February 17, 2015

Movie Review : Jupiter Ascending






mengisahkan tentang Jupiter seorang gadis biasa yang tinggal bersama keluarga besarnya yang bekerja sebagai orang gaji dirumah rumah besar sekitar new York. Dahulu ayahnya merupakan seorang saintis namun dia telah dibunuh ketika Jupiter masih kecil. Ini menyebabkan dia dan ibunya hilang tempat bergantung dan terpaksa menjadi maid part time untuk rumah rumah agam sekitar new York. Ketika ayahnya meninggal dunia teleskop berwarna kuning keemasan milik ayah turut dirampas ini membuatkan Jupiter bernekad untuk mendapatkannya dengan apa cara sekalipun. Pada suatu hari dia terlihat teleskop yang serupa dengan teleskop ayahnya di jual di ebay namun gajinya yang kecil menyebabkan dia terpaksa menunggu wang simpanannya cukup terlebih dahulu.Dalam masa yang sama jauh dari planet bumi terdapat 3 ahli keluarga abrasax  balem, kalique dan titus menghadiri perjumpaan keluarga.hubungan antara mereka bertiga tidak begitu baik masing masing dengan tamak dan megah menonjolkan asset kekayaan masing masing. Di dalam cerita ini ia menunjukkan bahawa keluarga abrasax adalah pemilik alam semesta dengan pembahagian wilayah masing masing.Dan usia mereka mencecah ratusan juta tahun. Bumi adalah satunya daripada asset milik balem. Titus dan kalique secara sembunyi memasang strategi untuk memiliki bumi kerana kekayaan hasil bumi yang didiami ratusan spesis dan makhluk makhluk.
sementara di bumi ketika Jupiter berada diklinik dia hampir dibunuh makhluk asing yang dihantar oleh balem ini adalah kerana rupanya seiras ibu balem,kalique dan titus.Dia adalah "reincarnation" atau dalam bahasa melayunya kelahiran semula ibu mereka bertiga. Bumi dahulunya adalah asset milik ibu mereka bertiga atas kebimbangan assetnya dirampas itulah arahan bunuh itu dikeluarkan. Jupiter di selamatkan oleh caine sebelum sempat dibunuh.Berbagai bagai ancaman dan serangan terpaksa dilalui mereka berdua untuk menghalang balem dari "menuai"/harvest bumi . Dapatkan mereka mengalahkan balem dan bala tenteranya itu? Bagaimana dengan nasib penduduk bumi selepas itu?Bolehkah Jupiter jones menuntut haknya ke atas bumi dan menyelamatkan keluarganya ?


nak tahu kena tengok.

Movie Rated : 5 star
Genre : Science Fiction
Cast Member/ Para pelakon : Mila kunis sebagai Jupiter Jones
                                           Channing Tatum Sebagai Caine
                                           Eddie Redmayne sebagai Balem Abrasax
                                           Doughlas Booth Sebagai Titus Abrasax
                                           Tuppence Middleton Sebagai Kalique Abrasax

Favourite Dialog aku dalam filem ini ialah : I love dog... I always love dog

 
 
Titus Abrasax is the hottest alien I've ever seen
 
 
P/s : Jangan lupa tonton dipawangam lagi syok! :D 
                                           

Post a Comment