June 26, 2015

Review : Instashop wajib anda visit untuk beli kasut raya!




hai , assalamualaikum korang
malam ni aku nak buat review sikit pasal satu instashop yang tak asing lagi dalam kalangan penggemar kasut. selalu aku  buat review jual shawl,tudung and baju kan? hari ni aku nak buat review pasal kasut pulak.Instashop tersebut tak lain tak bukan ialah .... (drumroll sikit)
SCHUBLITZ!


aku rasa ramai yang dah tahu kewujudan schublitz ni. schublitz ada butik kasut sendiri di seksyen 7 shah alam dan di neo damansara. Dulu Schublitz ni dikenali sebagai shoeblitz tapi aku baru perasan dia dah tukar nama. aku tak perasan bila dia tukar . takpelah asalkan sebutan dia masih sama.



kasut keluaran schublitz ini adalah high end product tau. bukan import china tu semua. sebab tu harga dia agak mahal sikit. tapi mahal mahal pun berbaloi. aku kan sekarang semua nak support local je. kalau product bagus tak ada salahnya kita support kan kan?



okay enough with membebel. kat bawah ni aku ada attach gambar antara customer schublitz dan pattern kasut yang aku suka. nak suruh aku letak semua pattern payah sikit. malas nak scroll ke bawah :)





ini adalah antara yang available sekarang. tapi hanya untuk
size 5 dan 6. selain itu dah habis. sebab aku dah tanya banyak kali T_T
mula mula aku nak beli wedges ni aku minat warna merah dan kelabu.
tapi sedihhhh . size takde you . habis T_T
ramai cakap wedges ni walaupun tinggi tapi selesa.masa mula mula dia update dia kata ada 70 pair.Lepas 4 hari aku whatsapp cakap nak beli size dah habis. so kalau korang yang dah plan nak beli tu pergi la beli cepat.itupun
kalau kaki korang size 5 dan 6 la.sempat gaklah aku meroyan dekat facebook haritu semata mata sebab wedges ni sold out :D

Kasut ni cantik memang nampak gaya chic tu. tapi aku menerima hakikat
yang aku ni tak tahan pakai heels tumit nipis macam ni.
so aku pun hanya mampu tengok je la :D

yang ni tengah  hot selling sekarang.ikutkan hati aku nak je beli sneakers ni tapi sebab ramai dekat rumah ni memang suka sneakers baik aku batalkan saja hasrat murni aku tu hahahaha. 

diana rafar ni antara artis yang suka pakai kasut dari schublitz ni. selain dia ada jugak artis lain seperti mia ahmad, izreen azminda,ayda jebat, amyra rosli,emma maembong,tiz zaqyah,bellagochi dan ramai lagi.kalau korang tak percaya. pergilah stalk instagram schublitz ni cepat.

ni gambar wedges  macam diana rafar pakai kat atas . nama dia Adorra Wedges.wedges ni la yang aku beli. baru je siang tadi sampai. cuma aku punya warna dia fuschia pink.

macam ni lah rupa wedge yang aku beli tu kalau di pakai. beza dia size je
aku rasa size model atas ni maybe size 5 kot. kaki aku size 8 :)


ini  gambar hasil tangkapan iphone aku . sorry la aku tak ada masa nak buat flat lay bagai. tadi aku pun dah cuba pakai wedges ni. kesimpulannya , memang tinggi boleh feeling feeling model.sesuai untuk mereka yang tak berapa tinggi. aku ni dalam kategori tinggi sederhana. kasut ni kalau baling kat penyamun boleh koma tau. hahaha jangan main main


Honest Review
Packaging Condition 
Very Nice.Box dia jenis hard box colour pink.dekat bahagian tepi siap ada polkadot .comel okay? 




Return Policy 
Ada.dia ada bagi slip and ada condition dia kalau nak tukar.dan tarikh pun dah ditetapkan.kena tukar sebelum tarikh tu.return policy aku rasa sangat bagus.


Product Quality 
as you can see.memang cantik finishing dia.very rich in colour and tak kulit dia tak cepat calar.





