March 31, 2013

Birthday shoutout! :)




this is just a quick  or short entry whatever you call it for my coursemate (back in the college) irfan iman.
HAPPY BIRTHDAY IRFAN! :) dikesempatan ini ... aku nak mintak maaf kalau aku ada salah ke apa ke kat kau,kau la kawan dari Sabah yang paling sporting aku penah jumpa. Even aku Nampak macam tak friendly ke dengan kau tapi itu tidak bermakna aku tak sayang kau sebagai seorang kawan, mungkin aku ni selalu blur, lembap dan tak berapa pandai bergaul ( mengaku)  tapi  kemunculan kau dalam kelas tu buat  kelas tu bertambah meriah dengan gelagat kau yang kadang-kadang buat orang sakit jiwa, but it's okay I like it.


HAPPY 22nd  Birthday

-kalau ada rezeki jumpa lagi
-moga kau tak lupa kitorang di semenanjung
- kekal gembira dan ceria
- ayat mainstream macam biasa... kalau khawin jemput la :)






p/s: kepada readers blog (kalau ada readers) cuba dengar lagu kat video atas, tu la irfan, lagu tu aku yang request mintak dia nyanyi :)

March 30, 2013

hari gembira , so called movie review for GI joe dan Olympus has fallen :)



this is just a short update  tentang aktiviti aku harini .  Harini kitorang celebrate birthday aku  27 march lepas. yup agak lewat sikit sebab dia busy kerja . Jadi kami putuskan pergi keluar dekat  tempat aku je. Alhamdulillah  , puas aku tengok wayang harini  .ceritanya ?  OLYMPUS HAS FALLEN  dan GI JOE





serius aku cakap  kedua dua cerita ni macam ada kaitan tau?  aku tak sempat tengok tadi samaada producer dia sama atau tak tapi aku anggap diorang ni sekutu la kot.  Antara yang aku perasan diorang ada mention pasal DMZ, SECRET SERVICES , NORTH KOREA, NUCLEAR , PAKISTAN .


aku bukan nak paranoid tapi yerlah macam ada sesetengah pihak cakap ,  filem barat biasalah ada agenda . they pretend to be hero all the time.  filem bagi aku ibarat cermin.  Apa yang diorang ni filemkan sedikit sebanyak dapat mempengaruhi minda penonton.  Diorang nak bagi 1 dunia tengok filem diorang   mestilah diorang tunjukkan yang baik-baik pasal diorang. kalau ada apa pun yang jahat mesti sikit je . aku tak berapa setuju la part yang dia kutuk timur tengah tu. kalau korang nak tahu korang kena tengok sendiri filem Olympus has fallen tu .  Untuk plot  , memang boleh dipuji . 100% suspen je aku rasa. korang bayangkan tadi sampai aku nak buang air kecil pun tahan punya la tak sanggupnya melepaskan babak-babak filem tu  :3  *una memang seorang yang tak senonoh hahahaha! *


GI joe mengisahkan tentang unit pertahanan /askar khas untuk mengawal keselamatan Negara yang telah dianiaya oleh seseorang yang boleh menyerupai rupa presiden. ok cukup dah tak boleh bagi lebih-lebih.

Gi joe ni  best cuma aku lebih suka Olympus has fallen sebab Berjaya membuatkan aku ternganga  selama beberapa ketika sebab dek terlampau khusyuk.  overall aku kasi la dua dua filem ni 5 bintang. buat apa nak kedekut bintang sangat? bintang kan banyak kat langit  ye tak?

wallah ..  menganggap ini adalah kek harini jadi aku hehe ;D

thanks to you yang belanja :)




ohh untuk sesi menjamu selera harini aku makan pizza je tu pun orang belanja . hehe terima kasih awak. esok aku nak baiki handphone   aku yang dah nak jahanam ni .
mohon korang doakan  uncle tu baik hati  macam uncle x ;)


