February 27, 2016

Movie Review : Gods Of Egypts








gods of egypts mengisahkan tentang dewa dewa purba yang dianggap tuhan oleh masyarakat mesir di zaman lampau. ianya bermula dengan kerajaan mesir yang diperintah dewa yang juga bertindak sebagai raja bernama asiros . asiros mempunyai adik bernama set. mereka berdua merupakan anak kepada dewa cahaya bernama Ra. setelah asiros tua, asiros ingin menyerahkan takhtanya kepada anaknya Horus. di hari pertabalah horus, set yang iri hati telah membuat huru hara. dia telah membunuh abang kandungnya sendiri, dan mengambil bebola mata milik horus yang mempunyai kebolehan melihat dari jauh (all seeing eyes). Horus yang hampir dibunuh telah diselamatkan oleh kekasihnya. Hathor rela menyerahkan dirinya kepada set sebagai ganti nyawa horus. horus di tempatkan di makam lama, ditinggalkan seorang diri. para para dewa yang cuba menentang telah dibunuh satu persatu oleh set. keadaan egypt semakin huru hura.pada masa yang sama, seorang manusia bernama bek nekad menyelamatkan kekasihnya yang dijadikan hamba oleh orang suruhan set.zoya(kekasih bek) meyakinkan zed untuk mencuri mata milik horus di tempat simpanan emas milik set, supaya egypt kembali aman. Namun setelah mata dicuri , konco konco set dengan segera dapat mengesannya. mereka sempat melarikan diri namun, zoya telah dipanah ketika perjalanan ke tempat horus di bunuh. zoya akhirnya meninggal dunia. Bek menemui horus untuk memberikan matanya namun dengan syarat nyawa zoya dikembalikan. Halangan demi halangan dilalui mereka untuk merampas kembali takhta kerajaan dan mengembalikan keamanan di egypt. dapatkan horus menyelamatkan zoya? adakah bek mampu bertahan dari serangan set? apakah yang terjadi kepada Ra dan dewi hathor ketika set merampas egypt?



tengok sendiri. sorry kalau ulasan tak best. 


hahaha cerita ni memang best gila.

grafik : cantik gila
berapa bintang? : 89 trillion bintang
fav cast : bek sebab dia kelakar

Main Cast : Brenton Thwaites sebagai Bek
                    Nikolaj Coster Waldau sebagai Horus
                    Gerard Butler Sebagai Set 
                    Courtney Eaton Sebagai Zoya 
                    Elodie Young Sebagai Hathor
                    Geoffry Rush Sebagai Ra


February 26, 2016

Tutorial How To Share Youtube Video To Instagram FREE OF CHARGE ( no jailbreak)






assalamualaikum, hai!

harini aku nak buat tutorial sikit cara cara nak share video dari youtube ke instagram. iphone and android user dua dua boleh guna.  tanpa membuang masa mari ikut step step dibawah


1)download application youtube ke smartphone korang.


2)search video yang korang share, copy link video tersebut


3)pergi safari bagi iphone user dan google bagi android user.sila taip laman web ini  


4)pastekan code tadi di laman web tersebut dan klik button download. copy link url yang telah diconvert.

5)open new page tab. sila taip laman website ini dan pastekan link url yang di copy di step 4. part ni memerlukan kesabaran sikit. lepas korang paste ada icon ready di bahagian bawah dan ada tanda save to dropbox. sila download dropbox dulu di apps store. kemudian sign up dan buat email verification.kemudian sign up jugak cloudconvert dan verify juga email address.


6)selesai step di atas, your download should be ready. lepas dah download sila pergi ke dropbox

7) disitu ada video yang dah di download ke dropbox. click save video dan video tersebut akan di save ke camera roll. 


8) bila dah save , bolehlah korang upload video music ke, apa apa jelah video yang korang suka ke instagram!





aku tahu macam banyak gila step. the best thing is benda ni free. so kalau tak suka bayar, bolehlah ikut cara aku dekat atas ni. kalau tak faham sila tengok video ni. aku pakai iphone tapi aku follow second step sebab lebih senang.