P/s : Dear You, Thanks for the treat  :)


June 15, 2015

Wedding bestfriend dan jalan jalan




2 hari lepas iaitu 13 jun 2015 merupakan hari yang paling "hectic" bagi aku. penat tapi seronok. ada wedding 2 orang kawan kami 1 dekat shah alam 1 lagi aku tak tahu nama tempat dia tapi yang pasti dia lalu simpang nak ke elmina dan aman putri. first wedding kami pergi mestilah kat shah alam. wedding sahabat baik dunia akhirat aku wahidah md esa. dia pun ada blog gak. klik sini.
wahida ni kawan baik pertama aku masa mula mula aku pindah sekolah dulu. kami 1 dorm.
bila teringat balik kenangan 3 january 2008 serious boleh buat buku. Hahaha itu nanti aku buat satu special entry untuk perkenalan kitorang.kiranya dah masuk 7 tahun persahabatan kitorang.
dia bertemu jodoh dengan seorang jejaka bernama hafiz dari pulau pinang. hafiz ni kira macam first special someone yang boleh treat her well. kira diorang memang secocok habis la. sebelum sebelum ni kira cinta monyet la. yang first serious relationship ialah  dengan hafiz ni. aku dapat tahu hubungan diorang pada tahun 2010. masa first wahida jatuh cinta serious aku boleh detect weh. nampak tak betapa powernya aku ni? macam ada detector kan?


berbalik kepada majlis tadi. dia buat majlis simple je no pelamin. cuma ada meja makan beradap dan meja guest. but not bad. actually aku suka benda simple macam ni. wahida cantik disolek oleh seorang kakak cantik isteri kepada photographer. suami wahida pakai baju melayu dengan sampin je
semalam. pasangan macam diorang boleh dijadikan contoh .





ni gambar wahidah dengan aina raihana . gambar aku  dengan dia tak boleh upload
hahaha sebab muka aku fail. mata terkedip lala terpejam la.
padah mintak si dia ambikkan gambar. aku ni cerewet hahaha (mengaku)





ni pulak ada video aktiviti 2 hari lepas. 


second wedding pulak bestfriend encik boyprend bernama rosmini. diorang ni bff kat sekolah.
aku kenal gak rosmini ni cuma tak rapat. so aku pun ikut sidia pergi wedding ni.

semalam battery phone aku dah nazak so aku pun tak sempat nak snap photo minie.

selesai wedding terus kami berdua ke setia city mall. niat di hati nak tengok movie insidious ramai giler orang okeh. tinggal seat depan pun kami ambik je sebab dah nak tengok sangat kan. 
anyway cerita semalam pun okay. best giler. aku ada buat review . tengok previous post. 

ada jualan murah ke apa benda entah aku tak beli. yang pasti aku suka belek belek komik macam ni. tapi cd cd pun ada jual weh. tapi cerita yang aku cari tak ada
lepas tengok movie jalan jalan and isi perut dulu dekat subway sebab aku bajet bajet diet konon. hahaha. lepastu aku pun balik. sampai rumah agak lewat dan letih. bila kau balik dengan letih tetiba kau nampak sebesen baju penuh pakaian tunggu untuk dilipat. tugas aku kat rumah ni memang lipat kain, kain semalam banyak plak tu pasal " superstar" ada kat rumah . pukul 2 baru aku siap lipat.
sebab aku lipat sambil baring dan berguling. 



sekian itu saja aku nak cerita. lain kali aku mengomel lagi :p





June 14, 2015

Movie Review : Insidious 3







pada permulaan plot cerita mengisahkan seorang gadis bernama quinn brenner telah berjumpa seorang psikik bernama elise. Dia merasakan bahawa arwah ibunya cuba "menghubunginya" . dia berasa diekori oleh itu dia ingin meminta kepastian daripada elise. Malangnya roh yang menghubunginya bukanlah roh ibunya roh jahat. elise menasihati quinn supaya tidak cuba menyeru roh orang mati secara bersendirian lagi. Namun segalanya telah terlewat kerana quinn telah pun "menyeru" roh sebelum berjumpa elise. roh jahat yang mendampinginya sering memerhatikan dan menganggu. keadaan menjadi teruk setelah quinn kemalangan di langgar kereta. Dia tidak dapat bergerak. hidup keluarganya semakin tidak terurus, bapanya yang sibuk dan adiknya yang masih bersekolah menyebabkan quinn selalu tinggal bersendirian di apartment itu. gangguan demi gangguan menghantui quinn. rupa rupanya kata kata nasihat jirannya seorang nenek tua berkerusi roda itu ada benarnya.Bapanya yang pada mulanya tidak percaya pada quinn mula mempercayainya setelah melihat sendiri gangguan yang diterima quinn. Pakar paranormal diupah untuk merakam kelakuan quinn. Namun pakar paranormal itu tidak mempunyai skill untuk menghalau roh jahat. elise yang pada mulanya ingin berhenti menjadi psikik kerana diganggu salah satu roh jahat yang cuba membunuhnya kembali semula ke apartment quinn untuk menolongnya pada malam yang sama.
Dapatkah elise menumpaskan roh jahat yang menganggu dirinya dan quinn? mampukah dia mengembalikan quinn yang telah dirasuk kepada keadaan asal.


