January 2, 2013

berita sedih dan berita gembira?

2 januari 2013






aku baru dapat berita yang mana berita ni boleh jadi berita gembira dan sedih sekaligus . mungkin korang kompius dengan aku berita jenis apa yang boleh jadi berita yang gembira dan sedih sekaligus. adakah ianya dua berita? tuntas, benda ni memang satu je beritanya . aku rasa aku belum cerita lagi dalam blog ni.tadi lepas aku bermain-main dengan bulat (kucing kesayangan mama) sampai berpeluh-peluh tiba-tiba mama balik. aku tengok mama bawak barang dari guardian. banyak pulak tu. aku hairan , pelik dan curiga . buat apa mama beli barang-barang sebegitu banyak?. bila mama melangkah ke dapur daku memainkan peranan sebagai spy kekurangan bajet. spy pakai t shirt dengan seluar pendek je . selongkar plastik nampak pencuci muka jenis sama 2,3 botol?
hanitizer(hand sanitizer),  sun block (apakah?) dan beberapa keperluan lain.
aku jadi curious. tapi aku cool dulu, ilek ilek dulu aku ambik baju, aku lipat sambil lipat, sambil fikir . tiba tiba mama ke depan sambil susun plastik tadi.


mama: kakak, hujung bulan ni mama dah start kursus 6 bulan, kau jaga rumah, tengokkan bulat ye .

aku : *ciskek , balik2 jaga bulat, ape sepe -sial  sangat si bulat ni?* ( baca dengan nada iri hati.


mama: kakak , dengar tak apa mama cakap?

aku : hmmm yelahhh *nada suara mail dari upin-ipin*





aku cakap je , padahal dah berniat nak lari tu. bukan lari rumah dalam erti sampai polis cari tu.. bukannn bukannn . lari dari tanggungjawab. jadi anak sulung ni ada pro and con dia. antara disadvantages dia ialah segala tanggungjwab lari kat kau. segala wasiat (semasa hidup) memang sah-sah dah turun kat kau. aku terkenang kat adik aku nanti. yang spesis makan memilih tu. 6 bulan mama tak ada. nasib engkorang la ye. abah memang tak boleh hadam masakan aku maka memang lauk kedai selama 6 bulan. daku tak apelah daku masak sedap (sedap untuk tekak sendiri).





terbayang dah memek muka abah kena iron baju sendiri. mampukah beliau?. mampukah? gelak-gelak*.


dari sudut negatifnya memang berita tu agak sedih, dah biasa tengok mama ada kat rumah tiba-tiba tak ada. tak ke sunyi? paling sunyi kucing mama la si bulat tu. kat siapa dia nak mengada-ngada? waktu mama ada dia dapatlah tidur bilik air cond , tilam empuk. bilik aku? tak dapatlah kaauuu. aku memang aku memang tak tahan sejuk.kipas tahap 3 pun aku tak boleh.



dan dari sudut positifnya. mungkin adik adik aku dapat berdikari sedikit.
mama selalu jugak bagi duit jajan kat si aiman . jadi kalau dengan abah mungkin aktiviti diorang tu kurang sikit. dan mungkin aqilah tak boleh mengada-ngada lagi tak buat kerja rumah. positif kan? harapnya positif la. mungkin dengan ketiadaan mama nanti segalanya akn berubah sebanyak 360 darjah. Tapi yang aku pasti abah mesti tiap-tiap minggu lawat mama .



dan macam mana dengan aku? pasal aku. aku taknak cerita dulu. nanti-nantilah aku cerita ya kasi surprise sikit ;P 

Post a Comment