October 27, 2011

cara berkesan untuk menyimpan duit

duit biasanya siapa yang cukup duit untuk diri dia siap boleh simpan lagi?
siapa ? (sila angkat tangan)
bagus anda manusia bijak!
duit adalah keperluan manusia namun cuma belajar simpan sedikit duit  untuk masa depan , simpan mulai sekarang



ingatlah ya, orang yang kaya biasanya  dia lebih  banyak menyimpan di masa muda
dan perhatikan orang muda yang kaya adalah hasil daripada simpanan bapanya
jelas?
jika ada yang kaya dengan usaha sendiri itu bermakna dia seorang yang berjimat
tak percaya? cuba selidik :)

cara menyimpan duit yang berkesan bagaimana?

1) buka akaun ASB
semua orang tahu kan ASB tu bagus untuk simpanan masa depan?jadi start la simpan mulai sekarang

2)buka 1 akaun rahsia,
rahsiakan daripada sesiapa pun meskipun daripada suami/isteri , boyfriend ataupun girlfriend.Akaun itu untuk anda, jaminan diri anda , andaikata anda mempunyai teman hidup yang kerjanya menghabiskan duit anda je tak ke naya?(read:anda teraniaya,susah),haaaa itulah kepentingan 1 akaun rahsia =)

3)jangan guna lebih daripada pendapatan
kalau gaji anda cuma rm5000 janganlah guna macam gaji anda rm7000, kalau macam tu sampai bila pun anda tak dapat simpan.. =-='

4)jangan apply banyak kad kredit
jangan ikut trend sangat, kawan pakai kredit kad sepuluh anda pun nak sepuluh,
hello sedara itu kad hutang , esok lusa kena bayar. berpada-pada okey, apply satu je cukuplah (latih diri bayar cash)

5)simpan  sekurang-kurangnya 10% daripada gaji anda setiap bulan
kenapa 10%? kalau gaji anda kecil maka 10% tu okay la, kalau gaji dah berjuta lemon sukahati anda la nak simpan berapa banyak pun kan?


6)simpan dalam bank, jangan simpan dalam tabung
bukan tak tahu diri sendiri macam mana kan? tangan siapa tak gatal tengok duit banyak?dan jangan apply atm card untuk bank tersebut buat buku je, automatik duit selamat. sebab? anda lebih malas beratur panjang untuk keluarkan duit daripada cucuk kad atm yang sememangnya mudah tu :)


7)kurangkan aktiviti yang boleh menghabiskan duit
seperti wayang, karoke, bowling, kan lebih baik anda bersenam? :)





p/s: itu sahaja petua yang una dapat bagi try ler lama2 seronok tengok duit yang dah disimpan :)

khas buat penulis maya

penulis maya
saya baca blog awak dah semua post saya suka
awak jangan salah anggap tau
saya terpaksa buat post ni untuk awak
sebab saya tak dapat komen di blog awak
saya tak tahu kenapa
mungkin awak tersalah setting
saya tak sedap hati pula awak selalu komen blog saya
saya tak dapat komen blog awak nanti awak ingat saya sombong
hehe salam perkenalan :)

cara tingkatkan traffik blog dan earning yang amat berkesan

sebenarnya ramai yang tak tahu macam mana nak tingkatkan traffik blog.
traffik tu bermaksud blog ramai pengunjung.
una dah tak guna kata ganti aku sebab ada orang kata macam kurang sopan
ye una mencuba lebih sopan kepada semua memandangkan ada pembaca yang lebih berusia daripada una yang comel muda ni

okay abaikan itu

jangan letak lagu
ini yang patut anda tahu
1)ramai orang tak suka blog yang ada lagu,alasannya sebab terkejut  lagi-lagi autoplay maka jika anda inginkan trafik tinggi buanglah lagu terbabit, jika anda tak kisah pengunjung sikit sukahati andalah nak letak patploh lagu pun :)

ping blog anda
2)ping blog anda di laman disediakan seperti innit, googleping.com,  dan tempat-tempat lain. ping tu maksudnya apa? maksudnya letak blog korang dekat situ contohnya innit, kalau ade post terbaru lekatlah kat situ berserta url entry post anda tu, maka ramailah pengunjung,kalau tak percaya trylah..