korang kena tengok sendiri. sorry kalau aku ulas tak berapa best. hahaha


cerita ni ada elemen suspense aku kasi 5 bintang.

para pelakon : Stefanie Scott sebagai Quinn Brenner
                        Dermot Mulroney Sebagai  Sean Brenner
                        Eleth Keath Sebagai Lilith Brenner
                        Lin Shaye Sebagai Elise Rainer
                        Angus Sampson Sebagai Tucker
                        Leigh Whannel Sebagai Specs
                        Hayley Kiyoko Sebagai Maggie
                        Ashton Maion Sebagai Hector


cerita ni tak berapa sesuai untuk tontonan kanak kanak dan ibu mengandung sebab seram extrem.

June 12, 2015

1st Segment by Black Queen


hai, assalamualaikum

setelah sekian lama aku tak join segmen harini saja saja nak cuba nasib.segmen kali ini tajaan  fara 
from black queen. siapa nak join boleh klik sini


impulsive

aku seorang perempuan yang impulsive. perempuan impulsive ni spesis quick decision maker.buat keputusan ikut naluri hati.ada sesetengah orang buat keputusan fikir makan masa seminggu, sebulan , setahun. aku pulak satu hari je boleh fikir dah apa keputusan dia. jarang dengar nasihat orang tapi aku menerima saranan yang baik. kalau aku boleh pertimbangkan cadangan kau , kau boleh kira bersyukur sebab aku sangat jarang nak dengar pendapat orang lain.(sila buat pulut kuning dan hantar ke masjid jika saya pernah dengar nasihat anda).sampai ada orang pernah cakap, kau ni una.. kalau dah buat keputusan, datanglah 2 bijik bas penuh manusia nak pujuk kau pun, takkan berjaya kan?Impulsive aku ni bukan setakat nak buat keputusan je, merancang pemakaian baju pun ikut naluri jugak. aku tak peduli kalau orang cakap aku cantik pakai warna blah blah, baju itu ini. kalau dekat mata aku tak cantik, aku takkan pakai. teruk kan? . Tapi kalau orang bagi aku ambik je sebab nak jaga hati.setakat ini itulah sikap paling menonjol yang aku perasan pasal diri aku sendiri.

occupied
pernah dipulaukan kawan kawan perempuan masa zaman sekolah tapi aku spesis cool. kau pulaukan aku? aku boleh hidup sorang. aku jenis tak faham jenis nak makan bertunggu -tunggu nak buat rombongan cik kiah, nak dating berteman.nak pergi tandas kena bawak segerombolan manusia. hei ko ingat tandas tu ada teleport nak bawak korang melancong serata dunia ke? fucking waste my time. tak suka masa dibazirkan buat benda sia sia sebab itulah hobi aku bukan memancing. Tapi jangan teruja dulu. biarpun aku tak suka membuang masa, aku suka membuang duit. bukan campak campak duit macam dalam cerita pramlee tu. ni spesis suka tengok movie,shopping, jalan jalan menghabiskan minyak kereta. i am pretty occupied you know. ada je benda nak buat. kalau tengah lepak depan laptop tu karang mula aku nak cari pasal sejarah lama la,tengok video pasal tamadun manusia dulu kala la.kadang kadang tu aku cari cara hack game. dalam kepala aku ni macam macam aku fikir. ala aku rasa orang lain pun sama kot. ke aku sorang je macam ni?.


