Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2012

nak jadi manusia jadian atau manusia comel itu pilihan anda :)

apa yang bermain dekat fikiran korang bila korang tengok video ni? bila aku tengok video dia aku rasa macam wahhh cantiknyaaa.. betul kata orang yang tertutup tu indah... aku harap dia ni akan buat banyak lagi tutorial tudung yang "cover that part " bagi aku inilah tutorial tudung sebenar. mungkin bukan selabuh burqa.niqab tapi  bila dah menutup aku rasa lebih bagus. aku harap korang boleh pergi video ni like banyak-banyak. jangan kutuk pulak , kadang-kadang ada sesetengah orang kita ni tak boleh tengok orang lain senang sikit.  tak keterlaluan kalau  aku cakap dia ni fashionista yang cuba memberikan kelainan dalam berfesyen . fesyen yang mempunyai batas. kadang-kadang aku pelik jugak tengok orang yang belit tudung lipat-lipat macam origami. hehehe jahatnya mulut saya. janganlah marah luahkan pendapat je. tapi so far aku masih boleh terima origami tudung daripada makhluk jadian singh (berturban). maafkan aku kalau ada yang terguris hati. sebab kadang-kadang aku tengok fashion-fa…

sikap menunjuk dan serangan emosi?

lain orang lain pendapat
biar rambut sama hitam tapi cara berfikir mereka lain


kadang-kadang orang tak boleh terima pendapat aku  kerana aku terlalu bercita-cita tinggi. bagi aku biarlah aku bercita-cita tinggi at least kalau aku tak dapat capai pun aku tak menyesal sebab aku pernah bercita -cita kan?




ada jugak yang tegur sebab aku terlalu realistik. sebenarnya kita semua tahu hidup ni semua ni di tangan ALLAH. kita usaha-usaha kalau ALLAH kata jadi-jadilah.
tapi untuk jadi tu usaha kena ada, so kalau orang nak perkecilkan cita-cita aku tu lantaklah dia.walau kadang-kadang sakit hati jugak hehe jujur ni..

bagi aku tu kira macam satu "serangan terhadap emosi" bertujuan untuk mematahkan semangat. haaa amboihh saintifiknya ayat ko una.

serangan emosi ni kadang-kadang lebih berkuasa dari serangan fizikal. kalau orang cederakan kita , kita terluka je.. luka boleh pulih tapi kalau emosi.... sekali semangat jatuh susah tuu nak naikkan balik semangat. jadi aku kira orang yang bisa m…

wishlist saya :)

semua orang mestilah mempunyai impian dalam hidup. hidup tanpa impian ni payah, tak ada  hala tuju . namun impian seseorang itu haruslah realistik dan mampu tertunai janganlah merepek sangat impian tu. kalau kau berimpian nak beli kereta mewah it's okay.. tapi kalau berimpian nak curi kereta mewah yusry KRU ni makan dia (sambil tunjuk penumbuk) sebenarnya impian aku ni lebih kurang je macam korang. cuma aku tak adalah nak terlampau obses dan terlalu menekan atau berharap. slow-slow je . kalau diizinkan ALLAH ,insyallah aku akan laksanakan impian tu . antaranya seperti... beli rumah sebelum khawin mungkin ade sesetengah perempuan anggap rumah tu tanggungjawab lelaki, tapi bagi aku menyediakan tempat perlindungan untuk diri sendiri adalah tanggungjawab diri sendiri sekiranya terjadi apa-apa sekurang-kurangnya ada tempat berteduh. aku nak syorkan sangat orang-orang perempuan supaya berdikari jangan terlalu bergantung pada sesiapa bukan apa langkah berjaga-jaga korang takkan tahu apa yang …

convocation day of cucu razali and maznum :)

haritu masa raya pertama, aku nampak  gambar 2 orang sepupu aku yang dah berkonvo. mereka  tu seperti di bawah adik beradik ambik course yang sama u olzzz kejuruteran elektrik  very the pandai. very tau jangan main-main (silap maafkan penggunaan broken english saya) okay ini ke orang suka selidik rumah orang , keh3 habis segela ceruk dinding di tatapnya. nak tengok gambar diorang tak? nak tak? alahh kalau korang taknak pun aku tetap nak letak jugak. buat-buat la setuju yang korang nak tengok okay..








