February 16, 2015

Makan di secret recipe dan resepi milkshake oreo! :D




hai.
sepanjang dekat rumah ni macam macam la benda yang aku tak dapat masak di rumah sewa dulu aku dapat masak. Yelah nama pun dah kat rumah kan? aku ni memang sepsis makan suka mereka reka sikit. Minggu lepas aku punya mood nak makan coklat je. 3 kali aku ke secret recipe gara gara mood tak tentu hala aku tu.

2 kali aku pergi dengan adik. sekali aku pergi sorang. mentang mentang secret recipe sekangkang kera je dengan rumah. :3

video


ini gambar selasa lepas. sebelum aku hantar dia ke sekolah


Amende muka sedih. Ini gambar semalam.



okay ingat tak aku pernah cerita pasal kisah aku dan aiman setiap ada part 1 and part 2 tu? inilah dia makhluk bernama aiman tu, Adik bongsu aku.  semalam masa aku makan kat secret recipe. aku minum milkshake oreo. Aiman pun sama. Dia cakap air tu sedap macam nak lagi je... tapi memang air tu sedap pun. Aku sampai teringat ingat rasa air tu malam tadi. So pagi tadi aku decide nak buat sendiri.. senang je..

nak recipe? ikut recipe dibawah ini ye?


RESEPI MILKHARE OREO

cara buat milkshake oreo adalah mudah sangat sangat. Bahan bahan yang diperlukan ialah :

1) ais krim dalam Tupperware perisa vanilla
2)Fresh Milk tak kisah la nak dutch lady ke apa ke. tadi aku guna pure farm dutch lady
3) Oreo


Itu saja.

Step 1
Hancurkan oreo, terpulanglah nak blend atau ketuk

Step 2 masukkan oreo yang dah hancur ke dalam blender jika korang guna kaedah ketuk .. kalau oreo dah sedia ada dalam blender skip step ini

Step 3
masukkan susu dan beberapa scoop aiskrim. Ikut suka anda. kemudian blend sekata  dan siap!

Mudah kan?
Post a Comment