February 22, 2016

one year mission : it is all about your niat







hello guys.

tadi aku report duty dekat glenmarie. sumpah penat gila. sepatutnya half day je harini tapi sebab semua orang kena pergi klinik yang sama so process tu jadi lambat.3 jam jugaklah aku menunggu. korang bayangkannnnn! nak nak pulak doktor tu sorang je. after all the medical check up , aku bergegas balik pj cari cimb nak buat akaun bank. sekali sampai kaunter akak tu cakap kad atm dah habis dah dik. tapi atas sebab kedegilan aku yang nak jugak buat so akak tu proceed jela. eh eh tetiba datang pulak sorang kerja bank tu cakap ada kad. fuh nasib baik aku tak balik guys.kalau tak sia sia menghabis minyak mengulang ke cimb. haha apa apa pun semua dah settle la tadi. 

vision aku kerja sini mudah je, aku nak kumpul duit, aku nak lengkapkan wishlist aku sebelum khawin, kumpul duit khawin dan khawin. 





HAHAHA mesti korang berbulu je baca kan? rasa nak sepak je kan? aku punya goal just nak kerja sampai waktu aku rasa duit aku cukup, kalau  ada rezeki inshaallah lepas khawin aku berhenti kot.macam aku cakap sebelum ni. aku nak ada masa dengan suami dan anak anak. kerja macam ni bukannya tak ada life sangat, cuma dia bukan kerja office kan. gaji banyak pun yang penting masa bersama keluarga. Nampak tak walaupun aku ni mata duitan, jiwa aku ni masih pentingkan kualiti time dengan family tau.



tapi berhenti bukanlah bermakna aku tak cari duit. mestilah aku buat bussiness apa yang patut. semoga ALLAH tunaikan impian aku ni hahaha. 



kita cari duit untuk tingkatkan kualiti hidup kita. orang sekarang banyak habiskan masa dekat office demi gaji lebih, aku taknaklah nanti suami aku susah sebab nak jaga manusia kuat makan ni dia kerja lebih masa sampai tak nampak matahari pulak. it is all about your niat la. kadang kadang orang cakap senang, ishh kau ni kalau betul nak buat bussiness kenapa tak start lagi?

cik kak, aku dah lama buat tau. tapi kecik kecik je mampu. takkan engko nak suruh aku terus kaya macam dato vida kot? and lagi satu modal tak cukup. menurut kata dr azizan , kalau kau nak bussiness lebih baik jangan hutang nanti buat pening kepala otak kau je. so kumpul duit ni adalah salah satu jalannya la. semoga senanglah di kemudian hari. amin



dan semoga korang yang membaca juga di beri kesenangan hidup dunia akhirat. amin. :D


February 21, 2016

pulih semangat dan nyawa tak dijual di shopping mall



sejujurnya aku masih takut nak memandu apa apa jenis kenderaan sejak excident tahun lepas dan beberapa tahun lalu. baru saja nak pulih semangat aku ni beberapa minggu lepas aku hampir kemalangan sekali lagi. syukur tuhan panjangkan nyawa tapi semangat tu seolah olah ditarik tarik. esok aku kena report duty dekat shah alam . jalan raya di petaling jaya ni tak macam tempat kerja lama aku dulu jalan kecil aku tak berani lagi bermain main dekat highway. mujurlah tadi dia ada tunjukkan jalan pergi dan jalan balik. hmmm nak taknak aku kena beranikan diri juga. semoga semangat aku kembali pulih dan semoga kenderaan esok "behave" sikit ye? entahlah jujurnya aku memang gementar. berpeluh tapak tangan ni bila fikir balik kereta yang laju laju dekat atas jalan tu. entah apalah yang diorang nak kejar sangat . macam nyawa boleh beli dekat kedai. kalau konfirm masuk syurga tak apalah juga, ini dosa pun menimbun. 



sorry kalau ada yang terasa, memang kasar tapi ni la hakikat. kadang kadang bawa laju laju tunjuk hero pada orang, tak fikir kereta depan belakang kiri kanan tu kot kot ada anak kecik ke? tak fikir kot kot orang depan tu baru pandai memandu ke. aku memang tak boleh tolerate dengan orang yang suka bahayakan nyawa orang lain.ya ini bandar bukan kampung. aku tahu tapi kat bandar ke kat kampung ke still nyawa tak ada jual dekat shopping mall kan?


so sayangi nyawa anda, kalau rasa tak sayang nyawa pun pandu berhemah sikit sebab orang lain sayang nyawa diorang. JANGAN SELFISH.