sorry fara sebab entry ni you mintak pendek je i bagi panjang gila. maklumlah 
spesis tak boleh control diri. hahaha.


eh sesiapa nak join segmen black queen ni pergi blog dia tau? tengok syarat syarat dia. klik sini.


ada hadiah menanti you guys. gila tak sabar. mana tahu kot kot dapat fridge magnet dari rusia ke? boleh la iolzz acah acah pernah pergi rusia. :D






June 11, 2015

penyamun berpakaian kemas ( oh my malaysia)



 aku sebenarnya geram. sangat sangat geram. kesal dengan apa yang terjadi.
seriously. korang baca pasal current issue tak? pasal kastam rush seller online . first of all, kalau nak rush it's okay. kalau dah koyak you ganti balik parcel. kalau nak check check cara berhemah jangan buat cara penyamun. kalau nak tengok lulus ke tak kkm kan ada no kkm you can simply check kan?
online pun boleh.ni dah koyak buat seller tu macam penjenayah seludup dadah. padahal diorang cari rezeki yang halal je. kalau betul nak rush. rush pemborongnya . tu kat gm klang bersepah sepah! 
kenapa yang seller online ni yang kena? itulah yang aku tak paham logik pihak berwajib sekarang ni.




aku rasa dah mula bangga sebab ramai melayu dah berjinak jinak berniaga biarpun secara online , lama lama boleh bukak kedai. at least diorang berusaha tak mengharap subsidi kerajaan semata mata. ramai online seller bermula dengan zero. tak buat loan. pakai saving sendiri. bila kena macam ni diorang rugi aku rasa sangat sangat tak patutlah benda ni jadi. 


awak ada share ke bussines dia? nak cakap pasal gst . berapa sen sangat lah online seller yang baru berjinak jinak ni dapat? cukup nak tanggung makan minum dengan cukai berguni guni kerajaan dah kutip. WHAT DO YOU WANT?



dalam masa yang sama aku rasa sangat malulah sebab majoriti yang buat operation ni BANGSA MELAYU JUGAK.aku faham kalau arahan keluar dari pihak atasan, tapi awak boleh usulkan bila awak dah rush terbukti tak ada kesalahan, wajib bayar balik kerugian peniaga tu. AMBOIIIII KALAU KELAB MALAM KEMAIN LAGI KALAU ADA LESEN TAK NAK KACAU.


KALAU ADA 999 REPORTER TV3 TU BARU KORANG BERIA RIA NAK RUSH KELAB MAKSIAT TU KAN?tu belum cerita pendatang asing tak ada lesen berniaga tapi lepas je berniaga. tak payah daftar ssm,takpayah bayar cukai pendapatan. 



aku sebagai salah seorang online seller memang amat amat sedih tengok kawan kawan online seller yang lain kena macam tu. sikap pihak yang macam ni menyebabkan ekonomi kita makin lingkup. 


awak tahu tak apa konsep perniagaan secara halal? tahu?


pihak yang buat rush bertindak mengoyak sesuka hati plastik pos laju ni dan tak reti ganti balik ni tahu hukum tak? ibarat awak tabur pasir dalam periuk nasi orang lain. PENGANIAAN YANG JELAS DAN NYATA.


online seller ni manusia biasa macam orang lain, berniaga cari makan. 100% usaha titik peluh sendiri, keluar modal marketing, modal masa dan tenaga. bukan kerja dengan orang mengular pun duit masuk . itu yang pihak berwajib kena paham.


sekarang ni tak kira bangsa dah , tak kira melayu ke cina ke india ke yang kena. aku kesian. 



aku jarang nak sentuh isu semasa ni, tapi bila dah melampau memang laju je tangan nak menaip.
yelah aku pun online seller kot. rasa cam tampar peha kiri, peha kanan terasa sakitnya. 








dah tengok gambar bukti bukti ni? so apa rasa korang ? kesian kan? aku dapat dari facebook. ada yang stok kena rampas padahal lulus kkm. ada yang kena geledah parcel pecah, ada yang post barang hilang dalam bungkusan, sampai sampai dah carik. apa benda macam tu?



aku nasihatkan seller seller yang kena ramai ramai buat aduan dan report polis. benda macam ni tak boleh biar. makin lama makin kenyang diorang makan duit haram.



sekian ,

entry penuh emosi.

