August 27, 2011

hidup ni rumit.. =-='

masalah
semua orang ada masalah,sama ada kecil atau besar
yang nak korang ingat atau tak..
tapi yang paling berat bagi aku masalah family
entahlah aku bukan nak buka pekung di dada
tak ...
tak pernah cuma aku harap semua ni ada penyelesaiannya
terlalu rumit untuk aku cerita
kadang2 rasa nak je hentak kepala sampai pecah
tapi kalau aku hentak kepala aku banyak kali pun masalah tak selesai
masalah bukan datang dari aku
datang dari manusia.. a.k.a makhluk hidup ,boleh fikir sepatutnya
ada otak,ada semua cuma tak reti fikir.
nampak tak aku geram?
aku tak tahulah silap sape,aku tak pernah terfikir pun benda ni akan jadi dalam family aku
asalnya semuanya baik2 sahaja tapi sekarang makin lama makin teruk
kadang2 aku rasa nak "selesaikan " je semua ni
walaupun lepas tu aku yang " selesai"

BUNTU!BUNTU!

p/s: ya Allah hentikanlah ujianMu ini ..;'(

August 24, 2011

boleh tak?

harini hari khamis
aku berjiwa kosong sebab aku baru habis test
jadi segala teori2 highway yang aku hafal dari tadi dengan segala formula pengiraan masih melekat dalam otak aku.
esok dah nak balik,aku gembira tapi tak berapa nak gembira tiba2
boleh tak korang gembirakan aku?


aku tak tahu kenapa aku tak gembira
aku patutnya gembira
hurm.. korang boleh tak aku minta satu je permintaan?




korang tolong doakan aku selamat sampai ye?
aku seram juga tengok driver tu time lalu karak
bukan pasal hantu,tapi pasal gaung ganas tepi tu

doakan aku dapat driver yang masih sihat matanya


ok tata ;)

August 21, 2011

4month to go,deal is a deal =)

quick update
i've been waiting this moment for ages
and now 4 month left
oh Lord please let me do this ya?



what the important thing?
that's not  girl thingy, it's a DEAL

deal is the deal ;)
to those person , i keep my promise ...

what's the deal?
 when the deal  make,
it have been our secret
no one know even my boyfriends
so how could i tell u this?



p/s: giddy up ,im up to something ;)

August 20, 2011

beberapa ketul tips kulit untuk semua,sesuai untuk masalah jerawat besar gajah dan kulit berminyak kalah petrol pum!

regarding to our topic today,una nak sertakan sikit beberapa tips yang tak ramai orang tahu,antara masalah kulit yang paling obvious jerawat,oily skin,wrinkle
there's no need expensive treatment,you can try this at home.

korang jangan risau,cik una amat peka kalau bab2 jaga kulit muka
semua orang nak yang terbaik tapi murah so bahan2 yang digunakan boleh kata semuanya boleh dapat di rumah anda :)

tips 1: mengurangkan kulit muka berminyak

rebuskan serai  ruapkan dimuka selama mana yang boleh
10 minit,pastikan seluruh muka kena,sejukkan muka sebentar dan lap muka dengan tisu bersih, korang akan lihat minyak2muka melekat pada tisu :)
minyak muka dikawal,and jerawat akan berkurangan.

tips 2: melembapkan kulit  supaya sentiasa berseri

betik,korang bukan sahaja boleh makan,malah korang boleh tonyoh2 kat muka sesedap rasa,biarkan sampai kering bilas dengan air suam ;)
kulit akan rasa lebih segar umpama di new york :P


tips 3: mencerahkan kulit,menyegarkan ;)

okay yang ni korang boleh tonyoh2 jugak
tomato ni amat-amat berkesan ,buat sekerap mungkin
sesiapa lepas sunburn ke you must try :)


tips 4:kulit putih berseri, buang sel kulit mati
serbuk kunyit

yogurt


campurkan yogurt dan serbuk kunyit dengan sebati,
lumurkan pada kulit muka .. kulit badan pun boleh
-beauty tips ni kebanyakan digunakan di thailand that's why diorang punya kulit cantik


additional tips
 serbuk teh juga bagus untuk kulit,lepas korang minum teh,
jangan buang lumurkan pada kulit ,serbuk teh mampu mencerahkan kulit,buang sel kulit mati
dan effect kulit merah-merahan..