letak iklan banyak tempat
3)jangan kedekut space dengan nuffnang, letak iklan di tiga tempat iaitu, sidebar , between post dan juga header nescaya peluang nak dapat BE tu pun cerah :)

rajin hantar ticket(bukan ticket wayang)

4)rajin-rajin la hantar  ticket ke nuffnang, ticket tu apa? anda ade nuffnang? mula-mula log in,kemudian klik getting started , kemudian korang akan nampak do and donts baca perenggan kedua terakhir ade ayat helpdesk sila klik disitu.. TADAAAAAA. ha nampak kan ade create new ticket?

jangan main tipu
5) jangan klik iklan sendiri , nuffnang boleh check menggunakan ip address anda so janganlah main tipu , maka nuffnang akan menganggap anda cuba menipu mereka.dulu una selalu buat(jujur) tapi bukan niat menipu sebab una malas nak taip nuffnang kat new tab untuk check traffik, maka itulah padahnya sebab tu la earning lambat betul nak naik.

rajin update
6) rajin-rajinkan diri update,kalau dah sebulan sekali update jangan haraplah nak dapat earning banyak, melainkan anda semua sudah segah yuyu zulaikha, hanis zalikha,fatin liyana, ataupun aily rozanna.

mudahkan pengunjung
7) mudahkan pengunjung, biasanya pengunjung tak suka welcome note yang setiap kali nak baca post kena tekan pangkah, menyemak bukan? dan juga blog yang lambat loading. bagi mereka yang suka design blog cantik2 tapi nak cepat loading, tinggalkan komen una boleh ajar :)

tulis benda berinfo
8)tulis sesuatu yang berguna buat pembaca, buatlah lawak ke, info ke, una dulu selalu syok sendiri tulis pasal diri sendiri, dah la tak lawak macam mana nak ramai pengunjung, maka una ubahlah sikit sekarang demi kebaikan blog ini juga, teheeee :D *gelak comel*

jangan tulis warna warni sangat macam saya :P
9)jangan tulis bewarna warni sangat, ummie nadhirah je yang tak takut warna , tapi masih ade pak seman, nenek melah  dan kakak joy yang takut warna. jangan ingat mereka seperti ummie okay? maka font tu jangan la semua nak bewarna silau mata meon.
(terasa kutuk diri sendiri pulak,dulu aku pun macam tu)

guna keyword popular
10) masukkan sekali keyword paling hot minggu itu, maksud una hot topics walaupun tak ada kena mengena dengan entry anda , sebab?

October 26, 2011

kopi cegah kanser kulit? bagaimana kesannya dengan otak? mari baca..

selamat pagi semua,
pagi una tiba-tiba rajin maka una buka berita harian online
jadi ketahuilah bahawa una bukan main bedal je kalau nak tulis perkara sebegini




WASHINGTON: Amalam meminum kopi boleh melindungi seseorang daripada mendapat penyakit kanser kulit terutamanya di kalangan wanita. Kajian mengenainya yang dibentangkan di sebuah persidangan perubatan utama Amerika Syarikat di bandar raya Boston kelmarin menunjukkan wanita yang meminum lebih tiga cawan kopi berkafein pada setiap hari dapat mengurangkan risiko menghidap kanser kulit yang dikenali sebagai karsinoma sel basal (BCC) sebanyak 20 peratus. Kajian sama menyatakan lelaki yang mengambil kopi dalam jumlah yang sama dapat menurunkan risiko mereka mendapat BCC sebanyak sembilan peratus. "Ekoran hampir sejuta kes baru BCC dicatatkan di AS pada setiap tahun, faktor amalan harian seperti meminum kopi dapat memberi kesan besar kepada kesihatan orang ramai dalam memerangi kanser ini," kata penyelidik kajian, Fengju Song. - AFP


lebih kurang macam itula artikelnya,
sedar tak sedar kita dah banyak ditipu israel
macam-macam benda dia tipu kita
una taknak mengulas panjang tentang perkara apa yang dia tipu kita
una akan cerita on the next entry
kita selalu ditakut takutkan bahawa
orang yang minum kopi otaknya lembap,
sebab kopi banyak kaffein
tapi jika kita tengok semula orang bijak pandai dan cendiakawan mereka semuanya minum kopi.