una mn








June 9, 2015

sindrom mak mak







aku ni spesis manusia yang random. dia kira macam lalang pun ada jugak ye. 
alah manusia biasalah hobi boleh bertukar.sejak 2 menjak ni aku minat hiasan rumah. tengok duduk makan keropok depan tv tiba tiba terpandang dinding. eh rasa macam dinding ni letak wallpaper mesti cantik kan?


lepastu scroll scroll ig tengok corak baju ke apa tiba tiba terfikir. eish crowded sangat corak ni kalau kat langsir okaylah! 

haaa nampak tu ? sindrom apa tu?

kalau future husband baca ni dia mesti cecepat seluk dompet sambil kira bajet. 

future wife dia dah start sindrom mak mak ni habislahh ranappppp la duit lu!

lepas tu terfikir dah khawin nanti dinding bilik nak colour apa?
lampu living room nak ala ala chandeliar ke? ke nak lampu sebijik sebijik melekat kat dinding atas tu?

pastu terfikir lagi...sebelum masuk rumah ingat nak buat plaster ceiling dulu la. bentuk plak 
nak bentuk bunga bunga pastu ada kupu kupu hinggap! haaa vazzz tak rumah i?


gila kan ? banyak betul aku  bayangkan ..


cop belum habis lagi..

kalau kaya (inshaa allah) pintu dia nak jenis kayu jati besar gedabak. lepastu depan rumah ada cctv
so orang datang boleh tengok siapa datang. 


lepastu lantai taknak mozek biasa. kalau bilik tidur of course nak wooden tile,
kalau tempat lain nak mozek spesis besar besar warna gelap. dark green or black. supaya tak comot.


lepastu meja makan pun taknak spesis kayu. nak yang glass terus. yang macam mozek gak berkilau kilau part tengah je ada glass sikit. korang jangan kata tak ada. sebab ada aku sebut. tapi mahal weh.. serious T_T




and banyak lagi benda mengarut la aku nak. actually bukan mengarut. tapi extra lavish punya rumah la. eh nama pun rumah idaman iolzz punya suka la you. ;p


tapi tu la nak cakap. aku bersyukur dengan apa yang ada sekarang dekat rumah parents aku. kami tak kaya and tak miskin. keluarga sederhana je. siapa tak nak kaya korang? cer citer?

siapa taknak kaya?


hahaha actually boleh je kalau nak rumah lawa tanpa bajet melampau lampau tu.


1) pilih perabot tahan lama. korang kena fikir panjang tau sebelum beli fikir. contoh ada  jenis sofa
sofa A dan sofa B . sofa B mahal dari sofa A . tapi sofa A murah dan tak berapa tahan. contoh beza harga dia dalam 5 ratus macam tu. Go for sofa B. habis duit sikit takpe sebab sofa B boleh pakai lama.
personally aku sofa macam ni sebab dia leather and tak payah nak tukar sarung ke apa.
and lembut je .aku suka baring atas sofa so sofa yang jenis kerusi kayu satu satu tu memang aku takkan beli la.
camne nak baring kalau dah macam tu kan?


2)plaster ceiling amatlah bagus. amat amat bagus untuk bagi rumah korang nampak lawa. biar tak besar mana tapi kira sedaplah mata korang memandang. rumah pakcik aku kan kat tg malim. rumah dia tak berapa besar tau , besar jugaklah cuma bukanlah banglo 3 tingkat ke apa tapi rumah dia cantik. creativity is key.dia buat berperingkat tak adalah masuk masuk rumah terus buat dia cakap. ada duit  terus buat. hasil dia? memang cantik...
lawa kan? kalau ni rumah aku. memanjang aku selfie. eh tak adalah. tengok plaster ceiling dia simple
je tapi lawa :)


3)wallpaper. seriously wallpaper bukan untuk rumah orang kaya kaya je okay. yang tak kaya macam kita pun boleh pakai.aku ada jumpa orang jual rm60 segulung(10 metre high). kau nak design apa?
kupu kupu? bunga bunga? batu bata? geometri? you name it! semua ada chu olzz. sebelum beli ukur rumah korang dulu okay?