March 29, 2013

genap 22 tahun






2 hari lepas , genaplah umur aku 22 tahun . dengan tak semena-mena aku telah berubah tanpa perancangan. aku ni pelik sikit orangnya . aku seorang yang random .
kadang-kadang aku musykil dengan diri sendiri. aku ni minat  apa sebenarnya?
tapi oleh sebab diri aku  sejak azali macam tu aku malas nak memaksa sangat . Kalau aku fikir  teruk teruk pun  aku bukan dapat jawapan ye tak? .  Jadi pada umur 22 tahun ni aku tak celebrate macam selalu. Dulu kek 2,3 kilo sekarang tak lagi. inilah sambutan hari lahir yang sangat simple . Tak ada surprise tak ada apa hukhukhuk  boyfriend pulak kerja  jauh bertambah-tambah la penyiksaan aku. OH TUHANNNN !!! T-T
apa aku nak buat dengan 7 hari panggilan percuma tu? apaaaa???

dah tak payah nak pilu sangat ... =-='
pada hari itu aku telah membeli beberapa potong kek dan menghadiahkan diri sendiri  komik  lawak kampus jild  8 . Simple tak ? simple tak nyah????
simple khonnn.. bukan macam korang harijadi je macam nak buat kenduri.. boo!!  (padahal aku jeles ) HAHAHA. adik adik bertuah aku tak ada sorang pun wish birthday aku ,tapi ada sorang je ingat ... siapa dia?
adik perempuan aku .. nama dia aqilah. sebab apa dia ingat? sebab birthday dia sama tarikh dengan aku . aku syak mama abah aku.... hmm tak pelah kita citer topic lain! NEXT! ;p
 
 
 
 
ini bulat. kucing kesayangan mama. dulu dia rapat dengan mama je tapi sejak 2 menjak mama pergi kursus ni dia rapat dengan aku. gambar kat atas ni aku snap masa harijadi aku dia naik atas almari. orang lain buat party aku main dengan kucing. NICE . tapi takpe walaupun bulat ni seekor kucing yang garang, gemuk, tak mengenang budi , suka mencakar dan suka membuli namun dia je la satu-satunya makhluk yang akan teman aku bila aku tinggal sorang kat rumah. agak-agak aku takut sikit aku ajak dia main. korang jangan tak tahu kepakarang kucing aku ni ialah bermain nyorok2. adik aku ammar yang latih dia . tapi nahas la kalau kita penat taknak main dengan dia .. memang tunggulah dapat hadiah berupa cakaran sedas dua.
 
tapi haritu aku jumpa sisi comel kucing ni, di sebalik perangai tak semiak dia  ni
(semiak = tak senonoh dalam loghat perak). kat bilik aku ada 1 penimbang berat yang aku guna untuk..? untuk timbang berat la  takkan main masak-masak pulak ye tak? . aku letakkan di penjuru bilik. Aku tak tahu ape kes kucing ni dia pergi naik atas scale tu . terkejut aku bila tengok berat dia. biar benar 10 kg?  samaada scale tu rosak atau memang berat dia  10 kilo. dalam gambar ni korang Nampak dia kecik tapi sebenarnya aku lebih rela dukung bayi daripada dukung dia.. lenguh badan.
 
 


eh jap aku tadi cerita pasal birthday aku kan? kenapa tiba-tiba cerita pasal kucing? sorry dah melalut jauh sangat . akan tetapi tak mengapa ada baiknya aku ucapkan selamat tinggal dulu . sini hujan .. bantal dah memanggil! kbye :)

March 26, 2013

berkinja berkinja ibarat tiada hari esok dan virus kpop yang menular .

 
sabtu lepas aku , yana dan atuk pergi ke tanjung malim untuk menyambut  kepulangan paklong dan maklong kami dari mekah .diorang pergi umrah. opah aku? dia dah 2 minggu kat sana jaga jannah. Jadi bila sampai je sana aku cuma ingat dua benda, makanan dan tidur. tapi tuntas , manusia seperti aku mana boleh menolak pelawaan cousin aku ni. aku baru je sampai dia dah ajak aku turun bawah pergi kedai (rumah cousin aku ialah berupa rumah teres dua tingkat di atas bukit)

view dari taman permainan berhampiran rumah maklong



So aku pun ikutkan jela , aku ingat nak buat apa rupanya nak beli lauk dia kata dia penat kemas rumah jadi, dia cuma masak nasi je. Tapi perut monster macam aku ni, mana reti nak bersabar. dah 2,3 lagu dia main dalam perut. aku singgahla beli air kotak coklat dutch lady (aku beli 2kotak) dua- dua aku minum dalam masa tak sampai lima minit. aku rasa kalau korang tengok aku mungkin korang konfius aku ni manusia ke jin ;')

dalam "kesibukan" minum tu tiba aku Nampak kereta 4wd meluncur perlahan-lahan di depan kami ."eh ! macam kenal? pak andak! " oh rupanya pak andak datang nak makan sama-sama dengan kami , dan rupa-rupanya mak andak dah on the way dari kuala kubu baru bawak lauk segala bagai. aku ape lagi terlompat-lompat la gembira ini bermakna aku dapat menjamah berbagai jenis lauk yang enak lagi banyak ;") *durjana sungguh aku ni, makan je aku tahu manalah tak jadi monster!


