June 11, 2015

penyamun berpakaian kemas ( oh my malaysia)



 aku sebenarnya geram. sangat sangat geram. kesal dengan apa yang terjadi.
seriously. korang baca pasal current issue tak? pasal kastam rush seller online . first of all, kalau nak rush it's okay. kalau dah koyak you ganti balik parcel. kalau nak check check cara berhemah jangan buat cara penyamun. kalau nak tengok lulus ke tak kkm kan ada no kkm you can simply check kan?
online pun boleh.ni dah koyak buat seller tu macam penjenayah seludup dadah. padahal diorang cari rezeki yang halal je. kalau betul nak rush. rush pemborongnya . tu kat gm klang bersepah sepah! 
kenapa yang seller online ni yang kena? itulah yang aku tak paham logik pihak berwajib sekarang ni.




aku rasa dah mula bangga sebab ramai melayu dah berjinak jinak berniaga biarpun secara online , lama lama boleh bukak kedai. at least diorang berusaha tak mengharap subsidi kerajaan semata mata. ramai online seller bermula dengan zero. tak buat loan. pakai saving sendiri. bila kena macam ni diorang rugi aku rasa sangat sangat tak patutlah benda ni jadi. 


awak ada share ke bussines dia? nak cakap pasal gst . berapa sen sangat lah online seller yang baru berjinak jinak ni dapat? cukup nak tanggung makan minum dengan cukai berguni guni kerajaan dah kutip. WHAT DO YOU WANT?



dalam masa yang sama aku rasa sangat malulah sebab majoriti yang buat operation ni BANGSA MELAYU JUGAK.aku faham kalau arahan keluar dari pihak atasan, tapi awak boleh usulkan bila awak dah rush terbukti tak ada kesalahan, wajib bayar balik kerugian peniaga tu. AMBOIIIII KALAU KELAB MALAM KEMAIN LAGI KALAU ADA LESEN TAK NAK KACAU.


KALAU ADA 999 REPORTER TV3 TU BARU KORANG BERIA RIA NAK RUSH KELAB MAKSIAT TU KAN?tu belum cerita pendatang asing tak ada lesen berniaga tapi lepas je berniaga. tak payah daftar ssm,takpayah bayar cukai pendapatan. 



aku sebagai salah seorang online seller memang amat amat sedih tengok kawan kawan online seller yang lain kena macam tu. sikap pihak yang macam ni menyebabkan ekonomi kita makin lingkup. 


awak tahu tak apa konsep perniagaan secara halal? tahu?


pihak yang buat rush bertindak mengoyak sesuka hati plastik pos laju ni dan tak reti ganti balik ni tahu hukum tak? ibarat awak tabur pasir dalam periuk nasi orang lain. PENGANIAAN YANG JELAS DAN NYATA.


online seller ni manusia biasa macam orang lain, berniaga cari makan. 100% usaha titik peluh sendiri, keluar modal marketing, modal masa dan tenaga. bukan kerja dengan orang mengular pun duit masuk . itu yang pihak berwajib kena paham.


sekarang ni tak kira bangsa dah , tak kira melayu ke cina ke india ke yang kena. aku kesian. 



aku jarang nak sentuh isu semasa ni, tapi bila dah melampau memang laju je tangan nak menaip.
yelah aku pun online seller kot. rasa cam tampar peha kiri, peha kanan terasa sakitnya. 








dah tengok gambar bukti bukti ni? so apa rasa korang ? kesian kan? aku dapat dari facebook. ada yang stok kena rampas padahal lulus kkm. ada yang kena geledah parcel pecah, ada yang post barang hilang dalam bungkusan, sampai sampai dah carik. apa benda macam tu?



aku nasihatkan seller seller yang kena ramai ramai buat aduan dan report polis. benda macam ni tak boleh biar. makin lama makin kenyang diorang makan duit haram.



sekian ,

entry penuh emosi.

una mn








No comments: