Skip to main content

mandi manda wetworld di cuti sekolah dan cuti si penganggur

masa kita di dunia ni kalau boleh dikira-kira tak banyak mana pun tolak berak,kencing tidur,makan, lagi-lagi diusia muda ni haa tolak waktu belajar . nak pulak yang jenis belajar jauh-jauh tu . macam aku setelah habis belajar aku masih lagi menganggur dan mendaftar sesi menternak lemak sepanjang cuti ni. dan bila musim cuti sekolah biasanya adik2 aku je excited tapi kali ni aku turut excited sebabnya  itu petanda kami akan pergi bercuti. plan asalnya kami nak pergi bercuti pada15 haribulan tapi entah macam mana 2 hari lepas mama dengn abah aku ada rancangan tambahan ajak  pergi mandi manda dulu kat wetworld shah alam. dengan hati teruja aku pun pergi. sampai-sampai sana aku baru teringat yang wetworld ni kecik. 

maka aku redhalah mandi di kolam cetek. kita mesti manfaatkan masa yang ada ye tak? maka semalam yang jadi bahan atau mangsa ialah aiman. sebab dia je masih budak-budak. aku dengan aqilah dan ammar membuli dia secara berkumpulan sebab adik aku yang sorang tu takut air. dasar kambing!

dan masa kat sana ada satu kejadian yang lucu pun ada seram pun ada. siapa-siapa yang pernah pergi sana mesti tahu dekat situ ada sediakan photographer . boleh ambik gambar masa kita berenang masa mandi. gambar bawah air pun boleh.untuk pengetahuan korang photog nya bangla. orang lain satu dua keping je . tiba tang aku kena buat gaya macam agogo la, sekejap macam model wetworld la, bawah air tu smapai 5 ,6 kali. naik semput i tau nyah. lepas tu mata pulak tak reti kawal .tertumpu pada sesuatu . lepas je aku nampak dia macam tu aku telah berlari secara jitu. mujur aku dapat kawal marah kalau tak dah lebam muka bangla tu. kang ade pulak keluar facebook gambar aku menumbuk photog tu. =-=' .


lepas tu aku berazam dalam hati aku taknak pergi lagi wetworld. sungguh jilaka. tapi walau bagaimanapun aku tetap menikmati view dari situ terutamanya yang ni..





okay lepas tu kami bersiap-siap lalu ke masjid shah alam untuk solat zuhur. boleh pulak aku sesat masa nak keluar masjid tu. buat malu betul sampai kena gelak dengan mama aku. mama kata ni baru masjid negeri kalau kat oversea nanti entah macam manalah kau kakak.  keji bukan? dah lah depan masjid kena gelak tu. mazmumah bettei.


kemudian kami pergi makan dekat restoran mana tah . aku makan gulai ketam,tempoyak dengan gulai nenas. memang umpphh wa cakap lu. gambar pun tak sempat snap sebab sedap sangat makan.
(gambar ni aku dah terblurkan sejurus masuk instagram semalam .
ni aku yang belakang tu si aiman )

tak sampai dua jam kan otw nak balik rumah kami singgah makan lagi . sebab nak cover malam, sebab malam mama penat dah tentu tak masa kmi pekena roti canai dengan abccc perghh wallahhh.


masa ni kami kat kedai mamak sebab aqilah (adik aku) teringin nak makan roti tisu. last last aiman pun nak jugak padahal sebelum tu baru je dia bedal roti canai. meskipun aku besar aku tak penah makan macam tu sekali. =-='  . sampai orang meja sebelah kitorang asyik pandang-pandang je. terasa malu jugak mesti kena label keluarga kuat makan.  damn .






p/s: post-post ni pun aku dah rasa lapar... nyum!
 




Post a Comment

Popular posts from this blog

Product Review : Laneige BB Cushion

Salam , hai


sabtu lepas, aku pergi ambik barang dekat rumah lama which is dekat dengan setia city mall. Mama
pulak kebetulan nak beli bb cream baru and kawan dia cadangkan beli bb cushion dari laneige .Dan kebetulan jugak cousin cousin aku pun pakai laneige ni . Sambil menyelam minum air la katakan . alang alang mama nak beli barang so kami singgah la tempat wajib lepak aku setiap minggu sepanjang aku menetap dekat situ dulu. Mana lagi kalau bukan setia city mall! Sampai je kitorang terus masuk parkson dan cari counter laneige. So mama pun dah try , mama nak beli yang whitening and moisturizing ni tapi stock dah habis! sebabkan bb cushion ni ada 2 jenis whitening and moisturizing dan pore filler untuk kulit bermasalah. dan cuma pore filler je ada stock waktu tu. Aku cakaplah kat mama, ambik jelah nanti lain kali kita beli yang lain.ini pun okay gak mama. macam aku pulak yang kerja kat situ.. bukannya aku dapat komisyen pun. hekeleh sangat!. Budak jaga counter tu senyum je .. senang kerj…

kisah benar : spirit of the coin antara seronok dan bala.

siapa yang belum tonton video kat atas boleh tengok dulu. bercakap tentang spirit coin budak-budak yang lahir sekitar 90 an mesti tahu. sebab spirit coin agak famous satu ketika dulu, sampai  macam jadi trend dan "kebanggaan" budak-budak sekarang tak tahu mungkin, sebab sekarang orang main gadjet je.jadi sekarang ni apa yang aku nak cerita ialah realiti dan kisah benar dari pengalaman aku sendiri. waktu zaman kanak-kanak aku, aku pun teruja nak main benda ni, sehinggalah satu ketika sepupuku balik  bercuti di kampung, aku memang 24/7 di sana sebab aku tinggal dengan opah. kami rahsiakan dari parents, aku ''pinjam'' duit syiling lama opah, dimana bentuknya lebih kurang macam video kat atas ni. opah tak tahu pun aku pinjam sebenarnya
masa tu petang, kami rancang nak main di tengah malam dimana semua orang dalam rumah tu dah tidur. rumah opah aku ni, dua tingkat bahagian bawah besar dan selalu guna,bahagian atas jarang. untuk pengetahuan korang dekat atas tu ada sa…

Pengalaman membeli dari Goshop 2

assalamualaikum , hai 
haritu aku adalah belikan magic saw set untuk atuk aku sebab dia teringin benda tu.(rujuk entry ini)aku order 25 mac and barang tu sampai on my birthday which is 27 mac  1991 wohoo. esoknya atuk terus datang rumah aku ditemani cousin aku untuk ambik barang dia tu. oleh sebab dia berpuas hati dengan servis dari goshop ni tadi dia dengan senang hatinya nak  order item lain plak. sebagai cucu mithali *konon* aku pun tolonglah belikan . kali ni dia nak chefline chocowine frying pan. harga dia tak mahal pun rm 299 termasuk Gst and dia ada 5 pan . Free delivery lagi tu.


so apa tunggu lagi pergi beli cepat!  :D










macam biasa kalau nak order sign up dulu kat website senang sikit nak trace barang . bila post bila sampai. previous item aku beli gdex yang hantar dapat je tracking number aku boleh track terus and service dia memang cepat. tapi lebih baik jangan expect melampau lampau kau bagilah masa dalam 2,3 hari . inshaallah sampailah barang tu. :D

P/s: ini bukan entry berbayar…