sedapnya kalau dapat cekodok..(iklan)


jika korang tengok mana-mana cerita orang putih perasan atau tidak minuman apa yang selalu mereka minum?
ade nampak mereka minum MILO seperti mana kita setiap pagi?
ade nampak teh 0? teh tarik?
TIADA! jelas?
sebab mereka tahu minum milo waktu pagi memang baik untuk mengalas perut
tapi untuk badan?
korang akan cepat mengantuk,lesu...


nak selamat?
ikutlah cara pemakanan nabi?
nak tahu macam mana?
tunggu next entry ....


p/s: sabar ya, next entry una cerita :)






October 25, 2011

tips perempuan- kulit cantik adalah kulit segar tanpa make up berlebihan :)

hai hai semua!
semua perempuan inginkan kulit cantik dan sihat tak ada siapa yang tak nak bukan?sehingga ramai yang teringin untuk membeli produk sk2  lalu mengumpul duit berkati2 demi sk2,dan sementara tunggu nak pakai sk2 kulit tak dijaga itu langsung , choy!

itu salah sama sekali (sambil menggeleng kepala)
disini una  nak share tips sikit dekat girl kat luar sana
jika anda berumur 20 an seperti saya,
anda wajib menjaga kulit dari sekarang,jika tidak anda akan menangis di kemudian hari , tolonglah jaga kulit supaya tak kusam, tak ada eyebag besar,
or pimples besar gedabak,



ini semua demi masa depan,
dalam menghadap manusia2 yang kuat mengejek dan hipokrit
anda semua perlu siapkan diri terutamanya PEREMPUAN

okay dah cukup intro seperti itu (bebel tak habis) 
  1. anda mempunyai kulit kusam?
  2. tidak bermaya di tengah hari?
  3. kulit berminyak bertan2?
  4. mahu make up simple tapi kekal di muka?


begini  dalam memilih make up dan pencuci muka
, anda tak boleh nak main bedal je
walau ape pun produk
pleaseeee beli trial pack dahulu..
jika tidak rugi kalau tak sesuai
kenal pasti jenis kulit anda dulu

disyorkan pencuci muka mengandungi collagen
nak tahu macam mana?
sila tengok pada pencuci muka kalau ade tertulis "collagen"
bolehlah beli, contoh pencuci muka mengandungi collagen adalah

BIO ESSENCE

mahal sikit, tapi tak semahal sk2
una baru beli semalam pencuci muka dia sebelum ni una pakai olay
olay memang okay cuma una rasa nak bertukar produk
sebab una tertarik dia ada collagen
oh ya lupa nak cakap una beli yang penutup colour gold-bird nest
korang boleh dapatkan di watson or guardian
lepas ni una nak beli semua produk bird nest bio essence,
memang mahal bagi student tapi bagi una lebih baik una habiskan pada kulit muka
daripada una makan dan menggemukkan badan una yang sememangnya gems ni.




ni la yang una beli semalam
nampak tak dia cakap collagen?



ini contoh satu set dia :)


okay bagi mereka yang mahu make up simple tetapi kekal di muka
anda boleh menggunakan loose powder sebagai bedak kegunaan anda jika anda memakai compact powder kulit anda akan kelihatan kusam seperti orang mati menjelang tengahari , ye! saya mengalami perkara yang sama sebab tu saya tahu
compact powder cepat meresap ke dalam kulit , dan biasanya tak kira jenama ape pun compact powder bewarna kuning bukan?

