March 26, 2013

berkinja berkinja ibarat tiada hari esok dan virus kpop yang menular .

 
sabtu lepas aku , yana dan atuk pergi ke tanjung malim untuk menyambut  kepulangan paklong dan maklong kami dari mekah .diorang pergi umrah. opah aku? dia dah 2 minggu kat sana jaga jannah. Jadi bila sampai je sana aku cuma ingat dua benda, makanan dan tidur. tapi tuntas , manusia seperti aku mana boleh menolak pelawaan cousin aku ni. aku baru je sampai dia dah ajak aku turun bawah pergi kedai (rumah cousin aku ialah berupa rumah teres dua tingkat di atas bukit)

view dari taman permainan berhampiran rumah maklong



So aku pun ikutkan jela , aku ingat nak buat apa rupanya nak beli lauk dia kata dia penat kemas rumah jadi, dia cuma masak nasi je. Tapi perut monster macam aku ni, mana reti nak bersabar. dah 2,3 lagu dia main dalam perut. aku singgahla beli air kotak coklat dutch lady (aku beli 2kotak) dua- dua aku minum dalam masa tak sampai lima minit. aku rasa kalau korang tengok aku mungkin korang konfius aku ni manusia ke jin ;')

dalam "kesibukan" minum tu tiba aku Nampak kereta 4wd meluncur perlahan-lahan di depan kami ."eh ! macam kenal? pak andak! " oh rupanya pak andak datang nak makan sama-sama dengan kami , dan rupa-rupanya mak andak dah on the way dari kuala kubu baru bawak lauk segala bagai. aku ape lagi terlompat-lompat la gembira ini bermakna aku dapat menjamah berbagai jenis lauk yang enak lagi banyak ;") *durjana sungguh aku ni, makan je aku tahu manalah tak jadi monster!


sementara tunggu mak andak sampai , pak andak capai remote dan disini ada 2 benda yang buat aku shock sampai sekarang. aku tak sangka pak andak aku suka gila tengok runningman  dan secara drastic atmosphere kat rumah tu bertukar menjadi seoul bukan lagi tanjung malim. sebab apa?
sebab dalam rumah tu ketika itu hanya aku saja tak layan kpop ke kdrama ke. aku tak benci cuma tak boleh in. aku terasa kerdil berada disitu, kalau nak diibaratkan umpama aku berada dalam sekolompok manusia yang bercakap bahasa asing dan cuma aku sahaja yang tidak mengerti apa-apa umpama bayi baru lahir umpama seekor monster yang pilu mengenang nasib di hari tua.


gambar selingan : ahad malam isnin tu kami berinai. ni gambar pagi semalam sebelum aku balik.
kalau ada bau busuk sila tahan, masa ni aku tak mandi lagi. ate tak Nampak ke seluar tidur tu? :P



dah dah cukuplah una. cukuplah . naik menyampah pulak aku menaip ni. konon pilu sangat , padahal aku sambil dengar sambil suap roti  bersalut nutella ke mulut. bila mak andak sampai , lauk-lauk dah dihidang depan mata sekali lagi atmosphere rumah tu menjadi seoul . Yang paling aku tak sangka sekali, opah dengan atuk aku pun dah menjadi peminat korea siap aerobic lagu kpop lagi. tu yang tak menahan  tu. sejak opah dengan atuk join therapy dekat
 ceragem hidup diorang dah berubah 180 degree. Aerobik dan lagu kpop adalah makanan diorang . Aku tak sangka kuat sungguh pengaruh mamat berlip balm dan beryeliner dengan perempuan perempuan sepet yang menari terkinja-kinja ibarat tiada hari esok tu  tsk tsk tsk T-T

dua dua ni hardcore fans kpop . Nampak tak baju ika pakai tu? shinee sangat haha



aku kini mengisytiharkan darurat kepada diri sendiri dan keluarga. Aku harap raya nanti masih lagu raya berkumandang  di kampung kami dan bukannya lagu kpop. Because when something  like kpop goes viral somehow I feel i'm sicked of it  tapi setakat ni opah dengan atuk masih  bertasbih selepas sembahyang. To all kpop lovers jangan butthurt please ;P


seekor monster yang berpipi pau.




 
eh by the way  aku have fun dekat sana. despite of everything kami semua dapat la lepaskan rindu terhadap -masing selalu jumpa setahun sekali je . Maklong bagi sebotol air zam zam, campuran kekacang dari mekah, untuk gift aku dapat purse dari madinah dan gelang tangan kayu pokka .ika dan jannah dapat Samsung galaxy s3 dari sana.  Alhamdulillah maklong dan paklong selamat sampai pun kami bersyukur.Malam tu aku ,ika dan yana keluar pergi jalan-jalan dan dah rezeki aku dapat make up . thanks ika ^^. oleh sebab 27 march ialah birthday aku , opah pun tak ketinggalan bagi hadiah berupa sepasang baju yang aku kira gorgeous gila.

dah kata pun monster memang berjari gemuk. tu la gelang kayu pokka terbabit Wangi tau! :)





p/s  : bila dah meningkat dewasa ni rasa malas nak khawin rasa tak puas hidup bujang dengan family. boleh dak? XD
 











Post a Comment