March 27, 2022

Birthday Celebration & Birthday self treat at Hannan Medispa

 



Hai korang..

sepertimana tajuk today 27  march is my birthdayyyyyy . hahaha i dah sambut 2 hari lepas dengan husband sebenarnya. sambut ala kadar je kami pergi makan makan dekat hokkaido sushi je.i rasa every year sama je cuma last year special sikit sebab kami pergi tidur hotel . this year tak pergi sebab banyak kekangan waktu jugak. 


25 march 2022 

i bekerja macam biasa . habis kerja i terus ajak husband keluar sekali celebrate birthday i. nampak tak i ni 

simple je orangnya? HAHAHA


selepas makan makan kami jalan jalan kejap dalam mall and i singgah lush untuk beli 
my fav  mask of magnaminty . and then kami pergi beli gigi coffee and lllao llao untuk dibawa pulang.


ni la rupa mask tu ye. 


26 march 2022
i tak ada plan untuk keluar harini tapi tiba tiba i dapat call dari adik i ammar beritahu suruh pergi rumah mak uda di sunway sebab my parents ada dekat sana. so i sampai sampai ada cake !! 
so lepas potong potong cake i balik damansara semula.
malam tu lepas santai santai lepak i terfikir nak buat facial la. so i book via instagram 
untuk facial di hannan medispa di ikano . i dapat slot pukul 12. tapi i diminta datang pukul 11.30 am untuk skin analysis.


27 march 2022 (today)

today pagi pagi lagi dah bersiap untuk pergi facial. sebab nak pergi facial tak ada la bersiap beria sangat.
service sangat sangat baik and lepas skin analysis i betul betul paham my skin macam mana.
t zone i berminyak tapi my cheek dry . lepas dengar apa semua i proceed kepada treatment


jangan tanya kenapa i blurkan hahahahaha bila skin dan kena zoom macam tu
nampak semua aib aib kehidupan hahahaha




so i buat oxygen hydration therapy sebab main focus dia nak bagi hydration dekat my skin.
mula mula start dengan facial. dia cuci muka i dulu. lepastu  muka i di steamkan muka i dengan wap
panas supaya pori i terbuka. lepastu dia buat extraction blackhead and whitehead i. mula mula pakai macam pen tu idk nama dia apa but korang selalu pergi facial kan mesti tahu. 
and then dia bagi macam wap wap sejuk oxygen kena muka i . lepastu 
proceed pakai gel mask and i add on pakai led tu. add on tambah rm30 je.
nampak kat gambar bawah ni ada topeng macam squid game tu. ha macam tulah i kena pakai.


settle pakai tu last sekali dia pakaikan i  moisturizer and sunscreen. 
kulit i memang rasa "disayangi" sangat. 
Dah lama tak self treat so macam ni lah.
actually diorang tengah ada promo tau . so kalau korang nak silakan cuba



sebab harini birthday i dia bagi i free hand sanitizer from hannan. thank you so much
inshaallah i akan datang lagi.





lepas treatment i jalan jalan kejap masuk popular .lepastu pergi pusing pusing cari apa nak makan.
tapi almost semua tempat penuh . so i call my cousin ajak dia lunch sekali.


and she treat me this !!! 









kami pergi makan dekat dave deli je. lepastu i teman dia masuk sport direct .
dia nak beli kasut. lepastu i pun balik rumah dengan perut yang kenyang dan hati yang gembira.



malam ni pulak i ingat dah tak ada surprise dah.sekali husband order this for me.
macam manalah nak kurus macam ni :'D
KURUSLAH UNAAA KURUSLAHHH UNA 


malas nak merancang kejap lagi badan ni anggap ni sebagai cabaran pulak.
makin nak diet makin lapar .
so kita relaks relaks je la .

k tu jelah korang .

i nak sambung main game

till then

ttyl


una mn














March 13, 2022

Happy Engagement Day Brother & Jalan jalan Genting Premium Outlet

 