sementara tunggu mak andak sampai , pak andak capai remote dan disini ada 2 benda yang buat aku shock sampai sekarang. aku tak sangka pak andak aku suka gila tengok runningman  dan secara drastic atmosphere kat rumah tu bertukar menjadi seoul bukan lagi tanjung malim. sebab apa?
sebab dalam rumah tu ketika itu hanya aku saja tak layan kpop ke kdrama ke. aku tak benci cuma tak boleh in. aku terasa kerdil berada disitu, kalau nak diibaratkan umpama aku berada dalam sekolompok manusia yang bercakap bahasa asing dan cuma aku sahaja yang tidak mengerti apa-apa umpama bayi baru lahir umpama seekor monster yang pilu mengenang nasib di hari tua.


gambar selingan : ahad malam isnin tu kami berinai. ni gambar pagi semalam sebelum aku balik.
kalau ada bau busuk sila tahan, masa ni aku tak mandi lagi. ate tak Nampak ke seluar tidur tu? :P



dah dah cukuplah una. cukuplah . naik menyampah pulak aku menaip ni. konon pilu sangat , padahal aku sambil dengar sambil suap roti  bersalut nutella ke mulut. bila mak andak sampai , lauk-lauk dah dihidang depan mata sekali lagi atmosphere rumah tu menjadi seoul . Yang paling aku tak sangka sekali, opah dengan atuk aku pun dah menjadi peminat korea siap aerobic lagu kpop lagi. tu yang tak menahan  tu. sejak opah dengan atuk join therapy dekat
 ceragem hidup diorang dah berubah 180 degree. Aerobik dan lagu kpop adalah makanan diorang . Aku tak sangka kuat sungguh pengaruh mamat berlip balm dan beryeliner dengan perempuan perempuan sepet yang menari terkinja-kinja ibarat tiada hari esok tu  tsk tsk tsk T-T

dua dua ni hardcore fans kpop . Nampak tak baju ika pakai tu? shinee sangat haha



aku kini mengisytiharkan darurat kepada diri sendiri dan keluarga. Aku harap raya nanti masih lagu raya berkumandang  di kampung kami dan bukannya lagu kpop. Because when something  like kpop goes viral somehow I feel i'm sicked of it  tapi setakat ni opah dengan atuk masih  bertasbih selepas sembahyang. To all kpop lovers jangan butthurt please ;P


seekor monster yang berpipi pau.




 
eh by the way  aku have fun dekat sana. despite of everything kami semua dapat la lepaskan rindu terhadap -masing selalu jumpa setahun sekali je . Maklong bagi sebotol air zam zam, campuran kekacang dari mekah, untuk gift aku dapat purse dari madinah dan gelang tangan kayu pokka .ika dan jannah dapat Samsung galaxy s3 dari sana.  Alhamdulillah maklong dan paklong selamat sampai pun kami bersyukur.Malam tu aku ,ika dan yana keluar pergi jalan-jalan dan dah rezeki aku dapat make up . thanks ika ^^. oleh sebab 27 march ialah birthday aku , opah pun tak ketinggalan bagi hadiah berupa sepasang baju yang aku kira gorgeous gila.

dah kata pun monster memang berjari gemuk. tu la gelang kayu pokka terbabit Wangi tau! :)





p/s  : bila dah meningkat dewasa ni rasa malas nak khawin rasa tak puas hidup bujang dengan family. boleh dak? XD
 











March 15, 2013

kaitan antara mimpi panggung wayang dan filem barat dan kaitan ketiga-tiganya!!! (fakta menarik)


hai , semua .. selamat  tengah malam.
sebenarnya tadi aku nak tidur , tapi tiba-tiba aku terinspirasi oleh sesuatu fakta yang aku excited nak share dengan semua orang . Fakta yang aku bakal ceritakan ni amatlah menarik dan aku yakin korang pun akan tertarik dengan fakta yang menarik ini.