k tu je nak membebel. aku nak iron baju kejap. berdebar pulak rasa hahaha




Movie Review : Pride Prejudice And Zombies





pride prejudice and zombies ni adalah sebuah cerita mengenai serangan zombie ke atas england amnya yang menyebabkan ribuan rakyat mati dan bertukar menjadi zombie akibat wabak tersebut, di awal plot menceritakan tentang satu keluarga miskin yang melatih anak anak perempuan mereka untuk bertempur dengan zombie dan juga seorang leftenan muda yang kaya namun agak dingin bernama darcy. darcy mempunyai kepakaran mengesan kehadiran zombie. tekadnya hanya satu. beliau mahu menghapuskan semua zombie yang ada. di satu majlis tari menari keluarga kenamaan kaya raya bernama bingley, gadis gadis yang berasal dari keluarga miskin itu telah dijemput. disitu bingley telah jatuh hati pada jane , salah satu daripada adik beradik miskin itu. Ketika itu jugalah lizzy bertemu dengan darcy. kedua duanya telah jatuh cinta pandang pertama namun mereka bermati matian menafikan perasaan itu. pada masa yang sama , lizzy telah dijodohkan dengan collins, sepupunya namun lizzy menolak. Pada suatu hari lizzy diperkenalkan kepada wickham, lizzy hampir tertawan pada wickham , namun sikap dingin darcy terhadap wickham menimbulkan tanda tanya. rupanya wickham adalah bekas anak angkat kepada bapa darcy. berlaku konflik mengakibatkan mereka bermusuh. lizzy yang tidak ketahui apa apa mudah terpengaruh hasutan wickham untuk membenci darcy. Darcy kemudiannya menghantar surat menjelaskan segala galanya. Namun keadaan semakin rumit apabila adik lizzy  diculik oleh wickham lalu di bawa ke st lazarus (KOTA DIPENUHI ZOMBIE). Mampukah lizzy menyelamatkan adiknya? adakah darcy, bingley,jane dan lizzy dapat mempertahankan kota london?






korang kena tengok


sorrylah kalau cara aku describe cerita ni macam gelojoh tapi seriously cerita ni best gila.

movie rated : 1 trillion star
genre : action, romantic and horror
cast members : lily james sebagai elizabeth benneth (lizzy)
                       sam riley sebagai mr darcy
                       doughlas booth sebagai bingley
                       belle heathcote sebagai jane benneth
                       jack huston sebagai wickham 
                       
                        

ni kategori must watch tau. aku not sure benda ni 18 sx ke tak cuma scene dia just kissing no bed scene. 




dalam cerita ni memang bingley nampak hensem tapi kalau dari segi karakter aku prefer darcy lagi because dia punya ketegasan tu hehe . 






p/s: kalau belum tengok sila tengok okay guys? k aku dah mengantuk ni bye bye :)

February 17, 2016

try and error , different people different view and welcome to the new phase






dalam  hidup aku ni. aku banyak mencuba. banyak benda benda baru aku cuba. sebab aku nak bagi diri aku peluang . if things goes wrong , aku try lagi. kalau memang tak sesuai jugak i'll start on another. so macam aku cakap before ni aku ada involve dalam satu lagi benda baru. benda yang before ni aku tak diexposed pun.semua benda anda pros and cons kan. sesuailah untuk orang yang nak ada syarikat sendiri in the future. aku ? tak teringin ke? gila tak teringin. tapi sebab aku tak suka ada string attached aku simply let it go. kau ingat senang senang orang nak bagi kau jadi ceo? modal dah la kau tak keluar langsung. cuma usaha je. ilmu semua company provide confirm la ada perjanjian. kalau aku jumpa benda ni masa umur aku 21 tahun ke aku rasa boleh kot . tapi aku jumpa benda ni masa umur aku 25. yang mana tahun depan kemungkinan aku akan berkhawin.so i decided this is wasn't for me .


pada aku ya, kita memang digalakkan bekerja keras di usia muda, tapi kita juga berhak nak tentukan hidup macam mana kita nak. aku nak kerja keras dalam masa yang sama ada masa untuk keluarga. taknaklah kerja kerja sampai lupa ada mak ayah, ada keluarga sendiri nanti. rumahtangga kemana, kerjaya je aku kejar tak boleh jugak kan? so takpelah. 


different people different view kan? 


since aku dah involved 2 minggu . 2 minggu tu ya tuhan seriously ALLAH je tahu macam mana sibuknya aku. sibuk sampai lupa makan. kau ingat aku spesis lupa makan macam tu ke? aku tanya partner selalu ke macam tu? diorang kata memang hari hari.