bagi mereka yang suka make up nipis2 macam saya boleh la pakai loose powder
jenama dia secret (secret tu memang nama  jenama dia bukan rahsia)

warna bekas dia hitam dan font dia warna pink
pandai2 la korang cari

atau korang boleh beli jenama lain,
tapi pastikan sesuai dengan kulit anda
nak tahu macam mana?
pergi watson or guardian
kalau ada tester boleh test letak kat pergelangan tangan
pastu balik jangan beli dulu

tengok respon kulit tu kalau ade naik merah2, or gatal2 jangan beli


p/S: okay cukup setakat tu saje,terpanjang pulak entry ni, karang bosan pulak :)


October 24, 2011

cabar kau.

telah berkakhir kem tu semalam
first of all nak cakap sangat happy semuanya dah berakhir
dan teruja sebab kem tu sangat lain dari kemibadah yang lain
every slot sangat bagus...

okay habis dengan kem
aku kena siapkan sikit satu je projek then aku boleh continue study untuk final
1 week to go memamg rasa berdebar2



haaaaaaa nampak tak debaran aku tu?
muka berdebar aku tu adelah macam ala-ala selena gomez sikit :P
*sumpah selena gomez tu tak ade kena mengena dengan kau una*

habis dah bahagian intro
(intro dah la kemain panjang , hey la budak ni)

aku sebenarnya agak terasa dengan sesetengah orang,
gurau2 jugak tapi jagalah hati kawan ok?
kelemahan kita semua bukan untuk di tayangkan kepada umum
karang aku senyap tiba2 jangan terkejut .


p/s: cabar kau

October 20, 2011

hari khamis yang longlai dan entry mari mencari mak mentua :P

selamat hari khamis pada semua,
harini aku lemah lesu dan longlai,
esok camp aku paling tak suka camp bila dah nak final ni
serius aku tak gemar
bukan ape temah.. aku ulangkaji pun tak habis
*yela una macam mana nak habis kau sibuk berangan je *
kenapa harus ade camp? why..........? why?

otak aku telah set setiap hari sabtu ahad aku nak berehat
tapi camp yang start esok pagi sampai ahad ni
betul2 meragut kegembiraan hati yang melonjak2 ni
taktala memikirkan sabtu ahad adalah cuti.
DAMN!

tahukah korang bahawa aku suka bangun lewat?
tahukah korang bahawa bergolek-golek dalam selimut di hujung minggu adalah aktiviti peberet aku yang paling sahih?

 (eeeeeeeeeeeeeee pemalasnya budak ni, anak dara ape ni?)


siapa cakap tu ? meh aku cili2 mulut dia.
dilarang mengumpat di dalam hati ,
senyum2 tak pe ^_(

hurm normal la kalau aku macam tu , jangan tak tahu pula
aktiviti peberet selepas makan dan tidur adalah senyum sorang2
HAHAHAHA

memang tak menjaga reputasi betul aku ni.
PERHATIAN
jika anda berusia 40 an dan 50 yang mempunyai anak lelaki lingkungan 20 an yang kacak, kaya ,kaki senyum
sila abaikan apa yang saya tulis diatas .. saya merapu jer tu 

sebenarnya saya  ni baik ...(daripada aku kau terus ubah jadi saya)
sopan santun.. err berbudi bahasa..
agak2 bila makcik nak masuk meminang saya untuk anak makcik tu?

hehehehe*sambil ketawa sopan..


p/s: hahaha dari semalam aku cari point.. mintak2lah dia tak baca blog aku ni. perang dunia lagi aku karang (^_^)!'



