Skip to main content

Aku, Cik epal dan cheque beliau.


Aku blogging sejak 2010 . 2009 aku ada blog tapi aku dah lupa password. HEHEHE
Dulu masa aku mula mula blogging aku agak blur pasal istilah trafik,SEO,nuffnang. Aku cuma anggap blogging ni macam hobi. Lepastu aku start rajin blogwalking. Dari situ aku baru tahu wujudnya nuffnang dan apa itu trafik. Aku tak ambik serious sangat soal tu tapi aku mula berjinak jinak dengan nuffnang. Start letak iklan hari hari aku tengok berapa ramai orang datang blog aku. Masa tu aku tak paham lagi Uv tu apa benda . Uv atau nama panjangnya unique visitor adalah salah satu factor pengukur berapa be atau nama panjangnya buffered earning sesebuah blog akan dapat. Masa tu seingat aku uv aku dalam 60.. kadang kadang 100. Okaylah untuk blog peribadi yang zero information macam aku ni. sejak aku guna nama dewasa ni baru aku reti nak tulis benda bermanfaat tapi itupun be aku tak boleh nak challenge waktu aku tulis merepek dulu tau.

Blog aku waktu stock syok sendiri dulu dengan blog ni bising dengan lagu pastu , tulisan atas warna lain bawah warna lain. Ramai jugak kaki komen dekat blog ni dulu. Mesti diorang fikir aku perangai entah apa apa.


hahaha pergh mengimbau kenangan kata ko!


sejak 2 menjak ni nuffnang dah tak bagi be . mungkin sejak aku tinggalkan blog aku berhabuk dulu.. tak ada siapa singgah blog aku dah. Nangis T_T


tahun lepas lepas aku cash out terus aku abaikan blog. aku update ikut suka hati. lepastu kadang kadang berbulan bulan gak la aku tak  update. Blogger suam suam aku cam aku ni kalau malas memang tak dapat ape la yong oii..


anyway sekarang semangat aku berkobar kobar nak menaip semula sejak aku tengok
cheque nuffnang cik epal. Berpinaaauuu mata den.. Rasa nak pengsan..


Nampak tak keji betul perangai irihati syaitonnirojim tu?

ni ha cheque yang aku gembar gemburkan tu




juling biji mata weh.. thanks cik epal upload gambar ni kat instagram .. Adalah motivation sikit dekat manusia manusia macam aku ni ha.. Hahaha rasa macam menyesal 5 tahun dulu taknak join event nuffnang pasal jauh. Actually blogger mana rajin join event nuffnang maka tinggilah peratusan diri untuk dikenali sekaligus mengeratkan silaturrahim sesame blogger. Bila dah erat silaturrahim tu banyak la kelebihan yang ko akan dapat dekat situ.Antaranya bila korang khawin akan datanglah si blogger femes cam gini ke majlis korang. Ala macam orang kata bila kita berkawan dengan  si penjual minyak Wangi .. maka kita pun Wangi sekali sebab kita pau minyak Wangi dia..


kohkohkoh... buruknya gelak T_T


Eh eh jangan fikir aku ni gila nak tumpang glamour ke apa.. hahaha aku sendiri pun tak pasti cik epal ni tahu ke tak kewujudan blog aku ni. Aku saja je puji beliau.

2 benda aku suka kat cik epal ni.

1) Gigi dia. For real! gigi dia lawa

2) Dekat blog dia suka share resepi , dan tips kurus. Sesuai la dengan dinasour macam aku ni



Semoga semangat menulis ni disertai dengan istiqamah, ilmu bermanfaat dan diberkati Allah. :D
14 comments

Popular posts from this blog

Product Review : Laneige BB Cushion

Salam , hai


sabtu lepas, aku pergi ambik barang dekat rumah lama which is dekat dengan setia city mall. Mama
pulak kebetulan nak beli bb cream baru and kawan dia cadangkan beli bb cushion dari laneige .Dan kebetulan jugak cousin cousin aku pun pakai laneige ni . Sambil menyelam minum air la katakan . alang alang mama nak beli barang so kami singgah la tempat wajib lepak aku setiap minggu sepanjang aku menetap dekat situ dulu. Mana lagi kalau bukan setia city mall! Sampai je kitorang terus masuk parkson dan cari counter laneige. So mama pun dah try , mama nak beli yang whitening and moisturizing ni tapi stock dah habis! sebabkan bb cushion ni ada 2 jenis whitening and moisturizing dan pore filler untuk kulit bermasalah. dan cuma pore filler je ada stock waktu tu. Aku cakaplah kat mama, ambik jelah nanti lain kali kita beli yang lain.ini pun okay gak mama. macam aku pulak yang kerja kat situ.. bukannya aku dapat komisyen pun. hekeleh sangat!. Budak jaga counter tu senyum je .. senang kerj…

kisah benar : spirit of the coin antara seronok dan bala.

siapa yang belum tonton video kat atas boleh tengok dulu. bercakap tentang spirit coin budak-budak yang lahir sekitar 90 an mesti tahu. sebab spirit coin agak famous satu ketika dulu, sampai  macam jadi trend dan "kebanggaan" budak-budak sekarang tak tahu mungkin, sebab sekarang orang main gadjet je.jadi sekarang ni apa yang aku nak cerita ialah realiti dan kisah benar dari pengalaman aku sendiri. waktu zaman kanak-kanak aku, aku pun teruja nak main benda ni, sehinggalah satu ketika sepupuku balik  bercuti di kampung, aku memang 24/7 di sana sebab aku tinggal dengan opah. kami rahsiakan dari parents, aku ''pinjam'' duit syiling lama opah, dimana bentuknya lebih kurang macam video kat atas ni. opah tak tahu pun aku pinjam sebenarnya
masa tu petang, kami rancang nak main di tengah malam dimana semua orang dalam rumah tu dah tidur. rumah opah aku ni, dua tingkat bahagian bawah besar dan selalu guna,bahagian atas jarang. untuk pengetahuan korang dekat atas tu ada sa…

Pengalaman membeli dari Goshop 2

assalamualaikum , hai 
haritu aku adalah belikan magic saw set untuk atuk aku sebab dia teringin benda tu.(rujuk entry ini)aku order 25 mac and barang tu sampai on my birthday which is 27 mac  1991 wohoo. esoknya atuk terus datang rumah aku ditemani cousin aku untuk ambik barang dia tu. oleh sebab dia berpuas hati dengan servis dari goshop ni tadi dia dengan senang hatinya nak  order item lain plak. sebagai cucu mithali *konon* aku pun tolonglah belikan . kali ni dia nak chefline chocowine frying pan. harga dia tak mahal pun rm 299 termasuk Gst and dia ada 5 pan . Free delivery lagi tu.


so apa tunggu lagi pergi beli cepat!  :D










macam biasa kalau nak order sign up dulu kat website senang sikit nak trace barang . bila post bila sampai. previous item aku beli gdex yang hantar dapat je tracking number aku boleh track terus and service dia memang cepat. tapi lebih baik jangan expect melampau lampau kau bagilah masa dalam 2,3 hari . inshaallah sampailah barang tu. :D

P/s: ini bukan entry berbayar…