February 19, 2015

Happy Chinese New Year 2015





Happy Chinese New Year To Whom Who Celebrate . May this Year would be the prosperous year for all of you
 
 
tahun ni  kalau ikut kalender cina ialah tahun kambing iaitu tahun kelahiran aku. Jadi usia aku tahun ni adalah 24 tahun. Rasa Macam dah tua je.
 
Oh ya apa benda yang korang suka bila tahun baru cina? Kalau aku..
aku suka tarian naga . Aku duduk di kawasan taman perumahan jadi bila dengar je bunyi gendang naga  aku akan berlari ke rumah tu dengan adik-adik aku. kadang kadang naik basikal la.  tu kisah 11 tahun dulu. Sekarang taklah.. aku cuma tunggu dia naik atas lori lalu depan rumah je. Oh lagi 1 yang aku suka ialah limau free. siapa tak suka limau free betul tak? limau tahun baru ni banyak yang manis manis.


Apa yang aku kagumi dengan kaum cina?

kaum cina ni kebanyakan yang aku kenal adalah berjimat cermat.salah satu sebab kenapa mereka kaya adalah kerana mereka seorang yang berjimat cermat. Tapi jarang kita Nampak penjimatan mereka sebab yang kita Nampak mereka pakai kereta besar, ada rumah besar. Tapi itulah cara mereka bina empayar jadi kaya. Kalau ada sesiapa pernah kerja dengan golongan mereka kita tahu cara mereka berjimat. Sikap ini kita melayu kenalah contohi. Dan lagi satu mereka cari makan dengan berniaga, cara layanan terhadap customer kebanyakannya class A.Sebab tu kebanyakan melayu pun suka membeli dengan mereka. Charge mereka mungkin mahal tapi orang kita ni kedai mana servis dia paling baik kedai tu la kita suka pergi betul tak?


Kalau kita nak Berjaya macam mereka kita kena usaha macam mereka jugak. 
Yang baik kita ikut yang buruk kita jangan ambil


Eh eh tengok lari topik plak



Apa apa pun saling hormat menghormati la sesama masyarakat di Malaysia ni. kalau awak tak sambut tak apa jangan la pergi pasang banner

I am muslim say no to Chinese new year.

Ada akal fikir... Kalau tak sambut awak duduk diam diam sana, Macam saya,



P/s :  Tahun baru cina ni kunyah limau je hari hari. Syok oiii :D


Post a Comment