simple je kan? tak payah crowded crowded sangat.tapi cantik


4)wooden tile. this is optional. ada orang berpuas hati dengan mozek. ini saja sajalah untuk sesiapa 
nak bilik tidur nampak cantik sikit. kalau korang ada duit lebih lepas khawin tu boleh la buat wooden tile tu dulu. sebelum masukkan perabot. hehehe mesti nice kan? siapa dah pakai? lucky you! :)
aku tak tahu kenapa.. tapi aku minat yang warna gelap macam ni.wooden tile lain pun cantik cantik gak. ahhh tak kisahlah
macam mana pun :)
5)kolam ikan . again this is optional . kalau korang ada space kat luar rumah boleh buat. kat rumah aku setakat aquarium je ada tu pun ikan dah lama mati. hahaha. korang ingat kan dulu orang sibuk bela ikan kepala benjol yang suka hantuk kepala dia kat dinding aquarium macam tengah sawan tu?
haa bapak aku pun beli. tak tahu la syok agaknya.


6)closet.okay benda ni serious tau. korang nak guna lama. aku perhatikan rumah aku selalu berganti almari sebab almari murah senang kopak. apa nak buat perangai masing masing macam monster. -..-
kalau korang ada spesis adik beradik suka ambik t shirt fav korang ke apa. beli almari yang boleh kunci. (sebab aku selalu kena). kalau nak cantik beli je yang warna putih ke warna hitam ke. kat ikea kan banyak. pergi usha. untung siapa duduk area damansara kan? :D


aku minat spesis macam ni je. tak payah besar besar sangat. aku ni jenis dah beli baju baru. baju lama
yang aku taknak aku bagi orang or aku buang. so tak adalah banyak sangat baju aku yang tinggal sekarang.
tapi nak cari spesis berkunci susah. tapi yang pasti aku nak almari warna putih ni. nampak comel je

bilik parents aku ada almari macam ni. bezanya diorang punya warna hitam. kalau dah khawin boleh dipertimbangkan la. cuma aku tak berapa suka sebab kalau nak letak barang kat atas sekali aku tak sampai. tinggi aku 160cm je.
memang tak sampailah jawabnya. aku rasa kalau dah khawin nanti almari kami laki bini kena asing kot. yelah aku kan tak suka share .









June 5, 2015

Entry Bervideo : Family Moment





video kat atas ini adalah aktiviti keluarga kami tahun lepas. actually banyak je aktiviti tapi tak ada siapa rajin nak record video. lepas kumpul kumpul ni je yang ada. jadilah buat kenang kenangan waktu tua kelak. cey cey cey. video keluarga besar legacy razali dan maznum (atuk dan opah aku)




tapi there is more to come. nanti waktu raya, waktu hang out dengan sepupu inshaallah aku akan lebih rajin lagi shoot video. memandangkan usia dah memang sampai tahap wajib khawin ni, banyak banyak la kumpul memory sebelum melangkah ke alam rumah tangga ye?



sekian,

yang  sentiasa comel dan berhati riang(perasan)

Una Mn 






June 4, 2015

Kau Dan Diandra





aku merupakan peminat diandra sejak lagu angkasa keluar. sejak tu aku selalu ikuti perkembangan dia. dalam banyak banyak lagu yang keluar aku minat lagu yang baru launch ni. kau dan diandra. 
lagu ni dah ada dekat itunes , pergi la beli cepat cepat. murah je. 0.99 or 1 dollar adalah rm3.70 . 
aku ni bukan jenis suka beli lagu. suka dengar free je. kalau aku beli tu maksud dia lagu tu sedap. kat atas tu aku ada letak teaser lagu dia.  pergi dengar sekarang! 

antara part yang paling aku suka dekat lagu ni ialah part yang sama aku letak kat teaser kat atas. itu ialah bahagian chorus.

kau dan aku selamanya,..
kau milikku, ku cinta
kau cintaku.....
tiada yang setanding..
cinta kau dan aku .. 

sweet kan part ni?

kalau korang nak ikuti perkembangan diandra 

sila follow beliau di

instagram : iamdiandra 
twitter :iamdiandra



she is adorable, humble and down to earth . 




and this miss diandra arjunaidi herself






P/s : pretty girl with a soothing voice.