Hi guys..

semalam 12/3/2022 merupakan hari pertunangan adik lelaki i yang no 4 ammar. maybe korang jarang tengok dia sebabnya i jarang jumpa dengan adik beradik sendiri. selalu lepak dengan cousin je.  Masing masing busy kerja. masa cepat berlalu tiba tiba je semua orang dah dewasa. i pun dah masuk tahun ke 4 jadi isteri orang. Tunang ammar orang rawang je so dari damansara taklah jauh sangat. i bertolak dari rumah pukul 10 lebih sampai sana dalam pukul 11. kami melepak beramai ramai di rumah makuda di rasa.

rumah makuda dekat sana sebenarnya kosong tapi boleh la jadi tempat kami melepak. mama ajak adik beradiknya untuk teman pergi meminang memandangkan abah dan mama bukanlah jenis yang pandai nak berpantun pantun ni HAHAHA. terima kasih kepada paklong maklong, pak andak mak andak, pak uda dan mak uda yang teman family kami pergi meminang sekali bertunang. 


so ni la dia tunang ammar namanya erin. 
cantik kan bakal adik ipar iolz? hahaha




so ni adik i ammar disamping tunangnya erin. kakak doakan korang dipermudahkan urusan.
amin
this is me in 2007 and ammar . i was 16 and he was 11 . 
kalau i sebagai kakak susah nak percaya adik i dah besar i dont know what my mom
feel. Ammar basically anak emas mama.
sebab kurang melawan and selalu spoil my parents with trip and
pandai jugak. 



settle majlis tunang kami di persilakan makan alhamdulillah lauk semua sedap.
lepas makan kami kembali semula ke rumah makuda untuk berbagi hantaran ammar yang kebanyakkan makanan jugak. thanks ammar sebab bagi kakak ferroro rocher kau! satu box sis caras hahahha

cake pun dah selamat di belah dibagi bersama sama. 


selepas makan dan melepak sebenarnya sis ajak mama pergi ke gpo tapi mama penat katanya lain kali.
so akhirnya i dengan husband je naik ke genting . rugi pulak kalau tak 
pergi sebab jaraknya cuma setengah jam dari rawang.


what a nice view. masa ni kami dekat luar starbucks.
ni masa kami dah masuk starbucks. kami cuma minum and makan ragu pie
sebab kami masih kenyang so tak ada plan nak makan dekat genting.
selepas minum minum. kami baru start jalan jalan cuci mata sambil cuci dompet hahaha


kebetulan gpo banyak sale sekarang so sis apa lagi ambik peluang untuk shopping!! 
sis tak beli banyak pun cuma benda benda biasa je.





see cakap dah tak banyak kan? jap sis tunjuk close up. mula mula sis masuk victoria secret. 
1 for rm32 3 for rm89 . murah kan?
sebab murah sis beli 3. satu body mist pure seduction and losyen pure seduction and satu lotion love spell. 







sebenarnya sis nak setting spray memandangkan urban decay dah stop jual dekat sephora sis saja tengok dekat gpo ni ada jual apa. so sis try jenama beauty blender ni. taklah murah sangat jugak rm116++ kalau tak silap. lepastu sis beli barang barang lain. cuma cover fx tu je sis dapat free . sebab purchase sis lebih rm200 so boleh dapat free gift. ni dekat sephora gpo je ya. sebab barang dia pun tak banyak sangat.
sephora dekat bawah tak ada macam ni.


dekat typo sis beli dua ni. letterbox and light ni dapat free
ya free sebab dia buy 1 free 1.

lepas shopping dalam pukul 7 lebih kami bertolak balik damansara. 
k tu jelah korang

till then

ttyl

una mn
















March 9, 2022

Car service day and early birthday present from myself (second wishlist for 2022 completed)











Hi guys... 

post ni i nak cerita aktiviti i untuk hari isnin and selasa. sebenarnya minggu ni i cuti longkang.

selalunya cuti i sebelah sebelah sebab i cuti 5 hari seminggu. Sebab ni transition cuti rta letak cuti i 

isnin and ahad. 



