Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2015

Aku, kerja dan bussines . Oh dilemma!

Lama aku tak update muka sendiri. Mempersembahkan rupa terbaru tuan blog versi berselendang. Yang dah lama baca blog ni mesti tahu yang dulunya tuan blog ini free hair. Sekarang masih proses istiqamah lagi. Sebenarnya semakin kita cuba nak jadi baik makin besar dugaan yang kita hadapi. Aku rasa macam rewind je kisah 3 tahun lepas. Korang tahu kan aku dah jobless 2 bulan? Agak ralat sebenarnya keputusan  Berhenti aku buat atas sebab sebab kukuh jadi terpaksa la tanggung akibat dia. Sebagai manusia biasa kadang kadang terlintas la jugak dekat hati ni Kenapa la tak boleh nak  macam orang lain? Maksud aku yelah tak ada masalah kerja. Tapi bila difikirkan balik orang lain pun mesti pernah lalui dugaan macam aku jugak. Sekurang kurangnya aku ada family yang boleh tanggung aku.. Tak boleh bayangkan kalau jadi dekat orang yang dah tak ada siapa siapa kat dunia ni.  Aku adalah jugak buat bussiness sikit sikit aku ada terfikir nak laburkan duit aku tu kepada modal nak ambik stock produk vitamin a…

Entry Bergambar : Kesalahan Besar Ketika Make Up dan Make up look sesuai untuk anda

sebenarnya ramai perempuan suka make up tapi tak ramai yang tahu mengaplikasikannya dengan betul. Make up can make or break your face. The famous quotes by make up guru michelle phan.


antara kesalahan besar yang dibuat oleh seseorang wanita ketika menggunakan make up ialah di bahagian:

1) Kening
Melukis kening secara membabi buta adalah satu kesalahan besar yang dilakukan ramai wanita.Lukisan kening haruslah seimbang .Warna di tulang kening haruslah lebih pekat daripada pangkal kening. Melukis kening dengan terlalu memberi tekanan pada pensel membuatkan kening anda kelihatan terlalu tebal. Ingat..
anda  mahu mencantikkan kening bukan memusnahkan kening anda .



2)Bluser
Blusher pipi adalah optional. untuk kelihatan cantik dan lebih natural anda disarankan membeli cream blush bertekstur ringan. Sapuan ringan adalah cukup untuk menyerikan pipi anda. Kesalahan biasa dilakukan ketika make up ialah menggunakan blush jenis powder yang warnanya tidak sesuai dengan tona kulit dan disapu secara berl…

kenapa indonesia tuntut popia?

popia atau dalam bahasa Indonesianya di panggil lumpia adalah sejenis makan bergoreng yang kita boleh jumpa di pasar pasar malam. Aku tak tahu kenapa benda ni dijadikan isu oleh segelintir masyarakat Indonesia sehingga mereka membuat demonstrasi di depan kedutaan Malaysia. Ia cumalah sejenis makanan dan bebas di makan semua orang. tak kiralah kita orang Malaysia ke Indonesia ke china ke Papua new guine mahupun orang dari kutub utara dan selatan. Soal claim lumpia milik siapa tu aku rasa sebenarnya benda tu tak patut dijadikan isu. Makanan adalah salah  satu perkara yang cepat tersebar di seluruh Negara.





Dan sampai sekarang aku rasa beras pun kita tak tahu siapa tanam dulu. sebab Negara Negara asia makanan ruji dia memang nasi.. inikan pulak popia or lumpia. kalau dibuka sejarah sebelum pemerintahan british di Tanah melayu dan belanda di kepulauan jawa aku rasa hampir semua yang berpelajaran atau dalam bahasa inggerisnya "well educated" akan tahu bahawa tiada pembentukan Nega…

Aku, Cik epal dan cheque beliau.