ADA DUIT TAK ADA LIFE JUGA TAK BERGUNA GUYS.



everything should in BALANCE.

if i stay a lil bit longer , bulan 5 aku kena pergi phuket for work purposes as well as travel. ye bila fikir balik waaa macam seronok company tanggung. tapi tak habis habis dengan kerjalah kau. 




aku rasa if i want to make my own money, aku boleh je replicate method diorang ni balik , work ethic diorang tu aku boleh tiru. very sistematik. impian aku nak berjaya macam dian je cukuplah. 



tapi sementara itu, aku dah dapat kerja lain. managing related. aku bercadang nak kerja sampai before aku khawin je kot. khawin je aku nak duduk rumah. bussiness kat rumah je. sebab aku nak bakal anak anak aku membesar depan mata aku. haha sweet tak iolzzz? ekhem kalau suami sakit boleh jaga.



mesti korang menyampah kan? ;p


p/s: oh ya aku nak kena keluar ni ada hal. hahaha mengganggur pun busy. 




February 10, 2016

Movie Review : DEADPOOL











deadpool mengisahkan seorang lelaki bertopeng merah bernama wade yang dahulunya bekas tentera namun kemudian dibuang daripada tentera entah apa sebabnya aku dah lupa. wade kemudian menjadi gangster berbayar yang mengambil upah menggugut, membunuh, membelasah orang yang jahat dan melindungi orang yang ditindas. wade jatuh cinta pda vanessa pelacur di sebuah kelab malam dan kemudian berhasrat untuk membina hidup baru. Namun begitu sebelum hasratnya tercapai, wade disahkan menghidapi barah serious yang boleh meragut nyawanya. Pada suatu hari wade didatangi lelaki bersut kemas yang menawarkan rawatan dan jaminan untuk sembuh daripada penyakit dihidapinya. wade pada mulanya menolak. Namun memikirkan masa depan bersama vanessa , wade pasrah dan bersetuju untuk menerima rawatan tersebut.



disitulah wade bertemu ajax ataupun nama sebenarnya francis seorang doktor mutan yang hensem tetapi gila, yang mendera wade sehingga wade bukan sahaja bertukar menjadi mutan yang ingin dilatih sebagai hamba untuk dijual tetapi menjahanamkan rupa kacaknya juga.oleh sebab itu wade menyimpan dendam. dalam masa yang sama  2 mutan lain, seorang lelaki besi bersama remaja punk menawarkan pertolongan kepada wade dengan syarat wade bersetuju menganggotai kumpulan mereka. Seperti biasa wade yang gila menolak pertolongan itu. Namun kemudian, setelah mengetahui vanessa di culik franciss wade tidak mempunyai pilihan. 



persoalannya 


dapatkan wade mendapatkan vanessa kembali hidup hidup? mampukah mereka bertiga menumpaskan mutan yang hampir mustahil mati itu? dan dapatkah wade mendapatkan kembali rupa konon konon kacaknya itu?


korang kena tengok



movie rated : 3 star 
genre : action comedy 
cast members : ryan reynold sebagai deadpool  a.k.a wade 
                       ed skrein sebagai ajax a.k.a francis
                       gina carano sebagai angel dust
                       morenna bacarin sebagai vanessa
                       tj miller sebagai weasel
                       brianna hildebrad sebagai negasonic 

adakah aku sarankan korang tengok movie ni? : not really . if you are not into a flashback movie. movie ni banyak flashback and perkataan lucah. not for teenagers and kids (obviously). dan tak sesuai juga untuk golongan cepat terpengaruh.





p/s: tengok jelah movie lain woi! hahaha kuajar gila kau una! 


MELAKA SHORTGETAWAY : PENGALAMAN KELAKAR SERAM 2016





assalamualaikum hai.

beberapa minggu lepas makcik aku menyuarakan hasrat untuk berjalan jalan ke melaka. mula mula tu aku taknak ikut sebab aku fikir keadaan ekonomi aku yang tak berapa baik. tapi awal bulan 2 haritu aku berjaya mendapatkan job baru. new project yang tengah running sekarang which is rahsia i can't tell what project it is so adalah duit sikit. so aku pun join jelah..