June 2, 2015

Tutorial : Letak Lagu Youtube Autoplay di Blog New Version (iframe)




Assalamualaikum, hai


aku tahu kebanyakan korang ada yang jenis suka letak lagu kat blog. kalau macam aku , aku ikut mood.kalau nak letak aku letak. kalau tak aku biar je kosong. Youtube sentiasa buat perubahan. sebelum ini masih boleh buat coding lama, sekarang dah tak boleh. coding dia dah short dan simple.
bermula dengan coding "iframe".


sebelum aku melalut lebih panjang lagi marilah kita terus kepada tutorial.

1) salin code di bawah. jangan malas salin je. ye, bila aku kata salin maksud dia tak boleh copy and paste la tu. sila bukak layout>add new gadget>scroll cari html/javascript and click button tambah and taip code dekat bawah ni.taip je semua sekali termasuk link youtube tu.



2)Pergi youtube dan cari video lagu yang korang letak tu. copy link youtube dia sahaja. jangan copy semua sekali embeded code tu. lihat contoh di bawah



3) dah siap salin? okay sekarang gantikan link yang warna merah tadi dengan link video yang korang nak letak." di awal dan ? di hujung link sila kekalkan. cuma link sahaja perlu ditukar ikut citarasa anda.


contoh :



 inilah final look code korang nanti. tak payah nak gatal gatal pergi copy seluruh embeded code. nanti pening jangan nak kata aku ajar salah. ikuti method mudah ni.



P/S: Nak Copy tutorial boleh tapi jangan buang credit okay?


P/S 2: kalau tak faham sila komen dekat bawah nanti i olzz reply :)

Tutorial Download Game Ranch Rush 2 Tanpa Hack




Assalamualaikum, hai.

tutorial ini untuk orang yang mempunyai desktop pc dan laptop sahaja untuk mobile version iolzz tak reti. 



let's get started! 


1)Google dan taip 4shared.com , dah masuk 4shared? 
 taip la nama game "ranch rush 2. pastikan pilih file jenis "rar" jenis boleh extract. tak paham? takpe
rujuk gambar, aku pilih link no 2. klik download.



2) lepas download dia akan keluar macam ni nampak jenis buku tu? klik aje jangan fobia sangat tengok buku dik, tahulah cuti sekolah. eh eh .



4) bila dah klik buku dia akan keluar macam ni.klik gambar untuk lihat lebih jelas. atau klik je yang no 2 ni yang lain jangan usik. bila klik dia akan automatik extract

5) Bila kita klik tadi dia extract macamni rupa dia masa tengah extract tak yah nak takut ini bukan virus.jangan jadi virus freak sangat. tak bermakna hidup kalau laptop tak ada game ;p. siap je extract dia akan terus automatik buatkan shortcut dekat desktop . engko klik je la lepas tu boleh main secara percuma. 


 6) macam ni la rupa game tu bila dah di klik,. siapa dah pernah main ranch rush 1 tahu bahawa game ni best gila. ranch rush 2 lagi ganda ganda best. sila download sekarang ! 


untuk pengetahuan korang game big fish ni spesis berbayar. dan motto hidup aku ialah game seharusnya free . Hahaha jadi aku dah lama cari jalan nak dapatkan game ni secara percuma . hack macam macam cara dah. nan hado nak dapat! akhirnya last week aku berjaya dapat secara percuma. 




p/s: bukan semua game ada, ikutlah siapa baik hati nak upload.

Tutorial Download Youtube Videos Semudah ABC



assalamualaikum, hai. 
rasanya ramai dah tahu pasal YTD aku saja buat entry ni untuk orang yang belum tahu dan untuk diri sendiri mana tahu lupa tetiba bolehlah rujuk balik. 



1) Download Software YTD 
korang taip dekat google " YTD youtube video downloader" KLIK SINI



2) Bila dah download and dah siap install,klik ytd tersebut and biarkan sekejap. 




3) Pergi youtube dan copy link video korang nak download. tengok contoh gambar dibawah.



 4)Paste kan link tadi di ytd yang korang dan bukak tadi dan klik download. SIAP!!



P/S : GOOD LUCK! AKU SIAP LAYAN DORAEMON ! PUAS! :D

FENTY BEAUTY BY RIHANNA REVIEW

           hi guys harini aku nak update sikit pasal satu make up brand yang tengah hot giler diperkatakan masyarakat umum. tak lain ...