Aku blogging sejak 2010 . 2009 aku ada blog tapi aku dah lupa password. HEHEHE
Dulu masa aku mula mula blogging aku agak blur pasal istilah trafik,SEO,nuffnang. Aku cuma anggap blogging ni macam hobi. Lepastu aku start rajin blogwalking. Dari situ aku baru tahu wujudnya nuffnang dan apa itu trafik. Aku tak ambik serious sangat soal tu tapi aku mula berjinak jinak dengan nuffnang. Start letak iklan hari hari aku tengok berapa ramai orang datang blog aku. Masa tu aku tak paham lagi Uv tu apa benda . Uv atau nama panjangnya unique visitor adalah salah satu factor pengukur berapa be atau nama panjangnya buffered earning sesebuah blog akan dapat. Masa tu seingat aku uv aku dalam 60.. kadang kadang 100. Okaylah untuk blog peribadi yang zero information macam aku ni. sejak aku guna nama dewasa ni baru aku reti nak tulis benda bermanfaat tapi itupun be aku tak boleh nak challenge waktu aku tulis merepek dulu tau.

Blog aku waktu stock syok sendiri dulu dengan blog ni bising dengan lagu pastu , t…

Happy Chinese New Year 2015

Happy Chinese New Year To Whom Who Celebrate . May this Year would be the prosperous year for all of you


tahun ni  kalau ikut kalender cina ialah tahun kambing iaitu tahun kelahiran aku. Jadi usia aku tahun ni adalah 24 tahun. Rasa Macam dah tua je.

Oh ya apa benda yang korang suka bila tahun baru cina? Kalau aku..
aku suka tarian naga . Aku duduk di kawasan taman perumahan jadi bila dengar je bunyi gendang naga  aku akan berlari ke rumah tu dengan adik-adik aku. kadang kadang naik basikal la.  tu kisah 11 tahun dulu. Sekarang taklah.. aku cuma tunggu dia naik atas lori lalu depan rumah je. Oh lagi 1 yang aku suka ialah limau free. siapa tak suka limau free betul tak? limau tahun baru ni banyak yang manis manis.


Apa yang aku kagumi dengan kaum cina?

kaum cina ni kebanyakan yang aku kenal adalah berjimat cermat.salah satu sebab kenapa mereka kaya adalah kerana mereka seorang yang berjimat cermat. Tapi jarang kita Nampak penjimatan mereka sebab yang kita Nampak mereka pakai kereta besar, a…

Movie Review : Into The Woods

into the woods


Cerita ini merupakan gabungan kisah kisah "fairytale" popular yang digarap menjadi satu cerita yang berkait antara satu sama lain.. antara cerita yang digabungkan adalah "jack and the magic bean,Rapunzel,red riding hood,cinderella dan  baker and his wife" Pada Permulaan plot ianya menunjukkan introduction kisah fairytale fairytale tersebut dan di kaitkan dengan kisah baker and his wife.
Baker ini tidak mempunyai anak kerana dia telah disumpah oleh seorang ahli sihir yang pernah menjadi jiran mereka . Ia berpunca daripada ayah si baker yang pernah mencuri bean ajaib dari rumah jirannya (ahli sihir) . Bean itu harus kekal di dahan pokok supaya ahli sihir kekal muda. Setelah sekian lama ahli sihir itu datang ke rumah baker dan menceritakan semuanya. Dia meletakkan syarat kepada bakerUntuk membatalkan sumpahan tersebut baker dan isterinya haruslah mencari mantel semerah darah,rambut sekuning jagung, kasut  berwarna emas,dan lembu seputih susu. untuk menda…

Movie Review : The Wedding Ringer

The wedding Ringer mengisahkan tentang dough harris yang terdesak memerlukan bestman seramai 7 orang untuk perkhawinannya dalam masa 2 minggu. Dia hampir putus asa dalam menghubungi rakan rakanya. ini kerana dia tidak mempunyai kawan rapat seumur hidupnya. Kekayaan yang dimilikinya memberikan dia satu kelebihan. Dia dikenalkan dengan jimmy Callaghan seorang yang menawarkan servis bestman kepada orang kurang bersosial sepertinya. Jimmy Callaghan seorang lelaki berkulit gelap seorang yang gemar bersosial namun mempunyai hati yang baik . Untuk menjayakan watak "bick mitchum" seorang askar dan juga priest  yang direka dough untuk mengkagumkan bakal mertuanya jimmy terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran ini kerana keluarga bakal mertua dough adalah golongan terpelajar dan sangat sangat peka.ribuan dollar dihabiskan untuk menjayakan lakonan tersebut. Ketika proses lakonan hubungan antara pelanggan dan "bestman palsu" bertukar menjadi persahabatan tanpa disedari mereka…

Movie Review : Villa Nabilla

Sepatutnya aku dah tulis movie review ni 3 minggu lepas. Tapi Oleh sebab aku baru teringat nak post So yeah.. Baru sekaranglah aku nak tulis.