7 February 2016
malam ni ketika tidur aku di ganggu makhluk halus. aku pun masih seram sejuk nak cerita pengalaman ni. mujur dia tak menjelma je. untuk pengetahuan korang aku ni ada  speciality sikit je tak banyak. dalam tahun 2007 aku dah start boleh tengok benda benda tu (bukan selalu/ bukan tiap tiap hari). sampai aku berubat jumpa ustaz sebab aku tak tahan. ni kira dah lama dah la aku tak nampak tak rasa. malam tu aku dapat rasa ada benda masuk dalam badan aku. macam mana aku dapat rasa? aku susah nak explain dekat korang. kejadian ni jadi masa sepupu aku 2 orang tu dah tidur. cuma beza dia aku tak histeria je. sebenarnya orang histeria ni dia bukan tak sedar langsung cuma dia bukan "in control". dalam keadaan tu aku macam menumpang dalam badan sendiri. korang faham faham la ye explaination aku ni. kira aku tak boleh buat apa apa. aku baca ayat kursi dalam hati . pelan pelan aku tutup mata lalu tertidur. please buat macam ni kalau korang start rasa kelainan dalam diri korang. terumanya 


PEREMPUAN.





8 February 2016
bila aku terjaga je belakang bahu aku sakit and badan aku lemah sikit.oleh sebab semangat aku kuat, aku fikir aku datang melaka nak berjalan. aku dapat jugaklah keluar haritu. kitorang jalan jalan sekitar dataran pahlawan, parkson and keliling hotel hatten je. plan asal kitorang nak pergi pekena coconut shake kelebang tapi sebab aku tengok ramai sangat tak jadilah pergi. hari ni aktiviti kitorang setakat shopping and jalan jalan dalam mall je. we can't do much since jalan jem gila kot. aku ingat nak try naik beca tapi aku tengok saiz badan abang tu tak sampai hati pulak. mau separuh nyawa dia mengayuh nak bawak aku naik beca tu . (guys nampak tak aku ni prihatin? tolonglah setuju! hahaha)
malam tu kitorang pergi pekena iman seafood pulak. sebab kitorang ni peminat tegar seafood so apa salahnya kan? murah jugaklah. semua sekali rm214 je. dan seperti biasa yang bernama una ni, kalau dia pergi mana mana mesti benda pelik pelik jadi kat dia. moral value dia jangan gelojoh and jangan pelik sangat. aku makan pahat tak check betul betul , kemudian kulit pahat yang aku ingat tak merbahaya langsung tu telah melukakan lidah aku. berdarah banyak woi. tu baru sikit. sampai sekarang lidah aku masih kebas.






9 February 2016

kami keluar awal pagi demi mendapatkan coconut shake. tapi spesis main serbu ni memang biasanya tak dapat apa. coconut shake klebang beroperasi pada pukul 11 pagi guys, so tak payah ngada ngada datang pukul 9. so kami pergi jalan cari sarapan dulu. pukul 11 kami sampai punyalah ramai manusia dah beratur. sejam jugaklah aku beratur. oleh sebab aku nak rasa masa aku tu berbaloi aku beli 10 cup terus.yang mana 3 daripada 10 cup tu aku punya hahaha, bagi korang yang belum pernah cuba silalah cuba.aku tak menyesal pun beratur lama. tunggu sampai sejam tu pun sebab setiap orang beli 10 cup dan ke atas. harini kami habiskan dengan berjalan jalan keliling melaka la. aku siap dapat minum air big cup buatan orang melaka yang bukan je murah tapi sedap gila. rm6 je harga dia.  and kitorang borong kerepek banyak banyak.dalam petang sikit kami berjalan sekitar pantai klebang macam biasa aku dengan dunia video aku fadhilah and wawa pulak jadi model aku. lepas tengok matahari terbenam kami pergi food hunt pulak. aku makan hampir 40 otak otak guys. the best part of this trip mestilah part makanan. kat pj bukan senang nak dapat jadi aku pun makanlah otak otak tu umpama tiada hari esok.

ni bukan  aku tau ni cousin aku. aku suka ambik gambar orang je. gambar diri sendiri jarang haha



10 February 2016
tepat pukul 12 malam kami meninggalkan melaka. makcik aku yang drive before bertolak tu aku dah rasa tak sedap hati. aku tertidur keletihan tapi dalam pukul 1 aku terjaga kereta dah dekat tepi highway, rosak rupanya! temperature naik. mujurlah ada uncle india ni datang tolong. mula mula aku tak percaya dekat dia ni sebab tiba tiba je muncul tapi lepas aku tanya pendapat kawan aku kitorang pun tak ada choice. maybe memang betul gasket tu pecah sebab temperature panas. dalam pukul 3 towing sampai. sejam dekat bengkel orang bengkel tu suruh kitorang balik. owner tu hantar kitorang balik pj naik vellfire sebab kitorang berlima kan. aku doa dalam hati harap harap diorang ni bukan orang jahat. bengkel tu dekat senawang kalau tak silap aku tak pun seremban. kami sampai pj dalam pukul 5 pagi.aku pun decide untuk tak kerja harini.






phewwww macam karangan sekolah menengah pulak kan?


apa apa pun it was a fun and a nice trip. ada orang datang pulak kat rumah makcik aku ni. aku na layan tetamu jap. sharelah pengalaman trip korang pulak. aku harap next  trip yang jauh jauh nanti tak adalah benda kelakar seram jadi lagi.




