January 26, 2013

Degree logic.

 



Baru baru ni aku ada berjumpa dengan seorang kawan lama, kami berbual panjang dan dia bertanya apa yang aku buat sekarang, dan ya aku duduk di rumah  sebab mama tak izinkan aku bekerja lagi di sana dia berharap aku dapat sambung degree.

kawan aku ni dah sambung degree part 2 di uitm  .



A : ijat kau taknak sambung degree ke?
aku : eh naklah.. tapi tak ada rezeki je lagi.. kenapa ?
A:oh kau mintak uitm tak?
aku: mintak, tapi tak tahu lagi aku dapat ke tak .*jawabku jujur*


A: aku rasakan kau mintak je kos apa-apa , janji kau dapat sambung degree.
aku : taknaklah , aku nak mintak kos yang aku nak belajar je .
A: kau ni janganlah demand sangat, ambik je apa-apa.



okay tujuan aku buat post ni bukan nak menceritakan keburukan kawan aku, atau keburukan diri sendiri. bagi aku, aku berhak demand sebab aku bayar apa yang aku belajar. betul atau tak?


kita di malaysia perlu bayar yuran pengajian sehingga berbelas ribu dan berpuluh ribu untuk belajar, dan kemudian mencari kerja sendiri. sekarang cuba fikir dahlah kita berhutang untuk belajar  kenapa pulak kita tak boleh memilih bidang yang kita nak pelajari? . oh come onnnn guys.


aku tak suka menjadi manusia yang mengejar sesuatu "kejayaan" hanya untuk memberitahu semua orang "hai saya ada segulung ijazah, saya sungguh pandai ! ambillah saya bekerja" padahal at the end of the day, kita cuma jadi manusia yang ada sehelai kertas yang kita kejar padahal otak kita kosong sebab kita tak  berminat dengan apa yang kita buat, jadilah kita antara manusia yang menganggur tanpa kerja walaupun belajar bertahun-tahun berhempas pulas menghadap assignment, test dan sevagainya.


So apa yang aku nak tekankan disini, kalau nak buat sesuatu, buat dengan hati dan niat yang betul kalau awal-awal lagi niat dah salah, ijazah pun belum tentu dapat bantu kita dapat tempat yang terbaik. dan yang paling penting kita kena sedar semua orang ada goal masing-masing . tak semua orang nak jadi doktor,lecturer,accountant , mahupun engineer .  Jadi sebelum kita bagi pendapat kita pada orang kita kena ingat yang orang tu bukan kita, dan dia mempunyai minat  yang berlainan dari diri kita.





*weh ayat kau macam terasa je*

ha memang pun, siapa tak terasa kalau orang merendahkan cita-cita kita?
macam cerita dalam tv tu cakap, kalau nak bermimpi biar sampai ke bintang, nanti kalau gagal sekurang-kurangnya langit kita dah capai. :)




dan kepada kawan aku tu semoga berjaya dalam apa yang kau buat.ingat susah dulu senang kemudian. Bermalas-malasan itu tak elok, aku dah belajar dari kesilapan dulu. Semoga kau pun dapat belajar  apa yang aku dah belajar dulu  masa diploma , boleh kata aku dah serik main-main zaman college dulu.baru sem 2 sempat lagi nak ubah pointer tu dan ingat belajar masa zaman kau stpm dengan degree tak sama. GOOD LUCK! ;)






p/s: crack your head guys, kejayaan tak datang menyembah di kaki, do what you believe . amin.





January 2, 2013

berita sedih dan berita gembira?

2 januari 2013






aku baru dapat berita yang mana berita ni boleh jadi berita gembira dan sedih sekaligus . mungkin korang kompius dengan aku berita jenis apa yang boleh jadi berita yang gembira dan sedih sekaligus. adakah ianya dua berita? tuntas, benda ni memang satu je beritanya . aku rasa aku belum cerita lagi dalam blog ni.tadi lepas aku bermain-main dengan bulat (kucing kesayangan mama) sampai berpeluh-peluh tiba-tiba mama balik. aku tengok mama bawak barang dari guardian. banyak pulak tu. aku hairan , pelik dan curiga . buat apa mama beli barang-barang sebegitu banyak?. bila mama melangkah ke dapur daku memainkan peranan sebagai spy kekurangan bajet. spy pakai t shirt dengan seluar pendek je . selongkar plastik nampak pencuci muka jenis sama 2,3 botol?
hanitizer(hand sanitizer),  sun block (apakah?) dan beberapa keperluan lain.
aku jadi curious. tapi aku cool dulu, ilek ilek dulu aku ambik baju, aku lipat sambil lipat, sambil fikir . tiba tiba mama ke depan sambil susun plastik tadi.


mama: kakak, hujung bulan ni mama dah start kursus 6 bulan, kau jaga rumah, tengokkan bulat ye .

aku : *ciskek , balik2 jaga bulat, ape sepe -sial  sangat si bulat ni?* ( baca dengan nada iri hati.


mama: kakak , dengar tak apa mama cakap?

aku : hmmm yelahhh *nada suara mail dari upin-ipin*





aku cakap je , padahal dah berniat nak lari tu. bukan lari rumah dalam erti sampai polis cari tu.. bukannn bukannn . lari dari tanggungjawab. jadi anak sulung ni ada pro and con dia. antara disadvantages dia ialah segala tanggungjwab lari kat kau. segala wasiat (semasa hidup) memang sah-sah dah turun kat kau. aku terkenang kat adik aku nanti. yang spesis makan memilih tu. 6 bulan mama tak ada. nasib engkorang la ye. abah memang tak boleh hadam masakan aku maka memang lauk kedai selama 6 bulan. daku tak apelah daku masak sedap (sedap untuk tekak sendiri).





terbayang dah memek muka abah kena iron baju sendiri. mampukah beliau?. mampukah? gelak-gelak*.


dari sudut negatifnya memang berita tu agak sedih, dah biasa tengok mama ada kat rumah tiba-tiba tak ada. tak ke sunyi? paling sunyi kucing mama la si bulat tu. kat siapa dia nak mengada-ngada? waktu mama ada dia dapatlah tidur bilik air cond , tilam empuk. bilik aku? tak dapatlah kaauuu. aku memang aku memang tak tahan sejuk.kipas tahap 3 pun aku tak boleh.



dan dari sudut positifnya. mungkin adik adik aku dapat berdikari sedikit.
mama selalu jugak bagi duit jajan kat si aiman . jadi kalau dengan abah mungkin aktiviti diorang tu kurang sikit. dan mungkin aqilah tak boleh mengada-ngada lagi tak buat kerja rumah. positif kan? harapnya positif la. mungkin dengan ketiadaan mama nanti segalanya akn berubah sebanyak 360 darjah. Tapi yang aku pasti abah mesti tiap-tiap minggu lawat mama .



dan macam mana dengan aku? pasal aku. aku taknak cerita dulu. nanti-nantilah aku cerita ya kasi surprise sikit ;P 

Result Level D dah keluar !!!