sebelum korang tarik rambut aku, baik aku sambung bercerita .

ekhemm.

rata-rata rakyat malaysia suka tengok wayang dan salah seorangnya akulah. dulu , sebelum aku tahu fakta ni .. aku membabi buta saja tengok wayang tanpa mengetahui sebab aku tertarik sangat nak tengok wayang ni . tapi pada suatu hari , aku terbaca fakta di blog kawan sekolah aku inilah apa yang dia tulis



tak nampak? malas nak baca artikel penuh? ni fakta sebenarnya



aku ringkaskan dalam bahasa melayu :

pada awal penubuhan panggung wayang , pencetus idea panggung wayang telah memikirkan cara untuk menghiburkan "kaki wayang" ini dalam bahasa mudahnya  nak bagi kaki wayang enjoy "movie" yang ditonton. dan hasil akhirnya mereka telah  menjadikan panggung wayang gelap , berskrin besar dan cahaya samar yang keluar dari projector filem sahaja.

tapi tahukah korang kenapa ?
 
pencetusan idea panggung wayang ini adalah di adaptasi daripada fizikal dan psikologi manusia itu sendiri iaitu MIMPI !!!! kurang jelas?
 
meh aku jelaskan.

sewaktu kita bermimpi kebiasaannya mimpi kita itu dalam suasana yang malap dan samar .  samaada kita adalah si pemerhati atau kita mempunyai watak dalam mimpi begitulah  juga di terapkan dalam penciptaan wayang. filem itu umpama mimpi dan kita sedang melihatnya bezanya sewaktu kita bermimpi kita melihat dengan mata tertutup dan ketika menonton wayang kita menonton dengan mata terbuka. jadilah mimpi menjadi nyata! :)


sekarang aku nak tanya, berapa ramai yang sedar dan tahu tentang fakta panggung wayang ni diadaptasi daripada mimpi manusia sebelum korang baca dekat post ni? kalau ada " you sir *tunjuk jari thumbs up* "

ya aku pun tak pernah terfikir sebelum ni sebelum aku baca post kawan aku ni.
soren , thanks to you ! :)

okay selain tu aku ada satu lagi fakta yang aku nak share . yang ini adalah dari sudut pandangan aku sendiri.

pernah tak korang terfikir kenapa filem orang putih mendapat sambutan hangat? teori yang bakal aku cerita ini mempunyai sangkut paut yang amat jelas . sayangnya producer filem di malaysia je masih belum nampak.


korang perasan tak filem-filem barat banyak menggunakan "elemen berbisik" pada penceritaan awal filem diorang? aku ambik contoh harry potter, the last air bender,The Hobbit :  unexpected journey .


ini antara sebab kenapa filem barat diterima baik di dunia. korang pernah tak sebelum tidur mak korang ke nenek korang bercerita? aku yakin ramai yang pernah macam tu terutamanya zaman kita masih kanak-kanak. cara penceritaan mereka bagaimana? ya mereka seakan-akan berbisik. kalau tak berbisik pun suara mereka agak perlahan dan ton suara yang menarik untuk kita dengar kan?

jika menonton wayang itu umpama bermimpi, penceritaan berbisik itu pula umpama seorang ibu bercerita kepada anaknya supaya tidur dan akhirnya terlena dengan "mimpi" mereka.



dan dari segi jalan cerita pula kenapa pulak jalan cerita mereka lebih diterima? adakah diorang letak dadah pada cerita itu sampai orang addicted sehingga menontonnya berulang kali? . tak tak. selain daripada mempunyai plot cerita yang bagus dan grafik animasi yang mengagumkan ada 1 lagi perkara yang seringkali mereka guna pakai.

apa dia? "MIMPI" kita sendiri.

aku tahu mesti ada antara korang rasa aku dah merepek jauh, takkan la producer filem mencuri mimpi masyarakat dunia lalu buat movie kot? ahh merepek je una ni . " kata korang" .
 

korang kena sedar majoriti masyarakat dunia pernah dan selalu bermimpi dikejar harimau, gajah , serigala , dan haiwan haiwan yang mengerikan dan cuma golongan minoriti sahaja yang bermimpi membawa motosikal , menjadi gangster , menjadi rempit lalu menghuru harakan tempat awam .

u get me?