p/s: if kulit korang ade alahan dengan benda2 kat atas ni jangan cuba, beauty tips ni michelle phan pun guna ;)

hallamak aku mana boleh jumpa dua benda ni...!!!!!!!

selamat malam,
una nak update pasal petang tadi
okay sebelum tu korang perlu memahami bahawa una ni seorang rakyat malaysia
yang kurang gemar akan nasi,oleh kerana tekak demand yang una ada ni
selalu membuatkan una kesempitan wang

sobs;(
tapi tadi una telah membuktikan bahawa
una berminat jua pada nasi yang putih bersih itu sekiranya ada

petai pujaan hati hamba
korang perlu tahu petai ni walaupun busuk,tapi baik untuk kesihatan
and kalau tak silap mengawal kandungan gula dalam darah
seeeeeee....elok kan?
and bertambah sedap kalau ade ini

sambal tempoyak ekstra nyummy


arghh meleleh air liur =-='

tadi una makan ayam masak merah,petai,ulam raja dengan gulai rebung
pastu balik hostel tadi kawan cakap tempat una makan tu masuk tv
padang mpk1

p/s; agak2 korang muka lahap una kuar tv tak? =-='

August 19, 2011

bakal-bakal engineer menggila di tempat awam :)

okay malas nak cakap banyak ni entry bergambar tengok saja gambar2 kami ni okeyh? credit to que sebab dslr ni dia yang punye  teheeeeee :D




okeyh dari kiri ain,paan,aku,atas aku(syazwan),adib,irfan(yang tengah nganga tu)onchair,and last sekali haziq :)

nampak ceria kan diorang? huhu sumpah aku suka tengok pic ni

jejaka2 macho ni bakal2 engineer,and of course yang seluar short tu,setiap sem dekan okeyh? pernah he's almost 4 flat.

gambar2 kami  yang buat peace  tu ayu

que,cik lia(aku suke panggil dia arnab haha) and fyfah ..
comel kan diorang?

muka2 bahagia :)

okeyh jangan tertipu yang baju merah tu nampak soft2 camtuh kan?
haha dia suka usik aku dengan ayat gedik santai dia.. hehe
hujung sekali wawa,tengah tu budak course lain ala.. saje je ajak sekali :)

siti  dengan kak fiza(yang pegang phone)

yang tudung putih tu echa,coursemate una gak tapi terpaksa meja asing tak muat,
and 2 orang lagi tu budak bilik una tehee :D kak marni tudung kelabu,fiza tudung hitam

yang ni korang jangan tanya ni mestilah aku dengan mr bubush kesayangan aku tu :)

ni pulak aku,bergambar depan pub tapi aku bukan kaki pub okeyh?
masuk pun tak pernah harap maklum :)


p/s:kenangan ni aku sengaja coretkan dekat sini,nanti bila rindu korang boleh baca  balik ;)

August 18, 2011

kalau tiada aral melintang pukang.. maka....

puasa-puasa begini tambah cuaca panas dan terpaksa menghadiri kelas petang memang memenatkan juga.di tambah dengan dugaan2 melihat budak2 melintas tak tahu malu makan eskrem cornetto-oh tergoda jua aku melihatnya.

sehingga terasa ingin  di hati ini memberi penampar barang sedas dua.




kucing ni mengidam penampar jua agaknya ye?

semua orang tahu kita dah 3 minggu puasa ,
semua orang tahu kita dah nak raya
tapi tak semua orang tahu bahawa tahu ni tahun terakhir una berpuasa
bersama rakan-taulan una sahabat handai di kolej ini,
tahun depan nak jumpa?
belum tentu lagi panjang pendek umurnya,rumah pun jauh kemain,
sorang utara ,sorang barat,sorang timur,sorang selatan
sorang bla bla bla.. afghanistan.. bla bla bla bangladesh..
(yang 2 atas tu tipu)
mungkin gergasi selangkah dua je..
tapi suka diingatkan una manusia jadi tak dapatlah berbuat demikian.




jadddiiiiiiiiiiiiiiiiiii..(sila baca cara tamil)
mari  mari mari .. yengga yengga
calo bette!calo calo calo!!!




masa:pukul 7.00 malam
venue: pizza hut megamall kuantan
theme: suke korang la jangan tak pakai baju sudah


benda ni untuk budak2 DDA ( diploma kejuruteraan awam kerjasama UTM)

p/S: ;'( mesti rindu kan nanti? DDA the best 


August 17, 2011

fuh! ini memang peberet una!kawal sikit air liur tu!

