June 14, 2015

Movie Review : Insidious 3







pada permulaan plot cerita mengisahkan seorang gadis bernama quinn brenner telah berjumpa seorang psikik bernama elise. Dia merasakan bahawa arwah ibunya cuba "menghubunginya" . dia berasa diekori oleh itu dia ingin meminta kepastian daripada elise. Malangnya roh yang menghubunginya bukanlah roh ibunya roh jahat. elise menasihati quinn supaya tidak cuba menyeru roh orang mati secara bersendirian lagi. Namun segalanya telah terlewat kerana quinn telah pun "menyeru" roh sebelum berjumpa elise. roh jahat yang mendampinginya sering memerhatikan dan menganggu. keadaan menjadi teruk setelah quinn kemalangan di langgar kereta. Dia tidak dapat bergerak. hidup keluarganya semakin tidak terurus, bapanya yang sibuk dan adiknya yang masih bersekolah menyebabkan quinn selalu tinggal bersendirian di apartment itu. gangguan demi gangguan menghantui quinn. rupa rupanya kata kata nasihat jirannya seorang nenek tua berkerusi roda itu ada benarnya.Bapanya yang pada mulanya tidak percaya pada quinn mula mempercayainya setelah melihat sendiri gangguan yang diterima quinn. Pakar paranormal diupah untuk merakam kelakuan quinn. Namun pakar paranormal itu tidak mempunyai skill untuk menghalau roh jahat. elise yang pada mulanya ingin berhenti menjadi psikik kerana diganggu salah satu roh jahat yang cuba membunuhnya kembali semula ke apartment quinn untuk menolongnya pada malam yang sama.
Dapatkah elise menumpaskan roh jahat yang menganggu dirinya dan quinn? mampukah dia mengembalikan quinn yang telah dirasuk kepada keadaan asal.


korang kena tengok sendiri. sorry kalau aku ulas tak berapa best. hahaha


cerita ni ada elemen suspense aku kasi 5 bintang.

para pelakon : Stefanie Scott sebagai Quinn Brenner
                        Dermot Mulroney Sebagai  Sean Brenner
                        Eleth Keath Sebagai Lilith Brenner
                        Lin Shaye Sebagai Elise Rainer
                        Angus Sampson Sebagai Tucker
                        Leigh Whannel Sebagai Specs
                        Hayley Kiyoko Sebagai Maggie
                        Ashton Maion Sebagai Hector


cerita ni tak berapa sesuai untuk tontonan kanak kanak dan ibu mengandung sebab seram extrem.
Post a Comment