sebab itulah cerita barat lebih-lebih lagi cerita yang umpama mitos-mitos ni, selalunya ada scene dikejar haiwan buas cuma bukan harimau la diorang tukar jadi lebih menarik supaya penonton tak boring. Ganas yang ekstrem sampai tersentap sentap jantung mak timah kalau tengok , pak abu yang pakai gigi palsu pun boleh tertelan gigi palsu sebab terkejut. kata cerita "omputih" memang banyak suspen.  tapi oleh sebab itulah yang orang suka, diorang aplikasikanlah. sekarang korang nampak tak betapa cerdiknya producer barat dalam menghasilkan filem?


please dont get me wrong. mesti ada yang label aku ni "minah salleh wannabe"
kemon.. jangan marah marah. ini semua hakikat dan fakta  yang aku nak orang semua tahu, tak semestinya aku tak suka tengok filem tempatan. ada cerita aku suka tengok sebab kreatif nya antaranya cerita dari mamat khalid . dulu aku suka filem kru , tapi aku sedih kru stop dah buat filem "grafiknya boleh di banggakan" lepas filem "magika" haritu. harap pihak kru tak payah buat filem cinta cinta lagi. serius aku cakap , hikayat merong mahawangsa dan magika aku minat sangat  sebab kreativiti yang boleh dipuji. mungkin masalah kutipan kot.. aku faham orang melayu banyak tak suka filem magika dengan merongmahawangsa tu konon-konon merong tu pasal sejarah dan magika tu banyak menyanyi tapi diorang tak sedar penat lelah KRU  edit filem tu jadi cantik dan nampak real. Moga trend filem rempit dan gangster beransur hilang dari malaysia. pleaseeeee ....



credit : sorenmohdnoor (how to dream while being wide awake at the same time)

p/s: entry macam karangan tak bermakna tak bermanfaat . maaf jika ada yang terasa. entry ini atas pendapat saya sendiri bukan dari mana-mana pihak . sekian , selamat tidur , aku dan mengantuk . kbye


March 5, 2013

suara rakyat iaitu saya lah berikutan isu di sabah.

serangan di lahad datu beralih ke semporna sejak 2 hari lepas. dan sejak beberapa hari lalu 8 anggota polis dan komando kita telah ditembak mati oleh pihak penceroboh.
aku rasa bosan tengok tv3 hari pasal perbalahan politik antara 2 parti . kadang-kadang aku rasa diorang ni tak matang. sempat lagi promosi diri sendiri supaya diundi, memburukkan satu sama lain. aku rasa kita patut abaikan dua orang tu. aku rela undi  parti bebas yang tak ada kena mengena dengan umno ke pkr ke. kalau macai macai atau pro pro baca ni ketahuilah , aku dah bosan.
hahahaha
 
 
BOSAN !
macam ni ke nak jadi pemimpin?
kalau negara kita pemimpin pun bergaduh berebut kuasa macam budak tadika  berebut gula-gula , tak mustahil sejarah lama berulang.



aku dah banyak kali dah bagi cadangan, kome degil. pertimbangkanlah cadangan aku. kadang -kadang kita ni baik sangat pun tak boleh. aku rasa kalau sultan sulu tu buat hal dengan singapore dah arwah lama dah, tak cakap banyak mati dah masing-masing.  Malaysia ni suka sangat nak berunding, rundingan damai. aku tahu berunding tu baik tapi kadang kadang tak kena tempat . ini pendapat aku la sebagai rakyat memerhati.


kepada kerajaan,
aku mohon sangat. kalau nak tolong rakyat selain BR1m korang boleh pergi hantar balik pendatang asing yang ada kat malaysia, tak kira dengan izin ke tanpa izin. hadkan la jumlah yang patut ada di malaysia,selepas beberapa tahun hantar balik tak boleh menetap. kalau tak ada sebab kukuh, jangan terima permintaan kewargenegaraan . tak kira dah khawin dengn rakyat tempatan ke selidik sehingga ke akar umbi, kalau akar setakat akar rerambut tak payah bagi kewarganegaraan lah. mesti akar tunjang baru bagi. aku kalau ke bandar klang , aku rasa macam bukan dah kat malaysia dah. macam jakarta pun ada, macam kat bangladesh pun ada. kalau sayang negaralah. sebab tu la bila dah jadi macam sekarang baru terhegeh-hegeh nak cari punca , salah siapa. padahal malaysia ni senang sangat nak masuk.