October 19, 2011

selamat hari menetas :)

sempena birthday kawan aku 2 hari lepas
aku nak mengwish kat beliau la
ini bukan sekadar ucapan, tapi bukan juga karangan
nak bagi hadiah cheq tengah pokai ni
hahaha maka dengan ini..
terimalah entry tak berapa nak comey sangat lah.

hehehe

nama dia ain panggil je celine dion (^_^)v

entry ni special sikit sebab aku kenal dia ni lama dah..
sejak kps 1 lagi cuma kps  dulu tak rapat
kenal-kenal macam tu je.
mula2 dulu aku ingat dia sombong serius,dulu susah betul la aku nak tengok budak ni senyum
kami nama je satu kps, tapi sepatah kata pun tak pernah cakap dulu
kps tu hape?
kps tu kursus perintis siswa
before kitorang belajar kat ikip ni
ade kursus satu bulan untuk mengenali ikip
alam kolej ,rapatkan silaturahim
eceh.. ^_(

so start sem lepas baru la aku reti nak bersembang dengan dia ni
yela aku ni kan pemalu orangnya..(muntah )

sem ni pula kami boleh berjimba-jimba sekali
duduk satu baris beramah tamah
menari shuffle , mengorat jejaka ikip
(sesungguhnya statement tusengaja nak carik pasal .. karang perang dunia ke 80 aku dengan encik F)

okay ain , aku doakan berjaya dalam apa je kau buat
and selamat datang ke alam 20 an


WELCOME TO THE CLUB :)


p/s: dia ade lesung pipit comey kan?

October 18, 2011

nuffnang love letter. korang dah dapat?

aku bukannya manusia yang rajin update  entry
jika tidak ada benda yang nak aku buat
maka memang wajiblah penuh dashboard korang
hahahaha (gelak orang kaya)




sebanarnya aku nak cerita kegumbiraan hati taktala mengetahui
nuffnang tambah earning lagi

well memang la tak seberapa nak dibandingkan dengan yuyu zulaikha,
hanis zalika, ben ashaari dan sekutu2 mereka itu semua

sumpah tak
(tak baik sumpah-sumpah una...")

errr.. tapi kan boleh la daripada tak ada langsung

hehehe :)
nak tamak boleh?
rasa-rasa nak kumpul banyak sikit baru cash out
MIAHAHAHAHA
aku ade love letter untuk nuffnang
to nuffnang,
thanks a lot for earnings you gave me,
i appreciate that &
you know what ......i'm speechless when i know this


(since i 'm just ordinary blogger)
i'm  not attent any event organised by nuffnang(i'm in kuantan , mostly event in kL so i cant  skip my classess over here just to attend your event right?)
my suggestion
1)please make road tour event for nuffnanger like me who were rarely in KL .
nuffnang is  my favourite advertisement company for sure,
did you notice that?
hahaha please take that as my compliment for you
i'm not praise to please you.but just wanna say THANK YOU :)

p/s: tu baru sikit nuffnang bagi dah puji tu cer nuffnang bagi banyak lagi mahu diajaknya officer nuffnang tu khawin .. :P

perbezaan :)

selasa
harini selasa kurang indah sebab tak dapat bangun lewat
haha anak dara ape la aku ni
sebab ade kelas tambahan . bunyinye macam budak sekolah
tapi memang ade kelas tambahan design tadi >..<
malam tadi nota-nota subjek semua  pun aku dah  susun
umpama menyusun lauk di dalam pinggan
ahahaha  tak habis2 aku ni makan je kerja.
bila nak kurus tak tau.
eh korang pernah rasa macam terpelik tak. eh bukan ayat tu
maksudnya macam ni.. hurm ha.. rasa disadvantage ,rasa sedih,
rasa muram dan etc

sebab korang suka tengok seseorang tu, rasa nak kawan dengan dia tapi dia macam tak suka..
aiseyh.. >..<
pernah rasa tak?
hurm aku ni jenis suka bercakap jugak kadang2 dengan orang yang rapat

tapi bila aku  fikir balik
hurm mungkin la sebab aku ni berbeza dengan orang lain
something like mereka prejudis la
hurm tak apala mungkin aku tak layak kawan dengan mereka kot..

orang kata ,kalau orang tak suka dekat kita bersyukur la dia tunjuk
sebab kita tahu dia tak suka
better they treat me macam hell pun tak pe
sebab they give pain with the truth lebih bagus daripada comfort me with a lies.
that's doesnt make me happy pun kan kalau tahu last2 mereka tak suka kawan dengan kita.