okay ni si abang .. dulu kecik-kecik kami rapat la ,dah besar jarang jumpa jadi segan. topik ape nak cerita pun tak tahu  but still ini jelah satu2nya ''abang'' yang  aku ada. kesian.. aku tak ada abang tumpang abang orang heheheh. tak adalah dia ni satu-satunya abang sepupu aku. okay next.. tadi kata dua orang kan? yang kat bawah ni adik dia. jarak setahun je umur. kalau abang dah hensem, rasa-rasanya adik dia lawa tak? :).



aku gagal menemui gambar beliau di atas pentas. d…

the choosen one.

assalamualaikum pukul 12 tengah malam tadi . mama balik dari on call. entah macam mana terbukak topik semula pasal hajatnya nak aku further study. mama : kakak, kau dah mohon lagi (suara mendatar) aku : belum ma.. (suara mendatar  2 kali ganda) mama : kenapa tak mohon?pergi lah beli pin upu. aku : tak bukak lagi.. lagipun malas. suasana senyap. mama diam aku pun diam. aku tahu hajat dia nak aku belajar . aku pun  nak . tapi tak dapat. actually aku menyampah dengan diri sendiri jugak sebab tak habis-habis down. mungkin aku dah give up nak menunggu . mungkin.... mama : kau nak jadi apa tak sambung study? aku: part time je lah malas nak mintak , bukan dapat pun mama: *senyap lagi* aku faham bila mama senyap tandanya dia sedih. dan aku pulak bila aku dah malas nak fikir pun maknanya aku sedih. sebab dalam kamus hidup aku tak ada perkataan give up. selalunya paling-paling pun kalau aku sedih aku boleh happy balik dalam masa 1 hari.mungkin inilah tanda kedewasaan .(dewasa ke?) mujur ada blog ni, tempat ak…

kekecewaan yang jelas.pudarkah semangat?

semua orang tahu harini result rayuan sambung degree keluar. ya.. harini 15 september 2012 keputusannya agak mendukacitakan aku. budak-budak kelas aku pun ramai tak dapat hurmm mungkin tiada rezeki aku redha cuma bila aku tengok muka mama yang kecewa aku yang lebih lebih kecewa tapi aku tetap berpegang pada kata-kata "nothing goods get away" mungkin bukan dalam kamus hidup aku tapi demi menunaikan hajat mama aku nak kerja sambil study kot mama tak tahu lagi aku bertindak drastik bukan sebab kekecewaan dan harapan saja tapi untuk diri sendiri entahlah. kita tunggu je la apa akan jadi esok lusa aku masih berfikir. kawan aku tanya kenapa taknak tunggu sambung belajar tahun depan? aku cakap aku kena fikirkan banyak benda sekarang hidup ni bukan cuma aku sahaja  ada orang lain ada adik beradik  aku 21 tahun ni. tahun depan 22 untuk kos aku (kejuruteraan awam) perlukan 4 tahun jika aku bermula di usia 22 tahun aku habis belajar umur 26 saat2 genting bagi seorang wanita dari digelar andartu ya! andartu. masa …

sambung belajar dan tarikh konvo :)

diam tak diam esok aku dah nak test motor. diam tak diam bulan depan aku nak konvokesyen di UTM diam tak diam ... dah diammm! banyak perkara yang terjadi , dan aku tunggu semenjak menjadi seorang penganggur ni. pertama sekali aku mestilah menunggu tarikh konvo diumumkan hee :D sekarang aku dah pun tahu. keduanya mesti la aku tunggu tarikh keputusan rayuan IPTA keluar aku memang tak nafikan aku sedih bila tak dapat IPTA haritu tapi nak buat guane salah aku sendiri, dan tiada rezeki mungkin okay cakap pasal konvo , apa yang spesialnya aku akan menjalani dua konvokesyen hebat dak? ambik diploma 1 je konvo sampai dua kali haa tak payah nak hebat sangat semua tu sebab aku kolej swasta dan diploma aku adalah kerjasama dengan UTM. teringat pulak aku kata-kata lecturer UTM haritu masa makmal "awak semua jangan rendah diri, bagi kami awak semua macam student UTM jugak same je , awak cuma menumpang je belajar kat IKIP tu awak tetap student UTM" masa dengar tu rasa sayu jugak,pandai lecturer ni ambi…

kisah benar : spirit of the coin antara seronok dan bala.