semua orang ada favourite masing2 ,walaupun ade sesetengah makhluk tak suka ape yang kita suka nevermind.let it be.. kalau semua suka ape yang kita suka kan susah? susah nak dapat stock pulak.

una suka ini
ni una selalu ratah bila kat rumah,keji tak una?
hahaha kesian adik2 tengok kakak dia lahap,
bila kat kuantan tak dapat beli,una miskin kat sini.. sobs ;(



mama mia..
 haha kalau makan ni anak raja datang nak 
berkenalan pun tak peduli dah .. kih8

ketam masak merah.. 
ah meronta mahu balik rumah.. T-T

kerabu perut ,nyummy2 sedappppppppppp korang
betulllll sedappp  sambil jilat lengan *huh! tak senonoh!*

ketupat ni memang bagus sangat una tunjuk memandangkan masing2 tengah mood raya.. yehaaaaaaaaaaa una nampak dah ade yang tanda2 kelaparan tu.
chaiit! lek lu.. sabar arr..
kawal sikittt.. kawal sikitttttt airr liur tu :P



p/s: una rasa, suami una nanti bakal mempunyai perut boroi.. jyehhh! :P

August 15, 2011

tersenyum bahagia

perkara paling bahagia dam hidup apabila kita mengenali diri kita sendiri,kita menyanyangi diri kita,sentiasa tersenyum dan mendapat ketenangan yang indah


orang kata kalau kita buat benda baik kita jangan hebahkan
nanti jadi perasaan takbur,biarlah ALLAH sahaja tahu.


malam ni memang indah,bulan pun indah seperti semalam,
hati tenang sangat2,itulah manisnya bulan ramdhan ni ;)

saya suka bulan ini,

buat saya berfikir kembali mengenai diri sendiri .

p/s: cinta takkan lahir tanpa izin ALLAH,CINTAILAH ALLAH,maka dunia akan mencintai kita.

August 14, 2011

back in 16

korang pernah dengar lagu back to disember kan?
una pun pernah ni kira una ala2 taylor swift la ni*perasan*
selalu topik orang tanya,kalau masa boleh diputar kembali
apa yang ingin sekali kita ubah dalam hidup?

walaupun semua orang tahu masa tak boleh diputar kembali,orang tetap jugak nak tanya una mungkin sebab adelah sikit titik-titik penyesalan di muka una.

bukan sikit tapi BANYAK

okay back in 16 una nak ubah course yang una ambik
sekolah yang una pilih masa tu.
i was shock when i 've been there for one years
actually after 1 year una pindah teknik lain,masakan boleh catch up selaju mungkin sedangkan 1 tahun da tertinggal pelajaran.

una bukan nak buruk-burukkan  sekolah tu,tapi condition sekolah tu yang saling tak tumpah macam sekolah juvana menyebabkan una rasa ngeri,seram,sadis dan berbagai2 lagi.

peoples know,sekolah teknik memang biasa budak2 nakal,tapi kan
kalau dah sampai kategori jahat itu luar biasa bukan?

itu lah perkara yang una nak ubah
course? dulu sekolah teknik ambik mekanikal engineering.
tak kena dengan jiwa una,banyak projek,and kelihatan seperti semuanya kerja lelaki =-=' menyesal tak sudah,
actually una minat biology, impian una dulu nak jadi biotechnologist
tapi sebab kebodohan waktu form 3, una dapat 4A 4b Je PMR
which is mase tu kelas sains -penuh kat sekolah una,
perempuan nak masuk kelas tu semua nak bantai 7A keatas je.
kesian saya kan? una dapat kelas sains teknikal .jangan terkejut kalau una cakap sekolah tu sekolah harian,ada asrama biasa, tapi budak2 dari situ amat pandai2 sekali. una suka persaingan .
tapi ade incident terjadi,darah muda macam una cepat panas,
una masuk sekolah teknik tu tanpa usul periksa,
and ALLAH tunjuk, perkara ni dah menjahanamkan cita cita una


tapi tak pe ALLAH tahu apa yang terbaik untuk una,
hurm korang macam mane? ape yang korang nak ubah?


p/S: permulaan yang baik tak semestinya perlu untuk pengakhiran yang baik. 

