June 4, 2025

tahu tahu dah june?

 




guys ..

haritu kan masa i pergi facial diorang cakap i salah pakai product. i kadang kadang give up dengan my hormones ni sampai rasa nak je daku ke korea buat skin treatment and borong banyak banyak skincare bawak balik.


tapi kita semua tahu itu takkan berlaku dalam masa terdekat ni sebab i memang tengah cuba belajar berjimat. kalau cuti setakat dekat dekat je i mampu setakat ni. entry ni bukan tujuan untuk humble brag ke atau menagih simpati ke tidak. sis tak propa. sepanjang i menulis di blog ni semua ganti nama i dah guna. aku kau. saya awak.  una  and now i .. you.. 


sebab ikut phase umur i lah eah. lagipun kadang kadang i nak mix english so i you lebih sesuai. selalu i tak profreed my entry melainkan i banyak masa. so maafkan la salah spelling tu ya.


btw kenapa i berjimat? yang follow blog ni lama mesti tahu i dah beli rumah. dan rumah tu sepatutnya siap last year but due to certain reason belum siap lagi. jujur la i cakap i tak kisah dia siap lambat . i cuma tiba tiba rasa why la i tak beli rumah dekat damansara eah?


why i tak sabar sikit and tunggu rumah selangorku tu approve?  tapi bila fikir balik ni semua dah takdir.

i hanya mampu doa Allah mudahkan jalan i . kenapa i tiba tiba fikir macam tu?


korang semua tahu kan my first ever travel luar negara masa i pergi umrah?then after umrah baru i berani nak pergi travel negara lain yang dekat dekat. lately naik la dekat fyp i pasal orang pergi korea buat skin treatment and orang pergi cuti dekat japan.

i suka. i rasa that is how life should be. we earn money . we travel to see other part of the world yang Allah ciptakan. 


tapi tu lah ni rahsia Allah betul tak? masa sangat cepat berlalu . i pun macam tak sangka i dah 15 tahun menulis di blog ni. kalau ada kakak abang masih active blog i just wanna say hi. 


see teddy una and bunny dah mature la kakak abang blog ! i bet korang mesti anak dah besar.


i start menulis when i was 19.  budak yang tak fikir apa apa kecuali nak pergi college cantik cantik. 

tak ada passion dalam engineering tapi masih teruskan belajar.


i was so happy despite of challenges i faced. i rasa i rindu my old spirit. i tak pernah takut sakit ain ke sihir ke whatever ke . i'm just being me.


sometimes i wonder about this penyakit ain. betul ke eah? i mean maybe betul . sebab takkan ustaz nak menipu. 


i just somehow rasa this fear made me takut nak post apa apa sangat. i masih ingat how i bloom masa i post every wishlist i berjaya unlocked. adakah i buat silap? adakah i patut post je whatever that makes me happy? i think it is safe to post here. maybe i will just post here.



lagipun i am doing this for memory  so future me boleh baca. cepat masa berlalu tahu tahu dah june dah guys.

i doakan semua yang baca blog i di mewahkan rezeki. 


.


k tu je for now


ttyl


una mn


No comments:

First time warded