aku memang tak suka orang hipokrit =)
kita tak boleh buat semua orang puas hati dengan kita
suka kat kita,
kita cuma boleh buat satu perkara sahaja
menghargai orang yang menghargai kita.

sekarang ni aku macam ni

smile like i never cry before, love like i never been hurt,

hurm and ya, that one more thing u should know
i'm never give people compliments  to please them
 i just say what my brain think

p/s: happy tuesday everyone ..get charmed :)

October 17, 2011

it's all about :)

sekarang..

hidup aku amat tidak ketentuan arah lagi
final exam meragut nyawa kegembiraan aku.
dahi dah start berpeluh .. aduh.. study start lagi ni
pandai benar la den ni
lusa aku test hidraul, design 1
tapi masih jua aku berpoya2 dengan facebook
>..< khok khok betul la




dalam banyak2 benda aku paling pening
birthday kesayangan hati aku
alahai dilemma nak kasi hadiah ape pun tak tahu
3 tahun lebih hubungan kami aku sendiri tak tahu beliau punya minat sebenar2nya ape..
kesian kan beliau dapat gelpren macam aku?
birthday dia tahun lepas bukan main sempoi, sampai je kedai baju ambik , bayar terus bagi
tak romantiknye gelpren kan?
>..< sekali lagi khok khok
actually aku jarang nak beromantik dengan dia
errr tapi..
hurmm
tiba2 rasa na romantik la pulak :)



October 15, 2011

picture yang hillarious terguling2 aku bila tengok..

kawan-kawan adalah aset bernilai kita semasa hidup meskipun
korang tak boleh cagar mereka ke kedai pajak gadai untuk mendapat duit berjuta lemon

TAKPERLAR..
at least kawan2 banyak membantu hidup korang untuk  menangis,ketawa,belajar,
meniru.. eh3 silap 

hidup aku, walaupun kelihatan agak pathetic oleh kerana asyik dimention oleh puan tet tet tet tet ..  dalam kelas design 1
sekali pun tak pernah miss

aku boleh buat kesimpulan dia tak boleh tengok aku ketawa ,setiap kali aku ketawa aku mesti kena punye . =-='

tapi bila aku tengok gambar mereka2 ni
aku boleh gelak sambil guling2 atas lantai,gelak sambil shuffle pun boleh

nak tengok ke?

ini lah mereka




 dari kiri onchair, irfan , syuk


serius rugi gile aku tak pergi semalam T-T
tapi takpelah ade gambar ni boleh buat aku ketawa cukup dah
hehe

mereka menyambut birthday onchair semalam di mc donalds

hehe


p/s: aku tak boleh berenti ketawa .. HAHAHAHHA hahahha HAHAHHA

October 14, 2011

aku cuma respect ja beliau kot.

aku biarkan sahaja orang-orang yang prejudis
nak buat macam mana ?
orang tak suka kawan dengan kita.. kita tak perlulah nak terhegeh2 kawan dengan dia
actually aku ni open minded even nampak sombong
sebenarnya aku pemalu orangnya,dah tu pula bersopan santun benau ( tu tipu je )
kih8.


ono hard feeling lah, aku sudah explain banyak kali

aku tak ambil tahu hal orang sangat aku buat hal sendiri je
aku tak ada masa nak ambil tahu sitipah tu pakai baju kaler ape harini
ataupun si bedah tu keluar pergi mana
no no no(sambil geleng berkali2)
orang pun  aku tak kenal nama( yang tak rapat la)
selalunya  budak kos aku je aku kenal nama mereka
yang kos lain tu aku kenal biasanya melalui kawan
lelaki? HARAM jadah aku tak kenal mereka terbabit
kecuali yang pernah sekelas la
hehehe (gelak sopan)


aku juga tidak pernah peduli samaada si A nak kapel berapa ramai,
atau tahap playboy manakah beliau?
tak.. memang aku tak peduli


actually aku suka hidup tanpa menyibuk hal orang lain
sebab aku rasa tiadalah gunanya pada aku tidak menyebabkan aku kaya atau jatuh bankrup pun kan?

