Skip to main content

Review : Instashop wajib anda visit untuk beli kasut raya!




hai , assalamualaikum korang
malam ni aku nak buat review sikit pasal satu instashop yang tak asing lagi dalam kalangan penggemar kasut. selalu aku  buat review jual shawl,tudung and baju kan? hari ni aku nak buat review pasal kasut pulak.Instashop tersebut tak lain tak bukan ialah .... (drumroll sikit)
SCHUBLITZ!


aku rasa ramai yang dah tahu kewujudan schublitz ni. schublitz ada butik kasut sendiri di seksyen 7 shah alam dan di neo damansara. Dulu Schublitz ni dikenali sebagai shoeblitz tapi aku baru perasan dia dah tukar nama. aku tak perasan bila dia tukar . takpelah asalkan sebutan dia masih sama.



kasut keluaran schublitz ini adalah high end product tau. bukan import china tu semua. sebab tu harga dia agak mahal sikit. tapi mahal mahal pun berbaloi. aku kan sekarang semua nak support local je. kalau product bagus tak ada salahnya kita support kan kan?



okay enough with membebel. kat bawah ni aku ada attach gambar antara customer schublitz dan pattern kasut yang aku suka. nak suruh aku letak semua pattern payah sikit. malas nak scroll ke bawah :)





ini adalah antara yang available sekarang. tapi hanya untuk
size 5 dan 6. selain itu dah habis. sebab aku dah tanya banyak kali T_T
mula mula aku nak beli wedges ni aku minat warna merah dan kelabu.
tapi sedihhhh . size takde you . habis T_T
ramai cakap wedges ni walaupun tinggi tapi selesa.masa mula mula dia update dia kata ada 70 pair.Lepas 4 hari aku whatsapp cakap nak beli size dah habis. so kalau korang yang dah plan nak beli tu pergi la beli cepat.itupun
kalau kaki korang size 5 dan 6 la.sempat gaklah aku meroyan dekat facebook haritu semata mata sebab wedges ni sold out :D

Kasut ni cantik memang nampak gaya chic tu. tapi aku menerima hakikat
yang aku ni tak tahan pakai heels tumit nipis macam ni.
so aku pun hanya mampu tengok je la :D

yang ni tengah  hot selling sekarang.ikutkan hati aku nak je beli sneakers ni tapi sebab ramai dekat rumah ni memang suka sneakers baik aku batalkan saja hasrat murni aku tu hahahaha. 

diana rafar ni antara artis yang suka pakai kasut dari schublitz ni. selain dia ada jugak artis lain seperti mia ahmad, izreen azminda,ayda jebat, amyra rosli,emma maembong,tiz zaqyah,bellagochi dan ramai lagi.kalau korang tak percaya. pergilah stalk instagram schublitz ni cepat.

ni gambar wedges  macam diana rafar pakai kat atas . nama dia Adorra Wedges.wedges ni la yang aku beli. baru je siang tadi sampai. cuma aku punya warna dia fuschia pink.

macam ni lah rupa wedge yang aku beli tu kalau di pakai. beza dia size je
aku rasa size model atas ni maybe size 5 kot. kaki aku size 8 :)


ini  gambar hasil tangkapan iphone aku . sorry la aku tak ada masa nak buat flat lay bagai. tadi aku pun dah cuba pakai wedges ni. kesimpulannya , memang tinggi boleh feeling feeling model.sesuai untuk mereka yang tak berapa tinggi. aku ni dalam kategori tinggi sederhana. kasut ni kalau baling kat penyamun boleh koma tau. hahaha jangan main main


Honest Review
Packaging Condition 
Very Nice.Box dia jenis hard box colour pink.dekat bahagian tepi siap ada polkadot .comel okay? 




Return Policy 
Ada.dia ada bagi slip and ada condition dia kalau nak tukar.dan tarikh pun dah ditetapkan.kena tukar sebelum tarikh tu.return policy aku rasa sangat bagus.


