Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2012

memori percutian yang takkan dilupakan. cemas dan ngeri.

Rasa- rasa dah lama blog ku ni menyepi. blog je sepi tuannya tak sepi tau. *menipu padal sepi je*.


by the way tak kisahlah aku sepi ke tak , itu korang boleh abaikan dulu sebab aku ada cerita yang aku rasa menarik untuk diceritakan.  well taklah menarik ini semua pengalaman hidup aku je . okay 15 hb haritu aku pergi bercuti, well aku tak anggap macam percutian sangat pun sebab pergi tidur satu malam je but then okay, bila ianya luar kawasan, dan tak menumpang tidur di rumah saudara, dan tujuan utama kesana adalah untuk berseronok maka ianya telah termaktub sebagai satu percutian . LOL   (sebelum kita ke kisah ngeri, korang hadap gambar-gambar bawah ni dulu)





                             aiman di bukit merah lakeown resort




percutian kali ni ada kejadian ngeri berlaku. serius ni ngeri dia bukan tahap kena kacau dengan bangla ke apa. ini serius punya weh. kalau setakat terpijak kaca tu , level ngeri dia celah kuku je. actually benda yang ngeri tu ialah aku dan adik aku hampir mati lemas.…

mandi manda wetworld di cuti sekolah dan cuti si penganggur

masa kita di dunia ni kalau boleh dikira-kira tak banyak mana pun tolak berak,kencing tidur,makan, lagi-lagi diusia muda ni haa tolak waktu belajar . nak pulak yang jenis belajar jauh-jauh tu . macam aku setelah habis belajar aku masih lagi menganggur dan mendaftar sesi menternak lemak sepanjang cuti ni. dan bila musim cuti sekolah biasanya adik2 aku je excited tapi kali ni aku turut excited sebabnya  itu petanda kami akan pergi bercuti. plan asalnya kami nak pergi bercuti pada15 haribulan tapi entah macam mana 2 hari lepas mama dengn abah aku ada rancangan tambahan ajak  pergi mandi manda dulu kat wetworld shah alam. dengan hati teruja aku pun pergi. sampai-sampai sana aku baru teringat yang wetworld ni kecik. 

maka aku redhalah mandi di kolam cetek. kita mesti manfaatkan masa yang ada ye tak? maka semalam yang jadi bahan atau mangsa ialah aiman. sebab dia je masih budak-budak. aku dengan aqilah dan ammar membuli dia secara berkumpulan sebab adik aku yang sorang tu takut air. dasar k…

instagram fever

arus kemodenan teknologi di malaysia sungguh membimbangkan daku.
kerana daku sekarang ini (baru dua hari) telah addict kepada instagram. Daku sungguh envy level 9 bila melihat gambar gojes di facebook teman daku. lantas daku dengan gelojoh membuat satu account instagram semalam. itupun hasil menyelinap masuk milik mama daku untuk meminjam galaxy tab beliau. tanpa tab itu daku pasti loser dimata kalian  kerana daku tak ada instagram .LOL.



dah kenapa aku ni berdaku-daku? adakah aku mengidam pelempang kuasa kuda?


DRUMROLL SIKIT...

tadaaaaaaaaa...



url dekat instagram tu aku letak url blog bahasa inggeris aku aku sengaja tak letak url blog ni.  dalam tempoh 2 hari aku baru ada 11 follower . untunglah orang nak follow ye dak? . ni siapa-siapa nak follow sila la follow yer? you follow mine, i follow yours gituuuuu ;p .



lepas ni nampaknya mungkin aku akan membeli sebijik hp baru atas dasar gila instagram yang kian menular.meskipun muka aku tak segojes fatin liyana tapi peduli hapeee janji boleh ba…

tutorial/review cara pembelian online tudungpeople

assalamualaikum...


ini bukan macam tutorial sebenarnya ini lebih kepada review. tapi aku saja-saja letak tajuk tutorial sebab aku anggap ni macam tutorial kepada mereka yang belum kenal online shop ni. aku rasa haritu aku dah tulis pasal TUDUNGPEOPLE ni . jadi sesiapa yang memang baca blog aku ni mungkin tahulah kot. nak nak pulak online shop ni memang dah famous sebab kualiti tudung-tudung dia yang gorgeous kata ko siap masuk entry jameela lagi uolzz ;P.


jadi untuk pengetahuan korang pihak tudungpeople dan upgrade bussines tudung dia ni dari pada facebook kepada website baru http://shop.tudungpeople.com dari product lama sampai produk baru ada dalam ni guna sistem ipay88 boleh terus bayar guna maybank2u. mudah kan?
tapi sebelum tu korang kenalah buat akaun dulu.. macam ni ..




okay bila dah isi click pada continue korang boleh shopping. tapi kalau nak shopping online pastikan ada maybank2u account  tau . kalau tak ada silakan la buat. aku galakkan guna maybank2u sebabnya aku pakai maybank…

( congrates malaysia )from malaysian to indonesian .

sebelum kita terus ke point utama aku nak ucap tahniah atas kemenangan harimau malaya 2-0 ke atas  indonesia  sebagai manusia yang tak berapa minat bola, agak luar dari kebiasaan jika kita yang tak minat bola boleh tengok bola dari mula sampai akhir. tapi bila melibatkan  game malaysia vs indonesia aku terpanggil untuk tengok  lantaran terbaca tohmahan tohamahan yang dikeluarkan negara jiran. mereka marah dengan kita kerana dituduh cuba curi budaya. kerajaan punya hal dua negara bermusuh . jika ada rakyat indonesia terbaca post ni aku harap sangat mereka faham yang claim budaya bukan seluruh rakyat malaysia.


kerana ;


 budaya itu bukan sesuatu yang boleh dicuri kerana sifat  budaya itu diamalkan bukan disimpan , bukan atas nama budaya milik siapa tapi atas dasar siapa yang mengamalkannya. kami punya budaya kami sendiri, kami tak mencuri budaya sesiapa .


disini budaya yang kami amalkan budaya dari nenek moyang kami , budaya dari kecil . hidup dengan lapisan kaum. berlaku asimilasi budaya …