Villa Nabila merupakan penceritaan semula berdasarkan pengalaman pengalaman dan kisah benar yang digarap oleh syafiq Yusuf. Pada permulaan cerita ia menunjukkan tentang satu watak yang beria ia untuk mendapatkan maklumat tentang kisah villa Nabila sehingga membawa kepada pertemuan dengan pihak ke tiga (pekerja kontrak )yang pernah bekerja dengan  kontraktor yang mendapat kontrak untuk merobohkan villa Nabila. lakonan semula oleh pekin Ibrahim dan beberapa watak lain sebagai pekerja kontrak yang baru mendapat tender untuk meruntuhkan villa Nabila. Pada Hari pertama bekerja berbagai bagai gangguan dialami oleh pekerja kontrak tersebut termasuk watak lakonan pekin Ibrahim. Igauan mimpi tak berkesudahan membuatkan pekin nekad ingin berhenti Kerja. Namun insiden yang berlaku kepada bosnya sehingga beliau dimasukkan ke hospital membuatkan dia terpaksa …

Movie Review : Jupiter Ascending

mengisahkan tentang Jupiter seorang gadis biasa yang tinggal bersama keluarga besarnya yang bekerja sebagai orang gaji dirumah rumah besar sekitar new York. Dahulu ayahnya merupakan seorang saintis namun dia telah dibunuh ketika Jupiter masih kecil. Ini menyebabkan dia dan ibunya hilang tempat bergantung dan terpaksa menjadi maid part time untuk rumah rumah agam sekitar new York. Ketika ayahnya meninggal dunia teleskop berwarna kuning keemasan milik ayah turut dirampas ini membuatkan Jupiter bernekad untuk mendapatkannya dengan apa cara sekalipun. Pada suatu hari dia terlihat teleskop yang serupa dengan teleskop ayahnya di jual di ebay namun gajinya yang kecil menyebabkan dia terpaksa menunggu wang simpanannya cukup terlebih dahulu.Dalam masa yang sama jauh dari planet bumi terdapat 3 ahli keluarga abrasax  balem, kalique dan titus menghadiri perjumpaan keluarga.hubungan antara mereka bertiga tidak begitu baik masing masing dengan tamak dan megah menonjolkan asset kekayaan masing masi…

Makan di secret recipe dan resepi milkshake oreo! :D

hai.
sepanjang dekat rumah ni macam macam la benda yang aku tak dapat masak di rumah sewa dulu aku dapat masak. Yelah nama pun dah kat rumah kan? aku ni memang sepsis makan suka mereka reka sikit. Minggu lepas aku punya mood nak makan coklat je. 3 kali aku ke secret recipe gara gara mood tak tentu hala aku tu.

2 kali aku pergi dengan adik. sekali aku pergi sorang. mentang mentang secret recipe sekangkang kera je dengan rumah. :3








okay ingat tak aku pernah cerita pasal kisah aku dan aiman setiap ada part 1 and part 2 tu? inilah dia makhluk bernama aiman tu, Adik bongsu aku.  semalam masa aku makan kat secret recipe. aku minum milkshake oreo. Aiman pun sama. Dia cakap air tu sedap macam nak lagi je... tapi memang air tu sedap pun. Aku sampai teringat ingat rasa air tu malam tadi. So pagi tadi aku decide nak buat sendiri.. senang je..

nak recipe? ikut recipe dibawah ini ye?


RESEPI MILKHARE OREO

cara buat milkshake oreo adalah mudah sangat sangat. Bahan bahan yang diperlukan ialah :

1) ais kri…

Tutorial Edit Video Guna Imovie

hai.
zaman instagram kini dah lebih advanced. Bila mana kita tengok ramai insta famous yang upload video mempunyai background music yang memikat hati. Rata rata golongan hipster sekarang mempunyai smartphone dan smartphone pilihan mereka samaada Samsung atau iphone.Kalau Guna Samsung mungkin tak ada  masalah nak edit video ada music tapi bagaimana jika menggunakan iphone?


semua orang tahu tahap kedekut iphone ni macam mana kan? Nak music free boleh je download. tapi tak boleh guna buat ringtone dengan mudah. Kalau pakai software iMovie nak edit video dan ada background music  Lagu kena beli kan?  kalau taknak beli  kena buat banyak kerja sikit. Step nak dapat music free for iphone yang boleh guna untuk segala apps ada disini. Click for tutorial.