Product Quality 
as you can see.memang cantik finishing dia.very rich in colour and tak kulit dia tak cepat calar.





P/s : Dear You, Thanks for the treat  :)


Post a Comment

Popular posts from this blog

Product Review : Laneige BB Cushion

Salam , hai


sabtu lepas, aku pergi ambik barang dekat rumah lama which is dekat dengan setia city mall. Mama
pulak kebetulan nak beli bb cream baru and kawan dia cadangkan beli bb cushion dari laneige .Dan kebetulan jugak cousin cousin aku pun pakai laneige ni . Sambil menyelam minum air la katakan . alang alang mama nak beli barang so kami singgah la tempat wajib lepak aku setiap minggu sepanjang aku menetap dekat situ dulu. Mana lagi kalau bukan setia city mall! Sampai je kitorang terus masuk parkson dan cari counter laneige. So mama pun dah try , mama nak beli yang whitening and moisturizing ni tapi stock dah habis! sebabkan bb cushion ni ada 2 jenis whitening and moisturizing dan pore filler untuk kulit bermasalah. dan cuma pore filler je ada stock waktu tu. Aku cakaplah kat mama, ambik jelah nanti lain kali kita beli yang lain.ini pun okay gak mama. macam aku pulak yang kerja kat situ.. bukannya aku dapat komisyen pun. hekeleh sangat!. Budak jaga counter tu senyum je .. senang kerj…

kisah benar : spirit of the coin antara seronok dan bala.

siapa yang belum tonton video kat atas boleh tengok dulu. bercakap tentang spirit coin budak-budak yang lahir sekitar 90 an mesti tahu. sebab spirit coin agak famous satu ketika dulu, sampai  macam jadi trend dan "kebanggaan" budak-budak sekarang tak tahu mungkin, sebab sekarang orang main gadjet je.jadi sekarang ni apa yang aku nak cerita ialah realiti dan kisah benar dari pengalaman aku sendiri. waktu zaman kanak-kanak aku, aku pun teruja nak main benda ni, sehinggalah satu ketika sepupuku balik  bercuti di kampung, aku memang 24/7 di sana sebab aku tinggal dengan opah. kami rahsiakan dari parents, aku ''pinjam'' duit syiling lama opah, dimana bentuknya lebih kurang macam video kat atas ni. opah tak tahu pun aku pinjam sebenarnya
masa tu petang, kami rancang nak main di tengah malam dimana semua orang dalam rumah tu dah tidur. rumah opah aku ni, dua tingkat bahagian bawah besar dan selalu guna,bahagian atas jarang. untuk pengetahuan korang dekat atas tu ada sa…

Pengalaman membeli dari Goshop 2

assalamualaikum , hai 
haritu aku adalah belikan magic saw set untuk atuk aku sebab dia teringin benda tu.(rujuk entry ini)aku order 25 mac and barang tu sampai on my birthday which is 27 mac  1991 wohoo. esoknya atuk terus datang rumah aku ditemani cousin aku untuk ambik barang dia tu. oleh sebab dia berpuas hati dengan servis dari goshop ni tadi dia dengan senang hatinya nak  order item lain plak. sebagai cucu mithali *konon* aku pun tolonglah belikan . kali ni dia nak chefline chocowine frying pan. harga dia tak mahal pun rm 299 termasuk Gst and dia ada 5 pan . Free delivery lagi tu.


so apa tunggu lagi pergi beli cepat!  :D










macam biasa kalau nak order sign up dulu kat website senang sikit nak trace barang . bila post bila sampai. previous item aku beli gdex yang hantar dapat je tracking number aku boleh track terus and service dia memang cepat. tapi lebih baik jangan expect melampau lampau kau bagilah masa dalam 2,3 hari . inshaallah sampailah barang tu. :D

P/s: ini bukan entry berbayar…