February 3, 2016

life update : how to make impossible things possible?




guys, actually i just realized interview that i went few days ago was actually not really a job. i got moral supports, item, and most importantly knowledge and guidance before i go solo. practically we will go as a team but i am responsible for my own income. 




memang susah sikit nak adapt with whole sistem . memang rasa susah nak terima perubahan. rasa takut takut and actually tomorrow would be my first day on the field. 




aku tertarik dengan opportunities yang aku akan dapat kalau aku cukup rajin, cukup sabar, cukup motivated and cukup usaha . Hasil dia memang manis kalau aku berjaya bersabar dengan all the hardship. benda ni maybe benda paling gila aku pernah buat sepanjang hidup aku.



aku taknak explain banyak banyak apa benda yang gila sangat pasal benda ni.
yang penting halal sudahlah. oh ya..aku ada assignment aku nak buat ni. hehehe macam ambik degree pulak aku rasa. 



mama abah, thanks for both of your sacrifices. love you :)

February 1, 2016

una and the interview story : a big JUMP and thank you MR KEN.




hey guys,
harini aku nak share pengalaman interview aku untuk entah kali ke berapa. since i went through a lot aku rasa tak salah aku share. company aku apply kerja ni dia satu company berkaitan bussines event management and finance jugak. boleh kata sales oriented la. i met the director himself today . and it was a 30 minutes interview. aku di interview sekali dengan seorang gadis bernama najwa. okay talking about my competitor she was actually really good. dia punya bahasa inggeris guys. kalau dengar boleh ternganga.oh the owner pulak mr ken seorang yang easy going. aku boleh nampak dia ni sebagai seorang yang goal oriented. dia dah cakap pasal matlamat hidup dia. semua benda dia cerita. and aku pulak? hahaha . dia kata it was a big jump from  construction to management.  ya i heard that 4 months ago when i join  twelve cupcakes.


aku memang BERMINAT sangat sangat dengan  bussiness cuma aku nak minat tu tukar jadi DESPERATE. sebab orang DESPERATE ni je yang berjaya. if your eager to succes is aa great as your eager to breath , then you'll achieve your goals. ni semua orang berjaya cakap. Aku kena start cari BIG WHY kenapa aku nak berjaya dalam hidup aku.


aku mengaku aku relaks selama ni sebab aku fikir mama abah mampu tanggung aku. aku selalu fikir aku ada backup. 90% manusia berjaya kat dunia ni berusaha bersungguh sungguh sebab pemikiran diorang tak sama macam aku. kadang kadang feeling SECURE pun tak bagus jugak. so INSECURITIES ni kadang kadang bagus jugak untuk kehidupan kita.


SO PLEASE BEING  INSECURE IN A GOOD WAY.


i am shorlisted for second round interview so tak sabar tunggu esok. what ever the result  would be 
aku terima dengan hati terbuka. sebenarnya dekat dalam diri aku ni masih seorang kanak kanak , aku rasa takut dengan perubahan. aku rasa takut dengan semua benda tapi aku percaya takdir tuhan. 

ALLAH IS A BEST PLANNER. PUT YOUR TRUST ON HIM.


dalam masa 30 minit mr ken dah berjaya bukak mata aku. dulu aku pandang enteng pasal benda benda ni. tapi dalam masa 30 minit je aku dah belajar banyak benda imagine what would i learn tomorrow? esok 3 jam punya interview. i need to open up for change. mana tahu maybe ini yang aku tunggu selama ni?



kalau tak pun aku terima dan tak kecewa .sebab mr ken dah ajar aku banyak benda.

thank you mr ken :)




lepas interview aku pergi naik lrt ke kl sentral and makan bibimbap and fruitbingsoo dekat nu sentral 
sedap beb. aku dah pernah  buat review pasal makanan ni so rajin rajin la cari k?




FENTY BEAUTY BY RIHANNA REVIEW

           hi guys harini aku nak update sikit pasal satu make up brand yang tengah hot giler diperkatakan masyarakat umum. tak lain ...