cuma yang boleh aku cakap aku hormat orang bijak pandai dan pandai jaga hati orang lain

sampai aku follow beliau yang pandai di twitter
tapi tak ade niat nak stalker hidup beliau ok
aku just respect je, bf aku pun merespect beliau sebab tu aku dengan senang2 hati follow beliau yang terbabit
walaupun aku tak pernah bercakap dengan beliau yang terbabit


hurm dan juga seorang lagi yang aku tabik la nama dia Mamat
tapi aku tak ada facebook beliau maka aku merespect dari jarak jauh la

kih8


p/s: aku tulis untuk menjelaskan keaadaan bagi mengelakkan ada yang perasan aku ingin menggedik dengan mereka padahal tiada niat lain pun, aku sedar aku dah berpunya ,banyak benda aku boleh main daripada mainkan perasaan orang sekian :)



October 9, 2011

cara2 paling berkesan untuk mengorat saya



tajuk dia memang boleh buat orang muntah
tapi ni kan blog aku ,suke hati la  :P

1) sila menjadi jejaka sopan ,senyap, tapi matang
haaaaaaaa acaner tu acaner tu?
sopan tu bukan bererti jalan tunduk 90 darjah setengah menghadap utara ye.. bukan-bukan,maksudnya kelakuan tu janganla kurang ajar , asal jumpa orang tua je rasa nak melawan asal jumpa orang tua je rasa nak melawan 
haaa senyap? aku memang lebih menyukai lelaki banyak diam tapi lebih banyak senyum dari kata2., ahhhhhhh sukenye.. ahhh suke3.
matang? matang itu berkarisma tahu?

2)banyak membuat lawak dengan aku sahaja (bila dah jadi kekasih)
private and co, hehe aku tamak haloba .. aku nak sikap dia untuk aku sahaja
bukan untuk semua, jadi hahaha tu je nak cakap ,aku memang tamak pun
*sambil terlompat2 *

3) selalu ingatkan aku benda2 baik
aku tahu aku ni bukannye jenis gadis ayu  yang duduk bersimpuh umpama di desa2 permai tu, aku gadis biasa yang feveretnye adalah makan dan tidur,jadi aku harap dia itu adalah seseorang yang boleh menasihati aku ke arah kebaikan .(sebab aku bercinta bukan untuk putus tapi untuk khawin)

4)suka budak2,dan pandai layan budak2
sebab biasanya lelaki ni malas nak layan budak2 ni ,yelah mereka kan ade dunia mereka sendiri,dunia mengayat sigadis-gadis
mana pulak nak fikir dunia kebapaan ni kan? - ;)

5)pandai jaga hati
perempuan lain pujuk sekali dah jalan tapi aku tak. ego aku kadang2 lebih tinggi dari ego lelaki.. yada yada... memang malang betul boyfriend aku kan?

6)tidak merokok,hisap dadah atau ape2 sahaja yang boleh dihisap (bukan lucah)
aku tak suke orang yang aku sayang cepat mati,dan mengakibatkan penyakit kepada orang lain, bapa aku kuat merokok dulu .. sekarang sudah berhenti, tapi aku anaknya mendapat penyakit paru-paru yang agak kronik satu ketika dulu sekarang beransur pulih, you see what i'm sayin? i'm not goin to having a baby with any disease. :)





p/s: ketahuilah bahawa aku bosan dan aku saje2 update . tak ade sape nak tekel aku pasal aku pun tak suke di tekel  aku bukan bola ragbi sekian :)

October 8, 2011

i present to you a video of chubby and chunky of the blog owner.

chubby kan?
(aku baru potong rambut beberapa hari lepas,so video bawah ni rambut panjang .one month ago ... ")
hurmmm..
video ?


sebenarnya nak snapm pic tapi tertekan video tu air muka berubah sampai macm tu sekali..
yada yada..
memang sengal.

