October 9, 2011

cara2 paling berkesan untuk mengorat saya



tajuk dia memang boleh buat orang muntah
tapi ni kan blog aku ,suke hati la  :P

1) sila menjadi jejaka sopan ,senyap, tapi matang
haaaaaaaa acaner tu acaner tu?
sopan tu bukan bererti jalan tunduk 90 darjah setengah menghadap utara ye.. bukan-bukan,maksudnya kelakuan tu janganla kurang ajar , asal jumpa orang tua je rasa nak melawan asal jumpa orang tua je rasa nak melawan 
haaa senyap? aku memang lebih menyukai lelaki banyak diam tapi lebih banyak senyum dari kata2., ahhhhhhh sukenye.. ahhh suke3.
matang? matang itu berkarisma tahu?

2)banyak membuat lawak dengan aku sahaja (bila dah jadi kekasih)
private and co, hehe aku tamak haloba .. aku nak sikap dia untuk aku sahaja
bukan untuk semua, jadi hahaha tu je nak cakap ,aku memang tamak pun
*sambil terlompat2 *

3) selalu ingatkan aku benda2 baik
aku tahu aku ni bukannye jenis gadis ayu  yang duduk bersimpuh umpama di desa2 permai tu, aku gadis biasa yang feveretnye adalah makan dan tidur,jadi aku harap dia itu adalah seseorang yang boleh menasihati aku ke arah kebaikan .(sebab aku bercinta bukan untuk putus tapi untuk khawin)

4)suka budak2,dan pandai layan budak2
sebab biasanya lelaki ni malas nak layan budak2 ni ,yelah mereka kan ade dunia mereka sendiri,dunia mengayat sigadis-gadis
mana pulak nak fikir dunia kebapaan ni kan? - ;)

5)pandai jaga hati
perempuan lain pujuk sekali dah jalan tapi aku tak. ego aku kadang2 lebih tinggi dari ego lelaki.. yada yada... memang malang betul boyfriend aku kan?

6)tidak merokok,hisap dadah atau ape2 sahaja yang boleh dihisap (bukan lucah)
aku tak suke orang yang aku sayang cepat mati,dan mengakibatkan penyakit kepada orang lain, bapa aku kuat merokok dulu .. sekarang sudah berhenti, tapi aku anaknya mendapat penyakit paru-paru yang agak kronik satu ketika dulu sekarang beransur pulih, you see what i'm sayin? i'm not goin to having a baby with any disease. :)





p/s: ketahuilah bahawa aku bosan dan aku saje2 update . tak ade sape nak tekel aku pasal aku pun tak suke di tekel  aku bukan bola ragbi sekian :)
Post a Comment