August 19, 2017

JD TRAINER MASSIVE SALE AUGUST 2017



hello people..

2 hari lepas kan masa aku cuti aku sajalah jalan jalan dalam sunway pyramid. sebab pertama dekat dengan rumah. sebab ke dua boyfriend aku kerja tak dapat teman aku yela nama pun satu tempat kerja kan. aku cuti dia kenalah kerja melainkan ada manager ganti.sampai je sana aku laju je menuju ke sephora. maklumlah nak melepaskan rindu. kahkahkah. aku pergi section benefit dulu. masa tu dalam hati sumpah aku dilemma sampai aku up status apa aku patut beli kasut atau make up?


dan aku mendapat respon yang agak bagus jugak dari kawan kawan. padahal boleh je aku nak beli tak payah tanya tanya . tapi yelah sekali sekala riak apa salahnya. kiddingg..

aku update tu sebab aku dah tak bole buat keputusan. bila aku tanya boyfriend aku jawapan dia.
jimat sayang tak payah membazir kita nak khawin kan.


X'D

tu je la respon dia. tapi tuntas,
dia harus tahu dia berdepan dengan makhluk degil keras kepala tetapi comel. (perasan)
oleh kerana "sokongan padu" boyfriend aku tu. aku beli kasut. hahahaha by the time aku upload and send gambar kat dia . dia cuma mampu face palm saja.



maafkan bakal isterimu wahai sayang.

so nak tengok tak rupa kasut aku beli tu?
gais.. even korang tak nak tengok pun.. aku tetap upload jugak sebab ni blog aku. so kalau tak teruja tu masing masing dah besar kan. jagalah hati aku sikit. buat buat teruja je please? :3






tadaaaa... camtu la rupanya . aku beli adidas. sebab tapak dia tak licin.pink kan jemah?
hahaahahah. selain dari kasut , ada jugak sweaters pants berjenama yang diorang jual dengan harga discount jugak. jadi inilah masa untuk korang pergi serbu JD SPORTS cepat cepat sementara stock masih ada. jadilah pengguna yang bijak. 



Jika anda inginkan produk dari JD Sports dengan harga diskaun, boleh sebut code ini
nescaya mereka tak kenal dan sila bayar jelah dengan harga promosi tersebut. XD


ala jangan lah marah . gurau sikit pun tak boleh. :p



trivia :

current promo yang una mn tahu 

Victoria Secret : buy 1 free 1 (rm145 for 2 bottle body mist)
H&M : recyle your clothes and get discount coupon .
Charles & Keith : Discount for bags and purse until end of this month.
Sasa : Discount for eyeliner/brow liner 3 for rm30 to 3 for rm90 . Meet matte               Trimony for rm189 . n/p (rm209)


till then ,
ttyl. 

UNA MN











August 17, 2017

THE COLOUR RUN 2017






Hello nyah nyah semua. (astaghfirullohalajim)
today aku nak update tentang satu program berlari lari anak yang aku attend last week.FYI program lari lari yang dinamakan colour run ni dah lama ada, tapi aku je bimboo baru tahu. benda ni nationwide. almost every country ada.
my boyfriend la bertanggungjawab mengajak aku join event ni 3 bulan lepas.Bagi yang mengenali aku secara dekat mereka tahu yang aku mana suka pergi program lari lari ni. kalau kau suruh hiking ke, kayaking ke benda benda masuk hutan ke aku suka. tapi kalau suruh aku lari mintak maaf la sister susah sikit la. Lagipun program ni program berbayar . aku kena bayar rm80 3 months ago. sebab aku early bird. kalau last minute engko beli harga dia rm90. aku ambik regular pax je. boyfriend aku ambik deluxe (rm120). mesti dalam kepala otak korang fikir nak lari pun kena bayar ke? weh berbaloi weh sumpah . dah la macam macam merchandise dia bagi. aku ada update  last week rupa  bentuk merchandise dia. nak tahu ? rajin rajin la baca entry lepas kay?


What Is Colour Run?


colour run basically aktiviti larian sihat sambil bersuka ria. diorang bagi colours dekat korang so korang boleh baling kawan kawan and even strangers with colours. macam  hari holi la tapi yang ni kena lari. korang akan dapat medal dekat garisan penamat.and in the end ada dj akan pasang lagu atas stage and baling merchandise percuma . it looks like a gig because the dj was realy into that song and the participant  dance to the song. if you guys jenis "menjaga" i mean tak suka rapat rapat dengan strangers or opposite sex. korang tak payah pergi la last tu. boleh je duduk tepi makan macam macam makanan kat situ.so if you ask me is it worth my money? i'd say yes.. definitely. aku lari 5km tapi aku rasa macam sekejap je aku lari. korang nampak tak betapa bagusnya program ni? lepas tu ada milo truck so korang boleh minum percuma. bagi yang bawak beg dia ada satu tent besar gila and place untuk letak your belongings. aku pergi aku tak bawak beg tak bawak baju ganti. hasilnya habis je program aku buat muka tebal naik mrt balik e curve hikhik. tapi aku jenis berhemah. sebab ko dah tahu ko kotor don't sit or bersandar. sampai je curve aku dengan shyafiq beli baju and terus tukar 
sebab kitorang nak keluar. 