malam yang indah,bertambah indah

night peeps,
una sedang mengular kekenyangan
ok nak update
tadi aku pergi tc *sila abaikan penukaran nama dari una ke aku tu,penulis memang suka buat macam tu*

tc = teluk cempedak,
actually aku bukan suka melepak kat situ,untuk berdating ke apa ke
benda macam tu memang tak ada dalam otak aku ni,
suka aku ingatkan disini  *ayat skema*
aku lebih suka korang kata aku keluar dgn bf ,daripada korang kata aku dating dengan beliau.
aku merasa terhina dan keji bila korang menyebut date

sedangkan bagi aku dating ni hanya pengkhususan bagi hari2 istimewa sahaja.

korang harus tahu bahawa aku dan bf aku sangat  flexible
hari2 biasa kami macam bestpren

jarang benar kami meluahkan kata-kata romantik
memandangkan aku ni memang terdiri daripada struktur konkrit
yang amat sukar menyatakan 3 perkataan ajaib tu.

mungkin juga korang rasa aku tipu,
ikut suka korang la aku malas nak ambik tahu,

ah ha.. aku lupa main point asal aku nak cerita kat entry ni bukan pasal aku
aku terlupa maafkan daku

teheeeeeeee :D

tc cantik malam ni,
tadi aku ade snap gambar
tapi kurang jelas,maklumlah aku tak ade DSLR
aku guna handphone aku yang kudus tu je

indahnya ciptaan tuhan :)


           p/s: aku suka bila tengok bulan,walaupun dia tak cantik pada luarannya,dia tetap gemerlapan:)







August 13, 2011

merepek sesedap rase

harini bosan,aku tak tahu nak update ape
tapi oleh kerana blog ni blog ss,
aku beranggapan ade orang nak bace bila aku tulis..


apa yang korang tak tahu pasal aku?

sebelum aku kapel,aku adalah sejenis manusia yang sangat suka bersendirian.

pergi mana-mana takde kawan,aku sorang je,bukan aku tak de kawan,ade,
tapi sebab aku ade kawan la aku macam tu.
ha bangla tak ayat aku?

sila mencarut sepatah dua kata lepas berbuka nanti

aku ade kawan,tapi kawan2 aku lelaki,
tak terlalu keji aku katakan, aku ni adelah sikit2 sifat lelaki yang masih hidup dalam diri.
AKU BUKAN KHUNSA OKAY

jika ade yang berfikir sedemikian,
sila terjun sungai
apa yang keluar dari mulut aku,itulah apa yang aku maksudkan
dulu aku tak reti jaga hati orang
kadang-kadang yang dengar tu rasa nak je lompat bangunan 14 tingkat.
tapi sekarang aku dah pandai kawal sikit la,
maklumlah sekarang aku kan ladies ecececeh *muka bangga*

sebab tu aku malas nak bersuara,macam ada batu dalam mulut
sekarang aku dah gedik sikit la,pasai aku dah belajar gedik2 sikit
tak gedik tak perempuanlah aku*ade plak macam tu*
aku dah reti dah topik sembang ape nak sembang sesame perempuan

hehehe
kalau keluar exam aku boleh jawab,dapat A dah

haha kalau dulu,aku tak tahu nak sembang apa sesame perempuan,
kadang2 aku rasa nak hantuk kepala  kat dinding
sebab bila keluar list orang paling membosankan di dorm
haruslah aku tercalon sekali. T-T

korang tahu ape yang keluar dari mulut aku bila topik perbincangan
pasal lelaki diutarakan oleh kawan2 aku di dorm?

gegirl pink: ijat, ijat cuba tengok cute tak teddy bear ni? boy boy kita bagi tau,esok nak dating kat taman.. bla bla bla.. dia cute,tough, bla bla bla.


me: oh..takpelah aku taknak tahu yg tu sbb tak keluar exam,
urm ape kata kau bawak lari jauh bunga ni,
sebab aku alergic rose kuning. kbye


bila ingat balik,rasanya aku dulu terlalu kejam ,
sekarang aku pulak berkapel,
eh tapi tak bermakna aku ni berubah

kesian bf aku dapat gf ganas,secara jujurnya,segala barang yang dia bagi pasti ranap,bunga? dia tak pernah bagi, kalau ade pun dia bagi cuma coklat sebab tu jelah satu2 nya kegemaran aku yang sama macam perempuan lain. :D

bila dah makin besar ni,sikap2 perempuan mula la ade
so aku membuat kesimpulan bahawa
aku berubah kerana hormon wanita meningkat gamaknye

korang harus tahu,kalau aku keluar jumpa tiap2 hari tu
 bukan untuk berpantun2 cinta,bermadah2
umpama p ramle dan awek beliau,

tempat dating paling hakiki aku adelah cc
selalu jugak aku teman bf aku main game,sebab kat cc kan boleh beat dengan pc sebelah,aku on9,dia main game.