Baca tutorial tu kemudian datang baca sini semula okay?

dah baca ? okay cool.

cara nak edit video ni mudah je. Mula mula..

1)  download  iMovie dan Squaready for video di apple store.




2) Masukkan video /photo yang nak diedit di iMovie



3)Kalau video k…

tutorial dapatkan music free untuk iphone apps imovie,flipagram and etc semudah ABC

Hai lama rasanya tak buat tutorial . Jadi harini aku rasa nak buat tutorial.
trust me ... senang je. pejam mata je boleh buat .



Mula mula sekali korang haruslah mempunyai iphone,cable usb, dan laptop/desktop pc.

1) Download ITunes for pc . kalau korang pakai MacBook pro aku rasa dah tak payah download. dah ready semua dalam tu kan?


2)Pastikan library  korang ada banyak lagu . Kalau belum ada download je la lagu mana mana yang korang suka.




3)Connect iphone menggunakan usb ke port usb computer anda. Kemudian click button iTunes anda.

4)Perhatikan di screen iphone nanti dia akan Tanya "Trust this computer? "
so korang click la button trust. Lepastu automatic iTunes dalam computer di "sign in" atas account kita.



5) okay perhatikan benda ni. elok elok yea.. click kiri atas nanti dia akan keluar macam dekat bawah ni. Then korang click add file to library. Bila korang dah click nanti dia automatic keluar pop up macam biasa tu.. korang tinggal cari je music folder korang. Click l…

3 hari penuh kegembiraan

48 jam yang memenatkan dan menyeronokkan. itulah kesimpulan yang dapat aku buat . hari sabtu lepas aku bertolak dari rumah parents untuk jumpa dia. Sampai sana aku dengan dia lepak setia city mall sepanjang hari. kami tengok 2 movie. movie pertama the wedding ringer dan movie ke 2 adalah Jupiter ascending. dan pada sebelah malamnya pulak dia hantar aku ke rumah sewa untuk pick barang and then terus ke seksyen 20 shah alam sebab malam tu aku kena tidur rumah member aku wahidah.
aku kena mengaku 1 benda. aku ni dah 7 tahun kenal wahida tapi haritu adalah kali pertama aku menjejakkan kaki  rumah beliau. sebenarnya aku ni pemalu.
meskipun susah untuk korang percaya tapi percayalah bahawa aku adalah  sangat sangat pemalu. even kadang kadang benda tak payah malu pun aku nak malu, contohnya , malu nak mintak kerja, malu nak mintak balik duit yang kawan pinjam, malu nak sembang dengan orang yang tak berapa rapat,
okay cukuplah explain pasal malu tu karang sampai lusa pun tak habis entry ni.

tu…

Entry Bungkus Aktiviti Sebulan.

hi.

3 minggu dah rupanya blog ni sepi. aktiviti aku sepanjang satu bulan ni selain memerap di rumah. aku juga mula mengaktifkan diri menghadiri interview interview yang aku dapat. Malangnya... semua interview yang aku hadiri gagal menamatkan status jobles yang aku sandang sejak sebulan lepas. Sebulan cepat sangat berlalu. rasa macam baru semalam aku mengambil keputusan meninggalkan office setelah hampir 2 tahun berkhidmat dengan company tersebut.

yang berlalu biarkan berlalu. sedar tak sedar.. dah bulan februari. Aku rasa bersyukur gak . sejak dua menjak ni aku dapat luangkan lebih masa dengan manusia manusia penting dalam hidup aku.


haritu aku adalah ajak sepupu aku keluar. Selasa minggu lepas aku bertolak ke rawang dengan fadhilah, sebab fadhilah sepupu aku nak ambik barang barang dia di rumah sewa lama dia. sebab dia pun dah jobless macam aku gak. that company (not to mention the real name of the company, karang kena saman plak), masa interview janji bulan bintang, dah kerja gaji la…