hurm.. >.<

jangan paksa aku tak biasa and happy saturday :)

selamat hari sabtu
harini aku sungguh ceria taktala mengetahui
harini aku sangat free setelah beerapa minggu tiada masa untuk terkinja2 umpama kanak2 riang seperti waktu dulu
sepatutnya event DDA (budak2 civil engineering) harini di balok
dekat desa village,aku tak pergi
banyak sebab aku tak pergi

1) aku kesiankan mama,asyik2 mintak duit. i have 5 siblings ok? and i'm the eldest.
4 after me semua sekolah, bawah aku stpm tahun depan. *so of course aku tak ada kakak ke,abang ke yang dah kerja untuk tolong parents aku,so faham2 lah ok?
2) hey come on ,aku pun nak rehat ok memandangkan nak dekat final,please leave me doin whatever i want
3)honestly, aku PMS... so boleh fikir kan kalau aku tak selesa tidur ramai2?
4)semua event aku pergi kecuali ini sahaja aku tak pergi tak ada salahnye kan?
5) aku nak spend time dengan my honey sayang,sementara ada waktu sebab lepas je aku habis diploma aku terus kerja sementara tunggu degree dengan pakcik aku,for experience and money of course. we will never meet each other for quit a long time.



hopefully semua orang lebih menghormati masa orang lain, i manage my time and not you.please ok,dengan menarik nafas berat aku mengatakan aku tak suka paksaan . thank you :)

p/s: it's my life not yours.

October 4, 2011

semoga kau kuatkan diri.

assalamualaikum.
harini aku nak minta kerjasama korang semua
doakan kawan aku mimi nadhirah..
esok dia nak menjalani pembedahan ..
tadi aku melawat dia .. aku tengok muka dia ceria je
hurmmm dalam hati siapa tahu kan
dia menghidap kanser
aku baru tahu .. korang doakan la dia ye?
dia dapat tahu 22 september lepas tapi dia cuma cerita dekat kak sue
kawan rapat dia la kalau tak silap .
aku kawan sekelas dia,walaupun kami tak rapat
tapi sedih jugala , kalau aku di tempat dia mungkin aku tak sekuat tu
dia masih mampu tersenyum seolah2 tak ada ape2.
aku baru tahu semalam.
kami dah nak final exam,aku tak tahu macam mana dia nanti
haruskah dia tangguh sem?
aku harap ALLAH melindungi dia.

semoga kau kuat mimi :')

p/s : semoga pembedahan berjalan lancar

October 3, 2011

paham ?

selamat hari isnin kawan blogger tersayang

keadaan aku main tak terurus.
aku kaget . banyak benda nak dilakukan
mana sempat.. nak susukan anak lagi,nak pergi pasar lagi,
tukar lampin anak yang ke 14.
alahai susahnye kan jadi ibu ni kan?

HAHAHA

aku stress sebenarnya nyah
aduila ..

p/s: ko paham ke tak?

October 1, 2011

Busy.. does it countable?

hello cutie, handsome..
sorry  dah lama tak blogwalking ,quit busy with reports and also lab
hurm makmal harini buat direct shear je,
so i'm just put the sand on the box ,and weighed it  so the another step
boys yang buat.
harini ade majlis konvokesyen kat UMP
so lab sikit je..
tak ada ape2 yang menarik yang nak aku cerita melainkan kepenatan aku saje
actually bukan penat ape sangat
ump tu agak jauh dari tempat kami
balik hari faham2lah
kami tak ada cuti sabtu ahad tu yang menambahkan lagi keletihan tu..

btw,tommorow will be 3 lab ..
i'm sooooooooooooooooooooooo  super lazy because
in the same time my brain keep it wondering..
BILA AKU NAK SIAPKAN DESIGN NI?

=-='
another 2 project in my
 hand .. too much to handle makes me sick..
sick of thinking..


obviously,this is the busiest month ever...
upcoming test and final .


p/s: may ALLAH bless us. GOOD DAY!

Result Level D dah keluar !!!