7 march 2022

i harini ada appointment service kereta dekat proton pada pukul 8 pagi. kenapa 8 pagi?

sebab tu je available slot that day yang mengikut masa i. sebab plan i lepas service kereta nak pergi jalan jalan . alah aktiviti biasa seorang una :D. Service ambik masa 3 jam sebab i ask them untuk service air cond sekali and cucikan kereta i sekali disinfection.






sementara tunggu di pusat service i tengok the lord of the rings - the fellowship of the rings. 
yelah mati kutu kan nasib baik teringat nak bawak ipad. lepas 3 jam kerete i pun siap service .
i kena bayar dalam rm548+ 



siap service kereta kami terus bergerak ke putrajaya sebab we want to try dooki.



so this is dooki . if you havent try it yet you should. 
as korean food lover i mesti cuba. actually pukul 12 kitorang dah sampai situ tapi kedai ramai orang so kitorang dapat slot lunch pukul 2 guys. 

sementara tunggu lunch kitorang minum daboba dulu sebab i dah lapar. 
tak boleh makan nanti terkenyang pulak.
and then right after that kami pergi main family pool.
yaa korang tak salah baca kami main pool.
bukan kolam renang ye.
snooker!

kami main  3 game je then tahu tahu dah pukul 2.



ni semua korang boleh ambik ikut citarasa korang.
you guys boleh pilih kuah apa korang nak .
tak pedas sampai terpaling pedas.
i chose medium spicy because my husband tak makan pedas sangat.


ring cheese tu optional . kalau korang nak add on kena tambah rm16.80


mandu. actually dia ada side lain jugak yang korang boleh ambik.
ada kimbap, and fishckae yang rendam rendam macam dekat family mart tu.
concept dookki ni. sekali masuk korang makan 90 minit.
tapi kalau terlebih masa tak ada kena halau pun. tak tahulah kalau tempat lain macam mana.


di atas korang akan dapat nasi goreng kimchi macam tu. tu memang chef datang buat kan.
ala macam dekat mr dakgalbi la.

snow cheese korang nak kena add on eah rm9.90 .
so i tambahlah.


untuk air unlimited time la same concept mana mana tempat minumlah kau 
i pick lemonade untuk tone down kan semua benda yang cheesy i makan.


selepas makan kami jalan jalan jap and i ternampak outlet alha alfa.
so i pun masuk. i beli foundation dia code fervi . fervi one of my fav foundation .





on the way balik kami singgah the curve beli baskin robbin bawak balik.
i suka design tub dia yang baru ni. so cute


9 march 2022

semalam  i satu hari mencari cari apa yang i nak beli untuk diri sendiri sebagai hadiah.
kenapa? sebab mood shopping membuak buak jadi daripada duit tu bazir beli benda tak elok
so baik belikan diri sendiri sesuatu.
Sebelum tu kami pergi makan dekat absolute thai




lepas makan kami terus pergi habib the curve 

 





hadiahkan diri sendiri something ni best sebenarnya macam kita hargai penat lelah sendiri.
card holder tu husband i saja belanja.thanks sayang!!
kalau ikut hati nak je beli rantai tangan sekali tapi since i kena simpan banyak duit untuk
masuk rumah sendiri nanti tak boleh habiskan simpanan beli emas semua kan?
oleh sebab itu i consider this as my second wishlist for 2022! 
alhamdulillah . kumpul emas kan bagus . lagipun emas emas lama i ada yang dah buruk ada yang tak muat teruatamanya rantai. 
so time to get a new  one la sebenarnya.




sebelum balik i pergi drive thru saja nak try air baru strawberry dream cream frappe . sedap guys rasa macam ice creme.




k la korang tu je entry kali i dah penat ni 
lately busy sikit dengan kerja . 


till then


ttyl

unamn