siapa yang belum tonton video kat atas boleh tengok dulu. bercakap tentang spirit coin budak-budak yang lahir sekitar 90 an mesti tahu. sebab spirit coin agak famous satu ketika dulu, sampai  macam jadi trend dan "kebanggaan" budak-budak sekarang tak tahu mungkin, sebab sekarang orang main gadjet je.jadi sekarang ni apa yang aku nak cerita ialah realiti dan kisah benar dari pengalaman aku sendiri. waktu zaman kanak-kanak aku, aku pun teruja nak main benda ni, sehinggalah satu ketika sepupuku balik  bercuti di kampung, aku memang 24/7 di sana sebab aku tinggal dengan opah. kami rahsiakan dari parents, aku ''pinjam'' duit syiling lama opah, dimana bentuknya lebih kurang macam video kat atas ni. opah tak tahu pun aku pinjam sebenarnya
masa tu petang, kami rancang nak main di tengah malam dimana semua orang dalam rumah tu dah tidur. rumah opah aku ni, dua tingkat bahagian bawah besar dan selalu guna,bahagian atas jarang. untuk pengetahuan korang dekat atas tu ada sa…

aku dan aiman part 1

untuk pengetahuan korang aku ada 5 orang adik beradik. 3 lelaki 2 perempuan.aku anak pertama dan adik perempuan aku aqilah tinggal di asrama menjadikan aku satu-satunya anak perempuan yang tinggal di rumah kini.sepanjang di rumah aku diamanatkan mama untuk pantau aiman (adik bongsu aku), tengok kerja sekolah dia,ajar dia . adik aku ni , dia jenis banyak cakap, banyak songeh,nakal pun boleh tahan tapi dia kurang sikit ilmu pengetahuan dan bila kami bercakap akan ada benda-benda lawak yang jadi  so antaranya seperti bawah ni :)
situasi 1: aku tengah lepak-lepak depan tv

aiman: nanti aku nak mintak abah tab, aku nak main game
aku: aku kecik-kecik macam ko main lego je man
aiman : lego ?? *muka pelik* lego tu ape kak?
aku : lego tu permainanan la, dia cantum-cantum kau tengok legoland , macam tu lah.
aiman: *muka berkerut* legoland tu kau yang buat ke kak?
aku : arghhhh aku give up!

situasi 2: lepas ajar aiman matematik  mama paksa dia minum ubat dr 101

aiman: *dengan muka berkerut2*kak tak sedapl…

tips make up : barangan make up boleh di pelbagaikan fungsinya?

okay mula-mula nak mintak maaf dulu bebanyak sebab aku dah lama tak blogwalking. update pun  ikut suka hati je nak update taknak update. actually aku masih dalam mood raya walaupun aku tak beraya ke rumah member aku walau sorang pun . perangai keji. haipp ape aku melalut ni? kata nak citer tips make up? okay nak cerita la ni.sebenarnya baru je beberapa hari lepas aku tengok satu video dari michelle phan. aku yakin ramai dah kenal beliau. actually make up tips ni dari beliau ye bukan dari aku, kalau dari aku nescaya aku tak tulis dikhuatiri tak menjadi pulak. lepastu ade pulak yang buat riot ramai2 secara bermuafakat. karang tak pasal2 aku jadi kembar altantuya kena bom sebab merosakkan muka orang ramai. tidak.. aku tidak ingin itu terjadi. T_T

BASIC MAKE UP aku sukakan natural make up  so ini antara benda basic seseorang pencinta make up perlu ada, tak ada.. lantak kau lah aku taknak belikan hahaha 1.eyeliner 2.lip gloss/lipstik 3.foundation 4.compact powder / mineral powder 5.concealear 6.shad…