dan kedua megamall la,sebabnye aku suke tengok orang main bowling,
dan korang juga harus mengetahui,snooker juga adelah salah satu kegemaran aku dulu,tapi bukan bermakna aku ni minah rempit ,tidak sama sekali,tapi kegemaran tu dilarang sekeras2nya oleh encik bf sayang
sebab dia kata,orang pandang serong kalau aku masuk situ,okay aku mengalah.

yang paling sahih sekali,
aku dengan beliau suka jalan2 naik motor malam,sebab aku suka angin malam. dari aku baby memang aku macam tu toksah ler tanya,aku lah punca duit minyak beliau selalu habis,sebab aku akan hentak kaki ganas2 kalau dia taknak bawak aku pusing2 seround dua kat sekitar kuantan ni.


favourite aku,laluan dari jalan tok sira tu membelok depan istana,
lalu depan rumah orang kaya2 dekat forest hill sana.
sebab kat situ banyak lampu ... hehe
aku kan suka benda2 bercahaya.. ;)

bagi aku tu jela satu2nya cara kau release tension aku,segarkan badan aku,
sebab aku tak boleh mandi malam

hurmm sebab ape?

dari baby,aku sakit paru2 berair,
nak kata kronik tu taklah,sebab aku tak ambil ubat,
kecik2 dulu yerlah, sekarang kurang dah
inhaler pun aku jarang bawak pergi kelas,
sebab aku tak suke hidup dengan bantuan ubat *ego tak aku?

jadi pantang aku ,

1)mandi malam
2)minuman yang ade pewarna kuat,macam kordial2 tu. aku tak boleh
3)ais krim pong ,ala yang jenis boleh patah tengah tu,aku tak boleh makan,kalau aku makan jugak within 24 hours ,sesak nafas la aku jawabnya




3 pantang ni yang aku jage,
tu saje,:)

nasib baik kuantan ni panas walaupun pagi2 buta,so aku tak payah nak mandi air panas,sebab kalau aku dekat perak nak mandi pagi aku kena mandi air suam2 panas tu.

susah kan jadi orang sakit?

p/s: aku tak tahu aku bebel ape,sekurang2nya aku tak bosan :)





August 12, 2011

perkara yang membimbangkan sekalian makhluk akan berlaku esok!

masyaallah
hati gerun
tak keruan rasa hati
apa yang kita takut takutkan akan terjadi esok!



yang pasti perkara itu bukan KIAMAT

tapi satu perkara yang akan menggemparkan bumi




TEST 1 DESIGN
SUBJEK MENGGERUNKAN INI
test akan berlangsung esok
yang dimana una tak faham apa-apa
tapi tak boleh salahkan lecturer
dia kan baru lagi ,bukan daku tak usaha
daku usaha
tapi tak memahaminya lagi.

tapi kata orang usaha lift kejayaan
nak tak nak kena juga usaha sampai pengsan


malam ni kata hatinya nak study kuat2
doakan saya ;(

puan ,saya tak salahkan puan
tapi saya salahkan diri saya
yang kemain lembapnya

kalau la boleh saya katakan pada puan,
jangan ajar laju2
tapi takut melukai hati pulak..
kalaulah saya boleh kata pada puan
tulis soalan sampai habis
barulah saya faham soalan tu nak apa.
dan bagi banyak2 bentuk soalan
supaya saya tahu berbagai jenis
yes i know my level
saya pemalas.. macamlah rajin saya nak buat
tapi sekurang2nya saya tahu..;(


takpelah puan saya cuma doakan puan dapat mmengajar dengan lebih baik


sekian terima kasih :)

August 11, 2011

teraniaya! penjahanam duit yang berjaya.!