ini adalah rupa boyfriend aku selepas bermandi warna. ni bukan dia saja saja simbah eah.every station kitorang lalu akan kena sembur dengan colour. colour tu jenis senang hilang pun.korang mandi confirm hilang. antara warna warna yang ada, purple,blue,yellow,red,green.

          event ni ramai artis jugak join sebab event ni fun. kira korang lari sambil bergembira. boleh update instagram dengan  background colour colour cool gila namati. antara yang join ialah elizabeth tan,wak doyok, and ada jugak menteri menteri seperti khairy jamaludin (menteri hipster digemari ramai) serta anak kenamaan seperti anak tpm kita nurul zahid. 


              lovebirds ni request nak gambar flat lay camni. ni aku tak edit apa apa              tau.aishah and juwai. gambar aku pun ada gak tapi sebab mok sangat
           tak sanggup nak letak XD
           

       ni semua impromptu. aku plan awal awal nak pergi berdua je dengan shyafiq . and then last minute  aishah and juwai. lepas tu yaya and apit. so 6 of us pergi naik mrt. juwai ,apit and aishah naik dari mrt ttdi. aku, yaya and shyafiq naik dekat e curve (persiaran surian).




this is after run kitorang dekat station red colour. apit je nampak bersih sebab dia kecik dia pandai lari dari orang yang sembur colours tu.



some other pic of strangers.









   and that's how i spent my weekend last week. i will definitely go the event next year. 


till then ,
ttyl .
una mn

August 9, 2017

World Of Our Own. UNA X SHYAFIQ


hello guys.

lama tak menulis. harini sistur nak buat sesi luahan perasaan sedikit. as you know
i am currently with shyafiq Ashraf , my love and bestfriend. we are together for 10 months now. baru lagi .. and yet because i dah tua kitorang macam dah kena start fikir for the next move. 
aku bukanlah manusia yang tergesa gesa untuk bernikah. next move ini bermaksud to get both of us a stable career first walaupun ramai cakap rezeki dari ALLAH, tapi ini tidak bermaksud kita kena bertindak melulu .awak khawin mak ayah sponsor janganlah banyak cakap.
NO, just shhhh okay?


just duduk je kau diam diam kat situ. hahaha. sebagai manusia yang boros (mengaku)
aku hendak juga melatih diri untuk mengawal nafsu aku. bagi yang mengenali aku diorang tahu aku 
dan sephora tidak dapat dipisahkan . ibarat aur dan tebing , isi dan kuku, minyak dan kuali dan perumpamaan lain yang semaksud dengannya.



here is Mr shyafiq Ashraf.
i am not demanding. all the things i have now, is 100% comes from my hardwork and effort.
aku malas nak cerita banyak , nanti orang kata riak. hidup aku biasa je macam orang lain. cuma aku suka ambik gambar kat tempat mahal mahal, suka upload benda aku beli sampai ada orang pm nak pinjam duit la. ajak join itu la inilah. actually aku kerja biasa saja, dan orang biasa . 
social media ni guys ibarat canvas you can "draw" or "potrait" your life the way you wanted. 

because of my hobby sometimes aku berhabis banyak jadi aku kena kurangkan gejala tidak sihat untuk dompet ini secara perlahan lahan. 


ootd tak berapa nak ootd hari ini.
kena start fikir my future . beli harta sendiri, rumah contohnya, 
long term career untuk kami berdua. sebab sejujurnya aku dengan dia dah tak happy nak kerja tempat tu lagi. yes guys, we're collegues. only that he is my superior

aku ada terfikir jugak nak masuk kerja construction balik cuma rezeki belum ada lagi. berdasarkan kadar ekonomi negara kita yang tak berapa nak baik sekarang aku agak berhati hati . 

sebenarnya aku dah ada long term plan, tapi memandangkan long term plan tu memerlukan knowledge yang agak wide and mental yang strong beserta modal yang banyak maka, aku kena cari 1 job yang boleh feed and widen my knowledge on that scope. awal lagi tak payah la cerita. kalau jadi nanti baru lah aku cerita. kalau korang nampak tetiba aku upload beli bmw ke, pakai beg chanel ke maksudnya long term project aku tu dah berjaya la tu.


oh ya aku nak kena balik ni, cousin aku dari tadi call sorang nak kirim madame waffle, sorang nak suruh aku barang kat cold storage. 

till then ttyl










Result Level D dah keluar !!!