap tudungpeople ni antara online store yang effisyen cekap dan tangkas. kalau korang duduk kat pj satu hari je dah sampai  :)


oh lupa  sebenarnya tujuan aku buat entry ialah untuk mengucapkan tahniah kepada pemilik tudungpeople  fazrena aziz sebab harini adalah hari pembukaan physical store tudungpeople yang pertama di setapak(menurut page tudungpeople). Congrates sis ! Fazrena ni my favourite bussines girl . Bila kita follow dia kita tahu susah payah dia nak naikkan nama tudungpeople and plus dia muda lagi, sambil study sempat buat bussines. dia tua setahun atau 2 tahun dari aku. 

kelebihan tudungpeople 

1) warnanya cantik 
2)design minimalist (tak crowded) 
3)Labuh dan panjang. shawl ni korang lilit 3 kali pun still labuh lagi :)
4) harga berpatutan 
5) selesa (dah selesa nak cakap apa? :) 
6) berkualiti. (tahan dan tak berbulu, benang tak terkeluar)



okay ni dia  fazrena aziz :)




     


Lepas ni tak payah order online , boleh pergi terus ke butik dia . kat mana ?




tak clear?

address : unit A-03-3A,Star Parc Point
(off  Jalan Genting Kelang)
Setapak ,


atau korang boleh layari laman web ni

http://shop.tudungpeople.com/



last but not least .

supportlah bila ada orang melayu muda macam ni buat bisnes jauhi hasad dengki . :) 



p/s: tengah berangan nak buat physical store jugak :) 

June 24, 2013

cara memilih kerja bagi fresh graduated bidang engineering *HOT TOPIC*

Hai..



 
aku tergerak hati nak kongsi sikit pengalaman aku yang sebesar zarah ni kepada kalian semua. khusunya buat lepasan lepasan kolej / ipt yang dah ada diploma dalam bidang kejuruteraan awam. 


ceh berlagak. baru berapa bulan kerja dah ada hati nak kongsi pengalaman. -..-


Bagi korang yang rasa bingung tak tahu nak kerja apa. meh sini aku jelaskan satu persatu.



jika korang seorang yang minat melukis dan nak beralih ke bidang architecture 


apply jdi draugtman . okay draughtman ni usually dari syarikat konsultan bukan jadi syarikat kontraktor . so bila nak apply tu tengok betul betul kang tersilap apply tiba-tiba termasuk kilang pulak.


jika korang seorang yang suka mengira dan malas nak lukis lukis, malas nak berpanas.

sila apply jadi QS (quantity surveyor)
Banyak peluang jadi qs ni.. cuma kadang kadang experience tu yang melampau lampau diorang mintak ;p

jika korang jenis suka jual jual tapi masih nak stick kepada bidang pembangunan
korang join je la company developer. contoh company developer: Sime darby. Ada sale mahsyukkkk.. ^^


Jika korang jenis suka buat paperwork.

tolong smbung bidang SHO (kursus 6 bulan kalau tak silap)
ambik exam untuk dapatkan kelulusan , kerja sebagai saftey supervisor selama 3 tahun untuk lengkapkan menjdi green book. Bila dah dapat greenbook nescaya gaji korang akan dapat 4k -6k macam tu. ini serious , aku tak bohong. dekat Malaysia ni tak ramai yang ada green book. Aku rasa macam nk buat tapi tengok dulu macam mana. korang nak? gi amik kelas cepat cepat! ;)



jika korang rasa nak start from bottom dan banyak belajar

sila apply kerja yang memerlukan korang berada di site .
inilah kerja aku sekarang dan biasanya syarikat ni adalah dari syarikat jenis kontraktor.
Tapi bila dah apply syarikat jenis ini, sila hapuskan gambaran yang korang akan mempunyai table sendiri, bilik selesa atau tandas yang cantik sebab duduk dekat site bukan macam duduk dekat bangunan pejabat. 
Orang yang terlalu demand tak dinasihatkan mohon kerja macam ni. But on the bright sight, korang tak perlu la nak pakai tali leher, kemeja , seluar slack  dan perempuan pula tak payah nak pening nak pakai apa. kalau macam aku ni , jeans dengan t-shirt pun dah okay sangat la tu.

oleh sebab aku kerja macam ni aku boleh cerita lebih la. Jarang kaum hawa kerja kat site, jadi bila ada tersesat yang duduk site, haruslah kerja kami lebih banyak dari kaum adam (kena buli). Yang bestnya kalu korang kerja macam ni, korang akan involve dengan dunia civil yang sebenar. aku selalu kena pergi meeting dan dari situ aku banyak belajar. Aku di exposed dengan benda benda ni semua setiap hari , kalau dulu belajar kosong ape pun tak faham. Alhamdulillah berkat doa ibu bapa saya memahaminya , terima kasih kepada lecturer kt IKIP !(puan afzan, puan gee, puan wani, puan puteri and mr james)! *tetiba*


setakat ni yang aku tahu 3 yang kat bawah ni akan selalu  bergaduh, klien dengan konsultant jarang bergaduh, biasanya orang orang dari kontraktor ni la yang kena. 

KLIEN -----> KONSULTANT----->KONTRAKTOR 





opss lupa nak cerita , aku kerja dekat company buat earthworks which is suitable for fresh grduated untuk menimba ilmu dan pengalaman. (compny high risk mana nak ambik fresh graduate weh!) Sebab earthwork ni bidang dia ringan sikit dari building. Building tu orang panggil high risk. Aku ingat lepas setahun aku nak try high risk pulak .;)



next time aku cerita lagi. semoga info ni bermanfaat buat adik adik di luar sana. ceh adik adik sangat *flipshair*

 

June 9, 2013

i've changed

hai.
aku datang bawak vacum . nak sedut habuk habuk kat blog ni.
dah lama kan aku tak update? lama sangat aku rasa.
dan semakin hari apa yang aku tulis pun aku dah tak dapat rasa . dah tak macam dulu.
kerja aku yang memerlukan aku untuk selalu serious buat aku lupa cara nak menulis. 
sukar.sangat sukar .



baru baru ni aku terbaca post redza minat . 
bila aku baca post dia, aku rasa aku tengah mengalami apa yang dia alami.
dulu aku seorang yang tak beapa nak serious. suka tulis benda mengarut .
 blog pun kalau jenguk macam blog budak tadika. warna warni sekeliling .
tulisn pun. kalau atas hijau, bawah biru. kuning la hijau la.
lagu pun ada. aku enjoy menulis macam dulu. 
sekarang penulisan aku pun heavy je .heavy dan straight . sangat bosan.
aku nak diri aku yang dulu balik.


korang ada cadangan ?








Result Level D dah keluar !!!