Jangan fikir untung saja. kdnk la,ape lah membantu pertumbuhan negaralah. dah jadi macam ni siapa susah? tolonglah jangan berakal pendek setiap keputusan dan "keuntungan" mesti ada kesan jangka panjang. Tolonglah strict sikit, duit kita tu kumpul banyak-banyak sangat buat apa, nanti kat akhirat bawa pahala duit tak bawak :)



lagi satu, tanpa rakyat pemimpin tak ada apa-apa. so just for now . dengarlah cakap kami ni . saya bagi pandangan ni free je, tak minak bayor pon. undang-undang malaysia manusia buat, kita boleh gubal. kalau nak seribu daya taknak seribu dalih.

please no excuses . k tinggal dulu .

March 3, 2013

konflik di sabah (entry sarcasm untuk sultan sulu)


aku rasa semua pun tengah hot kes konflik/ krisis di sabah . Pada mulanya aku fikir  ianya cuma tuntutan secara aman. aku fikir juga "mereka " cuma membuat tuntutan atas kertas.  tapi ialah dah namanya juga andaian manusia. jadi andaian aku kali ni meleset.


mereka cetuskan peperangan di sana. semalam aku jadi "terpinga-pinga" seketika. macam tak percaya je. betul ke ni? betul ke?


start aku tahu berita dua anggota komando dan polis mati tu pun dari twitter . tapi mula-mula rileks dulu takut berita palsu, dan bila tv3 sahkan berita tu tak semena-mena aku jadi marah, bengang dan memang aura membunuh tiba2 muncul .


korang tolong serius sikit okay, aku tak berjenaka sekarang ni.



so aku pun start tweet with hashtag #prayforLahadDatu  #prayforSabah. niat aku sama macam orang lain, walaupun kami disemenanjung, kami pun turut cemas , sedih, kecewa, marah dengan apa yang berlaku.  aku teringatkan pakcik aku di tenom , sabah. ye... aku tahu tenom tu jauh dari lahad datu, tapi bila sultan sulu keluarkan kenyataan yang mereka takan patah balik selagi tak dapat sabah . aku jadi risau . kawan-kawan aku pun ada disabah.


korang tahu ape otak aku ni pikir?

1)kenapa sultan sulu tak mintak sabah join philipines sebelum sabah join Malaysia pada 1963?

2)adakah sultan sulu orang islam?

3) berapa ramai sultan sulu sebenarnya ?



okay aku nak terangkan bagi soalan no 2 ni dulu. kenapa aku tertanya-tanya adakah sultan sulu ni islam? sebab aku rasa dengan peperangan yang dia buat sekarang ni tak lambangkan dia macam islam pun. masuk tak beradab buat nyawa manusia ni macam  askar mainan yang dia beli kat pasar malam je. why? philipines tak cukup tanah ke? philipines nak bankrup dah ke? i bet there must be something. pendapat peribadi aku, kalau negara negara kat dunia ni dah nak start claim tanah-tanah mana yang pernah jadi milik mereka dulu habislah . kembalilah kita ke zaman british -.-


yang ni pun satu soalan yang aku harap ada sesiapa boleh jawab. aku ada baca di twitter sebelah pinoy , bahawa ramai yang mengaku diorang ni waris sultan sulu yang sebenar.  jadi aku rasa diorang ni mungkin sakit mental . mungkinnn...



hmm kepada sultan sulu, saya nak ucapkan "tahniah" kerana telah menambahkan "sejarah" baru untuk dihafal rakyat malaysia dan pelajar khususnya . saya doakan semoga jumpalah pintu syurga nanti. bukan apa risau tak jumpa je. saya ni pun orang yang tak cukup ilmu agama. Kuasa yang ada jangan salah guna. dan lagi satu , tanah ni ALLAH yang punya . esok lusa matilah kita . toksahlah rebut-rebut ni malu kat budak-budak . budak-budak sekarang ni pun dah tak rebut-rebut macam ni. terimalah hakikat , tanah yang dijual , mana boleh nak ambik balik.




p/s: haha mungkin sultan sulu tak baca kot blog tak famous ni. -entry sarcasm.


FENTY BEAUTY BY RIHANNA REVIEW

           hi guys harini aku nak update sikit pasal satu make up brand yang tengah hot giler diperkatakan masyarakat umum. tak lain ...