tengok tajuk diatas?
una tahu hengkorang-hengkorang semua mesti nak tahu siapakah
si penjahanam itu?
well sudah terang lagi brspotlight


cik una la..:P

okay 2,3 menjak ni una dah berazam
kengkonon nyer nak ternak duit banyak sampai
patploh juta lemon
tapi oleh kerana perangai pisau cukur   shoppaholicnye yang tak pernah berubah
jadi terbenam la segala impian dan harapan palsu itu

itu semua  D U S TA!
cash out je semalam
mata dah liar-liar tengok pakwe hensem
eh bukan .. tengok barang2 peberet
*berani la aku cakap camtu,kang merajuk takde kesudahan
encik busyuk aku tu
hak8




nampak macam sikit
tapi bagi insan sengkek macam saya ni
hmm alhamdulillah la..

shimmering sheer blusher peach  from in2it ( xingat harga)
concelear pen rm7.00
yes boss (novel) rm20
eyebrow pencil (light brown)rm2
pixy natural white compact powder rm16
white eyeliner from mac rm7
blue eyeliner arace rm7

plus minus semua sekali
adalah lebih kurang rm70
murah2 je  tapi berbaloi la dapat semua ni

erm.. agak2 kalau mintak duit lagi dapat cacian sebakul dua ke eah?
haha terasa ingin membeli kasut raya yang oh-hensem tu..

=-="  berpeluh2 nak susun ayat ni
nak cakap camner eah?


una:mama  3 rat ma nak beli kasut nose ma.. boleh eh? *(muka manja kemain)*
mama: boleh.... tapi 4 flat sem ni ya?jangan kan 3 ratus 3 ribu pun boleh
una: T-T *menangis*


p/s; apekah jenis penganiayaan ini? oh sadis.. mama perli aku dekan pun tak pernah ... T-T




mangsa-mangsa keadaan yang tak dapat lari :)

selamat pagi ,selamat malam
entry ni una buat khas untuk kawan -kawan una
yang jadi mangsa  make up :)

una tak perfect
una mengaku tak la setanding make up artist
or mak andam
just do it for my self
ape orang kate kepuasan diri :)
setakat nak kuar2 gi warung pak leman tu tak de hal la
har har har




so malas nak banyak cakap tengok je la pic kat bawah ni

subject: nurul hafizah
theme: xder theme men blasah je



subject: nur wahidah a.k.a wawa
theme: soft natural arabic :)



subject :siti nur fatihah
theme: hmm xde theme

model ke 3 ni ade sikit salah la
lupa nak blending make up betul2
btw  thanks kat korang2 yang sporting habis :)

p/s:diri sendir? tak make up,len kali la nak tidur ni bubbye!

August 9, 2011

hey doktor,beretika sikit !

penat,letih dan tak gembira
tu la frasa yang sesuai untuk keadaan sekarang
keletihan  sedikit
kira2 pukul 1 pagi tadi una teman kawan una
bf dia masuk hospital accident motor
kesian wawa,kami kelentong pak guard  cakap sedara yang accident
arrghhh ape boleh buat,nak tak nak kena jugaklah tipu

una tak tahu nak buat ape,una dah la tak pandai pujuk orang
huuuu T-T
una pun nak menangis time tu sumpah
nasib baiklah selasa (hari ni) kami tak ada kelas
jadi bertapalah kami di wad sampai pukul 4
una memang mengantuk, 
una tidur lena kat katil sebelah
*macam una yang sakit*
tapi una fikir kalau una tak teman dia,siapa lagi nak teman?
ye la harini hari dia,esok lusa kita tak tahu hari kita .
pukul 4 pakcik(ayah fidie bf wawa) hantar kami balik

wawa risau bf dia macam hilang ingatan
mungkin effect gegaran otak sikit
tulang bahu patah,
una terkejut juga tengok yang ada doktor biasa
una nak cakap takut,una ni orang luar
kalau kecederaan luar tu nampak sikit
biasanya teruk di dalam
harap2 doktor kat kuantan ni professional sikit
 buat kerja jangan sambil lewa
nanti dah teruk baru terhegeh2 nak buat kerja.
tengok gambar motor dia tu,hancur

x tray la cepat2 ye doktor?
lagi2 bahagian kepala takut ade pendarahan dalaman
una pernah kehilangan seorang kawan
gara2 doktor yang cuai,
they say everything gonna be okay,
sikit je tu...
tengok2 ade pendarahan kat otak
and she died within 24 hours.

p/s: memang ajal maut ditangan tuhan,tapi sebagai seorang professional ,mereka harus mempunyai etika

note: saya tahulah saya kan dah ambil subjek etika :D

Result Level D dah keluar !!!